Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Wednesday, January 25, 2012

Mekap Orang Lagi..

Salam,
Entah menyesal entah tidak dengan apa yang terjadi, Mungkin ada sedikit penyesalan tetapi mungkin lebih banyak kesyukuran di atas apa yang terjadi. Allah jua yang tahu hikmah di sebaliknya. Kadang-kadang bila difikikar perjalan hidup Cik amatlah menariknya. Sungguh kreatif Allah mengatur perjalanan hidup seseorang insan.

Dipertemukan dengan pelbagai manusia dalam hidup, berpisah dengan orang yang di sayangi, semuanya ibaratkan corak kehidupan yang berwarna warni. Kehidupan ni banyak cabang tetapi semua cabang tu menuju satu tujuan pilihlah yang mana kita suka. Setiap cabang mempunyai liku-likunya. Hehehe apalah Cik Arin merepek neh.. huihhh!!~

Tak der apa.. Cik saja jer nak buat lauahan perasaan lah kononnya. Tapi tak tau macam mana. Cuma Cik nak tanya kalau kita sayangkan sesuatu pasti kita akan marahkannya sebab kita taknak sesuatu tuh jadi benda yang sia-siakan? Hidup ni kenalah percayakan orang.. Janganlah terlampau tak percaya kat orang sampai akhirnya semua nak buat sorang-sorang, Yang mana akhirnya akan membebankan diri sendiri dan rosak terus.. Kalau kita tak tahu janganlah malu bertanya atau minta pandangan. Jangan pandang rendah pada orang. Setiap manusia diciptakan mempunyai kelebihan nya masing-masing. Jangan di pandang tukang cuci toilet tu hanyalah sebagai tukang cuci toilet.. Cuba berfikiran kreatif. Dah menjadi sifat manusia suka memberi ulasan berdasarkan apa yang dia nampak berbanding apa yang dia tahu. Siapa tahu di sebalik tukang cuci tu sebenarnya dia adalah seorang graduan.. haa mana tau kan?? dan siapa sangka kalau doctor itu rupanya kelulusan ijazah beli dari India.. lagi naya.. tapi orang akan respect lah.. dia tu doktor.

Tapi tak perlah.. bukan pasal tukang cuci and doktor yang Cik nak kongsi.. Tapi.. Tengoklah sentuhan Cik arin mekap orang.. ini tarikh 25 December 2011 punya..!!~



Ok.. Ini adalah posting paling malas Cik Arin sebenarnya.. hehehe Post!!~

Thursday, January 12, 2012

Resepi Cik Arin : Creamy Tripoline With Mushroom and Chiken Meetball

Hari ahad haritu mood memasak telah melanda jiwa. Lama dah tak makan masakan sendiri. Dapur pun kurang berasap. Teringin nak makan pasta. Tapi bosan asyik makan bologna jer.. so tukar kepada pasta yang.. Sebenarnya bukan tau sangat resepi pasta selain bologna. Jadi pergi tesco shopping barang. Ingatkan nak buat "Angel Hair". Sebab haritu makan kawan masak Angel Hair sangat sedap. Bagi yang tak tau Angel hair tu macam mana.. Dia pasta yang halus macam bihun. Dah tak der.. So tengok ada Tripoline and satu gi tak ingatlah cik nama apa.. macam spring bentuk dia tapi pendek macam macaroni. Cik tengok belakang bungkusan ni macam mana nak masak tripoline neh.. maklumlah cik tak pernah masak. Hah dia bagi resepi.. Ai like.. Kebetulan kat rumah arituh ada mascarpone and cream dan ada chiken meatball.. Orite just cari parmesan sahaja. Jom try buat!!~

Creamy Tripoline With Mushroom and Chiken Meetball


Bahan-bahan :-

1 bungkus Tripoline (Direbus hingga lembut dan di tos kemudian letak tepi)
Minyak Zaitun
Cendawan butang (Hiris nipis. Cik Arin pakai cendawan butang yang fresh)
Tomato (Di potong)
Bebola Ayam Ayamas (Potong tiga)
Keju Parmesan (Beli yang dah siap di parut untuk mudahkan kerja)
Keju Mascarpone
Krim
Bawang putih (Dicincang)
Mentega
Garam
Rosemary and origano
lada hitam
garam

Cara membuatnya :-
Langkah pertama :
Panaskan minyak zaitun dalam mentega kemudian tumiskan bebola ayam kemudian letak tepi

Kemudian panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan lada hitam hingga wangi kemudian masukkan mascarpone cheese dan cream kacau hingga sebati dan cair. Gunakan api kecil takut hangit. Kemudian masukkan tomato dan sedikit garam (Kalau ikut resepi dia tak ada garam). then masukkan bola ayam dan tripolin kacau sehingga rata. dan taburkan rosemary dan origano dan parmesan kacau dan tutupkan api. siap dihidangkan :-)

Selamat mencuba!!~

*Resepi Cik Arin memang tak letak jumlah bahan.. sebab cik selalu masak main agak2 jer ikut sedap rasa lidah hehhe.. so korang ikutlah citarasa lidah korang kan.. kalau lidah korang high taste.. high taste lah rasa dia hehehe :p

"Bisa kecur air liur!!~"

Orang kita suka berlagak pandai.

Salam..
Dah lama Cik Arin tak tulis blog. Naik bersawang blog Cik Arin.. Heheh.. Mode bloging belum sampai.. haaaaa hari ni Cik rajin nak blogging sebab bosan duduk di office. FB dengan masyarakat kita ni mmg bagai isi dan kulit kan.. kiranya selain rumah tempat kita tinggal tu setiap orang mesti ada 'tanah' dalam FB kan kan kan.. Bagus jugak FB neh mengurangkan Aktiviti bersoSIAL di luar.. Tapi kat FB ni jugak lah nak tunjukkan betapa ramai nya orang kita neh tersangat-sangatlah malas membaca dan suka berlagak pandai serupa dia tau semua.. dalam masa yang sama dia tak sedar sedang menunjukkan kebodohan dia sendiri.. hehehe tak caya? nak tengok? Jom kita tengok kat bawah ni :-


Komen-komen yang terkeluar tajuk

Komen-komen diorang ni semua tak ada kena mengena langsung dengan posting blog Soley-soley ni. Yang syiok tuh siap tanya gi "Admin ni islam ke tak?" huhuhuh adeiii bacalah dulu sayang oii apa yang di tulis dalam blog tuh.. Tajuk tu memang gempar "PARA SAINTIS RAMAL KIAMAT SEMAKIN HAMPIR" terus di katanya macam-macam kat admin tuh. Kesian kat Pak Lebai ni semua. Actualy posting menceritakan tentang kiamat akan hampir kerana mereka tak mampu nak melawan atau memberhentikan mereka-meraka yang menghasilkan bom nuklear ni. Kalau semakin banyak bom nuklear memang akan mendatangkan keburukan kepada dunia. jadi ayat mudah di pakai si saintis ni adalah "Kiamat semakin hampir". :-) Lagipun kalau nak disalahkan tajuk tu pun pada Cik lah kan.. tak ada salahnya.. sebab Kiamat memang makin hampir.. Cuma kita tak tahu bila.. Tak payahlah nak melenting marah atau keluarkan khutbah banyak-banyak sangat.. Buat apa yang wajib sudah.. he he he..

Pesanan Cik untuk semua.. Sebelum u all like sesuatu link atau komen.. Apakata baca dulu apa yang nak di sampaikan..Sebab kalau u all komen sebelum baca neh bahaya ibarat sign agreement tanpa baca. Itulah yang kadang pembeli membebel kata pemaju tipu beli rumah.. heheh. Kita memang hebat dan pandai.. tapi sebab tersalah komen terus kepandaian kita tu tak kena gayanya he he he!!~ Jangan marah yee!!~

~Kiamat Memang Semakin Hampir~