Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, August 23, 2011

Hubungan Antara Adam & Hawa

Pagi ni tak ada nak update apa sangat.. just nak share artikel yang Cik baca.. Dan sangat menarik hati.. *SmiLe
 
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya. 

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
 
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
 


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
 
 

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .
 
* Dalam banyak-banyak Ayat dalam artikel ni yang Cik suka.. " Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ."
 
"Aku wanita biasa"

Monday, August 15, 2011

Resepi Cik Arin : Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu

Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu


Bahan-bahannya :-
1 1/2 cawan gula
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Santan Pekat + Pandan
3 Biji Telur
1 Sudu Overlate
Kelapa parut
tepung jagung
Garam

Cara-caranya
Pukul Gula dan Telur hingga kembang
Masukkan santan kacau hingga sebati
Massukan Overlate pukul hingga Overlate tidak lagi berketul
Kemudian akhir sekali Tepun gandum

Gaulkan Kelapa dengan sedikit garam dan tepung jagung

Didihkan Kukusan dan sementara itu siapkan acuan. ambil sedikit kelapa tadi tekapkan dalam acuan dan tuangkan adunan dia atas kelapa sehingga penuh.. bila dah siap semua kukus hingga masak.

Adunan Kuih dan Kelapa Parut Yang telah Siap untuk di masukkan kedalam Acuan


Masukkan Dalam Acuan Macam Ni


Kuih Puteri Ayu Siap Untuk Di Kukus

Siap Untuk Di Hidang

Resepi Ini Hanyalah untuk Setengah Adunan sahaja..

^Selamat Mencuba!!~^

Aktiviti Hujung Minggu Cik Arin Part 2

Aktiviti hari ahad bermula.. sedari jam 9 pagi Cik Arin telah di gegarkan dengan "jam loceng" tanpa b3.. Heheheheh... kalau hp nyer Alarm leh snooze kan? ini pun boleh snooze.. mmg di jamin tak akan terlajak hahaahahah!!~ Sapa lagi kalau bukan mama Cik.. Selagi Cik tak bangun.. selagi tulah "Alarm" dia tak berhenti.. Owh.... Kehidupan hujung minggu Cik musnah...................... (T_T) .

Apa lagi.. Aktiviti "menggentel" bunga telur bermula.. suara dari pengarah projek kedengaran "Hari ini siapkan 100". Arahan telah dikeluarkan.. Ayah pun turut terlibat di dalam operasi ini.. Mula-mula ingat 100 tak der lah bnyak sgt kan... just cantum cantum jer kan.. tapi kan bila masuk 10... adoiiii!!!~ sakitnya jari Cik Arin yang lembut bak sutera import dari China neh... huhuhuu....Owhh baru 10... kalau 1000 mau kematu jari Cik!!~ Sirius.. Memang rasa macam nak surrender.. 100 okek 100 sehari bagaikan setahun penyiksaan!!~ (T_T) Akhirnya jam 5 petang segalanya selesai.. cepat-cepat rasa nak melompat lari.. uhuhuhuh... Penyiksaan untuk hari Ahad telah berakhir.. ada gi 1800 menanti (Mode : Pengsan).

Bunga yang susah nak dapat stock!!~

Tampuk telur yang dah siap terlebih dahulu tunggu bunga untuk di cantumkan

Reben pun dah siap

 

Warna Pink..
Inilah salah satu hasilnya
Ada macam-macam kaler... gold, Merah, Silver, Pink, Heheheheh Ini adalah untuk diberikan kepada tetamu yang menghadiri majlis tu nanti...

Aktiviti Hujung Minggu Cik Arin Part 1

Owhhh........ Hujung minggu yang sangat bizi...........
Ku sangkakan hujung minggu boleh beristirehat.......... tapi subuh-subuh morning lena Cik Arin telah di gegarkan oleh Mama Cik Arin yang sangat sangat iri hati melihat Cik menjadi "sleeping beauty" (beauty ke? Ahaks!!~).
Selepas sahur.. Solat Subuh... Boom!!~ Then kul 10 macam biasa.. Cik menjalankan tugasan sebagai pemanda teksi 1st klass hari tu tau... Hahahahah nak tau naper? Sebabnya... Cik jadi Driver untuk membawa Dato and Mak Datin ronda-ronda pergi shopping.... Ha Ha Ha... macam ner leh dapat tittle Driver teksi? Sebab perbelanjaan minyak aritu semua di tanggung Ha Ha Ha.. Kenyang Cik Kodok Hitam telan minyak harituh Full... Seronoknya keluar bersama Parent.. Pertama sekali shopping makanan and pasir kucing.. Kemudian Gi kedai cermin mata.. buat cermin mata Ayah... lepas tuh dah alang2.. cakap kat Mama Jum gi A tu Z teruslah shopping beli barang nak buat bunga telur.. Mama pun setuju.. Cik Like tau gi A tu Z.. Sebab di gedung untuk majlis perkahwinan dari A tu Z semua ada kat situ...

Kami pun melangkah lah masuk ke A tu Z... Perghhh best dapat Diskaun sampai 20% masa tu.. bayangkan.. mau tak borong semua hahahahahah!!~ Memang masuk kul 11 pagi.. kuar kul 2 petang... Aci macam tuh? Heheheheh... Best oooo... masuk dalam tuh... Sangat rambang mata... well cik kan mmg addict bout wedding neh... Habis kami borong semua bunga tuh.. sampai kehabisan stock... Adalah dua orang akk tuh... mula-mula berkira lah nak amik bungat tuh tau... then skali dia patah balik dia kata "Aikkk dah habis??" hahahaha dalam hati... Kesian...............

Bunga Ni Lah Yang Sentiasa Kehabisan Stock Dekat A tu Z tuh.. Payah Nak Dapat Neh

So hari itu dapat 500 kuntum bunga.. plus yang dah siap kat rumah 250. So? Masih tidak cukup... sebab total 2000.. (Mode : Pengsan ) So terpaksa lah tempah... Kalau tak ada stok tuh memamg garu kepala lah jawabnya... So dah habis borong kat A tu Z.. Kami bayarlah semua sekali... Total almost 1k huhuh after discount 20%.. Harap Maklum Phewhh.... Untuk bunga telur sahaja...

Troli Yang Di Bawa Penuh Dengan Barang-barang Perkahwinan Kakak Citan (Ini baru troli satu)

Selepas habis shopping di A tu Z.. Kami pergi tesco plak.. borong barangan dapur.............
Cik teringin nak makan kuih Seri Ayu @ Puteri Ayu.. jadi petang tuh menjadi lah kuih Seri Ayu Cik Arin.. maka petang itu selepas shopping memang Cik tukar jadi tukang masak lah pulak hak hak hak...
(Resepi Entry lain ek..)

Inilah Kuih Seri Ayu Cik Arin

Selesailah Aktiviti Hari Sabtu Cik Arin.. Kita Sambung Hari Ahad pulak Ek Next Entry!!~
Hik hik hik.. Malam itu tido awal... Sampai mesej Encik Cinta Hati masuk dah tak dengar dah... Sahur baru perasan.. Sorry lah Encik Cinta Hati ek.. Bukan salah Cik Arin.. tapi salah bantal sebab dia yang tutup tepon tuh.. hik hik hik

^Mode : Pengsang^




Thursday, August 11, 2011

Thanks For Being Someone Who Share My Happiness And Sadness. Me Nothing Without You.. ♥

Tak sangka ada yang bertanya pada Cik Arin pasal Kisah "Encik Cinta Hati" Cik Arin. Heheeheeh... Cik ingatkan tak der yang berminat baca kisah 'romantik karatz' Cik tuh... rupanya ramai jugak yang suka... heheheheh... Thanks.. Cik sebenarnya publish untuk diri sendiri jer.. heheehhe.. tapi dah nama pun publish... mestilah ada yang baca kan... Hahahahaah... Selepas ribut melanda keadaan kembali tenang.. Dan aman... biasalah kan.. dalam hubungan mesti ada pasang surut kan... Ingatkan dah tak ada lagi kisah Encik Cinta Hati dalam blog Cik Arin ni.. Ternyata Allah masih lagi merestui kami untuk meneruskannya.. Dugaan segalanya jadikanlah pengajaran untuk merempuh masa hadapan yang penuh berliku... Thanks pada teman-teman yang mendoakan kebahagiaan Cik Arin dan Encik Cinta Hati :-). Hehehe.. dengan itu Cik letak balik lah ticker relationship tuh.. menandakan Bunga dalam taman hati Cik Arin Berkembang Kembali... Ahaks!!~ Untuk Encik Cinta Hati.. Thanks.. Sebab masih terus bersama mengharungi dugaan ini... ♥


Daisypath - Personal picture
Daisypath Friendship tickers


^Mentari Muncul Lagi^

Puding Triffle

Salam, Lama tak update resepi kan? so hari ni nyer resepi ialah Triffle. Sebenarnya masa 29hb Julai haritu Opis Cik Arin ada buat majlis sambut ramadhan.. Jadi fikir punya fikir apa lah nak bawak sebagai sumbangan kan.. So akhirnya tekad lah nak buat triffle. Ramai kata sedap... Yaaaaa memang sedap.. sampaikan Cik Arin buat 2 balang satu untuk rumah satu untuk bawa ke pejabat.... dua-dua balang tuh Cik Arin just telan Air liur jer.. uhuhuhuh Licinnnnnnnnnnnnnnnnn (T_T)

Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.

Cik Guna Swiss Roll. Beli Jer Kat Tesco.. Selalu Pakai Vanila ni Dah Tak Ada Perisa So Guna Pandan and Coffee Jer





Lapis ke dua - Masak Castard 10 sudu castard dan 8 sudu gula dan susu.. masak hingga mendidih dan pekat kemudian tuangkan keatas kek.

Castard Di kacau dengan susu dan gula sedikit demi sedikit sebelum dikacau di atas api bagi mengelakkan berketul-ketul



Lapisan ke Tiga - Susun buah peach di atas lapisan castard tadi.. Susun sampai penuh.. dan Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.

Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC


Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia dan simpan dalam peti sejuk.

Dah siap dah Triffle.. 

Pandangan Atas

Pandangan dari tepi.. 3 lapis okek


^Terkilan^












Dilema.........

Bosan lah.....................
Heheheeh......... Bosan dengan orang yang suka "playsafe". For me diorang ni penakut dan ada perkara yang cuba untuk di putarbelitkan!!~ Hahahahah... Kejam betul statement Cik Arin pagi-pagi neh...........
Entahlah................... Cik Arin memang "Confuse". Takut nak buat keputusan atau apa tak tau lah............
Mungkin takut untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang........... atau takut buat perhitungan??
Owhhhhh Cik Arin.............. tak faham-faham lagi ker?? PERCAYA!!~ itulah masalahnya... Susah untuk PERCAYA!!~  Keputusan sudah ada dalam hati.. tapi berkira-kira untuk meluahkan... Owhhh betulah... Kadang-kadang manusia ni tak pernah percaya dengan Ketentuan Tuhan.. Meragui Sang Pencipta.. Rasa macam nak menangis................. s0b s0b s0b... 
Lebih suka menyiksa perasaan sendiri...... Tak pernah nak fikirkan hal sendiri..... Kadang-kadang sampai tak perasan orang sedang mempergunakan kelemahan diri........ Cik Arin wake up... Cukup-cukup bekorban untuk orang-orang yang hanya pentingkan diri sendiri... Mereka tak pernah menganggap Cik sebagai manusia penting pun dalam hidup mereka.. Yang penting kepentingan mereka terpelihara... Ermmm...........

TOLONGLAH CIK ARIN.. PERCAYA TAKDIR DI TANGAN ALLAH.. JANGAN TAKUT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.. KELUARKAN APA YANG INGIN DILAKUKAN.. KADANG-KADANG MELEPASKAN SESUATU YANG KITA SAYANG LEBIH BAIK DARI SIMPAN MENJADI BARAH. KALAU MEMANG ITU YANG DI TULIS TAKDIR REZEKI CIK ARIN IA AKAN TETAP ADA.. KALAU BUKAN PERCAYALAH ADA YANG LAIN SEDANG MENANTI. ALLAH TAKKAN BIARKAN HAMBANYA BERSENDIRIAN DI DUNIA INI TANPA BANTUAN. KELUARKAN KEPUTUSAN YANG ADA DALAM HATI. TEKAD. PERCAYA.. PERCAYA..PERCAYA... PENGHIJRAHAN ITU PERLU...

Dan realitinya.... Cik Arin masih lagi tak mampu untuk menyatakan hasratnya............... dan terus memendam rasa... yang telah lama menjeruk hati.............. Sigh!!~



"Ya Allah... Aku Tak Ada Kekuatan itu,.. Ternyata Iman Aku Masih Rapuh.. (T_T)"