♥Sweet September♥ Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool Sangat baik dan mudah simpati Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur, Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan,hiburan dan melancong Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.
Mood memasak Cik Arin dah datang.. Hehehe Orite resepi yang Cik nak share hari ni adalah "Chicken Ala King". Sebuah makanan barat. Hehehe... Western hokek.. western..!!~
Susah payah Cik cari resepi neh kat tenet nak masak tau. Sebab lama dah Cik tak makan.. Sedap tau resepi neh. So tak mau leter panjang-panjang salin jer resepi neh hokek..!!~
Chicken Ala King
Bahan-bahan Butter Rice (Nasi Mentega)
2 cawan beras wangi
Sebiji Bawang besar di dadu
Mentega (Salted)
Carrot dan kacang peace
Air 3 cawan
Cara-cara :-
Panaskan periuk dan cairkan mentega. Gunakan api yang kecil supaya mentega tak hangus.
Tumiskan bawang besar sehingga wangi, Kemudian masukkan beras goreng sehingga beras bertukar menjadi jernih.
Selepas itu tuangkan air dan masukkan carrot dan kacang peace, kacau dan tutup periuk biarkan nasi masak (Guna rice cooker boleh)
Bahan-bahan untuk membuat kuah:-
Dada Ayam di potong kecil-kecil atau dadu
Bawang besar di dadu
Seulas bawang putih di dadu
Lada benggala merah kuning dan hijau dihiris
Cendawan butang segar
Secawan Susu cair atau Susu segar
Satu sudu tepung gandum di bancuh dengan air
Cream masakan (Optional)
Kiub ayam
Garam
minyak
Air secawan
Cara-cara :-
Panaskan periuk dan minyak, Tumiskan Bawang besar dan bawang putih. Sehingga wangi.
Masukkan Ayam dan garam secukup rasa sehingga ayam masak.
Tuangkan sedikit air supaya tak hangit dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan Cendawan dan lada benggala hingga masak dan masukkan kiub ayam
masukkan susu dan bancuhan tepung gandum kacau supaya tak berketul.
Akhir sekali masukkan cream dan tunggu hingga mendidih dah tutup api.
Cinta tu walau sehebat mana pun, Kalau tak mendapat restu keluarga pasti tak akan bahagia.
Biar bertahun lamanya cuba bertahan pasti takkan sampai ke mana.
Namun anggaplah ianya ada sebuah hikmah disebalik kejadian. Walaupun kadang-kadang ada rasa terkilan. *smiLe.
Kadang-kadang pernah jugak terlintas dalam kepala kalau percintaan dulu direstui pasti dah temu kebahagiaan sekarang. Sebab dah nak menghampiri dah tinggal selangkah jer lagi.. hehehe..
Tapi itulah kan.. jodoh.. Sehebat mana pun, sekuat mana pun selama mana pun cuba bertahan kalau dah Allah kata dia bukan jodoh kita.. Redha lah..
Kadang malas nak ingat, tapi bila time-time macam ni memang teringat.. heheh..
Semua tu pengalaman.. Korang ada? heheh..
Masa tuh langsung tak boleh nak keluar satu perkataan pun melainkan hanya telan bulat-bulat kehendak family. Bab lain Cik beranilah nak melawan.. Tapi bab ni cik tak berani huhuhu...
Walaupun ada gaklah curi-curi kawan dalam senyap.. hehee...
Kadang-kadang ada gak buat terang-terang berkawan hehehe... dengan harapan family leh terima..
At last Ayah dah boleh terima, mama cik pulak mati-mati jugak kata tak mo. Padahal sebelum tuh mama cik okek jer.. Agak-agak kenapa ek..............?? hehehe
Tapi agaknya dah terlalu lama 'fight' dah jemu agaknya memang 'Takdir' kata tak der.. so tak der lah..
Bertahun gak lah Cik merajuk dengan Family Cik pasal hal ni. Tak mo cakap pasal kawen. Hehehe...
Sebab penat bercinta alih-alih diorang tak suka. Tapi setiap kejadian dia ada hikmahnya. Mungkin ada yang terbaik lagi dari DIA untuk Cik.
Teruk jugak arr Cik kena 'brainwash' supaya tinggalkan yang dulu tuh. Tapi tak boleh sampai lastly perasaan tu hilang sendiri. Mungkin sebab banyak sangat dugaan.
Hehe dulu kalau asal Cik bawak balik kawan jer mesti diorang suka. Cik yang tak suka.. Hahah Cik kata tu semua kawan biasa-biasa jer. Nak buat macam mana dah memang kawan Cik ramai lelaki masa tuh. Kadang member datang umah buat kerja. Pernah ayah Cik usik Cik dia kata "Kau ni yang mana satu Dik?" Cik kata tak der satu pung.. hahahah!!~
Pernah ada tuh dia layan seorang kawan Cik neh macam nak buat calon menantu. Aikk...?? Huuuu.. Cik anggap member jer. Tak mo arr tak berkenan. ekekek... Heheh.. Dulu ramai sungguh lah.. Sekarang ni dah tak der dah.. malas arr nak kawan dengan ramai laki neh. Diorang neh peel macam-macam. Kadang-kadang ayah Cik naik risau dia tengok kalau Cik bawak balik kawan kejap-kejap orang ni.. esok-esok orang lain.. ekekke..
Siap dapat label 'Playgirl' lagi dari sesetengah kawan-kawan. Tapi diorang tak tau Cik kawan macam mana. So far all my friend respect me. Diorang tak pernah lah cuba nak ambil kesempatan kat Cik. Sebab kita tau bawak diri so orang pun hormatlah kat kita. Ini kalau kita terkinja-kinja depan jantan ermm diorang neh memang suka lah bertepuk tampar bagai neh.. But thats not me. Cik tau had.
Sekarang ni Cik tak mo dah kawan dengan diorang hahah.. tak der lah Cik still kawan macam tu je lah. Cuma dah tak closed macam dulu. Kadang bila duduk saja-saja teringat cerita-cerita dulu macam kelakar ada.. menyentuh hati ada. Tapi what i can say is. Thats all my valuable xp. Allah nak bagi Cik rasa.
Banyak cerita dalam usaha nak jumpa "Mr.Right".
Kadang rasa macam Syukur kerana Allah bagi cik pelajaran. Cinta terhalang, Cinta dikhianati, Terluka, Bahagia, Hehehe..
Sekarang ni apa status Cik pun dah tak tau lah. Allah bagi lagi ujian kat Cik. Kadang rasa penat arr.. Jujur Cik jadi penat sebenarnya. Kalau boleh Cik dah taknak bercinta-cinta neh. Sebab rasa kecewa tu sakit. Tapi tak tau lah kadang benda yang kita tak nak tu lah Allah nak jugak bagi. Tak tau apa sebenarnya yang DIA aturkan. Kadang Cik jeles arr tengok orang senang-senang jer lepas habis belajar kawen terus. hehehe..
Merasa hidup rumah tangga. Cik ni tak habis-habis di beri harapan tapi asyik kecundang jer.. Tak taulah kat mana silapnya.
Pernah sampai satu tahap rasa bosan dengan sikap orang lelaki neh. Tapi tak adalah sampai tahap Anti lelaki. Ada gak yang okek.. tapi banyak yang tak okek huhuhu...!!~ Mungkin sebab tak masuk dalam jiwa cik kot.. tu yang cik kata tak okek. Sebabnya diorang ni kalau boleh semua perempuan diorang nak layan. Semua perempuan diorang suka bagi syok sendiri. Bagi harapan than bila sampai perempuan tu dah tergila-gila kat diorang, diorang tak bertanggungjawab. Ada yang sanggup menunggu bulan jatuh ke riba pun yer. Lepas tu diorang salahkan perempuan tu. Padahal diorang yang layan melebih-lebih. Tak taulah ayat apa yang diorang guna sampai perempuan tuh menaruh harapan yang tinggi kat diorang. Sampai buat perempuan tuh feel bercinta dengan diorang. Sebab tu Cik kadang malas dengan lelaki neh. Sebab peel tak semenggah diorang tu arr..
Kata kawan tapi simply says rindu sayang. Tapi diorang tak cakap pun rindu as apa kawan or cinta? kata sayang. Perempuan kalau cakap 'Sayang' dia memang feel sayang cinta lah. Tapi orang laki neh bila cakap sayang dah lama baru dia cakap sayang sebagai kawan. ha ha ha.. tak yah nak cong cik Arin lah.. Semua tuh dalam poket cik lah. Ini lah perangai orang laki yang paling Cik tak suka. Sebab tuh Cik kalau diorang cakap Rindu ker panggil sayang ker.. Cik buat masuk telinga kiri kuar tinger kanan jer.
Unless dia cakap Sayang sebagai Kekasih. Okek. Kalau dia takat pusing-pusing tu elok jer ayat tu masuk tong sampah. Kalau nak main tarik tali dengan Cik kirim salam jer lah.. Kalau berani mai arr masuk minang. Kadang-kadang kesian pulak dengan kaum Cik sendiri. Merayu sangat. Tapi lantak korang lah.. Bukan cik tak bagi nasihat.. Ek eh teremosi pulak c(:
Cik cakap sebab ada pengalaman dulu dengan sorang mamat neh. Cik chat berapa kali jer dengan dia. Lepas tu masa tuh tengah single haha single lah sangat.. Cerita lama neh.. Masa tu break sekejap dengan ex bf cik. Chat than bagi arr nombor tepon kat dia. Sebab time tu konon-konon merawat hati terluka lah.. Pegedah.. hehehe than sembang-sembang lah.. lama gak arr sembang tepon tuh. Dah tu esoknya dia mesej cik dah panggil sayang? hohohoho Layankan aja lah.. lepas tuh nak merindu-rinduan lah plerk.. baru sembang tepon sejam dah sayang ek? Hebat Cik arin neh ek... Just fikir lah. Kalau dalam masa sekejap tuh dia boleh panggil u sayang.. berapa ramai sayang dia? ekekekek... Jadi kalau tengok banyak sangat perempuan yang merayu kat fb dia ke hahaha.. Fahamlah orang nya macam mana ye.. mean kenal 2 jam terus jatuh cinta.. huhuhu...
Jadi macam mana lah nak percaya ek... tulah kadang-kadang terlampau banyak sangat pengalaman neh pun payah gak jadinya. Banyak sangat dah rahsia orang laki dalam poket neh. What i can say is.. Kalau dia tak datang hantar rombongan.. Cuba ajak dia kawin.. Apa alasan dia? Dia tak pernah serius dengan awak.. *smiLe
Sebenarnya jodoh ni senang. Tak payah kawan lama-lama. Kenal sekejap, than kalau serius suruh dia datang jumpa famili. Tengok dia nak datang tak? Kalau alasan melebih usaha apa kata kita bawak haluan masing-masing dulu. Sebab belum tentu dia tu serius. Hati siapa yang kecewa? Kalau dia betul-betul serius terus dia datang. Padahal bukan kita suruh buat apa pun. Just datang jumpa famili. Susah? Kalau betul cinta lautan api sanggup redah kan..? Yang hairan buat hal lain boleh pulak..
Kalau rasa tak mampu, atau ada hal lain lagi penting uruskan dulu hal lain tuh. Kalau ada jodoh ada lah.
Dalam hal ni Cik memang serius. Sebab Cik pernah tempuh sagala pengalaman. Sayang bukan tak sayang.. Tuhan jer yang tahu sayang tuh macam mana. Tapi realiti hidup kena hadapi. Jodoh bukan diukur selama mana kita bercinta dan setia. Jadi elok suruh dia settlekan 'alasan' dia tu dulu. Kalau sampai satu masa kita masih ada rasa cinta dalam hati tu dan dia pun masih ada rasa yang sama dan dia betul-betul maksudkan nak ambil kita sebagai 'Teman' dia. Datang jer lah buat cara baik. Sebab perasaan ni bukan mainan. Lagi lama jalin hubungan yang tak tau apa kesudahannya tuh lagi teruk nanti.
Apa nak risau janji Allah tu kan pasti. Pada Cik lelaki ada kuasa nak memilih. Dia tahu siapa yang dia nak dijadikan 'Teman' dia. Perempuan takkan nak buat hidung tak mancung pipi tersorong sorong? Tak malu ker? Serius.. kadang Cik tengok siap merayu "aku akan setia menanti mu.." "Aku sentiasa berharap impian itu menjadi kenyataan" "Aku terus merindui mu sayang" Kalau perempuan tengok rimas laki tengok lagi rimas tau tak?
Cuma diorang neh tak cakap jer.. Ambik hati konon.. kadang kalau anak dara tu tak perlah jugak.. Mak dara pun merayu jugak apa cerita? Heheh dah lah malas nak berleter panjang.. Dah merepek-repek dah neh..
"..Selagi Tak lafaz 'Aku terima nikahnya' selagi itu kita milik Allah.."
Aku mencintaimu….
Sungguh! Aku mencintaimu bukan karena keindahan tampilan fisikmu. Aku
mencintaimu bukan karena keluasan wawasanmu. Aku mencintaimu bukan
karena harta milikmu. Aku mencintaimu karena dirimu, hanya dirimu.
Inilah caraku mencintaimu… Aku mencintaimu… Sungguh! Aku tidak ingin merubahmu. Aku tidak ingin membatasi ruang gerakmu. Aku tidak ingin menyuruhmu ini dan
itu. Karena aku tahu kau tak kan suka. Aku hanya ingin kau dapat menjadi dirimu. Inilah caraku mencintaimu…
Aku mencintaimu
Sungguh! Aku tak ingin jadi pelita yang menerangi gulita kalbumu, tapi
membuatmu tak berarah kala aku redup. Aku tak ingin menjadi anak tangga
yang menyanggamu saat kau ingin berdiri yang lebih tinggi, tapi
mematahkan mimpimu kala aku rapuh. Aku tak ingin menjadi semilir angin
yang mengantar bidukmu arungi samudra, tapi menghempasmu kala karang
menerjang. Aku cuma ingin menjelma jadi setitik pemicu dalam aliran
darahmu, bersemayam di relung alam bawah yang menopang untuk maju
merengkuh saujana. Terus… meski Aku tiada… Inilah caraku mencintaimu…
Aku mencintaimu…
Sungguh! Namun, Aku tak bisa menjamin, tidak ada perdebatan dan
pertengkaran antara kita. Aku tidak bisa menjamin, kau akan bahagia
bersamaku.. Aku tak bisa menjamin, perasaanku padamu tak akan berubah.
Aku hanya bisa berjanji, aku untuk tumbuh bersamamu. Inilah caraku
mencintaimu…
Aku mencintaimu…
Sungguh! Namun jangan pernah
memintaku untuk membelah dadaku untuk menujukkan betapa aku mencintaimu.
Jangan pernah memintaku untuk mengatakannya. Jangan pernah memintaku
untuk bersumpah. Karena aku tidak pandai berkata. Bagiku, kata-kata tak
kan mampu mengungkap sejuta makna hatiku. Inilah caraku mencintaimu…
Aku mencintaimu…
Sungguh! Aku tidak berharap kau membalas cintaku. Aku tidak berharap
kau mengerti perasaanku. Aku bahkan tidak berharap kau memahamiku.
Karena cinta itu perkara memberi, dan aku memang hanya memberi. Inilah
caraku mencintaimu…
Aku mencintaimu…
Sungguh! Jangan pernah
jadikan cintaku menjadi bebanmu. Jangan pernah berusaha untuk
membalasnya jika kau tidak bisa. Jangan pernah memaksa dirimu untuk
mengasihaniku. Karena itu akan menyakitiku. Aku hanya mohon padamu,
biarkan aku menyimpan rasaku. Inilah caraku mencintaimu…
Aku mencintaimu…
Sungguh! Jangan jadikan cintaku alasan untuk melenakan dirimu. Jangan
jadikan cintaku alasan untuk melalaikan amanat Tuhanmu. Jangan jadikan
cintaku alasan untuk membutakanmu. Jangan… karena Aku tak sanggup
membiarkanmu terluka karena cintaku. Inilah caraku mencintaimu…
Aku mencintaimu…
Sungguh! Izinkan aku mencintaimu dengan sederhana. Karena… Inilah caraku mencintaimu…
Alhamdulillah..
Itu jer mampu Cik Arin cakap. Sebab dikurniakan hati yang tenang.
Apabila kita mula marah kan seseorang, jangan sampai ada benci. Jangan pernah berdendam. Carilah positif dalam individu tu. Supaya kita nampak kebaikkan dia. Jadi InsyaAllah kita takkan berdendam. Tapi lumrah manusia kalau buat seribu kebaikkan hanya kerana kecacatan maka kebaikkan tadi terhapus. Sebenarnya memang sakit hati kalau teringat perbuatan seseorang. Tapi kita pun bukanya sempurna sangat. Yang apabila kita tengok seseorang tuh dah jatuh dan masa tulah kita curahkan segala yang terpendam di hati.
Entahlah kalau nak cakap pasal keburukkan orang neh banyak. Tapi apa kata tak yah lah kita cakap keburukkan orang. Cuma kalau boleh, apabila kita tengok seseorang tuh tengah dalam keadaan memerlukan sokongan, Cuba kita jangan bunuh harapan dia. Orang tu sebenarnya tengah nak berhijrah. Tengah nak memperbaiki diri. Sebelum ni dia jauh dari Tuhanya. Dan di sedang mengenal Tuhanya. Tapi datang kita di beri satu kata-kata yang boleh membunuh harapan dia untuk berusaha ke arah kebaikkan. Kita memberi tuduhan bahawa itu adalah 'Balasan' dari Tuhanya di atas kesalahan yang lalu yang telah dilakukan olehnya.
Telah dinyatakan dalam dunia ini setiap kejadian adalah ujian. Jangan ingat apabila kita diberi laluan mudah kita adalah orang yang baik. Dan apabila kita diberi laluan yang sukar itu adalah kerana kita di hukum. Allah telah berjanji dengan Rasulullah S.A.W untuk menangguhkan hukuman terhadap umat baginda. Lupa?
Kita manusia mana ada yang sempurna. Kalau kita bercakap tentang kebaikkan bukanlah kita rasa diri ni HEBAT sangat. Kalau kita cakap soal agama bukanlah kita ustazah. Tapi sebenarnya kita sedang menasihati diri sendiri.
Asalkan kita sedar diri kita tak sempurna dan terus memperbaiki diri selagi itulah hebatnya ujian yang melanda. Dan sebenarnya apabila kita mendapat laluan mudah itu adalah kerana Allah tahu kemampuan kita memang takat tahap tu jer. Sebab tu ujian kita mudah. Sebab kalau DIA bagi lagi memang tak tau lah jadi apa. So apabila kita diberi laluan mudah tu jangan sombong diri merasa bangga sebab Allah permudahkan. Sepatutnya bersyukur pada Allah sebab kita tak di uji sehebat orang yang kita kata mendapat 'Hukuman' itu.
Bila kurangnya ujian Allah pada kita maka sebenarnya Allah nak bagitahu, LEMAHNYA IMAN KITA. Jadi muhasabah diri ya.. Jangan simply say orang lain tu banyak dosa sebab tuh Allah tak temukan jodoh dia, Allah tak murahkan rezeki dia dan sebagainya lah. Sebenarnya ada satu perkara yang kita tak tau, Allah sebenarnya sayang kat Insan tuh, Sebab tu Allah simpan dulu nak bagi as 'Special Case'. So jangan jeles yer.... Hehehe..
Apabila di uji pun sepatunya kena syukur jugak plus sabar. Haaa itulah bezanya. Orang yang dipermudahkan jalanya hanya perlu tahu syukur tapi itu pun dia tak mampu buat malah sombong lagi. Kalau syukur kan dapat pahala.. Dah lah diberi kemudahan tambah pahala syukur lagi. Orang yang payah ujiannya ni dahlah kena sabar kena syukur lagi. Sebab dia tidak di permudahkan urusanya apabila dia bersabar dan bersyukur dia dapat lah pahala untuk keduanya. Adil kan?
Cuba kalau kita fikir balik agak-agak kalau kita duduk kat tempat yang kita 'Hukum' tu mampu tak? Cuba sesekali tuh berprasangka baik boleh tak? Cuba positifkan diri sikit. Tapi Apapun... Alhamdulillah Allah tu beri hati yang tenang pada Cik. Cik mengaku im feel down and i need some support bukan 'Hentaman'. Tapi terima kasih lah.. InsyaAllah sampai masa nanti Allah akan bagitahu hikmahnya dan kita sama-sama lihat.
Anyway Cik arin tak pernah berniat untuk 'Macam bagus' atau 'Cakap tak serupa bikin'. Cik just mendidik diri sendiri.. okek?
"..I am responsible for what i say, I am not responsible for what you understand.."
Telinga ini bagai terdengar-dengar suara dia mengatakan "I Love you.."
Telinga ini bagai terdengar-dengar suara dia menyanyikan lagu "Funky town" hehehe..
tiga kali Cik suruh dia nyanyi lagu tuh.. Mula-mula dia tak perasan Cik arin gelakkan dia.. sampai dia tersedar dia termalu sendiri.. Esok nya Cik minta lagi dia nyanyikan lagi konon-konon lupa macam mana lagu tu.. eheheh..
Masih segar di ingatan setiap kali dia menemankan Cik buat kerja..
Dalam file mp3 ni ada satu file yang tertulis perkataan "Hubby". Semua lagu kesukaan dia Cik simpan dalam folder tu. Semua lagu tu dia yang carikan untuk Cik. Katanya, "B tau cinta malas nak carik lagu, jadi b carikan untuk cinta. Nanti time dj pasang tau." Heheh..
Dulu dia selalu teman Cik puasa. Dia cakap "Nanti kalau nak puasa bagi tau, B teman cinta puasa kita puasa sama-sama."
Perkataan yang paling Cik suka dengar dari dia ialah bila dia sebut " Assalamualaikum Cinta..." Comel bunyi nyer.. hehehe...
Satu perkataan lagi yang Cik suka bila dia sebut "Poked" jadi "Poket" mulanya bunyi macam pelik. Tapi bila dia sebut bunyinya sangat comel..
Setiap pagi masuk jer kereta nak pergi kerja pagi akan ada sms masuk "Good Morning Cinta.. Muaah"
Dia tak pernah lupa.
Dah lama kawan dengan dia baru tahu dia pandai main guitar, dia suka music sama macam Cik. Hehehe..
Dia pandai layan Cik bercerita. Tak pernah dia biarkan Cik bercakap sorang-sorang. Ada jer idea untuk berbicara. Dia tau apa kesukaan Cik.. Dia tau apa kelemahan Cik.. Dia hafal setiap ayat-ayat Cik yang kadang Cik dah lupa.
Ketika Cik merajuk dia ada cara sendiri untuk pujuk Cik. Tak pernah dia merayu. Tapi dia akan buat sesuatu yang kadang di luar fikiran Cik. Yang tak pernah terlintas di kepala. Yang make me surprise.
Dia seorang yang matang, lembut ketika berbicara, penyabar, Dia tak pernah tinggi suara dengan Cik, Seorang yang tak mahal dengan ucapan "maaf", Dia sanggup tunaikan segala kemahuan Cik. Tapi dia kadang-kadang lalai suka mengambil mudah dalam satu-satu hal, dan dia Tegas dengan pendirianya dan kadang-kadang suka bertindak melulu. Walau macam manapun dia sebenarnya seorang yang manja.
Dialah sebenarnya seorang yang Cik Impikan. Dialah lelaki yang Cik Impikan selama ini. Yang Cik cari selama ini. Segala yang Cik mahu ada pada dia.
Sebenarnya andai takdir dia bukan milik Cik, Cik tak boleh bayang insan yang lain. Anugerah yang diberikan ini amat terindah. Tak pernah dirasakan seumur hidup. Seseorang yang mampu membuatkan Cik rasa begitu sempurna dan tenang bila bersamanya. Saat yang paling Cik takut sedang Cik lalui. Cik dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Cik dah tak mampu untuk menafikan. Cik dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Cik mampu untuk akur dengan kehendak takdir, Tapi Cik tak mampu untuk bercinta lagi dengan orang lain.
Andai takdir Cik ditemukan dengan orang lain pun mungkin takkan sama, Dan tak mungkin mampu untuk menggantikan dia. Kerana dia yang terindah.. Cik akui.. Dia yang terindah..
Assalamualaikum,
Cik Arin rasa nak tukar header blog neh lah. Header yang ada ni sangat cantik. My best buddy Manda yang buatkan. Dia seorang graphic designer. So dia buatkan untuk Cik Arin. Sangat cantik, Cik Arin jatuh cinta dengan header neh. Thats why Cik lama guna header neh. Tetapi dah terlalu lama gunakan header ni. Rasa nak tukar... TAPI.......... Tak ada header yang mampu menambat hati Cik. Hehehe... Nak buat sendiri tak pandai... haaaaaaaa bukan cik arin tak nak belajar. Tapi dah terlampau banyak sangat Cik Arin nak belajar dah pack dah otak neh nak masuk lagi ilmu-ilmu potosop neh. Bagi orang lain pulak lah belajar ilmu potosop hokek.. c(: So nak minta tolong orang pun Cik Arin segan lah pulak kan... Dah lah minta tolong orang cerewet lah pulak nanti kan.. banyak pulak demand dia.. ekekek... Cik Arin kan seorang yang pemalu *blush.
Header yang digunakan sekarang lebih kurang macam ni. (ini sebenarnya untuk desktop background lappy Cik Arin)
Jadi sebab itu tiba-tiba Cik Arin rasa nak buat Contest lah. Untuk pilih header bagi menggantikan header yang sedia ada. Yang mana contest ni terbuka kepada semua. Header yang terpilih akan Cik pilih untuk diletakkan menggantikan header yang lama. Dan akan mendapat Saguhati dari Cik Arin. Ini maklumat penyertaan untuk Contest ni :-
Ciri-ciri yang perlu ada dalam header :-
Warna wajib ada pink and black
Harus ada nama blog iaitu "Hikayat Cik Arin" beserta Tagline "Easy to get Hardly to Catch"
Wajib ada butterfly (tak kisahlah besar ker kecik ker sekor ker dua ekor ker lima ekor ker janji ada butterfly)
Selebihnya, boleh explore my blog untuk mengetahui ciri-ciri yang sesuai untuk header neh.
Cik Arin buka Contest ni sehingga 18 September 2012. Dan kalau ada header yang berjaya menambat hati Cik bagi menggantikan header yang sedia ada, Cik akan pasangkan di blog ni pada tarikh tersebut. Kalau tak ada Header ini akan kekal lah di blog 'Hikayat Cik Arin' ini sampai ada header yang buat Cik Arin jatuh cinta maut. Walaubagaimanapun, Cik tetap beri 'tanda penghargaan' kepada peserta yang sudi menyertai contest ni. Hadiah Utama adalah "2 tiket menonton wayang GSC" Filem pilihan sendiri. Hantarkan penyertaan you all ke
email Cik Arin iaitu,
noor_arin1809@yahoo.com.my
Beserta nama anda di facebook anda untuk mudah dihubungi.
So kawan-kawan yang dikasihi, Jom lah join contest neh!!~
Ku takkan bersuara lagi.. hehehe. Baik punya tajuk posting pagi neh. Sekarang ni dah kembali menjadi manusia pasif lah. Cik dah mula nak jadi siput yang menyorok dalam cengkerang. Dah malas nak berdunia dengan orang. Boleh? Hehehe.. bukan nak jadi kera sumbang. Tapi cuma rasa dalam situasi macam ni eloklah duduk bersendiri. Situasi yang tidak ada siapa pun yang akan faham. Situasi yang susah nak cakap.
Kadang-kadang terasa macam 'bengang' dengan situasi yang melanda. Bukan bengang dengan manusia. Jauh sekali niat membenci dan nak memutuskan talian silatulrahim sesama manusia. Cuma.. Ermm.. Tak nak mengeruhkan keadaan. Cuma nak menjaga hati sendiri. Sebenarnya Cik memang macam ni dari dulu. Entahlah dah memang sifat semulajadi macam ni agaknya. Bila tau sedar kedudukan diri sendiri memang suka 'bawak diri' agar orang tak rasa rimas dengan kehadiran kita dan kita pun tak sakit hati di atas perbuatan orang yang tak suka dengan kita tu.
Kadang-kadang setiap perkataan yang keluar dari mulut kita atau ayat-ayat yang keluar dari jari kita ni, membuatkan orang tak suka atau salah faham lebih baik kita diam. Pertama, kalau dia berprasangka pada kita, Dan kita pun berperasangka pada orang dah jadi satu dosa.
Kadang-kadang komunikasi antara dua pihak itu penting. Bicara hati ke hati untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Hidup di dalam situasi yang penuh dengan kebuntuan itu menyekat kehidupan sendiri dan orang lain. Hidup dibelenggu dengan 'sesuatu', Tuhan pun tak mahu tolong untuk selesaikanya. Hehehe..
Bengang dengan situasi yang macam ni. Rimas. Situasi yang Cik Arin tak mahu. Nampaknya apa yang perlu di buat melainkan menjadi 'siput'. heheeh. Boleh jugalah dikategorikan sebagai membawa diri. hehehe.. Atau pendek kata nak lari dari masalah.. Senang cakap.. hehehe... Dan jujurnya dah berkceil hati sebenarnya. Tak tau kecil hati dengan siapa. Apa yang tahu eloklah menjauhkan diri dari situasi ni.
Cik tak pernah berdendam atau benci pada sesiapa. Kalau cik jenis yang macam tuh dah tentu Cik takkan sambut salam dari orang yang dah banyak melukakan hati Cik Arin baik dengan kata-kata mahupun perbuatan. Dari dulu lagi sifat cik macam ni. Tak suka nak mencari masalah dengan orang. Cuma kadang-kadang Cik cuma nak menjaga hati sendiri. Kalau bukan diri sendiri yang menjaga hati sendiri siapa lagi? *smiLe.
Sebagai manusia kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tapi itu adalah baik andai kita cuba nak memperbetulkan kesalahan kita. Tetapi yang menjadi sedih apabila orang menutup ruang untuk kita memperbaiki keadaan. Tak apalah kalau dah macam tu. Sebagai manusia juga kita harus sedar diri dan kedudukan. Di mana kita berdiri dan siapa diri kita.
Orang selalu kata, Orang yang kita tak peduli itu buatlah apa pun kat kita, sikit pun tak jadi kudis di hati kita. Tetapi perkara yang menjadikan hati kita luka bernanah selalu nya orang yang penting dalam hidup kita. Ternyata orang-orang yang kita sayang. Orang-orang yang kita ketagih kasih sayang dan perhatian dari mereka. Tetapi merekalah orang-orang yang tak pernah cuba untuk memahami kita. Walau sehabis baik kita lakukan untuk mereka. Tapi mereka tak henti-henti melukakan hati kita. Dan ianya menjadikan hati kita parah adalah kerana kita tak mampu pergi atau menghalau mereka dari kehidupan kita. Itulah takdirnya, hakikat yang harus di telan walau sepahit apa pun. Mereka tak salah, Cuma mereka tak faham kita. Jadi sebab itulah kita perlu maafkan mereka. Kerana tidak ada manusia yang sempurna.
Kalau kita tengok, Kita selalu bergaduh atau bertengkar dengan orang-orang yang rapat dengan kita. Kita boleh marah dengan orang-orang yang rapat dengan kita. Kita boleh merajuk dengan orang-orang yang rapat dengan kita, Seperti Ibu, Ayah, Kakak, Abang, Adik, Suami, Isteri, dan Kekasih. Walau sekuat mana pun kita bertekak, bergaduh, dan merajuk dengan mereka ini, terluka hati kita. perasan tak? Kita masih boleh kembali bersatu semula. Mereka inilah orang yang tak faham kita, Tetapi mereka inilah yang kita tagihkan perhatian dari mereka. Dan kita rasa bahagia bila mereka kembali memujuk hati kita yang terluka. Dan andai mereka buat tak peduli dengan kita, kita akan terasa sedih dan hidup takkan ceria.
Berbeza andai kita bergaduh dengan teman-teman kita. Atau siapa-siapa sahaja yang kita rasa mereka hanyalah ada tak apa.. tak ada pun tak apa... Langsung tak ada kesan dalam hidup. Mereka ini kalau kita tinggalkan bertahun pun takkan mati kita. Kerana mereka ini cuma pelakon tambahan jer dalam hidup kita.
Sejujurnya, Cik perlukan orang-orang di atas itu dalam hidup Cik. Tetapi macam yang Cik cakap, mereka inilah yang selalu melukakan hati Cik. Kerana mereka tak faham Cik sangat. Kadang-kadang Cik nak perhatian dari mereka, Cik nak bermanja dengan mereka, Cik nak bercerita dengan mereka sebab Cik tak ada siapa-siapa melainkan mereka. Kepada mereka tempat Cik meminta, merekalah punca senyum dan tangis dalam diri cik. Tapi tak apa, mereka tak salah. Mungkin mereka pun rimas dengan Cik, sebab mereka tak tahu apa yang cik mahukan. Tapi nak buat macam mana, Inilah fitrah kejadian Cik Arin. Manusia yang sukar untuk difahami.
Sebab itu Cik rasa adalah baik untuk berdiam diri, Cakap hanya benda yang perlu. Hidup didalam dunia sendiri itu pasti tidak ada sesiapa yang menyakitkan hati. Dalam masa yang sama pun Cik tak sakitkan hati mereka. Jangan risau.. Cik Arin tak benci sikit pun kat korang.. Cuma cik arin memang macam ni. Kurang mesra gitu.. hehehe... Kalau korang rasa nak bercakap boleh jer nak ajak bersembang. Tegur jer insyallah Cik boleh jadi teman bicara yang paling korang suka.. hehehe... tapi kalau Cik nak mula dulu memang payah sikitlah... hehehe..
Sebab Cik tak mau lagi merimaskan hidup orang. Kalau korang tak suka cakap siang-siang lagi senang Cik terus lenyap jer dari hidup korang kan.. Sebab Cik arin ni bukan jenis suka mengganggu ketenangan hidup orang. Biar orang ganggu ketenangan hidup Cik tak apa. Sebab tu Cik suka menyendiri dan buat kerja sendiri. Dan sebab itu jugalah agaknya Cik neh tak kawin-kawin sampai hari ini. Sebab Cik tak mencari.. Hehehe.. Yerlah kita neh kan perempuan, Takkan nak mencari pulak kan. Entah orang suka entah tidak bukan kita tahu yang nak pergi terhegeh-hegehkan.. Kalau suka datanglah kat Cik Arin. Kalau nak suruh Cik mula... hehehe Minta maaf jer lah ye... Cik Arin kan seorang yang pemalu.. Ha ha ha.. (^_^)v!!~ Lagipun kan Saidatina Aisyah ada berkata "Wanita terbaik adalah wanita yang tidak dipandang atau tidak memandang". kan? So Cik Arin selesa dengan cara 'Low Profile'. Biarlah orang tak kenal, sebab orang kenal ni payah. Cukuplah dulu dah rasa dunia glamour kejap ekekekek... Lagipun Allah tu tahulah nanti macam mana nak uruskan hal 'Jodoh' Cik Arin neh. Macam mana dia nak pertemukan Cik nanti dengan bakal Imam Cik tuh kan. Sekarang ni kita kejar dunia dulu boleh? hahaha... Tak derlah maksud Cik kejar impian dan cita-cita Cik. *smiLe.
Apalah yang melalut jauh sangat neh. Heheh.. bukan apa, nak cheer up diri. Sebab masa posting neh jiwa agak touching sikit. Now dah okek lah.. Kalau tak diri sendiri pujuk diri sendiri siapa kan.. (^_^)v!!~
Di dalam syurga itu ada segala nikmat yang tak terbayangkan, Namun
Nabi Adam itu masih berasa sepi. Sehinggalah Allah menciptakan Hawa. Itulah betapa kita lihat bertapa hidup sendiri tu sebenarnya mempunyai hati yang sepi. Hanya mereka yang faham baru boleh berkata tentangnya. Pada Cik kalau kita tidak pernah ada dalam situasi tu eloklah kita jangan bagi sebarang komen yang menyakitkan hati. Sebab kita tak tau situasi tu rasanya macam mana.
Di saat orang lain bergembira dengan pasangan masing-masing, pada umur yang sepatutnya sudah boleh berumah tangga, malah ada dikalangan rakan sebaya sudah bergelar ibu atau ayah tetapi kita masih lagi bergelar 'single' atau bujang. Bukan sahaja bujang tidak bersuami atau beristeri tetapi teman pun masih tercari-cari. Memang benar jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Tetapi itulah ujian untuk si 'Single'. Iaitu merasa kesepian yang masih menjadi tanda tanya sampai bila. Kadang-kadang mereka meluahkan rasa di hati, kerana kesepian yang melanda diri. Tetapi ada sesetengah orang melebelkan mereka ini sebagai 'desperate'. Dan lebih sakit hati orang yang label itu sendiri sudah memiliki pasangan hidup.
Memang kadang-kadang kita tengok ada sesetengah di kalangan rakan-rakan kita macam cool jer hidup single neh. Tapi kita tahu ke hati mereka? mereka memang kelihatan bahagia bila mereka dikelilingi teman mereka. Mereka memang terasa riang. Tapi cuba bila sampai masa, mereka memerlukan seseorang untuk menemani mereka tiba-tiba rakan-rakan yang lain cakap begini 'Alaaa hari neh husband nak ajak pergi sana' lepas tu ajak kawan lain pulak, 'Alaaa tunang aku nak belanja makan..' ajak kawan lain pulak 'opsss sorry pakwe i nak datang..' Hehehe... agak-agak tension tak? Lepas tu ada kawan yang available boleh buat ayat macam neh pulak 'Sebab aku kesian dekat kau lah aku teman, Kesian suami aku kat rumah dah lah hari ini dia cuti'. Agak-agak apa perasaan si 'single' tadi? Telan air liur pahit jer tau tak.. hehehe... Cik pernah lalui cik tahu lah. Tapi tak ada pulak lah setiap kali Cik sembang dengan kawan-kawan Cik cakap "Kenapalah.... aku tak kawin lagi..". Sebab apa? Sebab kadang-kadang kalau kita meluahkan itu lebih sakit hati apabila orang tempat kita luahkan tu tak faham situasi kita.
Dan sebenarnya mereka ni merawat hati sendiri dengan sibukkan diri semaksima mungkin. Habis tak ada kerja diorang akan tidur sepanjang hari supaya tak fikirkan apa yang tak mahu di fikirkan. Memang fitrah manusia tu di ciptakan berpasangan. Jadi apabila sampai satu tahap mereka memang memerlukan seorang 'Teman'. Tapi takdir mereka hanya Tuhan yang maha mengetahui. Itulah ujian untuk mereka. Kalau yang jenis bercouple tuh at least hari-hari di isi denga sms dari yang tersayang. Tak kawin pun tak apa janji ada 'Teman' untuk dicurahkan perasaan. Ketika mereka perlukan teman ada yang sedia menemani. Sejujurnya macam cik neh? Kadang gi shopping sendiri, gi makan sendiri kadang teringin nak tengok wayang pun sendiri. Hehehehe... Betapa sunyi nya hidup ini.. *smiLe.
Orang kata.. ajak lah mama. Yerp memang Cik dulu pergi mana-mana ajak mama. Tapi since lately neh mama pun bukanya larat sangat. Kadang nak ajak makan luar, itu dia tak mahu ini tak mahu. Jadi nak ajak kawan terdekat siapa yang ada? Tapi hidup mesti diteruskan. Kalau nak di ikutkan cara orang lain kita takkan kemana. Sejujurnya pergi kerja jam 8 pagi balik jam 5 petang kalau tidak ada overtime, kalau ada overtime balik rumah pukul 11 terus balik ke rumah. Hari Sabtu dan Ahad carilah aktiviti lain kalau ada kuliah pergi kuliah. Tapi walau satu hari selama mana boleh tahan begitu? Bila sampai waktu terluang kadang-kadang air mata mengalir kerana terasa penat dan kesunyian. Ingin nak mencari teman bicara itu tidak ada.. Yang ada tunggulah waktu subuh. zohor, asar, maghrib dan Isyak. Itulah satu-satunya tempat untuk meluah rasa. Hanya DIA lah yang faham.
Orang kata ujian orang kahwin itu lebih lagi. Nak fikir hal lain pulak. Tapi sekurang-kurangnya mereka menempuhnya bersama teman mereka. Ketika mereka mengeluh ada yang melayan. Ketika keletihan ada tukang urutnya hehehe... gurau jer c(: ada juga tempat nak bermanja walaupun kata ada dugaan yang lain. Sekurangnya yang bercinta tak kawin lagi pun, bila ada masalah mengadu pada buah hati. Pada yang tiada? Allah juga lah tempatnya. Terpaksa mendorong diri sendiri untuk kuat. Setiap saat, setiap minit memohon Allah kuatkan hati menempuh ujian Dia.
Memang kadang kita boleh sebut, Jodoh kita kalau tidak di dunia ini pasti ada bila kita masuk syurga nanti. Allah dah ciptakan dah pasangan kita. Itu semua orang pun tahu. Tapi apa yang orang tak tahu apa perasaan orang yang tempuh tu. Jadi janganlah di salahkan mereka kalau mereka mengeluh. Mereka sebenarnya nak meluahkan rasa. Rasa yang terbeban dalam hati mereka. Lebih-lebih orang yang komen tu tak pernah lalui hidup 'sendiri'. Kalau kawen lewat pun tapi dalam masa muda ada buah hati. Kalau korang selalu gaduh masa bercinta tu korang nyer pasal lah kan.. Gaduh-gaduh pun nanti baik orang lain korang lupakan.. heheh.
Jadi kalau diorang ini meluah kan isi hati, eloklah tak payah kata apa. Kalau kita tak mampu nak bahagiakan mereka janganlah ditambah sakit di hati mereka dengan ayat-ayat yang menyinggung mereka. Sebenarnya kita tak tahu situasi apa yang ditanggung oleh mereka. Kadang tak terluahkan. Nampak jer kadang mereka tu kuat, Gelak-gelak. Mulut di hiasi senyum manis. Tapi hati mereka kita tak tau. Kalau lelaki tu mungkin tak ada masalah. Tapi kalau perempuan tu hati dia runsing. Cuma antara boleh kawal atau tidak jer.
Kalau macam Cik. Cik akui cik risau dengan situasi ni. Sebab Cik adik beradik tak ramai. Dua orang jer. Benda yang paling Cik tak expect tiba-tiba menimpa. I'm not so lucky in that situation. Sebab tempat yang Cik bergantung sebagai seorang perempuan itu di tarik. Pelindung Cik di tarik. Kalau dulu itulah tempat Cik mengadu meminta merengek memerap. Cik tak risau. Sebab Cik tahu i have someone untuk membantu saat Cik susah. Orang itu takkan mengecawakan Cik walau apa sekali situasi pun. But now Cik terpaksa tanggung semuanya sendiri. Susah senang semua di atas beban Cik sendiri. Penat. Memang sangat penat dalam situasi ni. Jadi kalau ada orang mengatakan nasib selepas berumahtangga itu lagi teruk its unfair. Sebab sesusah-susah mana pun hidup bekerluarga tu pastinya suami tu takkan biarkan isteri dia. Sebab itu tanggungjawab dia.
Actualy Cik bukan lah marah. Cuma Cik bagi tau situasi yang mana mungkin orang tak faham. Kenapa sesetengah orang tu mengeluh bila belum berumahtangga atau belum bertemu jodoh. Kerana hidup ini memerlukan teman. Baik teman halal atau teman tak halal hidup neh kot mana pun kalau berteman tu berbeza dengan bersendiri. Tapi cuma bezanya Cik tak adalah sampai tahap tiap kali up status FB tanya bila lah aku nak kawen kannn............!!~ hehehehe...
Cik pun tahu jodoh ajal di tangan Allah. Dan sebenarnya kalau kata Cik desperate cik rasa tak patut.. hahaha walaupun situasi Cik ketika ini memanglah sepatutnya mencari teman. Tapi im still cool. And masih memilih hokek... c(: So mai desperate kat mana? hehehe... Sebab saya masih lagi mampu memilih dan tidak main sapu jer. Kalau desperate dah lama dah jadi bini orang... ekekek... Sebab berlambak tuh yang dok ada tinggal kais jer.. wahhhh cakap besar nampak Cik Arin.. hahahah... Tak adalah i'm telling the truth. Memang ramai yang nak dekat. Cuma tak bagi jalan. Sebab orang kata nak kahwin ni biarlah sekali. Kalau boleh kawin ni biarlah membahagiakan.. Kalau boleh kawin ni biarlah kekal sampai ke syurga. Buka separuh jalan jer. Kalau boleh Cik nak lah kawin dengan jejaka pilihan hati Cik yang ada Ciri-ciri lelaki idaman Cik. Walaupun tak sepenuhnya menepati Ciri-ciri tapi kalau 10 tu 7 kena okeklah kan (^_~).
Memang Cik dah tanam dalam diri Cik. Kali neh kalau kawan mesti tak mesti kena jadi.. Hahaha... Sebab tu Cik berhati-hati. Cukuplah yang lepas-lepas tu tak jadikan. Sebab yang Cik mahukan ni adalah suami bukan sekadar kawan pelepas sepi.. *smiLe.
Nak carik jantan sekarang neh memang ramai. Kalau takat nak buat kawin kan.. Tapi nak cari Lelaki tu yang payah. Yang mana yang bertanggungjawab boleh memberi ketenangan dalam hidup. Kadang Cik kurang mengeluh sangat kerana Cik tahu Allah tu sayang Cik. Dia dah siapkan seseorang jadi sebab tu Cik tak mengeluh sangat. Sesekali tu adalah tu pun secara tak sengaja. Hehehe.. Manusiakan.. mana sempurna. Yang pasti rupa itu bukanlah keutamaan dalam mencari. Sebenarnya Cik nak seseorang yang sifatnya hampir sama dengan Ayah Cik. Penyabar, Penyayang, Lembut, Bertanggungjawab, Dan sanggup korbankan kebagagiaan sendiri demi orang yang dia sayang. Ada ke? *smiLe
Sebab Cik tengok macam mana Ayah cik layan mama. Dan Cik rasa mama Cik adalah seorang yang bertuah kerana dapat Ayah Cik jadi suami. Dan Cik rasa bertuah dapat Ayah seperti dia. Jadi orang macam tu yang Cik nantikan. Sebab tu Cik sanggup jer tunggu berapa lama pun.. Sebab Cik yakin Allah pasti akan hantarkan orang itu. *smiLe
"..Jangan salahkan mereka andai mereka merasa sepi.."
Sabar adalah satu sifat yang mulia. Dengan sifat sabar, kita bisa
merubah lawan menjadi teman. Orang-orang yang sabar mempunyai keuntungan
yang besar:
"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.
Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba
orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah
menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak
dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak
dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan
yang besar.“ [Fushilat:34-35]
Allah menjanjikan surga kepada orang-orang yang sabar:
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di
waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan
mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan.“ [Ali Imran:133-134]
Ketika Abu Bakar tersinggung
pada kerabatnya yang turut menyiarkan fitnah terhadap anaknya ‚Aisyah
dan ingin menghentikan bantuan, turun ayat Allah yang melarang itu:
"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di
antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada
kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang
berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema’afkan dan
berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan
Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang“ [An Nuur:122]
Memaafkan orang bisa mendapat pahala dan lebih utama:
"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang
siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.
Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.“ [Asy
Syuura:40]
"Tetapi orang yang bersabar dan mema’afkan,
sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu termasuk hal-hal yang
diutamakan.“ [Asy Syuura:43]
"Jika kamu melahirkan sesuatu
kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang
lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Kuasa.“ [An
Nisaa’:149]
Kadang dalam rangka taushiyah/dakwah orang sering
berkata-kata buruk terhadap orang yang tidak sepaham. Padahal dalam
surat Al Ashr kita diperintahkan untuk melakukannya dengan cara yang
baik dan dengan kesabaran:
"kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati
kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.“ [Al Ashr:3]
Allah tidak suka dengan orang yang suka mencaci orang lain:
"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus
terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.“ [An Nisaa’:148]
Allah cinta dan bersama dengan orang-orang yang sabar:
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang
kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
sabar.“ [Al Anfaal:46]
Allah menyuruh kita sabar dan melarang
kita marah meski kita dalam keadaan benar. Lihat bagaimana Allah
mengecam Nabi Yunus yang marah kepada ummatnya yang jelas-jelas kafir:
"Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan
janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia
berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).“ [Al Qalam:48]
Menjadi orang yang sabar memang sulit. Sangat sulit.
Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan bagi kita hingga bisa jadi
orang yang sabar dan dekat denganNya. Di bawah adalah doa agar diberi
Allah kesabaran dan wafat dengan akhir yang baik (Husnul Khatimah) di
mana kita bukan hanya dicintai Allah, tapi juga manusia:
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu” [Al A'raaf 126]
"..Mudah-mudahan ku tergolong di dalam golongan orang-orang yang sabar.."
Apakah Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung? | Sakit
yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya
kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita
kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita
ada masalah jantung.
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau
sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak
berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga
lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada
kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi
perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda
"..Dalam dunia ni Allah Ciptakan semuanya serba dua. Tetapi Jantung hanyalah satu. Itulah nyawa kita.."
Raya raya raya... Heheheh... sudah mau raya..!!~
Dah buat kuih raya belum? Cik Arin dah banyak kuih... Mama buat semua c(: Nak wat macam ner.. Cik kan kerja. Mana sempat nak buat kuih tapi kalau kek tu InsyaAllah. Sebab hari khamis dah cuti. In plan nak buat Kek Lapis, Kek Coklat, Kek Lapis Cadbury dan Kek Kukus Cheese... (^_^)
So arineh Cik nak post pasa kuih raya. Iaitu kuih raya yang Cik selalu jumpa masa kecik-kecik dan yang Cik suka. Tapi sekarang, dah jarang nak jumpa. Dan kuih wajib ada di rumah Cik. Sebab dan akibatnya kenapa.. hehehe..
Kuih Sarang Semut.
Kuih ni dah lama Cik tak jumpa. Since Arwah Atuk Yah dah tak ada. Dulu masa kecik-kecik kalau balik kampung nak beraya dekat Pontian, Atuk mesti buat kuih ni. Katanya dia tau Cik and Kakak Citan suka makan. Masa kecik-kecik tak pose... ho ho ho. So kalau balik tengok ada kuih ni memang selongkar lah 'gerobok' kat dapur tuh. he he he.. Kuih Sarang Semut Atuk buat sedap.. Masih ingat lagi rasa dia kat dalam mulut neh.. hehehe... Mama Cik huuuuuuuu tak mau buat kuih neh... balik balik asyik suji suji suji.. bak kata kakak Citan (Dah macam keluarga Iskandar.. Mak dia asyik sujiii ajerr!!~). Kaler dia pun macam menarik kan kuih neh? kaler-kaler.. ekekekk..!!~
Kuih Y
Pernah dengar kuih Y? Pernah makan tak? Cik pernah makan masa kecik-kecik dulu. Mama Cik cukup anti kuih neh.. ntah naper ntah.. 'diharamkan' kuih ini berada di rumah. Hahahah.. Selalu dialognya akan berbunyi begini bila Cik sebut teringin nak makan kuih Y. "Alahhh... kuih takat majerin gula di penyek-penyek jer kok.. (Ada jugak sleng jawa dia tuh.. hik hik hik)". Pastu nanti Cik jawab " Kalau macam tu buat lah......." Nanti dia akan mencebik mulut.. Konon-konon kuih tu tak mencabar lah pada dia kan.. Eleh.. sebenarya mama pernah buat tapi cik komplen kata apasal rasa nya tak sama macam biras dia buat? Hahahha... Terus dia pangkah kuih neh ekekekek... Actualy kuih neh Cik suka sebab dia kalau gigit bunyik "kruk kruk" nak kata sedap sangat tuh tak juga.. sebab masa makan tuh layan.. hahah.. Satu gi cik tengok kuih neh dia macam pelik sikit.. macam 'Zirafah' hahaha.. So far yang jadi lama cik tak makan kuih neh sebab dah tak pernah jumpa even gi rumah 'biras' mama itu....... pun dah tak buat. Sebab dulu dia cuma tau buat kuih ni je.. now dia dah pandai buat kuih lain.. maka maybe dia rasa kuih neh pun tak mencabar kot hahah!!~ For ur info Cik ada nampak someone jual kuih neh. so Cik order lah semata-mata nak makan.. Tau... kena marah dengan mama..!!~ like always dialog yang keluar.. dan Cik akan jawab.. " Kalau macam tu buat lah......."
Kuih Peanut Butter
Kuih Peanut Butter. Kuih ini tahun lepas adalah kali terakhir wujud di rumah Cik. Sebab peminatnya dah "tak ada.." *smiLe... Kuih neh sedap juga. Tapi tak berapa minat sangat.. kalau ada Cik makan kalau tak ada tak carik.. Kuih ni feveret Ayah. Tiap-tiap tahun mama buat sebab Ayah suka makan. So mama cakap kuih ni tahun neh dah tak payah buat lah ye.. Ayah pun dah tak ada.. Cik kata Okek..!!~ Maybe takkan jumpa lagi kot kuih ni di mana-mana. Sebab tak pernah pulak jumpa kat rumah orang-orang...
Kuih Almond London
Kuih ini Cik pulak yang haramkan berada di rumah.. Hahahah. Nak tau kenapa? Kalau cik pergi beraya mana-mana kuih neh mesti ada. Pergi rumah orang tuh bukak-bukak balang Almond London.. Pergi rumah orang neh bukak-bukak balang Almond London.. Almond London.. Almond London.. macam dah tak ada kuih lain... Cik kata.. Kalau nak makan Almond London pergi jer beraya rumah orang.. Confirm ada kuih neh!!~ Hahahahah... Biasalah Cik arin kan suka kelainan.. Yang mana orang tak buat itulah yang Cik buat.. hehehe... baru ada kelainan.. (^_^)
Kuih Tart Nenas
Kuih neh boleh kata kuih wajib jugak lah. Memang ada di rumah setiap tahun. Rasanya kuih neh ramai gak peminatnya kan.. Dia macam masam-masam berlemak gitu.. tapi tak manis sangat.. So tahun ni kuih neh masih tersenarai dalam list kuih raya rumah Cik Arin... heheh cuma bentuk bertukar sebab malas nak gulung.. hahahah!!~
Kuih Oat Chips Chocolate
Kuih neh nama dia ada orang panggil Oat Chip.. dan dah macam-macam nama dia. Kakak Citan panggil Biskut 'Mak Datin'. Hahaha orang Putrajaya panggil kuih neh nama tuh... entah naper. Tapi suka kuih neh sebab dia tak rasa sangat oat nya tuh.. Dia feel crispy perisa coklat disalut dengan gula icing dan susu nespray. So rasa dia macam mari gitu.. Since kenal kuih neh memang wajib ada di rumah setiap kali raya. Dan tahun ni pun ada jugak kuih neh.
Kuih Makmur
Kuih makmur. Kuih lama neh. Kuih neh senang je.. Nak kata sedap sangat pun entahlah ek. Kuih neh tak ada rasa pun.. Tawar jer.. dia harapkan gula icing and inti dia jer. Kalau nak harap tepung dia semata.. Tak tertelan.. Honestly, kuih ni kalau kat rumah orang, kecuali my best friend punya rumah Nana. Cik tak sentuh. Sebab bukan my favorite. Kalau mama cik buat cik makan lah jugak sebab inti mama buat tuh rangup. So sedap di kunyah. Lagi pun kuih neh terlalu sensetif cepat rapuh. senang hancur masuk mulut tak boleh bercakap nanti tersembur hahahah..!!~ Well.. dah feveret Makcik itu.. Maka wajib juga ada di rumah untuk tahun ini. He he he...
Biskut Arab
Biskut Arab.. Kenapa ek nama dia biskut arab? Made in Arab ker? No Idea...... Cik suka kuih neh. Sebab dia buat guna minyak sapi kan.. Tapi.... setengah orang macam berkira bahan dia guna minyak masak jer.. ho ho ho... Kuih ni mama kata tahun ni akan di buat.. so tunggu lah jadi ke idak.................!!~
Biskut Samprit
Hahaha... very the oldies.. Tahun neh tak buat pulak kuih samprit neh.. Alasan mama "Aku tak larat nak tekan!!~" Heheheh... tak perlah Mama... kuih yang ada tuh pun dah melambak-lambak dah Cik tengok..
Jom kita tengok Kek pulak yer...!!~
Kek Lapis Asam Manis @ Kek Lapis Hawflakes
Kek lapis ini adalah kek lapis kesukaan Cik. Tapi tahun neh tak tau nak buat ker idak.. sebab Cik malas nak susun Asam keping tuh.. ekekeke... Hahaha... dulu Cik buat bisnes tau kek ini.. Carik duit poket nak raya.. Masa tu dok bergelar student fulltime lagi.. heeheh... Nak raya carik duit... Nasib baiklah masa Cik study dulu belajar tak jauh.. So boleh lah buat kek.. Sangat laku.. bayangkan satu kek harga dia RM50. Sekali nak raya Cik amik order 10 keping jer.. hehehe kaya Cik tahun tu.. hahahah!!~ tapi sekarang Cik dah tak sanggup arr.. Sangat sibuk... Tapi masih macam ada hati nak bisnes kek balik... c(:
Kek Lapis Betawi @ Kek Lapis Rempah
Kek Lapis Betawi. Kek neh famous neh kalau kat Johor. Dulu masa arwah atuk ada dia mesti buat kuih neh. So far kek lapis neh kebanyakkan nya amat famous di selatan. Sebab orang jawa neh suka sangat buat kek Lapis. Ada setengah orang tanya Cik. Kek Lapis Rempah neh letak rempah kari ker? Heheh.. tak der lah Cik nak gelak pun.. Actualy rempah yang di maksudkan adalah serbuk kayu manis dan serbuk buah pala. Kan rempah tu.. (^_^). Boleh bayang ker rasa rempah kari buat kek? c(: Kek neh pakai telur banyak.. penat juga nak buat.. Sebab tu kek neh harga dia boleh tahan juga lah.. Ada orang jual terlampau jimat bahan sampai tak rasa kek orang neh.. Itu fesyen jual kek cari untung semata lah tuh... Well Cik Arin memang cerewet yer bab neh.. Kalau nak beli tak kisah mahal mana pun asal sedap dan cukup rasa. So yang jual tuh jangan lah nak ambil untung jer.. So better buat sendiri kek neh.. heheh..
Okek.. jadi itulah antara cerita-cerita kuih raya. Heheheh... Kesimpulannya Cik kalau kuih raya suka home made. Sebab Cik cerewet tentang rasa makanan. Bukan lah memilih.. tetapi sebab dari kecik dah disumbat dengan rasa yang sedap, bila tiba-tiba makan tak sedap memang Cik akan komplen... So kalau beli pun Cik tengok lah orangnya. Biasanya Cik akan rasa dulu. Atau Cik akan beli pada orang yang Cik tahu standard rasa dia sama macam Cik. Dari segi penggunaan bahan. Mahal tak apa janji tekak boleh terima. Jadi bab kuih and kek neh.. tak yah lah nak temberang.. hahaha... (^_^)v!!~
Cik jarang puji kuih orang neh.. kalau Cik puji tuh memang betul-betul sedap lah.. Kalau tak dapat pujian tuh kira so n so jer lah... heheheh...
Mama Cik pun kadang kena komplen dengan Cik.. lalalal..!!~ Next time kita cerita hal lain pulak hokek!!~ Hidangan Raya pulak............!!~
"..Tahun lepas rumah tak buat kuih sebab tak de mode beraya So tahun neh rumah meriah kuih raya.."
Ingat tak pasal posted Cik Jumaat lepas? Pasal "Program Cahaya Ku Garnier" tuh? Orite. Cik dah siapkan Kad Raya untuk adik angkat Cik. Hand made 100% by my self. Hehehe... Just simple Card. Sebab Cik tak berkenan langsung kad-kad yang ada di pasaran. Makin tak meriah kad raya sekarang.. Maybe dah tak berapa laris kot.. So? Now Cik nak show u all hasilnya.. heehehh...
Bahagian hadapan kad
Ini bahagian depan nya. Cik guna Kadboard dan kertas bunga gunting and tampal. Jom kita tengok dalam pulak.
Ini bahagian dalam
Bahagian dalam nya Cik just guna A4 paper berwarna hitam. Dan gunakan pen dakwan silver untuk tulisan dan lukisan. Untuk lukisan budak perempuan dan ketupat tuh Cik warnakan guna glitter glue. So kalau in real dia nampak glitter. Bila dah kering dia jadi macam plastik dan timbul. Nak tengok ucapan Cik tak? Hehehe malu sebenarnya nak tunjuk.. tapi tak perlah.. Kita kawan-kawan kan... (^_^)..!!~
Inilah ucapan raya untuk Adik angkat Cik
Heheh.. so insyallah esok cik post guna express. Takut lambat sampai. Hope pihak Garnier akan tertarik dengan kad ini dan Cik terpilih antara 20 kakak angkat yang akan di jemput ke kenduri raya bersama adik-adik angkat "Sinar Cahayaku". Sebab teringin nak jumpa adik angkat Cik. Aamiinn...!!~
Semalam tiba-tiba terasa nak makan nasi daging. Tapi yang di masak sendiri. Hehee...
So semalam ada kelas TITAS. Jadi habis kelas pukul satu lebih. Balik dari kelas terus pergi Tesco untuk beli bahan-bahan nak masak. Balik-balik rumah terus letak beg dan masuk dapur. Jadi hari ni Atas permintaan MissNurul A.K.A Nunul.. Yang kata feveretnya.. Cik nak kongsi resepi Nasi Daging dan 3 resepi sampingan. Memandangkan dah lama Cik tak masak and share resepi kan.. (^_~).!!~
Nasi Daging Ala Masters Chef Cik Arin.
(Wahhh nama resepi pun tak boleh blah..!!~)
2 Cawan beras Basmathi
1 kilo daging (Ambil bahagian yang kurang lemak)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
2 Sudu besar rempah kurma
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kecil kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan
2 sudu besar Minyak sapi
1/2 Cawan Susu cair
2 Cawan Air rebusan daging (Ikut cawan beras)
1/2 kiub stock lembu
Bahan Taburan
Daun bawang
Daun ketumbar / daun sup
Kacang peace
Bawang goreng
Kismis (Optional)
Cara penyediaan
Mula-mula ambil daging potong sederhana besar dan masukkan garam kemudian rebus.
Sementara tunggu daging empuk blend bawang besar dang bawang putih.
Bancuh rempah kurma dengan air. Dan cuci beras tos kan.
Setelah daging tadi empuk, Kita dah boleh masak nasi.
Cara buat nasi
Panaskan periuk dan minyak sapi,
Tumiskan bawang yang di blend bersama rempah kurma, Buah pelaga,
Bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
Tumis sehingga wangi dan rempah masak.
Gunakan api sederhana supaya tidak hangit.
Setelah masak bahan tumisan tadi masukkan air rebusan daging beserta daging dan beras.
Masukkan sekali stock lembu.
Kacau sebatikan dan akhir sekali masukkan susu dan kacau.
Kecilkan api dan biarkan sehingga masak.
Bila dah masak hidangkan dan taburkan bahan-bahan taburan.
Nasi Daging Ala Masters Chef Cik Arin dah siap..!!~
Orite seterusnya, Nasi daging ni selalunya dimakan bersama kerabu tomato atau air asam. Cik suka kerabu tomato. Jadi ini adalah resepi kerabu tomato nya pula.
Kerabu Tomato
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji cili besar
sepeket kerisik
3 Camca besar Cili sos (Kalau tak suka pedas kurangkan)
2 sudu gula
garam secukup rasa
2 sudu cuka
Tomato and Bawang yang Cik guna ni memang saiz besar. Thats why guna sebiji sahaja. So itu ikut saiz lah yer.
Cara penyediaan
Hiris tomato dan bawang besar dan cili besar. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan yang lain dan kacaukan supaya rata.
Dah siap.......!!~
My Fabulous Kerabu Tomato..!!~
Okek for a next, Resepi tambahan. Memandangkan mama Cik dia tak makan daging. Hanya makan nasi jer dengan kerabu tomato. So Cik buatkan satu lagi jenis lauk untuk mama. BBQ Veggie. Jom tengok resepinya..!!~
BBQ Veggie
Lada benggala 3 warna. each half. (Traffic Light hehhe)
Cendawan butang segar
Bawang besar Di potong tebal
Timun pun boleh ( Semalam tak ada timun)
Carrot
Tomato plump yang kecik-kecik tuh
Mentega
Dan sedikit serbuk origano (Optional)
Tips
Untuk resepi ni. U all di minta guna Pan atau kuali leper. Dan setelah cuci sayuran tadi minta di toskan supaya sayur tadi tidak berair ata basah. Kaedah yang nak digunakan adalah grill sebenarnya.
Cara penyediaan
Panaskan pan tadi. Api sederhana yer kang hangus lak korang nya sayur tu bila you all tak pandai control. Kemudian masukkan lada benggala carrot and timun dan bawang. Sebab sayur ni lambat masak. Tanpa minyak yer. Tekan-tekan sikit supaya kena kuali tadi. Then lense kan dengan mentega. Alaaa macam you grill ayam lah.. buat bbq kan.. Then kalih kan bagi masak rata. Tiga sayur ni bila dah betul-betul masak dia akan ada rasa manis. Thats why kena masak betul-betul. Then agak dah masak masukkan candawan grill jugak and lastly tomato. Jangan lupa setiap sayur tu kena lense kan dengan butter. Dan akhir sekali masukkan serbuk origano dan dah boleh di hidangkan.
BBQ Veggie done..!!~
So.. dari pukul 3 masak pukul 6 dah siap. Sempatlah abang ipar Cik tuh bawak bekal gi tempat kerja. Hehehehh... Do you all boleh cuba ye di rumah.. Semalam lepas berbuka tak sabar nak rasa. Alhamdulillah.. Cik tak pernah masak dalam bulan puasa neh. Ini pertama kali cuba masak di bulan puasa. Dah biasa masak so dah boleh agak lah garam gulanya kan.. Jadi pendek kata Semuanya cukup rasa.. hehehe. Dan nasik Alhamdulillah.. Lembut.. dan best..!!~ Hidangan ni cukup untuk makan 3 ke 4 orang. Inilah hasilnya.. Bila dah siap di hidangkan..
Nasi Daging Ala Masters chef Cik Arin Siap dihidang..!!~