Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, August 27, 2012

Bengang..!!~

Ku takkan bersuara lagi.. hehehe. Baik punya tajuk posting pagi neh. Sekarang ni dah kembali menjadi manusia pasif lah. Cik dah mula nak jadi siput yang menyorok dalam cengkerang. Dah malas nak berdunia dengan orang. Boleh? Hehehe.. bukan nak jadi kera sumbang. Tapi cuma rasa dalam situasi macam ni eloklah duduk bersendiri. Situasi yang tidak ada siapa pun yang akan faham. Situasi yang susah nak cakap.

Kadang-kadang terasa macam 'bengang' dengan situasi yang melanda. Bukan bengang dengan manusia. Jauh sekali niat membenci dan nak memutuskan talian silatulrahim sesama manusia. Cuma.. Ermm.. Tak nak mengeruhkan keadaan. Cuma nak menjaga hati sendiri. Sebenarnya Cik memang macam ni dari dulu. Entahlah dah memang sifat semulajadi macam ni agaknya. Bila tau sedar kedudukan diri sendiri memang suka 'bawak diri' agar orang tak rasa rimas dengan kehadiran kita dan kita pun tak sakit hati di atas perbuatan orang yang tak suka dengan kita tu.

Kadang-kadang setiap perkataan yang keluar dari mulut kita atau ayat-ayat yang keluar dari jari kita ni, membuatkan orang tak suka atau salah faham lebih baik kita diam. Pertama, kalau dia berprasangka pada kita, Dan kita pun berperasangka pada orang dah jadi satu dosa.

Kadang-kadang komunikasi antara dua pihak itu penting. Bicara hati ke hati untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Hidup di dalam situasi yang penuh dengan kebuntuan itu menyekat kehidupan sendiri dan orang lain. Hidup dibelenggu dengan 'sesuatu', Tuhan pun tak mahu tolong untuk selesaikanya. Hehehe..

Bengang dengan situasi yang macam ni. Rimas. Situasi yang Cik Arin tak mahu. Nampaknya apa yang perlu di buat melainkan menjadi 'siput'. heheeh. Boleh jugalah dikategorikan sebagai membawa diri. hehehe.. Atau pendek kata nak lari dari masalah.. Senang cakap.. hehehe... Dan jujurnya dah berkceil hati sebenarnya. Tak tau kecil hati dengan siapa. Apa yang tahu eloklah menjauhkan diri dari situasi ni.

Cik tak pernah berdendam atau benci pada sesiapa. Kalau cik jenis yang macam tuh dah tentu Cik takkan sambut salam dari orang yang dah banyak melukakan hati Cik Arin baik dengan kata-kata mahupun perbuatan. Dari dulu lagi sifat cik macam ni. Tak suka nak mencari masalah dengan orang. Cuma kadang-kadang Cik cuma nak menjaga hati sendiri. Kalau bukan diri sendiri yang menjaga hati sendiri siapa lagi? *smiLe.

Sebagai manusia kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tapi itu adalah baik andai kita cuba nak memperbetulkan kesalahan kita. Tetapi yang menjadi sedih apabila orang menutup ruang untuk kita memperbaiki keadaan. Tak apalah kalau dah macam tu. Sebagai manusia juga kita harus sedar diri dan kedudukan. Di mana kita berdiri dan siapa diri kita.

Orang selalu kata, Orang yang kita tak peduli itu buatlah apa pun kat kita, sikit pun tak jadi kudis di hati kita. Tetapi perkara yang menjadikan hati kita luka bernanah selalu nya orang yang penting dalam hidup kita. Ternyata orang-orang yang kita sayang. Orang-orang yang kita ketagih kasih sayang dan perhatian dari mereka. Tetapi merekalah orang-orang yang tak pernah cuba untuk memahami kita. Walau sehabis baik kita lakukan untuk mereka. Tapi mereka tak henti-henti melukakan hati kita. Dan ianya menjadikan hati kita parah adalah kerana kita tak mampu pergi atau menghalau mereka dari kehidupan kita. Itulah takdirnya, hakikat yang harus di telan walau sepahit apa pun. Mereka tak salah, Cuma mereka tak faham kita. Jadi sebab itulah kita perlu maafkan mereka. Kerana tidak ada manusia yang sempurna.

Kalau kita tengok, Kita selalu bergaduh atau bertengkar dengan orang-orang yang rapat dengan kita. Kita boleh marah dengan orang-orang yang rapat dengan kita. Kita boleh merajuk dengan orang-orang yang rapat dengan kita, Seperti Ibu, Ayah, Kakak, Abang, Adik, Suami, Isteri, dan Kekasih. Walau sekuat mana pun kita bertekak, bergaduh, dan merajuk dengan mereka ini, terluka hati kita. perasan tak? Kita masih boleh kembali bersatu semula. Mereka inilah orang yang tak faham kita, Tetapi mereka inilah yang kita tagihkan perhatian dari mereka. Dan kita rasa bahagia bila mereka kembali memujuk hati kita yang terluka. Dan andai mereka buat tak peduli dengan kita, kita akan terasa sedih dan hidup takkan ceria.

Berbeza andai kita bergaduh dengan teman-teman kita. Atau siapa-siapa sahaja yang kita rasa mereka hanyalah ada tak apa.. tak ada pun tak apa... Langsung tak ada kesan dalam hidup. Mereka ini kalau kita tinggalkan bertahun pun takkan mati kita. Kerana mereka ini cuma pelakon tambahan jer dalam hidup kita.

Sejujurnya, Cik perlukan orang-orang di atas itu dalam hidup Cik. Tetapi macam yang Cik cakap, mereka inilah yang selalu melukakan hati Cik. Kerana mereka tak faham Cik sangat. Kadang-kadang Cik nak perhatian dari mereka, Cik nak bermanja dengan mereka, Cik nak bercerita dengan mereka sebab Cik tak ada siapa-siapa melainkan mereka. Kepada mereka tempat Cik meminta, merekalah punca senyum dan tangis dalam diri cik. Tapi tak apa, mereka tak salah. Mungkin mereka pun rimas dengan Cik, sebab mereka tak tahu apa yang cik mahukan. Tapi nak buat macam mana, Inilah fitrah kejadian Cik Arin. Manusia yang sukar untuk difahami.

Sebab itu Cik rasa adalah baik untuk berdiam diri, Cakap hanya benda yang perlu. Hidup didalam dunia sendiri itu pasti tidak ada sesiapa yang menyakitkan hati. Dalam masa yang sama pun Cik tak sakitkan hati mereka. Jangan risau.. Cik Arin tak benci sikit pun kat korang.. Cuma cik arin memang macam ni. Kurang mesra gitu.. hehehe... Kalau korang rasa nak bercakap boleh jer nak ajak bersembang. Tegur jer insyallah Cik boleh jadi teman bicara yang paling korang suka.. hehehe... tapi kalau Cik nak mula dulu memang payah sikitlah... hehehe..

Sebab Cik tak mau lagi merimaskan hidup orang. Kalau korang tak suka cakap siang-siang lagi senang Cik terus lenyap jer dari hidup korang kan.. Sebab Cik arin ni bukan jenis suka mengganggu ketenangan hidup orang. Biar orang ganggu ketenangan hidup Cik tak apa. Sebab tu Cik suka menyendiri dan buat kerja sendiri. Dan sebab itu jugalah agaknya Cik neh tak kawin-kawin sampai hari ini. Sebab Cik tak mencari.. Hehehe.. Yerlah kita neh kan perempuan, Takkan nak mencari pulak kan. Entah orang suka entah tidak bukan kita tahu yang nak pergi terhegeh-hegehkan.. Kalau suka datanglah kat Cik Arin. Kalau nak suruh Cik mula... hehehe Minta maaf jer lah ye... Cik Arin kan seorang yang pemalu.. Ha ha ha.. (^_^)v!!~ Lagipun kan Saidatina Aisyah ada berkata "Wanita terbaik adalah wanita yang tidak dipandang atau tidak memandang". kan? So Cik Arin selesa dengan cara 'Low Profile'. Biarlah orang tak kenal, sebab orang kenal ni payah. Cukuplah dulu dah rasa dunia glamour kejap ekekekek... Lagipun Allah tu tahulah nanti macam mana nak uruskan hal 'Jodoh' Cik Arin neh. Macam mana dia nak pertemukan Cik nanti dengan bakal Imam Cik tuh kan. Sekarang ni kita kejar dunia dulu boleh? hahaha... Tak derlah maksud Cik kejar impian dan cita-cita Cik. *smiLe.

Apalah yang melalut jauh sangat neh. Heheh.. bukan apa, nak cheer up diri. Sebab masa posting neh jiwa agak touching sikit. Now dah okek lah.. Kalau tak diri sendiri pujuk diri sendiri siapa kan.. (^_^)v!!~

 

"..Siput.."   

  

No comments: