Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Saturday, June 30, 2012

Ujian buat ku..

Selamat hari sabtu, Minggu ni Cik rasa betul-betul boleh berehat di rumah. Tak ada aktiviti luar. Nak rehat betul-betul.. Dari bangun subuh tadi ingat nak sambung tidor.. Tapi sampai sekarang 11:23 a.m Cik masih tak tidur.. Sebab sambil-sambil kemas bilik.. Lipat baju.. Cik pasang youtube, dengar ceramah Ustaz Kazim. Hehehe.. Dan bosan carik lah benda yang boleh menghilangkan bosan. Semalam basikal MTB Cik telah di curi oleh manusia Zalim. Ermm.. nak buat macam mana kan.. Benda dah hilang. Bukan lah kata tak menghargai barang sendiri.. Harga pun bukan murah.. Hasil titik peluh sendiri nak keluarkan basikal tu. Dah kita parking dalam rumah mana nak sangka ada yang berminat. Tak nak beli sendiri nak amik jalan mudah.. Curi orang punya.. Nak bising-bising marah-marah pun.. benda dah jadi.. Kalau kita bising-bising benda tu boleh tiba-tiba muncul depan mata bagus juga. Apa yang boleh buat Report polis jer lah.. Kalau dapat balik Alhamdulillah.. Tak dapat.. Itu bukan rezeki kitalah.. Makin di fikir makin runsing kepala buat apa.. Dah banyak benda yang merunsingkan dalam kepala.. Kalau nak di layan semua ermm... Takut dah tak berupa Cik Arin lagi lah jawab nya.. hehehe..

Tinggal Kenangan

Sambil-sambil tengah kemas bilik ni tiba-tiba terdengar lagu Wan Hardiah 'Tertutup Buat Mu' (Ceramah ustaz Kazim dah tak boleh dengar sebab youtube dah sangkut-sangkut line slow.. So tutup lah dengan MP3 pulak.. huhu). Ermm.. biasalah jiwa tengah parah.. dengar lagu-lagu cinta neh memang akan mebuatkan layan jiwang.. huhuhu... Mulalah kenangan-kenangan lalu mengusik rasa.. (uhh.. tak leh blah.. ho ho ho). Dengan situasi yang melanda diri ni.. Tiba-tiba teringat 'Orang' lama.. (Minta maaflah kalau ada yang tak senang sebab Cik teringat yang lama.. bukan kehendak diri.. Kalau Cik boleh Format balik Mind Cik ni.. Memang Sumpah itulah yang Cik pilih..). Hubungan tu terlalu lama untuk dilupakan dalam waktu yang sekejap.. walaupun dah 2 tahun berlalu.. Hubungan yang memakan hampir seluruh waktu muda Cik.. Cik buang masa di situ struggle untuk hubungan tu.. Tapi takdir dah menetukan segalanya, 'Dia' bukanlah untuk Cik.. Telah lama Cik redha dengan Qada dan Qadar Allah.. malah hati Cik pun telah Cik berikan kepada 'Insan' lain.

Tapi Cik hanyalah manusia biasa.. Kelukaan masih ada. Bukan dengan Allah.. Tetapi dengan sikap 'Dia' (Ex). 'Dia' tak pernah menghargai perhubungan dengan Cik.. Mahu sebagai seorang sahabat (Sebelum bercinta kami bersahabat baik), Sehinggalah menjalinkan hubungan Cinta dan hubungan setelah berakhirnya percintaan. Memang kalau selepas bercinta kalau boleh Cik memang tak mau ada apa-apa hubungan lagi mahupun kembali sebagai bersahabat seperti sebelumnya. Kerana situasi sangat berbeza tak mungkin hubungan yang dah bercalar atau retak akan pulih seperti sedia kala.. Hati yang terluka akan terus luka dan tidak akan pernah sembuh. Lagipun dah berapa kali ianya terjadi, konon lepas break nak kekal sebagai kawan tapi kalau dah masing-masing masih ada rasa sayang dua tiga hari bercinta balik.. Itu yang selalunya terjadi. Kalau bermaksud untuk pergi.. tak perlu menoleh lagi. Tekad yang tinggi harus ada.. Jangan cuba untuk bermain api.
 
Dalam hubungan Cik dengan 'Dia'. Banyak buruk nya berbanding baiknya. Sehinggalah Cik tersedar yang dia bukanlah yang terbaik untuk Cik. Kerana bukan sekali..dua kali sikapnya hanya insaf sementara untuk membuatkan Cik percaya dan kembali kepada dia. Dan hati Cik memang tidak kuat apabila di pujuk.. Hati Cik mudah lembut.. Untuk memaafkan. Sehingga lama kelamaan perasaan tawar hati itu timbul dalam diri. Sehinggakan bila Cik dapat mesej dari dia Cik bagaikan angin lalu.. tiada perasaan teruja dan cik mampu untuk tidak reply mesej dari dia.. Dari situ Cik tahu.. Perasaan cinta dah tak ada lagi dalam hati Cik.. I left him without say goodbye.. Kerana Cik dah tak rasa antara kami ada hubungan yang patut di putuskan.. 

Sepanjang Cik hidup 'solo' Cik busy kan diri dengan study and kerja. Cik bebas untuk melayan sesiapa sahaja tanpa rasa perlu untuk memikirkan hati sesiapa. Tapi hati Cik sunyi.. I need 'Friend'. Cik berkawan dengan ramai lelaki.. Tapi satu pun Cik tak pernah serious.. Sebab tak terbuka pintu hati.. Malah yang cik tak layan terus pun ramai.. Selalunya bila Cik mula mesra dengan seseorang.. Tiba-tiba Cik akan menjauhkan diri dari mereka.. Cik tak tahu kenapa.. Dan akhirnya Cik pun dah tak tau apa jadi dengan lelaki tu.. 

Dan 'Dia' masih tak putus asa kalau 'dia' tau Cik balik JB jer mesti dia akan mesej Cik nak jumpa. Entah mana dia tau pun cik pun tak tau.. Ini mesti best friend kita orang yang cakap neh.. Cik yang baik hati ni pun.. kebetulan masa tu ada waktu Cik pun jumpa lah dia. Dah orang minta sangat nak jumpa.. Tapi banyak jugaklah kerenah Cik sebab Cik memang tak nak jumpa. Cik kata dia kena datang tempat Cik.. Cik tak nak pergi tempat dia.. Jauh cik kata.. (Sebab dulu itulah alasan dia) Sanggup pulak dia.. Pastu Cik cakap.. Jangan lambat.. tak suka tunggu orang.. dan harus belanja Cik makan..!!~ miahahaha... Pun sanggup jugak dia.. Aikkk.. Ajaib?? bukan sebelum neh semedang tak ada duit ker.. boleh pulak ye.. Okek lah... Cik pun jumpalah dia..Cik sampai lewat masa tu.. Uikss dah terpacak dia kat McD.. hahaha.. Good good.. Tengok Cik tersengeh-sengeh dah macam kerang busuk.. (Ishh Cik kalau dah nyampah memang kerja nak kutuk jer.. Nyampah bukan benci tau.. hehehe). Masa Cik jumpa dia tu lah dia cakap dia minta maaf.. Dia menyesal.. Apa yang dia buat... Cik kata cakap sini buat apa.. benda dah lepas.. Dulu masa kita tanya diam.. tak nak berterus terang.. Dah sekarang baru nak menyesal.. U never change!!~ Itulah ayat Cik. Masa ni memang Cik cakap tak ada berlapis dah.. Cik cakap sesedap rasa jer.. Cuma tinggal tak carut jer.. heheh..
Dia tanya Cik kawan dengan siapa sekarang.. Hahahah... Nak masuk line balik lah tu kan?? Apasal kalau Cik cakap tak ada nak masuk line? Dia gelak.. 'Boleh juge..' hehehe.. 'Selamber Cik jawab... Dah ada boyfriend... Dah nak kawen dah...........' memandai jer Cik buat ayat.. nak kahwin huhuhu... Pastu dia tanya 'Mana arin kenal? Kejap na nak kawin..?' .. 'Suka ati arin lah.. Bercinta tahun-tahun buat apa? tengok neh.. kawan dengan awak neh.. Ada kawin?' Dia gelak jer lah.. sembang lah kejap sampai kul 7 Cik nak balik..   heheh Cik kalau cakap dengan Ex cik dulu memang kasar.. Sebab dia pun kasar dengan Cik.. Sapa suruh dia kasar dengan Cik dulu.. Kadang kalau cakap kat tepon suka jerit kat telinga Cik.. Bila Cik jerit balik.. tau pulak dia slowkan suara.. Heheh.. kelakar kan kita orang? Dulu Cik tak macam tuh.. tapi dah macam-macam dia buat kat Cik.. Itu yang jadi macam tuh heheeh... Tapi tak adalah sepanjang masa macam tuh.. Ada waktu-waktu.. Mungkin jugak sebab tu kami tak di jodohkan untuk bersama.. Walaupun kami dah berkawan lama.. Kerana Allah maha mengetahui.. Bila difikir-fikirkan banyak hikmahnya kenapa kami tidak berjodoh.. 

Balik dari jumpa dia.. Mula lah dia mesej-mesej Cik Arin.. Ewahh ewahh.. ayat baik tau.. Dia kata nak bersahabat macam dulu balik... Cik kata dengan keputusan Cik.. 'Kita tetap akan macam ni.. Kita takkan mampu untuk jadi seperti dulu.. Arin takkan benci awak.. tapi arin tak boleh baik macam dulu dengan awak.. Harap awak faham.. U are my ex.. And never change..' Dan dia akur. Itu cerita tahun lepas..

Dan kami terus senyap.. Sehinggalah Ayah Cik meninggal dunia. Cik hanya maklumkan melalui FB ke dia. Sebab dia pernah jumpa famili Cik kan.. Jadi Cik rasa Cik patut bagitau dia. Dah sebulan Ayah Cik meninggal baru dia call Cik.. Dia kata dia baru tau.. Dah lama dia tak online FB.. Okek lah.. 

Dan pada bulan 4 haritu dia ada called Cik.. Tanya khabar Cik.. Cik layan macam biasa.. Sempat gurau juga tanya dia.. 

'Ni Call orang neh.. nak bagi tau dah nak kawen ke?'
'Heheh tak lah Arin.. hehe Arin tu bila nak kawen? kata arituh nak kawen?'
'Jodoh nya belum bertemu lagi lah.. Ada jer halangan..'
'Owh ye ker... Ke tak jadi.. ekekkek'
Cik terdiam.. Bisa sungguh soalan itu kan...  hehehe
'Cik.. rindulah.. jom kita 'kawan' semula nak?'
'Tak mau lah... Awak tu takkan pernah berubah.. Awak suka tipu Cik.. Awak tak setia... Awak tak tau nak menghargai Cik.. Awak suka buat Cik macam tunggul kayu.. Lagipun tak best lah kawan dengan awak...Cari jer lah orang lain... Kawan perempuan awak kan ramai.. Diorang tu sedia jer kalau awak nak ajak couple..'
'Hehehe.. malas lah Cik.. Diorang tak besh.. '
'Tau pulak awak tak besh... Habis tu dulu apasal cari pasal? '
'Heheh.. Ala Cik jom lah kita couple balik'
'TAK MAHU!!~'
'Tak mahu tak perlah..'
'Okek bubbye...'

Itu cerita bulan 4..

Lepas tu entah tergerak hati Cik neh.. haritu entah macam mana.. Cik terbaca satu blog seorang perempuan ni tau.. Cara dia blogging sebijik macam cara cik blogging.. Sebab tu Cik minat nak baca..Dia cakap pasal nak kahwin.. Cik pun baca punya baca.. tiba-tiba dia ada mention nama tunang dia.. Apasal nama tunang dia neh macam familiar... Sangat-sangat Cik kenal... Ya Allah... Astaghfirullah hal a'zim... Allah maha besar.. mengucap panjang Cik tau.. Rupanya itu tunang Ex cik Arin.. Padahal dia baru merayu Cik untuk couple semula.. Tarikh dia tunang tuh.. dalam bulan 4 macam tuh.. Sebelum dia merayu Cik tuh.. Ya Allah.. Allah punya nak tunjuk kat Cik Arin.. Syukur Alhamdulillah... Allah pelihara Cik tau.. Cik tolak mentah-mentah.. Walaupun masa saat Cik tengah genting dengan dugaan yang melanda macam ni memang Cik perlukan seorang teman.. Tapi sebab kesetiaan Cik terhadap 'Cinta hati' Cik tebal.. Cik tak termakan pujuk rayu dia..  

Cuma Cik terfikir.. Dia kenal dengan tunang dia tu.. Sebelum Ayah Cik meninggal.. Dan masih boleh merayu Cik.. In the same time dah bertunang bulan 4 hari tuh.. masih lagi nak ajak Cik couple?? Bulan 9 ni nak kawen sekian harap maklum..!!~

In case i accept him.. and khianati 'Cinta Hati' Cik.. What happen to me? What happen to that girl? Anda what will happen to his wedding? Itu yang membuatkan Cik sangat-sangat kecewa dengan sikap dia.. Tak pernah berubah.. Even dah nak kahwin.. Dan Cik bersyukur sangat pada Allah.. Kadang-kadang memang Cik rasa Allah sedang menguji hubungan Cik dan Cinta Hati.. Menguji kesetiaan Cik.. Mungkin juga menguji Cinta hati.. Kalau Cik Accept my Ex.. Pasti Cik akan dapat balasan dia pengkhianatan Cik pada Cinta Hati Cik.. Tapi Cik menolak dan Allah tunjukkan Hikmahnya.. Syukur sangat.. antara hikmah yang Cik nampak..
Cik rasa syukur.. Kerana dia bukan jodoh Cik... Sebab dia bukan lah lelaki yang baik buat Cik.. Allah dah tunjukkan sikap dia sebenar.. Mungkin selepas kawin pun dia takkan setia..  Saat tu.. detik tu.. Cik rasa Allah benar-benar sayangkan Cik Arin.. Dia telah siapkan seorang 'Insan' yang baik untuk Cik.. Dan Cik benar harap.. Orang itu adalah 'Cinta Hati' Cik yang sekarang..

Kerana Hati Cik dah memilih dia.. Sedangkan Cik mampu menolak ramai lelaki.. Tetapi Cik tak mampu untuk menolak Dia.. Sekarang cuma takdir Allah yang Cik harapkan.. Walaupun kadang-kadang Cik hampir putus asa.. Sebagai seorang Perempuan.. Cik dah pilih bakal Imam Cik.. Selebihnya Cik berserah kepada Allah.. Kerana dia yang menetukan segalanya. Ustaz Fathul Bari kata.. Jodoh telah di tetapkan ketika kita berada dalam perut ibu lagi.. Dan tidak boleh di ubah.. Tetapi manusia berkehendak.. Dan Kehendak itu Allah juga yang tentukan di dalam hati masing-masing untuk mengkehendaki jodoh tersebut.. Kalau benar Kehendak ini memang Allah wujudkan terhadap Cinta Hati kerana Dialah Jodoh Cik.. Permudahkanlah.. Kerana sehingga kini... Allah masih tidak mahu mempermudahkanya.. Hubungan ini di uji demi jarak dan waktu.. dan ada yang mengatakan tanda seseorang jodoh kita.. pertama di permudahkan.. ke dua Mendekatkan kita dengan Allah.. Permudahkanlah Ya Allah... Namun jika takdir mu sebaliknya.. Redhakan lah aku Ya Allah.. Agar dapat aku lupakan kisah Indah yang pahit ini..

Dan untuk Ex Cik.. Mula-mula memang Cik harap biar Cik yang kahwin dulu.. Kerana Cik nak buktikan bahawa masih ada orang lain yang menghargai Cik.. Tetapi Takdir Allah mengatakan tidak.. Dan Cik tak tahu.. Mungkin memang itulah jodoh yang sesuai untuk awak.. Pada mata Cik orangnya baik.. bertudung.. Jadi jagalah Isteri awak baik-baik.. Sebab Cik tengok dia betul-betul sayangi awak.. Jangan Khianati dia.. Cik kesian dengan dia.. dan awak sebenarnya bertuah.. dalam sikap awak macam tu.. masih ada yang sanggup mencintai awak sepenuh hati.. Ur lucky.. Cuma Cik masih belum nampak.. Tuah Cik lagi..





Selagi aku menurutkan kata hati
Selagi itu hidupku begini
Tak terdaya rasanya membuat keputusan
Sekalipun menanti mu satu penyiksaan

Butakah mata?
Tulikah telinga ini 
Jiwaku seolah-olah terkunci
Sukar ku terima kenyataan yang pedih
Sering dikhianati kekasih

Tiba akhirnya tersedar
Hardirmu hanya bebanan
Kejahilan ini andai ku biarkan musnah masa depan
Bukan membenci tetapi jemu
Telah berkali kau mendustai ku
Mulai kini ruang hatiku tertutup buat mu..

'Hikmah apa di sebaliknya..?'

Thursday, June 28, 2012

To Love Somebody - Michael Bolton


There's a light
A certain kind of light
That never shone on me
I want my life to be lived with you
Lived with you
There's a way everybody say
To do each and every little thing
But what does it bring
If I ain't got you, ain't got faith ?
You don't know what it's like, baby
You don't know what it's like

To love somebody
To love somebody
The way I love you

In my brain
I see your face again
I know my frame of mind
You ain't got to be so blind
And I'm blind, so, so, so very blind
I'm a man, can't you see
What I am
I live and I breathe for you
But what good does it do
If I ain't got you, ain't got faith ?

There's a light
A certain kind of light
That never shone on me
I want my life to be lived with you
Lived with you
There's a way everybody say
To do each and every little thing
But what does it bring
If I ain't got you, ain't got faith
You don't know what it's like, baby
You don't know what it's like

To love somebody
To love somebody
The way I love you

In my brain
I see your face again
I know my frame of mind
You ain't got to be so blind
And I'm blind, so, so, so very blind
I'm a man, can't you see
What I am
I live and breathe for you
But what good does it do
If I ain't got you, ain't got faith



'My tear drops when all memories trying to Kill me'

Hello By Lionel Richie

Hello By Lionel Richie



I've been alone with you
Inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips
A thousand times
I sometimes see you
Passing outside my door
Hello!
Is it me you're looking for?
I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted
And my arms are open wide
Because you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much
I love you

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again
How much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello!
I've just got to let you know
Because I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely?
Or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let start by saying
I love you

Hello!
Is it me you're looking for?
Becuase I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely?
Or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let start by saying
I love you!

Jiwa Sentap Lagi

Semalam Cik tiba-tiba touching.. Sebab Dia buat Cik kecik hati.. Entahlah saat-saat macam ni diri menjadi sensetif.. Jarak yang memisahkan ini dan komunikasi yang boleh dikatakan hampir tiada membuatkan situasi ini menjadi begitu 'tegang' andai tersalah sentuh boleh mencederakan hati masing-masing. Tapi ini bukan lah pilihan Cik.. Dia yang membuat pilihan ini. Tanpa kerelaan hati Cik. Sedangkan banyak jalan lagi boleh di pilih. Tapi dia lebih cerdik dari Cik Arin.. He thinks his always right.. make his own decision without thinking of me.. Tapi tak apalah.. bila dah sendiri pilih jalan macam ini.. Sama-samalah tanggung rasanya.. Kalau Cik terluka.. tempiasnya kena pada diri dia sendiri. Bukan nya tak cerdik.. Malah ada pengalaman.. Perhubungan orang bisu pun perlu berkomunikasi. Inikan pula kita manusia yang dikurniakan sifat yang cukup.. Entah falsafah mana dia pakai 'Silent is art of communication'.
Sekarang macam mana Art dia ye Cinta hati? Berseni kan... bila terkena tempias.. Hidup ceria ke tidak?
Yang Cik hairan tak nak berkomunikasi dengan Cik takut berdosa tapi dengan perempuan lain bukan main dia melayan. Sometimes i felt so funny.. Kalau dah nama manusia tak boleh ke jadi diri sendiri? Cik dah tak tau nak cakap macam mana.. The best way to express my feeling is hanyalah melalui blog Cik.. Kalau boleh terima.. terimalah.. tak boleh terima pun Cik tak boleh nak kata apa.. Sebab Cik hanya ikut instinct Cik..

Dah memang sikap dia tu cepat sentap, masih ada hati nak cuba percintaan yang macam ni what we call So Islamic.. Kalau sentap kena gaya okek jugak.. Ini sentap tak tentu gaya.. Kadang-kadang hal yang kita tak tuju kat dia pun dia boleh sentap.. Padahal kita tak ada pun tuju kat dia.. tapi dah gaya jiwa sensetif, Cerdik lebih.. Ada mulut tak reti bertanya.. ada jari tak reti nak menaip.. Main pakai ikut rasa hati.. Dah tu kalau baca sesuatu posting bukan betul-betul.. sekali lalu jer.. bukan dia nak faham ayat betul-betul.. Banyak kali dah dia suka salah faham dengan ayat Cik.. Lepas tuh malu sendiri bila Cik bagi penjelasan.. Macam tu ada hati nak amalkan falsafah 'Silent is art of communication' Haihh penat..!!~

Tapi itulah sikap dia.. Suka buat hal ikut kepala dia sendiri.. Tak suka berbincang.. Sensetif.. Tapi tak apalah dah itu sikap dia.. Cik terimalah... Dah itu kelemahan dia.. Yang kelebihan dia pun banyak jugak.. Sebab kelebihan dia mengatasi kelemahan dialah yang Cik masih sanggup lagi menahan semua ni. Orang nya bukanlah tak baik.. Kalau bercakap tu lembutnya tuh ada.. tak pernah lagi lah Cik dengar dia naikkan suara dia dengan Cik lagi.. Penyabar orangnya.. Ada jugaklah Sense of humor nya.. Matang memang cukup matang.. walaupun kadang-kadang tuh ada lah jugak manjanya yang nak kena diturutkan.. Dari segi agama pun Alhamdulillah.. Solat Cukup.. Yang paling-paling buat Cik sayang kat dia adalah sebab dia seorang yang Romantik..  Hehehe... Boleh buatkan Cik Arin jatuh Cinta dengan dia berkali-kali.. Kalau sebagai seorang lelaki dia cukup sempurna untuk Cik. Cuma time angin dia tak betul tu lah yang buatkan Cik penat sikit jer...... Sikit jer tak banyak... Inilah dia timenya.. Time angin tak betul dia datang..

Balik pada kes semalam, Apa yang buatkan Cik kecik hati ialah apabila seorang kawan dia bertanyakan pada dia 'Rindu sapa bro?' Tau apa dia boleh jawab? 'Nak rindu siapa.. AWEK PUN TAK ADA' Wohhhh makan dalam wooo Cik arin bro!!~ Dah Cik dia buat macam ni tapi cik masih lagi jaga hati dia. Kalau orang tanya awak single? 'Confirm Cik jawab Single.. TAPI hati saya dah di miliki..' Tapi dia????
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~' Cik ulangi lagi 5 Kali yer kalau kurang jelas

'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'

Nak Cik ulang lagi?

'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'  Okek cukup? Kalau orang lain kat tempat Cik agak-agak sentap tak?
nak jer Cik tanya 'Dah tu saya ni sapa bro??' Nasib baik bukan kawan Cik.. Cik boleh like jer.. So Cik LIKE biar dia tahu!!~ Agak-agak kalau Cik cakap 'Cik Arin Single.. Boyfriend pun tak ada..' macam tu dia sentap tak? Gua sentap gilerrr brooo!!~ Huh.
 Udah lah dia buat Cik macam ni.. Lepas tuh langsung tak tahu nak jaga hati Cik.. Kalau hati kawan-kawan dia dulu sibuk sangat nak jaga.. Kalau diorang merajuk sibuk jer nak mujuk.. Layan mengalahkan orang bercinta.. Tapi dengan Cik dia buat macam ni... Sebab apa? Sebab Cik ni terlalu baik lah kan... Itu yang naik lemak kan... Encik Cinta Hati??

Kalau kata Cik ni orang nya kurang bersabar.. Cik rasa nak senaraikan semua apa jer yang Cinta hati buat kat Cik Arin sepanjang kita berkawan.. Cuba tengok kat tepi tu berapa lama tu kawan.. Kalau nak ikut Serious Cik kalau ikutkan sakit hati memang Cik senaraikan apa yang Cik sentap.. Tapi sebab Cik ni orangnya jenis pemaaf.. Dan Cik terima seadanya.. Cik biarkan lah.. Orang kata 'kerana Kasih ku turutkan...' Cik tahan sampai ke saat ni pun sebab Kasih ku turutkan lah ini.. Kalau orang lain? Dah unfriend.. dah block.. dah naik status yang bukan-bukan.. bukan takat tu jer... Habis kisah luar dalam Encik Cinta hati akan di jaja satu dunia.. Tapi Cik Arin tak pernah buatkan? Kalau Cik merajuk dengan Encik Cinta hati sekali merajuk.. Pendek kata Cik tak boleh langsung merajuk dalam hubungan ni.. Kalau Cik merajuk memang banyak calon yang beratur kat belakang tuh.. menanti jer pompuan-pompuan tu untuk di layan.. Tapi Cik cakap jujur lah.. kalau Encik Cinta Hati boleh jumpa macam cik.. pergi lah..
TAPI kenalah adil dengan Cik kan.. Mana aci Encik cari pengganti Cik Arin tapi dalam masa yang sama nak simpan Cik kan.... Kalau tiba-tiba jumpa lebih baik dari Cik? nak tinggal Cik? Tapi Cik dok setia jugak.. Adil ker? Kalau betul-betul berniat nak carik yang lebih baik.. Lepaskan Cik cara baik.. Break our promises than kita sama-sama carik pengganti masing-masing. Masa tuh nak ngaku Single ker... Bujang ker.. Duda ker lantak lah... Cik dah tak peduli dah... Sebab kita dah tak ada apa-apa janji yang perlu di tunaikan.. Sanggup?

Selagi kita tak Break our Promises Please.. jagalah hati masing-masing. Cik tau Encik Cinta hati mau bercinta Ala-ala Islamic......... konon.. Cik pun tahu.. Cik pun tak pernah nak minta melebih-lebih.. Kita bertemu pun tak pernah siapa duga.. Dah kita ni manusia.. Masing-masing ada kehendak.. As long as tak melanggar batas udah ler.. Yang nak melebih-lebih tu sapa suruh.. Tak ada sapa suruh pun.. Diri sendiri yang nak.. Tapi semua tu boleh di selesaikan dengan perbincangan.. Nak kata berdating mana pernah.. Kalau setakat nak kurangkan bercakap di telefon.. Tak derlah masalah besar pun.. Memang Since Encik dah kerja balik ni kita sembang takat seminggu sekali jer.. Serius Cik banyak berkecil hati selama dua bulan ni.. Encik selesa ke macam ni? Kalau terlajak kereta boleh reverse Encik.. tapi kalau dah terlajak bercinta tak boleh buat apa-apa.. Dulu masa Encik belum kerja Cik tengah bz time tu Encik merungut kata jangan sampai perempuan lain layan Encik lebih dari Cik.. Okek.. Cik turutkan.. Cik layan baik-baik sampai macam raja Cik layan.. Bz pun cik luangkan Sikit masa nak teman Encik.. Tapi now Encik nak macam ni.. Pun Cik turutkan.. Tapi jagalah hati Cik.. Cik dah cukup banyak bertoleransi.. Kalau sampai mengaku tak ada awek.. ermm... tak tau lah nak cakap apa... Ini ujian Cik Arin.. Cik tak mintak semua ni.. Tapi DIA nak bagi jugak Cik nak kata apa?

Tapi nak buat macam mana Encik lebih cerdik dari Cik Arin.. Cik menurut jer.. Walaupun sebenarnya tak adalah suka sangat dengan cara macam ni.. Semua ni boleh di runding.. Walau macam mana pun.. Sayang dan kasih Cik pada Encik Cinta hati tetap sama.. Tak pernah berubah.. Walaupun hati di sentap berkali-kali.. Cuma Encik kena fahamlah situasi Cik macam mana yang terpaksa Redha dengan kehendak Encik Cinta hati.. Alhamdulillah Cik masih ada lagi kekuatan untuk meneruskan 'UJIAN' ini.. Cik tetap berharap Encik sedar dalam bercinta kena fikirkan hati insan lain.. Kerana Encik bukan bersendiri. Bila kita memilih jalan ini jalan haruslah seiringan.. Cik minta maaf kalau posting ni buat Encik 'SENTAP' untuk sekali lagi.. Bukan niat Cik.. Tapi Cik have no choice.. Sebab penciptaan Cik macam ini..

Tak perlu kesempurnaan dalam diri, Kerana Kita Saling Melengkapi.


'.....'    

Wednesday, June 27, 2012

Apa ada pada NAMA

Apa ada pada nama? Uihhh penting nama tu sayang... Hanya kerana tersalah tulis nama di surat beranak akan membuatkan nama yang Mak Ayah kita fikirkan siang dan malam bertukar.. Sedih tak?
Kerana salah tulis nama maksud nama yang di impikan oleh Mak Ayah tuh bertukar.. Hanya kerana nama jugak..........!!~ Wasiat boleh terlepas... miahahaha!!~
So berhati-hatilah dengan nama orang.. Sebab hanya kerana tulis salah nama seseorang macam-macam hal boleh terjadi.. Hanya kerana tersalah sebut nama lah orang juga boleh tertukar..

Cik nak cakap pasal nama neh bukan apa.. Benda ni kerap sangat terhadi kan Cik. Orang suka salah and sebut nama Cik.. Susah sangat ke nama Cik Arin neh.. rasanya paling senang.. tak panjang pun.. Satu patah perkataan jer melainkan letak nama Ayah baru jadi dua.. So apalah yang susah sangan mereka-mereka tu nak eja or sebut nama Cik?

Okek my name is _______Rin. How to spell my name? ______RIN not REEN or LIN or LEEN Okek? That Not My Name!!~ (Dah macam tajuk lagu Ting Ting jer Thats not my name) Tapi itulah yang selalu terjadi (T_T). Kadang-kadang sampai Cik sendiri pun dah malas nak betulkan.. Since dari kecik Cik wonder.. Cik tanya mama..

Cik : 'Mama.. nama adik ni ____RIN tapi kenapa orang semua pangil Lin? (Panggilan di kalangan kaum kerabat, kawan ayah and mama).

Mama : 'Kakak kau lah tu.. dulu kecik-kecik lidah dia pelat.. nak panggil Rin tak pandai dia panggil Lin.. Dah tu atuk pun cakap susah nak panggil.. dia panggil majerin!!~ (Errkkk pengsan). Terus lah lekat nama Lin tuh...'

Honestly Cik dari kecik tak suka orang panggil Cik dengan nama 'Lin' tuh.. And satu lagi nama yang Cik tak suka orang panggil Cik with this name 'Erin' Sounds so gewdikss.. Tapi dah most family knew me as that name.. redha jer lah.. Maksudnya bukan tak baik.. 'Lin' maksudnya 'Lembut'. Mungkin jugaklah sebab orang panggil Cik dengan nama 'Lin' tulah kot Cik jadi lembut sikit ke arah keperempuanan.. Hati jadi lembut macam kapas bila di rayu.. Tapi ntah kenapa Cik tak suka.. mungkin pendek sangat ejaan dia hanya tiga perkataan.. macam kontot.. hahahaha!!~ opsss... Tapi kalau diorang panggil 'Alin' okek lah.. Only my dad called me with that name 'Alin' selain dari 'Adik'. After he passed away no more people call me with that name.. And because of that 'Lin' name pelbagai gelaran di beri pada Cik Arin.. And i hate it.. Gelaran itu di beri memang lah pada mereka gurauan.. but for me too serious.. itu jugak salah satu sebab.. I dont like people called me 'Lin'. Tapi mereka suka nak panggil.. lantak mung lah...

Cuma esok-esok jangan dalam dokumen penting salah eja nama Cik udah.. Cik saman!!~ Huh..


'Muncung mulut'

Selamat Pagi



Selamat pagi Cinta Hati..
Wish u have a pleasant day for today..
I love you and Miss you So Much..
Take Care Of Yourself Darling...♥

'Muaahx!!~'

Tuesday, June 26, 2012

Posting suka-suka..

heheheh... Suka baca kisah orang nak kahwin..
Tengok mereka sangat bahagia bila menantikan saat tu.. Dari si jejaka datang merisik.. bertunang..
buat persiapan untuk perkahwinan... Sangat Happy...
Saja malam ni sementara tunggu budak-budak tu siapkan eksperimen Cik lepak kejap dalam bilik Cik..
Pukul 10 baru boleh balik.. kemas2 bilik ntah pukul berapa nak punch card.. So blogwalking B2B (Brides to be) Blog.. Almost the perempuan lah... Lelaki tak ada maknanya nak bloging macam ni kan.. c(:
Actualy im happy with their story.. Dunia ni kecil sangat.. Hehe.. Just forgot about it..
But what i want to say is.. Cik tumpang gembira.. Thats All... Eventhough, I wish my blog become a B2B blog for this year.. But tak kesampaian.. Apa nak buat... Heheh Only God Knows...

Okek lah nak kemas-kemas meja... Pulang ke rumah...
Untuk bakal-bakal raja sehari.. Selamat Pengantin Baru... (^_^)

'Happy For You..'

2 x 5 = 10

Posting hari ini ialah.. Tentang satu cerita. Pertama cuba baca ayat di bawah ini

PENYAKIT WANITA banyak pada MULUTNYA
- (mengumpat)
PENYAKIT LELAKI banyak pada MATANYA
- (memandang yang haram)

Cik tak nampaklah kat mana salahnya ayat ni. Ia menunjukkan sikap nyata yang ada kepada lelaki dan perempuan. Yang mana Penyakit perempuan adalah pada mulutnya. Haaaaa itu Cik sebagai perempuan pun tak nafikan.. Tapi bukan bermakna mengumpat semata-mata. Sebab ada juga dikalangan lelaki yang mengumpat.. Yang cik setuju pada mulutnya ialah kerana wanita ni lemah dari segi fizikal. Mereka kalau bergaduh atau apa mereka jarang untuk menggunakan serangan fizikal. Dan dikalangan wanita juga dia suka bercakap..suka mengadu domba..Dan di sebabkan sikapnya begini kadang-kadang wanita susah untuk menyimpan rahsia. Di bandingkan Lelaki dan wanita dalam hal menyimpan rahsia serahkan kepada Lelaki. Mereka memang penyimpan rahsia yang terbaik. Heheheh... Tapi ada juga kalangan wanita yang boleh dipercayai dan cukup kebal dalam menyimpan rahsia. Biasanya wanita yang kurang bercakap. Kalau dia bercakap pun hanyalah hal-hal yang penting dan masa-masa tertentu. Lidah boleh jadi belati yang tajam menusuk ke jantung kalau kena pada tempatnya (^_~). Sebab tu Kalau orang dulu-dulu kata.. nak ambil buat menantu mereka tengok pada mulut seseorang perempuan tu. Tapi zaman sekarang belasah jer... Hehehe.. Sebab zaman sekarang cakap guna taip jer.. heheheh... 

Yang ke dua penyakit Lelaki adalah matanya. Ini betul.. Sebaik-baik lelaki dia akan kalah pada matanya.. Kerana dari mata menarik kepada nafsunya.. Kalau di bandingkan Lelaki dan Perempuan cuba kita bandingkan Siapa yang lebih tertarik untuk memandang kepada jantina berlawananya. Perempuan tidak begitu tertarik untuk memandang tubuh badan lelaki sebab tak ada yang menarik.. lainlah kalau u all mempunyai susuk tubuh yang tegap..tinggi.. perut ada six pack.. kan.. tapi berapa ramai sangat lelaki yang macam ini.. hehe sorry to say.. kalau kat Malaysia ni amatlah kurangnya c(: . Jadi sebab keterujaan lelaki tak ada apa yang perempuan ada.. Maka matanya meliar dan terbeliak kalau tengok perempuan yang bukan muhrimnya.. Dan kalau tengok bukan lah tengok saja.. kalau duduk dengan kawan-kawan dia siap buat analisis lagi kat pompuan tu.. dari cara dia berjalan..dari susuk tubuhnya.. luar dalam semua di tafsirnya.. tak cukup dengan tu.. daya imiginasi mereka juga sangat tinggi. Sebab tu.. Orang dulu-dulu kalau cari menantu lelaki.. Dia tengok mata seseorang lelaki tu.. Kalau mata nya jenis liar.. Haaa... memang tak jadi menantulah jawabnya.. Tapi zaman sekarang belasah jer... Jangan risau.. hehehe...

Tapi Cik hairan, Bila cik update hal ni di status ada lah sesetengah manusia yang nak mempertikaikanya.. Seolah-olah Cik ni nak belasah lelaki.. Mereka tak boleh terima hakikat 'Kenyataan' di atas. Dia nak jugak menegakkan benang basah konon nak membela nasib kaum kerabat lah kan.. Antara ayat-ayat yang keluar 'klu prempuan tutup aurat,x la lelaki memandang yg haram' kemudian ada lagi.. 'x de tayangan,x de la penonton.' Boleh pulak setengah lelaki menjawab macam ni. Bila Cik Jawab 'tengok yg pertama harus.. tengok kali kedua HARAM' Ada pulak soalan kurang cerdik di tanya 'klu tgk x paling2 tu wajib ke..:). sian lelaki..xpndg rugi..pndg bedosa..jadi apa yg penting KERJASAMA..:)'. Hehehe.. Cik kalau orang tanya soalan cerdik neh ada dua.. Kalau mode rajin mula rasa nak menjawab.. Kalau mode bosan memang Cik diam kan jer.. Tapi bab ni Cik rasa Cik nak menjawab dengan persoalan.. Sebab soalan tu terlampau kurang cerdik.. Maka Cik pun menjawab lah.. 'Ya Allah.. dia boleh menjawab macam tuh?? RUGI?? That mean u cant control urself? u tak boleh memerangi nafsu u sendiri?? This about urself.. not about others.. U nak buat dosa it depends on you.. u nak buat pahala pun depends on you.. and setahu saya.. Lelaki muslim sejati akan menundukkan pandangan nya ketika di hadapan perempuan.. begitu juga sebaliknya.. If u can answer me RUGI? what type of u are??' Kan? 

Yang Cik nak cakap.. Yang bertungkus lumus sangat nak point people mistakes tu naper? Sampai ke aurat perempuan.. Orang laki pun ada yang tak tutup aurat.. So macam ner? Lelaki tak ada aurat ker? Even kalau u all tak pakai baju pun yang menampakkan badan yang bukan aurat pun orang perempuan Orang pompuan tak lapar pun nak tengok.. Kalau boleh orang perempuan memang tak mau tangok.. Sebab orang perempuan ni ada sikap malu.. Walaupun dia jenis type yang tak menutup aurat dengan sempurna. Serius tak lapar.. So berbeza kan laki dengan perempuan. Jadi betulah apa statement di atas tu. Kenapa nak tegakkan benang basah? Dan boleh keluar statement RUGI kalau tak tengok aurat perempuan.. Ha ha ha.. Secara tak langsung menunjukkan sikap sebenar lelaki.  So Lelaki-lelaki sila cari mamat ni mereka telah cuba untuk menjatuhkan martabat anda.. c(:

Kawan.. Allah boleh buat kalau kita ni semua bebas dari dosa. Tapi kenapa dia tak buat? DIA boleh kekalkan Adam dalam Syurga tapi kenapa DIA campakkan Adam dan Hawa ke dunia? Kenapa DIA cipta Syurga dan Neraka Sedangkan dia boleh masukkan semua tu dalam Syurga tanpa hisab.. Kebijaksanaan Allah tu lebih dari kita.. DIA kurniakan anugerah paling bernilai untuk manusia yang dia tak kurniakan kepada haiwan iaitu AKAL. Supaya kita boleh menentang godaan-godaan yang ada. Berfikir.. Jadi janganlah keluarkan statement yang kurang bijak.. Penatlah Cik nak jawab.. Boleh?  

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Hehehe.. Okek? 

'Gambar ni tak ada kena mengena dengan Posting saja menghias'

'Maafkanlah Cik Arin kerana terlampau berterus terang'

Monday, June 25, 2012

Pengubat Hati

Kadang-kadang Cik rasa "Cinta hati" Cik ni romantik juga orangnya ye...
Hehehe... Sehinggakan Cik merasakan Cik lah perempuan paling bertuah sekali dalam dunia..
Sebab Cik rasa bahagia sangat.. Walaupun jauh.. Jarang berkomunikasi.. Kadang-kadang sedih..
Dan kadang-kadang dia buat Cik tersenyum..Cik bahagia sangat..

Dua hari Cik pergi KL.. Sekarang ni memang pergi mana-mana Cik suka diam-diam jer.. nak tengok ada orang rindu tak kat Cik.. Heheheh... Alih-alih senyap jer 2 ke 3 hari kan..... c(: itu baru 2 ke 3 hari..
Sebab orang tu pun buat sama macam tu gak.. Cik belajar dari dia lah... heheheh.. Tapi kali ni Cik tak tau kenapa.. Perasaan tu macam membuak-buak.. Cik jadi tak senang duduk.. Dalam kepala asyik teringat dia jer.. Sedangkan sebelum ni boleh kawal lagi.. Cik cuba bertahan.. Ngaaa... tak mampu.. Sampai meleleh air mata Cik.. Ermm.. Cik harap cepat sampai rumah.. Tapi bila smpai cik macam sedih jer... Sebab dia buat tak hairan dengan Cik.. Cik inbox kat FB dia tak balas pun.. Ermm... macam biasalah.. jadi ratu air mata sehari semalam lah jawab nya.. Cik rasa macam putus asa sangat.. Cik rasa macam ermm.. Cik jer yang beriyer.. dia langsung tak hairan.. Tak perlah.. Cik yang silap kot.. Cik ingat dia dah ok.. Cik cuba nak bagi tau dia.. Cik rindu dia.. Bila jadi macam tuh rasa macam menyesal pulak.. Jadi macam malu diri sendiri..
Orang tu tak layan kita pun..

Jadi memang pagi ni terasa sebak jer di dada.. Terasa macam nak surrender.. Sebab Cik rasa memang dah tak ada harapan.. Sebenarnya sebelum ni Cik ada marah kat dia.. Peristiwa 2 bulan lepas.. Since that day our reletionship jadi macam ni.. Mungkin dia kecik hati dengan Cik.. Dengan ayat-ayat Cik.. Tapi itulah kelemahan Cik Arin. Akhirnya dia sendiri dah saksikan sejauh mana kemampuan Cik Arin kalau im lose my control.. Dan dia sendiri makan hati.. Dan itu sebenarnya hanyalah sedikit.. Tapi nak meletup pun kiranya padanlah kan.. Sebab kesabaran tak boleh dibendung lagi.. Sapa suruh dia menguji kesabaran Cik.. Cik dah cakap cik punya pantang.. Tapi dia nak gak buat.. Haaaa sekali Cik Arin meletup.. Tau kecik hati.. 5 Hari Cik hilang lepas cik ngamuk tuh.. Than bila dah cool Cik datang balik sebab dah nyesal.. Itulah Cik Arin.. Marahnya tak lama.. Bila dah sejuk konon datang nak mujok lah.. Cakap baik-baik tak jalan dia diam.. Pastu kasik provoke sikit pun tak jalan.. SMS tak reply.. SMS plak esoknya terus nombor tu dia tak pakai dah.. Ermm.. Biar dulu lama sikit... Cakap lagi baik-baik.. Aikkk tak jalan jugak Siap tukar nombor tak cakap kat Cik lagi...??

Ermm... So 3 kali jer lah Cik mujoknyer.. Terus Cik senyap.. Dia pun senyap.. Dalam hati dah orang tak nak.. Apa lagi kita nak buat.. Duk jerlah melayan perasaan.. hu hu hu.. Sedar tak sedar 2 bulan dah macam gini.. So Cik pun buatlah satu madah bagi dia.. Luahan hati.. Mode Jiwang Karat ler kejap.. Sebab Cik nampak dia posting kat FB dia.. Cik tak tau lah rasa macam tuju ke Cik.. Dia kata Cik diam seribu bahasa.. Ek eh.. mau Cik tak diam seribu bahasa,, dah awak tuh sampai tahap tukar nombor pun tak cakap dengan Cik.. So macam ner? Inbox awak yang tak reply.. Bila Cik komen kat tempat awak.. layan lebih kurang jer.. paling kuat LIKE jer.. So Cik bajet awak ni dah tak mau cik ek.. tapi takder plak kata nak break nyer.. Cik tanya personaly tak jawab.. Cik hint jawapan menyakitkan hati jer.. So macam ner?

Cik pun dah mati akal di buatnya.. Kalau tanya Cik memanglah Cik sayang.. Tapi kalau orang dah tak ndak takkan Cik nak paksa jugak.. Cik ni pompuan.. Awak laki.. Kot mana pun Cik kalah.. Dah dia main tarik tali pulak.. Ini yang Cik tak gemar neh........ Kejap-kejap bagi cik terawang-awang syok sendiri.. lepas tuh humban cik kelantai.. Dushhhhhhhhhhh!!~ Sakit oiii... Bermimpi rupanya Cik.. Hmmm...

So balik kepada hal semalam.. Dah Cik balik dari KL lepas deal some business matters (Cehh ayat..) Cik harap sangat Cik nak bagi tau dia.. Cik rindu sangat dia.. tak dapat di bendung lagi dah.. Tak mau lah macam ni.. huhuhu (T_T). Sebab Cik memang fobia dengan situasi macam ni.. Memang depressi giler.. tolong lah dia faham.. Tapi tak salah dia.. Sebab dia memang tak boleh faham perasaan perempuan macam Cik.. Dah Cik sendiri pun tak faham apa yang ada dalam fikiran dia.. Cik tak sedar bila Cik terlelap sebab yang Cik tahu Cik menangis.. mengadu dekat diri sendiri.. sampai bangun tidur celik-celik mata tup.. Setitik air mata jatuh kat pipi.. But life must go on..!!~ Kalau nak ikut rasa hati ada yang kena pecat kerja nanti huhu.. sapa pulak nak bagi makan lepas tuh? Awak tu dah lah tak der dah tempat nak bergantung.. Fikiran melayang-layang.. Memang benar kalau kata orang yang mati sebab tanggung Cinta yang terpendam tu syahid.. Memang patut.. sebab peritnya Allah yang tahu.. Wallahualam..

Tapi pagi ni.. Mungkin semalaman Allah mendengar rintihan hati Cik.. DIA gerakkan hati 'Cinta Hati'. I'v got Surprised from him trough my FB..

Morning Wish From 'Cinta Hati'

For a long time.. Cinta Hati Cik kembali mengirimkan Posting ke FB Cik.. And with Special posting.. Demi Allah.. Cik rasa terharu sangat-sangat.. Sampai mengalir air mata Cik.. Rasa bagaikan segala penderitaan menanggung rindu yang sarat hilang.. Cik rasakan Cik lah wanita yang paling bertuah di muka bumi ini..
Dia lah satu-satunya raja yang bertakhta di hati Cik.. Walaupun kami berjauhan.. walaupun Allah meletakkan jarak di antara kami.. Cik tetap merasakan bahagia.. Syukur ya Allah.. Cik percaya Allah menyayangi kita..
Walaupun percintaan kita tak sama seperti orang lain.. Cik merasakan cukup bermakna.. Dan biarlah Allah melindungi kita dan Cinta ini dan sama-sama kita doakan mudah-mudahan kita akan bersatu sebagai 'Kekasih Halal' seperti insan-insan berbahagia yang lain.. Insyallah.. Mudah-mudahan B lah imam untuk solat Cinta suatu hari nanti.. B lah teman, sahabat, kekasih dunia dan akhirat Cinta.. Aaminn..!!~

~Cinta really Love you Hubby..~

Sunday, June 24, 2012

Kerana menjadi wanita itu... Tiada Pilihan..

Ku hanya mampu tersenyum melihat kebahagiaan orang lain,
Ku hanya mampu terdiam bila merasa pedih kelukaan hati sendiri,
Itulah takdir untuk aku,
Yang aku sendiri tidak memilih jalan begitu,
Semua nya kerana kehidupan aku di tentukan...
Aku tak mampu untuk memiliki kebahagaiaan aku sendiri..
Kerana ada di antara mereka tidak mahu melihat aku bahagia..
Mereka ingin sentiasa melihat aku hidup dalam rendam air mata hasil perbuatan mereka..
Setelah mereka berjaya mereka akan bahagia..
Dan cipta kebahagiaan mereka sendiri..
Sedangkan aku tak mampu berbuat apa-apa..
Terus lemas dalam air mata..
Kerana menjadi wanita itu... Tiada Pilihan..

Friday, June 22, 2012

Cinta Hati

Buat Cinta Hati..

Sebagai seorang gadis,
Aku juga mempunyai hati,
Aku di Ciptakan dengan Perasaan ingin mencintai dan di cintai,
Aku di anugerahkan Tuhan harga diri yang tinggi,
Sifat maluku mengatasi Cinta ku pada mu,
Sedangkan keinginanku mengatasi malu ku,

Telah ku katakan Hati ini hanya ada pada mu,
Telah ku cuba untuk mendekati diri mu,
Telah ku berikan kau seribu tanda agar kau mengerti,
Namun kau tetap menyepi,
Dan pintu hati mu tak pernah kau buka untuk aku kembali,
Kembali menyelami dasar hati mu untuk ku ukir cinta sejati,
Tembok yang kau bina terlalu teguh,
Apalah daya aku hanya seorang gadis yang lemah untuk memecahkanya.

Kau ibarat Matahari,
Yang di kelilingi bintang-bintang yang mengharap sinaran mu,
Sedangkan aku salah seorang dari mereka,
Bumi kasih yang mengharap sinar cahaya cinta mu itu,
Bila siang aku menyerah diri,
Bila malam aku mengharap siang kembali.

Cinta hatiku,
Luka di hati ku tidak pernah sembuh,
Hanya pada Tuhan tempat aku mengadu tatkala kesakitan menyerang diri,
Airmata ku tak pernah berhenti mengalir saat kau meletakkan jarak di antara kita,
Seringkali aku bertanyakan kepada Tuhan,
Apa sebenarnya?
Apa yang harus aku lakukan?
Dugaan apa yang telah dia berikan?
Kenapa kebahagiaan ini tidak pernah berkekalan?
Senyuman tidak lagi semanis dulu,
Siksanya tersenyum disaat dada terasa sebak,
Tiada siapa yang sudi mendengar kecuali DIA sang Pemilik Hati,
DIA sahaja pengganti dirimu wahai Cinta Hatiku,
Setiap hari Aku mohon DIA untuk berikan semangat untuk teruskan hari-hari sunyi ku.

Cinta Hatiku,
Sejujurnya aku amat merindui mu,
Ku lepaskan rinduku dalam diamku,
Setiap hari aku mencari bayang mu,
Andai tidak ku temui hati ku bertanya kemana kamu?
Mudahan kau selamat di bawah jagaan DIA,
Bila kau kembali tiada rasa lain di hati melainkan kelegaan dan rasa syukur,
Sejujurnya aku tidak pernah menjauh,
Walaupun kadang-kadang tindakan mu sering melukai hati ku,
Aku terluka di dalam diam,
Tapi apalah daya aku wahai Cinta Hati ku?
Aku hanyalah seorang gadis yang lemah,
Aku tak berdaya untuk menarik hati mu,
Aku tak berdaya untuk melawan arus,
Kerana Takdir bukan di tanganku,
Kerana aku tidak ada kuasa untuk memiliki mu,
Aku hanya mampu berdoa agar kau sedar yang aku tetap di sini,
Aku sentiasa menanti agar kau sedar aku tetap akan menunggu,
Sedar tidak sedar selemah-lemah aku,
2 Purnama genap kau membiarkan aku menjawab semua persoalan yang tiada jawapan.
Hanya pada Tuhan aku memohon petunjuk,
Situasi ini yang mengheret aku ke sejadah Istikarah Cinta.

Cinta Hatiku,
Allah yang memberi kekuatan untuk aku teguh berdiri di sini,
Allah yang memberi aku Kesabaran yang cukup tinggi untuk ku bertahan di sini,
Allah yang memberi penawar saat aku lemah,
Allah yang menggantikan mu saat aku rindu ingin berbicara dengan mu,
Allah yang memberi ketabahan di saat aku mengharungi gelombang ini,
Tanpa dia Aku bukanlah apa yang kau nampak hari ini.
Aku sering berkata,
Andai benar selepas taufan akan adanya mentari bersama pelangi,
Aku menunggu detik itu.

Cinta Hatiku,
Aku pasti akan sambut mu,
Andai kau kembali meneguruku dengan lafaz 'Assalamualaikum Cinta'
Aku pasti takkan membiarkan salam mu tidak terjawab,
Andai benar kau benar-benar mengerti dan mengenali hati budi aku ini,
Kau pasti tau aku tidak pernah akan menolak mu walaupun sekali.

Cinta Hatiku,
Aku tidak akan pernah merayu lagi pada mu,
Kerana telah ku rayu pada mu dulu,
Kerana aku tidak mahu memiliki jasadmu tetapi tidak cinta dan hatimu,
Aku hanya inginkan Cinta mu dan Kasih mu,
Kerana aku bahagia di saat aku merasakanya,
Aku memberi ruang padamu untuk kau mencari aku dalam hati mu,
Kerana aku tidak mahu kau merasa terbeban dengan kehadiranku,
Melepaskan mu walaupun boleh membuatkan aku menjadi insan lain juga aku rela,
Asalakan aku tahu dengan itu aku tidak akan pernah menyiksa mu.
Aku memberikan mu kebebasan untuk kau memilih jalan hidup mu.
Kerana mencintai bukan untuk meminta tetapi memberi.
Mencintai tidak boleh mementingkan diri sendiri.
Dan aku menyerahkan segalanya di atas pilihan mu,
Dan segala takdirku kepada Ilahi.
Kerana DIA sahaja yang sanggup mendengar keluh kesah hati ini.

Cinta hatku,
Cukup kau tahu..
Aku bahagia mencintaimu walaupun hanya dalam hati..

Ikhlas
Cik Arin.

Thursday, June 21, 2012

Al-kisahnya...

Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.

Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Tetapi..

Bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah ONLY ONE..

Maka, sudah tiba masanya untuk anda meluahkan perasaan anda terhadapnya.

Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Anda mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati anda terhadapnya dengan harapan cinta anda dibalas.

Tetapi, si dia mula berubah dan menjauhkan diri daripada anda. Apakah sebabnya?

1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional

Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”. Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).

Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.

Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.


2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!

Betul, ada kemungkinan!
Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini.

Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.

Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.


Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.

Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud.

Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.

Tragedi Bermula!

Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku.

Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.
 
P/S : So Cik nak fikir positif.. Yang Cinta Hati saya itu type nya no 2 ya.. heheeheh... Carik duit banyak-banyak tau B... Cinta wait for you!!~ ♥

Friday, June 15, 2012

......

Kenapa yer.. Di saat lelaki lain menyatakan bertapa bertuahnya seseorang itu memiliki kita.. tapi si dia masih merasakan mereka lebih bertuah andai memiliki wanita lain.. kadang terasa sedih.. Mungkin lelaki tu belum betul mengenali kita jadi dia berkata macam tuh.. Dan orang yang telah memiliki kita tu dah kenal kita benar-benar mereka merasakan... bosan.. dan  malang.. dan menyesal... kalau tahu tak kenal pun tak per... Sehingga merasakan wanita lain mampu membahagiakan mereka.. berbanding kita..
Kadang-kadang terasa cemburu dengan perempuan-perempuan yang mendapatkan perhatian dari dia.. Bergurau senda dengan dia.. Tapi kita hanya boleh memerhati dari jauh... Bila mendengarkan orang berkata dia seorang yang bertuah kerana memiliki hati kita boleh membuatkan air mata mengalir.. kalau lah lelaki tu tahu.. yang si dia tak merasakan begitu.. pasti lelaki tu pun tak nak dekat dengan kita..
Benarkah dia merasakan bertuah memiliki kita? Kalau dia merasa bertuah pasti kalau sesiapa sahaja bertanya tanpa berat dia untuk menjawab 'dah ada someone..' Tapi jawapan nya tak pernah nyata? Dan kadang mengelak bila di tanya? Dan cakapnya masih mencari.. Kadang-kadang tersentap bila baca pengakuan si dia macam tu pada teman-teman dia.. bermakna dia tak pernah menganggap kita adalah seseorang di dalam hati dia?  
Kadang-kadang macam mengharap kita adalah perempuan-perempuan yang dia layan tu.. sebab mereka mendapat layanan begitu istimewa.. mereka boleh mengadu masalah pada dia.. dan dia akan menenangkan mereka.. Dan mereka rasa gembira.. Tapi sebenarnya kita lebih memerlukan dia.. Sangat memerlukan dia.. Tapi.. seolah-olah 'ur not part of my life' seolah-olah .. kita ada tak apa.. tak ada pun tak apa... Dugaan yang Allah bagi ini sebenarnya dah tak mampu nak tanggung.. Sebab terlampau banyak dan terlampau berat.. sehinggakan kita mengharapkan untuk jadi orang lain.. Sebab dia tak perlu sembunyi-sembunyi atau larikan diri.. Dan sejujurnya kita takkan pernah mengejar dia andai dia benar-benar ingin begitu.. Memaksa orang untuk mencintai kita serupalah menyimpan duri dalam hati.. Tetapi meninggalkan cinta tanpa jawapan itu lebih zalim ibarat mengurung benda bernyawa tanpa di beri makanan..
Percintaan ibarat meniti titian jurang dalam. Bila terjatuh takkan mampu untuk naik ke atas semula..

Thursday, June 14, 2012

Owh man..!!~

Tak tau nak kata apa.. Tapi rasa marah dan sedih ada juga.. Sebab macam tak sangka macam itu sekali pandangan mereka yang bergelar lelaki terhadap wanita.. Hope rakan-rakan perempuan Cik Arin yang baca ni bukak lah mata kau orang luas-luas.. Ceritanya macam ni..

Tadi surf Internet terpandang satu komik kartun.. Mungkin boleh dikatakan positif dan nasihat untuk yang memandangnya.. Cuba pandang di bawah ni

Tajuk Kartun Calon Awek Vs Calon Isteri

Okek mungkin tujuan pelukis ni nak menasihati perempuan untuk menjadi wanita solehah.. Tutup aurat.. Dan sebagainya.. Cik Arin faham dengan mesej yang nak disampaikan..  Cuma pada pandangan mata Cik Arin.. Tak berapa suka dengan kartun ni.. Sebab nasihatnya cuba nak menjatuhkan maruah wanita dan dalam masa yang sama menunjukkan sikap negatif lelaki tu secara tak langsung. Adakah semua lelaki berfikiran macam ini? Dan kartun ni bersikap bias terhadap perempuan. Ini kerana lelaki kat belakang tu adalah Lelaki yang Mata liar. Tetapi berangan-angan untuk memiliki Wanita yang solehah untuk dijadikan Isteri. Dia usha awek tuh.. Dia kata cun segak.. memang kalau dapat buat awek memang best sangat.. Lepas tu ayat-ayat dapatlah.. Ayat baik gunung bulan bintang semua di tawarkan.. Mau awek tak caya.. Atas dasar kepercayaan apa sahaja yang si Pakwe macho tu minta semua diserahkan.. Sebab terlampau percaya dan atas dasar cinta..  Kalau jenis kaki merempit angkutlah bawak naik motor.. naik turun hotel.. Keluar masuk pub.. bila dah bosan ayat lagi awek lain.. Awek yang dia janjikan bulan bintang gunung semua tu? Di tinggalkan macam tu jer... sebab apa? kenikmatan dunia dah rasa kan..? Alaaa nanti taubat lah.... Allah maha pengampun... kan... Tapi tang nak cari isteri? Nak yang fresh.. tak mo 2nd hand.. apa barang bekas orang... Habis orang pakai bekas kau tu apa cer?? Macam mana lelaki yang soleh diorang nak kena pakai bekas korang? Diorang neh lah susah payah nak betulkan awek2 bermasalah sisa2  saki baki kauorang neh kan.. Kauorang ni faham tak apa maksud

“ Wanita- wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji ( pula ) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka ( yang dituduh itu ) bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka ( yang menuduh itu ). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia ( surga )”.[ QS. An-Nur : 26 ].

Jangan menilai orang dari apa yang anda lihat dia sekarang.. Mungkin besar Allah nak tunjuk.. Memang sebenarnya perempuan tu tak layak dengan Lelaki mata liar belakang tu.. Sebab dia tau lelaki tu tak mampu nak jadi pemimpin dan pembimbing pada dia.. Malah akan menyeret dia lagi masuk ke dalam neraka. Sebab tu Allah tak bukak Pintu hati dia untuk perempuan tuh.. Sebab Allah tahu dalam hati perempuan tu masih ada harapan untuk berubah.. Jadi ditakdirkan dia juga mendapat Lelaki Yang Soleh seperti yang lelaki impikan wanita soleh..

Dah hukum mengatakan Lelaki membimbing Wanita... Bukan Wanita Membimbing Lelaki.. Kalau lelaki yang seperti di atas menjadi ketua keluarga.. Mampukah dia menjadi ketua keluarga? Kalau dibawaknya perangai bujang senang dia tu kedalam rumah tangga? Silap-silap isteri yang awal nya solehah tadi pun penghujungnya jadi Ahli Neraka.. Mana taknya.. kalau dah tiba2 suami dia main pompuan belakang dia.. Sakit hatinya pasal dibomohkan suami tadi.. tak ke neraka?? Nauzubillah.. Sebab tu Nabi kata kenapa ramai perempuan kat neraka kenapa sedangkan paling mudah masuk syurga? Sebab derhaka pada suami.. kenapa derhaka pada suami? Cuba cermin diri balik.. What u give.. you get back.. Memang betulah kata pakcik sorang kat bawah ni :-

 
Pandangan Ikhlas seorang Lelaki
Lelaki kalau taubat.. Allah terima betul.. Tapi tak bermakna Allah takkan balas apa yang kau buat sebelum kau bertaubat.. Ingat ujian Allah tu senang? Dan doa orang teraniaya tu direct terus sampai langit ke 7 tahu..
Karma tetap akan berlaku.. Dan betul lagi komen pakcik ni..


Yer... dah berkawin dan bahagia tanpa kira apa kesan yang di tanggung oleh awek yang dah kauorang rosakkan tadi.. InsyAllah.. tak jadi kat kauorang.. atau Isteri.. Tapi bersiap sedialah untuk yang bakal mendatang.. Pesan Cik.. Just jaga anak perempuan anda baik-baik.. Andai itu yang terjadi.. Redha lah dengan ketentuan.. Itulah tandanya pengampunan yang Allah nak berikan pada anda.. Sebab anda kata anda bertaubat.. jadi anda perlu rasa menyesal.. dont think simple... Allah Maha Bijaksana.. Dia nak tengok sama ada anda betul-betul bertaubat atau tidak...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta."  [Al-Ankabut: 2-3]

'Aku tidak membenci Lelaki.. Kerana Aku juga mencintai Seorang Lelaki''

Monday, June 11, 2012

Nak Cuba Imej Baru..!!~

Selamat hari Isnin.. Cik now dah jatuh cinta lah...... Waaa serius.. tak tipu.. Jatuh cinta dengan Imej baru.. hak hak hak..!!~ Opss... Kena gelak sopan... hehehe... Ermm.. tak tau macam berkenan sangat trend baju ni.. Macam sesuai untuk yang bertudung.. Sebab menutup aurat and bersopan.. Heheh... Rasa macam dah malas nak pakai jeans.. boleh? Ai mau jadi wanita ayu sekarang.. Ahaks.. Even raya nanti pun nak buat baju macam neh.. dia.. adalah long dress.. Pluss now badan pun sudah slim banyak.. jadi rasa macam nak pakai baju-baju macam neh.. ekekek... Hellew.. Ai dah slim okek kakak Citan.. ai tau yew pasti makan hati.. ahakss..!!~ Owhhh mode gewdiks ku melanda.. yerlah dalam sejarah mung lagi demot dari aku.. hahahaha!!~ dah kau ambik isi Cik ek? Hahahahah.. Opss..!!~ Haihhh... Cik dah jatuh cinta dengan baju ni.. sebenarnya dah lama dah.. tapi memandang badan tak berapa nak berlekuk.. so abaikan.. now bila dah berjaya slim kan badan dan mendapat bentuk yang di idamkan.. apa kata kita try.. (^_^)

Suka sangat Nampak macam baby doll


Ini pun cantik..


Owhh... look likes Princess!!~
Kalau kauorang tak suka ker?  Mesti klu pakai nampak comel jer kan... heheh.. Kat mata orang lantak lah diorang kan.. yang penting kat mata sendiri nampak comei c(:  So untuk cubaan pertma mencuba Cik dah order satu baju..

Tak sabar nak try di badan.. heheeh
Cik suka pettern baju neh macam English Princess.. eheheh..!!~ Tapi baju macam ni.. kalau u all jenis yang macam buah pei and rendah memang tak cantik.. Sebab akan menampakkan pinggul.. dah bantut.. Sesuai untuk orang yang tinggi lampai dan kalau agak berisi sikit specialy tang perut tuh..teringin nak pakai macam Cik ni... Usahakanlah untuk mengempiskan perut anda terlebih dahulu.. hahahah!!~ yer seperti Cik yang Gigih tau mengempiskan.. Haaaa dah tu baru berani nak cuba... Eiii tak sabar nya tunggu baju saya sampai... !!~

"..Ermm... Dah berangan neh..!!~.."

Wednesday, June 6, 2012

Jika Benar Aku Mencintainya Kerana Allah..


Wahai diri..
Jika memang kau mencintainya kerana Allah,
Cintailah dia dengan cara yang benar..
Cintailah dia pada saat yang tepat..

Ya Robb..
Aku tak akan memaksakan diri hanya untuk sebuah perasaan,
Jika dia memang jiwa yang telah Kau pilihkan untukku, berikanlah kami jalan dan petunjuk..
Jika dia memang takdir bagiku, pantaskanlah dia untuku dan pantaskanlah diriku untuknya.

Ya Robb..
Aku memilihnya kerana sebuah keyakinan..
Aku terima seluruh kelebihan dan kekurangannya..
Aku terima seluruh luka dan bahagia yang menyertai hidupnya..
Aku terima dirinya dengan seluruh apa yang telah Engkau berikan untuknya..

Ya Robb..
Jika ada dua pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Jika ada sepuluh pilhan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Dan jika hanya ada satu pilihan, dan tidak ada dia dalam pilihan itu…
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dari_Mu…
Aku tidak akan memaksakan diriku untuk memilihnya..
Kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui..
Kerana Engkaulah yang Menciptakanku..
Kerana Engkaulah yang Memelihara diriku..

Ya Robb…
Jika dengan menutup cinta ini yang menjadikan_Mu Ridho kepadaku..
Jika dengan mengorbankan perasaan ini Engkau menyelamatkanku..

Di saat manusia tergelincir dari jalan_Mu..
Maka aku serahkan cinta ini untuk_Mu..
Sebagai wujud bakti ku pada_Mu..
Sebagai wujud syukurku pad_ Mu..

Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qolbi ‘ala Diinika..
Aku yakin bahwa tidak ada Ketetapan_Mu yang salah..
Aku yakin bahwa semua Kehendak_Mu sangat terukur..
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan..
Buatlah aku setia pada pilihan yang Kau berikan..
Buatlah aku menyayangi pada pilihan yang Kau amanahkan..

Ya Robb..
Dengan segala Kekuasaan_Mu..
Dengan segala Kekuatan_ Mu..
Dengan segala Keagungan_Mu..
Hamba mohon pada_Mu,

Kuatkanlah hati ini saat ketetapan_Mu membuat hati ini terasa sempit..
Tenangkanlah hati ini saat ketetapan_ Mu membuat hati ini terasa berat..
Sesungguhnya hanya dengan Pertolongan_Mu, diri ini bisa menjalani semua ketentuan_Mu.

Ya Robb buatlah diriku mencintai_ Mu lebih dari segala makhluk yang telah Engkau Ciptakan..buatlah diriku mencintai Rosulullah, kerana Engkau pun mencintainya(Rosulullah)

Inilah isi hatiku, inilah harapanku, inilah keyakinanku…
Aku tidak hanya mencintaimu..
Tapi aku ingin mencintaimu kerana Allah..
Aku ingin mencintaimu dengan cara yang benar..
Aku ingin Allah Ridho dengan cinta ini..

Tak usah khwatir jika engkau adalah Qudrah dan Irodah_Nya..
Kerana semuanya pasti akan terwujud, hanya waktu yang akan menjadi saksi kekuasaan_Nya..
Tak usah memaksakan jika kau memang bukan untuk diriku..
Kerana pasti aku bukan yang TERBAIK untukmu..

Sehebat apapun cinta ini…
Tidak akan pernah bisa menyelamatkan kita,
Saat matahari hanya satu hasta di atas ubun2 kita..
Kerana yang terbaik adalah…
Kita menjaga perasaan dan keyakinan ini dengan sebersih-bersih ketauhidan..Kita diwafatkan bersama hamba_hamba yang berbakti..Hamba-hamba yang mengorbankan sesuatu yang paling dicintainya untuk Tuhannya..
Semoga Allah mempertemukan kita kembali disatu tempat,
Dimana para abid melihat Robb nya dengan penuh keridhoan dan kebahagiaan..
Kulakukan semua ini kerana "aku mencintaimu kerana Allah ."


"..InsyaAllah.."

Tuesday, June 5, 2012

Hikmah di sebalik kejadian

My Client years 2008

Mowning... Semalam bila bukak pendrive lama tiba-tiba ternampak file ni.. Wahh lama gambar ni. Bila tengok tarikh pic neh tahun 2008.. Ho ho ho.. Now 2012 ek.. dah berapa tahun ek.. For ur infomation baju aksesori semua yang dipakai oleh Akak neh semuanya koleksi dari Cik Arin. Ye.. masa ni Cik Arin baru nak setup wedding business Cik. Tiba-tibalah Cik Arin terlintas di kepala kalau Cik tak stop dulu and terus fokus dalam bisnes neh agak sekarang dah jadi apa ye... Ermm... Tak salahkan sesiapa.. Mungkin masa tu Cik terlampau bendul dan mudah untuk mempercayai orang buatkan Cik Arin beralih arah.. Cik ingat apa yang Cik buat tu boleh sukses.. tapi nampaknya tak ada rezeki..

Ermm biasalah masa tu muda lagi.. pengalaman tak banyak.. so ada jer orang mengambil kesempatan ke Atas kita.. Di beri janji-janji manis dan me yang bendul neh pun give 100% effort tanpa berkira tenaga masa famili.. Cinta memang tak masuk dalam otak dah.. Thats is becoz nak kejar Impian kan... Hahah.. tapi tulah kan.. dari situ lah amik xp untuk Cik uruskan bisnes cik sendiri sekarang. Allah maha kaya.. Orang yang berniat tak baik dekat kita pasti dia akan dapat balasanya. Sebab dia dah terpesong dari niat awal dia lah maka sekarang waktu dia menuai hasilnya. Dan Me take as a positif part as my lesson.. Setelah menguruskan company dia selama 3 tahun, Cik sambung balik apa yang dah Cik buat dulu.. Dia sekarang ni tak tau dah hilang ke mana.. yang cik tahu dia yang terlari ibarat tak jejak tanah dari Cik. Hairan pulak Cik Arin yang dia lari dari Cik naper.. sedangkan Cik tak kejar dia pun huhuhu... Tapi dia kalau dengar nama Cik Arin macam dengar nama pontianak jer.. hahaha.. Hey bro.. rileks arr.. Cik arin cool jer neh... Malah Cik Arin berterima kasih banyak-banyak kat awak di atas pengalaman yang awak berikan.. walaupun awak mention kata Cik kena banyak belajar lagi.. masih tak cukup.. so Cik harus bermula dari bawah nanti lebih bawah dari orang yang masuk selepas Cik arin.. walaupun Cik adalah antar orang pertama yang bersama-sama dia membangunkan projek tuh.. Very the bijak lah.. Sedangkan Company profile dia tuh yang menganggur dekat setahun tak jadi2, kalau bukan Cik Arin yang sengkang mata sampai 3 ke 4 pagi buatkan memang tak jadilah company profile tuh.. pastu bila dah siap boleh pulak keluar ayat "You buat ni banyak tak lengkap lah arin.. takper nanti i buat balik.." ahakss.. Then dia kata dia buat balik.. bila dia return tak ada apa-apa perubahan pun.. tapi ada berubah create by dot dot dot.. Hahahaha.. Tak apalah.. yang kena belajar tu Cik Arin... Yang kena hamput pun Cik Arin.. sampai meleleh tersedu sedan pun cik arin.. Bila ada masalah suruh Cik Arin juga solve sampai last-last nama Cik jugak lah yang busuk.. Tapi ayat yang paling Cik tak boleh terima dia boleh buat ayat.. "Apa yang you buat ni semua di bayar tau Arin.. So buatlah.." Okek.. I kept ur words.. and now when i claim my payment ada satu lagi ayat menarik yang keluar.. "Arin.. macam ni ker you punya sikap... just becoz of money.. you jadi macam ni? so you buat semua ni becoz of money.. money can buy ur reletionship?" Ffffuuuu.......... rasa macam nak carut jer dengar ayat macam gitu... Masa dia yakin dia nak dapat Investor pangkat Dato Seri tu dia boleh cakap 'I'm ur boss.. and awak akan di bayar..' Tanpa dia fikir pun about my sacrifice about relationship yang mana masa tu tak berkira langsung tentang wang ringgit.. tapi dia yang memulakan ayat tu.. okek fine.. Now bila dia tau dia tak mampu nak tunaikan janji-janji dia.. baru dia sedar me neh kawan dia? baru dia nak cakap pasal persahabatan?? hehehe... Lawak lah.. Tapi sebenarnya Cik Arin tetap kenang budi dan jasa dia.. sebab cik arin belajar banyak.. siapa sangka Cik pernah manage one of Sdn. Bhd. Company yang mana Cik arin ada anak buah di bawahnya.. Yang mana company tuh terurus dengan lancar tanpa huru hara sehinggalah 'Owner' dia sendiri yang gagal untuk mencari bisnes masuk dalam company tersebut. Apapun my work has done.. Everybody know bout that.. So? Bayar lah.. heheh.. nak pulang ayat dia 'No sentimental Value in business' (^_~).

Now berbekal kan pengalaman yang dia cakap cik kena belajar lagi.. I prove u.. U judge me wrong.. I dont need million capital to build my empire.. I just need experience to start all over.. i dont need 3 stories building to be succeed.. Insyallah i prove you.. Tapi kan.. dalam kena banyak belajar Cik ni.. hampir 90% idea yang i sumbang you guna.. hehehe... tapi lepas tu you kata.. u punya idea.. tak perlah.. sekurang-kurangnya now idea yang banyak dalam kepala otak i neh.. baiklah i curahkan untuk diri i sendiri.. hati pun tak sakit... Tapi apa-apa pun.. hutang titik peluh Cik tu tetap kena bayar ye.. Cik dah halalkan 3 bulan untuk tahun yang sebelum tu pun kira dah bagus.. tu pun kata cik ni boleh di beli... Whatever lah..

Biarlah jerih perih nak kena mulakan balik.. turun naik KL just because nak capaikan balik apa yang Cik dah lepaskan.. Hujung minggu memang dah tak ada dalam hidup Cik.. Untuk dapatkan balik 3 tahun yang Cik dah buang.. Tapi Cik yakin Allah ada dengan Cik.. Di permudahkan jalan Cik dengan kenalkan Cik dengan seorang Hamba Allah. Yang banyak menyumbang kepada rezeki Cik.. Alhamdulillah.. Betul kata orang teraniaya ni Allah akan bantu jer.. Walaupun cik tak dapat sokongan dari orang-orang terdekat yang ada di keliling Cik.. Ada jer yang bising-bising kata Cik membazir.. buang duit.. Tapi syukur rezeki tu datang
mencurah-curah.. Memang satu sen pun Cik tak mengharap siapa-siapa.. Sebab Mama cik bukan suka pun Cik buat kerja ni.. Dia kalau boleh nak Cik jadi Engineer, tapi cik tak minat sangat.. Memang dia sanggup berabih pun.. Tapi dah Cik janji dengan dia.. Cik akan habiskan study sampai qualified engineer tapi lepas tuh.. suka ati Cik lah kan ho ho ho.. janji Cik Arin punya degree Bachelor Of Engineering (Mechanical). Sudah... So di atas perjanjian tu dia tak kacau lah apa yang Cik buat.. Dia kata dia tak mo support yang ini.. Okek tak per.. tapi bila dia tengok Cik bawak duit suka pulak dia huhuhu... Tapi memang dia tak mo keluar 1 sen pun untuk andam mengandam neh... hehe.. benda kalau dah minat.. pasti gigih.. walaupun dalam masa yang sama dah jadi robot.. Siang kerja.. ada masa study buat assignement.. malam time rehat.. tidor.. hujung minggu kalau ada job pergi buat job.. kalau ada kelas pergi kelas.. kalau free turun KL untuk habiskan make up course.. Kadang-kadang ada job di KL.. ambil.. dah tak peduli dah.. Tapi ada orang macam senang jer buat bisnes.. Suruh jer orang bawahan buat.. cari investor konon yang deal bertahun-tahun tak close close sementera nak tunggu deal tuh tidor...!!~ Macam tu pun ada.. Target job juta-juta jer.. heheh bisnes cik arin neh ratus jer.. tapi bolehlah kan.. sementara nak ada nama... c(:

Kakak Cik pun ada lah jugak bantu.. Dia pandai bab lain.. bab design baju hantaran dia pandai.. so cik bagi lah dia kerja-kerja tuh.. Tapi apa yang cik boleh cakap.. bukan senang nak senang.. Tapi Goh tong tokei genting tuh muflis sampai berapa kali baru nak jutawan kan... Cik tak molah sampai muflis.. Kita playsafe jer.. hehehe... Actualy itu atas creativity sendiri kan macam mana nak survive... Janji niat kena betul.. Ikhlas.. Jangan nak menipu orang.. Insyallah DIA akan bantu.. Tapi hutang tetap kena bayar tau.. walaupun tak banyak... Tapi cukup lah untuk tampung modal bisnes Cik Arin.. kan Cik arin kata.. Cik nyer bisnes tak perlu Million Capital.. and Investor dari Dato Seri.. Tapi kalau awak settle kan hutang yang 'tak seberapa' tuh pun cukuplah untuk Cik menarik nafas lega koh koh koh!!~ c(:          

Apa-apa pun tak yah lah nak lari dari Cik Arin macam nampak pontianak... Buat penat jer... Sebab Cik tak kejar pun... Malas nak kejar.. Awak yakin Tuhan awak nama Allah kan? Jadi...  Bertanggungjawab lah.. tak payah lah nak spin sangat-sangat story tu.. Awak juga yang ajar Cik.. Right is Right.. Wrong never be Right (~_^) !!~

~Mode : Pengsan~

Monday, June 4, 2012

Whatever..!!~

Selamat Pagi.. Selamat Hari Isnin....
Semalam Cik kena sound dengan Kakak Cik Arin. Hehehe... Well kalau tak kena sound bukan Cik Arin lah kan... ho ho ho...!!~
Sebab ada orang Sound dia kata Cik Arin tak hormat orang.. Di sebabkan status dan pangkat dia yang mengharuskan Cik Arin respect dia... Ngeeeeeee (^_^)
Well.. Selama ni pernah ke Cik tak hormat dia.. Selama kakak Cik.. Memanglah Cik ni Kaki melawan.. Degil.. Panas baran.. Tapi pernah ke Cik ni carik pasal dengan orang kalau tidak di usik hati dan perasaan Cik? Melainkan Cik ni disakiti.. Hati Cik disakiti and keluarga Cik dianiaya di hina dan di buat lebih kurang? Kalau buat Cik Arin mungkin boleh bersabar.. Cik boleh buat tak faham selagi tak melampau.. Tapi kalau buat 'Kurang Ajar' Kat Mak Ayah Cik boleh Cik duduk saja? Sekurangnya-kurangnya buat darah daging Cik nak tengok saja? Orang macam tu nak hormat ker.. Walausiapa pun dia.. Cik tak peduli..
Lagipun Cik bukan buat apa pun.... Cuma bahasakan dia sikit.............. jer (^_^). Tuh pun dia terasa makan dalam.. nasib lahh... Sebab dia dah buat Cik terasa banyakkkkkkkk sangat. Mengambil kesempatan di atas kelembutan kakak Cik yang dengan Cik jer lezer dia melampau.. tapi kalau orang lain buli dia meleleh... naik nyampah dah cik nengoknya.. Kalau orang lain buli jawapan dia.. "Aku malas nak gado-gado..." pegedah..
Tapi memberontak kat belakang.. menangis mengadu kat Cik Arin jugak.. Ingat tak sakit hati ker? Tak taulah kalau orang lain punya cara dia akan cakap "Tak apalah... Sabar lah... hari ni dia buat kita.. esok Allah balas dia.." Owhh... thats not me... Siapa pun kau.. kalau kau sakitkan hati darah daging aku.. Lebih-lebih MakAyah aku... Serupa macam kau bermusuh dengan Cik Arin.. Thats is because.. Kalau Cik arin susah merekalah jer yang ada untuk tanggung susah payah dengan Cik.. Biar orang lain kata Cik kurang ajar.. sebab aku susah.. bukan kauorang yang tolong... Kau orang bagi sakit hati lagi ada.. Sebabnya Cik dah rasa She is too much maka barulah Cik Arin tuju.. Itu pun sikit jer.. biar terkesan sikit dalam hati... Cik tak kisah.. Kalau nak sedar-sedar lah.. tak sedar lantak kau... lagi bagus sebenarnya.. tak adalah kau nak kerjakan keluarga Cik lagi..!!~
Anyway Cik tak pernah anggap dia tu musuh atau nak memutuskan persaudaraan.. Sebab Cik sound time tu jer.. lepas tu kalau Cik jumpa Insyallah Cik akan salam and cium tangan dia sebagai tanda hormat.. Sebab Cik tau siapa kedudukan Cik.. Cuma janganlah melampau-lampau.. Lepas ni memang Cik takkan tegur lagi.. tapi jangan lah dengar cerita yang bukan-bukan lagi.. Dah.. nak layan lagu ni dulu..!!~

Christina Perri – A Thousand Years

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed that I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

~Waiting For You~