Ayat ini menceritakan tentang kelebihan Ummat Nabi Muhammad S.A.W dan menceritakan perihal orang-orang Yahudi dan Kristian yang di laknat oleh Allah dan yang beriman kepadaNya.
Surah Ali-Imran : Ayat 110 - 115
بسم الله الرحمن الرحيم
Kamu (wahai umat Muhammad)
adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli
Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya),
tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka
ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (110)
Mereka (kaum Yahudi dan
Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti
(perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika
mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu
(kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai
kemenangan. (111)
Mereka ditimpakan kehinaan
(dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan
adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah
sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan
kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka
sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan
mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu
disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum
Allah). (112)
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah
sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap
(berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah
(Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan
sembahyang). (113)
Mereka beriman kepada Allah dan
hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka
pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka
(yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (114)
Dan apa sahaja kebajikan yang
mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau
disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa
mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.(115)
Nota Kaki : Jadi janganlah terlampau risau tentang Konspirasi Dajjal, Agenda Yahudi, iluminiti, Penghinaan Islam dan sebagainya seperti di gembar-gemburkan. Kerana Allah telah beri jaminan di dalam Kalam nya.. Bacalah dalam penterjemahan Surah Ali Imran : Ayat 100 - 109. Yang telah di post sebelum ni, Tentang Allah menyuruh umat Islam jangan berpecah belah. Kerana ianya akan memperkuatkan lagi kekuatan orang Islam bagi menentang Kafir. Wallahu'Alam!!~
"..Benarlah Kata-kata Allah.."

No comments:
Post a Comment