Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Sunday, September 30, 2012

Rahsia Cinta

..Wanita itu adalah sebuah misteri alam..
..Hati ini adalah misteri diri ini..
..Misteri itu adalah rahsia..
..Rahsia seorang wanita yang hanya dikongsikan bersama Tuhanya..

..Cinta adalah anugerah..
..Cinta bukanlah satu dosa..
..Kerana ianya dari Allah..
..Jangan di benci Cinta..
..Kerana "Cinta" itu adalah satu..

..Di saat kehilangan..
..Yang hilang adalah jasad nya..
..Namun 'Roh' Cinta itu masih terus hidup..
..Itulah kekuatan 'Cinta'..

..Di saat kehilangan..
..Yang hilang adalah suara nya..
..Namun tutur katanya masih terus segar..
..Itulah kekuatan 'Cinta'..

..Saat kehilangan..
..Yang terpisah hanyalah pandangan matanya..
..Namun bayangnya masih jelas di fikiran..
..Itulah kekuatan 'Cinta'..

..Menjauh bukan membenci..
..Lantas kerana terlalu Cinta..
..Kerana pepatah mengatakan..
..Jauh itu yang bertandang adalah rindu..
..Dekat itu yang menanti kekecewaan..
..Cinta itu hanya akan manis..
..Andai dengan Redha Allah..

..Di saat jauh itu..
..Di saat itulah rindu bertandang..
..Air mata mengalir..
..Kerana rindu itu hanya mampu di balas dengan doa..
..Namun itulah doa yang paling ikhlas..
..Dan itulah semangat untuk terus berjuang..

..Apabila dekat itu..
..Seringkali di kecewakan..
..Yang ada itu kebencian..
..Apabila kebencian bertambah yang ada hanyalah kata nista..
..Dan segalanya akan musnah dan hancur..
 
..Kerana sifat Cinta yang suci..
..Maka ianya akan indah andai dengan cara yang suci..
..Cinta itu tidak redha andai dicemari..
..Namun Cinta itu Redha andai ianya kekal di hati..
..Nama itu tetap akan kekal di dalam doa..
..Sehinggalah suatu hari yang tidak pasti bila..

..Andai Takdir yang tertulis..
..Nama itu di lau hul mahfuzku..
..Pasti bersatu hingga ke Syurga..
..Namun..
..Andai takdir yang tertulis..
..Ajalku mendahului jodohku..
..Aku redha andai Nama itu adalah..
..Cinta yang terakhir untuk ku..
..walaupun sekadar di dunia ini.. 
 
..Cinta itu pasti akan manis..
..Suatu hari nanti..
-Arin Noor-

Wanita..!!~


Jalan-jalan tertarik pulak Cik Arin dengan ayat ni..

NASIB WANITA
Bukan senang menjadi wanita

BILA

diam — dia lemah~
lantang — nampak salah~
mesra — dia gatal~
pasif — dipijak-pijak~
kahwin — ’ bila beranak?~
tak kahwin — pasti digelak~
berhijab — dikata kolot. jahat. menunjuk-nunjuk~
tak tutup — lagilah heboh~
setia — dimadu lakii~
curang — dicanang keji~
terlalu cinta — dimain-mainkan~
terlalu berjaga — dimarah-marahkan~
menangis — rimas selalu~
mata kering — dipanggil kepala batu~
buat betul — pelbagai benda dipersoal~
buat silap — sekampung berbual~

Heheeheh.. I just smiLe with this statments. Because it is true..!!~
Selalunya.. Ayat-ayat macam ni dikeluarkan oleh LELAKI.
Inilah yang di panggil Fitnah kepada kaum perempuan.. Sebab tu nabi s.a.w. suruh menjaga wanita.
Tapi ramai lelaki yang mengambil kesempatan ke atas wanita. Kadang terlampau banyak fitnah terhadap kaum perempuan. Malas Cik nak cerita. Sebab sering kali terjadi kepada diri. Kalau dari pengalaman yang sudah-sudah cukuplah memberi pelajaran. Dan sebenarnya Makhluk yang bernama lelaki ni elok lah kita jangan rapat dan percaya sangat.

Memang terkadang bicaranya tu memang manis.. Lembut gigi dari lidah.. Tapi percayalah.. Sebaik mana seorang lelaki tu pasti ada jahat nya. Ikut jer lah pesan Rasulullah S.A.W. Wanita lindungilah diri dari lelaki. Jaga pergaulan dengan orang lelaki. Kalau Lelaki yang baik dia pasti akan mengambil kita sebagai Isteri. Bukan sebagai kekasih yang apabila sudah ada yang lain terus di tinggalkan tanpa belas ehsan.

Biarlah orang nak kata sombong. Orang nak kata jual mahal Orang nak kata apa sekali pun. Selain dari mahram sendiri jangan layan lebih dari patut. Kalau ada yang kata suka. Shoot jer terus ke batang hidung dia.. Suruh dia datang.. Kat situ baru tau dia ikhlas ke tak. Sebab kalau tersilap sikit jer yang rosak perempuan bukan lelaki. Kalau yang mengandung anak luar nikah perempuan bukan lelaki. Sebab yang tercemar maruah, perempuan bukan lelaki.

Kalau tanya Cik.. Cukuplah Cik ada banyak pengalaman dengan orang lelaki neh. Macam-macam jenis dah jumpa. So from my past lesson, Sekarang ni tak ada basa basi i shoot sharp to their face. Biarlah orang nak kata Cik brutal ker apa ker.. Tapi memang tak ada yang berani nak dekat ho ho ho..!!!~ Kalau ada yang berani dekat tu kira diorang neh just niat nak kawan-kawan jer lah.. So kalau kawan buat cara kawan yer.. korang tak betul Cik Arin tembak jer.. ekeek.. Heheheh siap ada yang cakap.. Serik dah kena dengan Cik Arin tobat tak buat lagi kekeek padan muka korang.. Hanya orang yang tahu betul Siapa Cik jer akan betul-betul rasa selesa bila berdampingan dengan Cik. Kalau buat tak betul memang Cik bagi tepat ke muka. Korang nak marah? Marah lah.. Sebab Cik cakap benda betul.. Sebab tu korang marah.. Im verry strict bout this.. Alah korang bukan laki aku pun.. Kalau laki aku lain cerita..

Cik tak suka Lelaki yang suka ambil kesempatan kat perempuan. Sebab Cik dah pernah kena banyak kali.. Rasanya... Allah je yang tahu. Fitnah dari orang lelaki kadang-kadang benda yang tak ada pun di ada-adakan. So lebih baik Jauh dari dekat kena taik. Memang susah.. Tapi boleh.. Kalau ada perasaan suka pada Lelaki tu eloklah jauhkan diri. Sebab kalau dah terjebak lain cerita. Thats my prinsip. Cik kalau lagi suka kat orang lagi jauh Cik nyorok huhuhu bukan apa.. Takut terjebak. Kang susah jadi nya. So lama-lama hubungan tu agak jauh sikit.. Kalau Allah dah kata ada jodoh pasti datang. Tak perlu risau lah. Tapi kebanyakkan yang Cik elak tuh Alhamdulillah.. Ada yang dah kawin.. Alih-alih dapat kad kenduri jer ho ho ho.. Mean what? itu bukan jodoh kita rite? So i still can smiLe.. Jauh tu bukan kerana benci.. Tetapi kerana terlalu sayang.. boleh? ekekeke Kalau orang yang Cik jauhkan tuh masih single and Cik pun masih single.. Dan dia terus berusaha walaupun Cik menjauh.. dan finaly dia berterus terang nak ambik Cik sebagai yang sah.. Insyallah Mungkin itu lah dia.. (^_^)v!!~
Sebab susah untuk percaya kalau setakat janji manis di bibir ni. Kalau betul ada niat.. Tunaikan lah.. tak perlu nak ikat dengan hubungan Cinta. Entah bila sudahnya pun tak tau. Dalam masa bercinta tu dosa menimbun-nimbun.. tu kalau jenis yang couple macam Cik arin neh dosa nya tak ada lah berat sangat.. Takat jadi 'Tarzan' gayut berjam-jam. Kalau yang jenis lain-lain tuh? Yang dah hidup macam laki bini tuh? Kawin nyer idak juga apa cerita? Dah lah tak kawin.. Tiba-tiba ada pulak orang ke 3 adoiiii...!!~ Cerai tak bertalak lah jawab nya korang.. Tinggal macam tu jer.. Itu tak ada bala okek lah.. kalau yang bawak bala dalam perut tuh? Lu pikir lah sendiri..!!~ Zalim kan orang lelaki ni? Allah dah tau dah yang Lelaki neh boleh jadi sezalim-zalim manusia. Sebab tu lah DIA utuskan Rasulullah agar berpesan "Jagalah wahai kamu akan anak perempuan" Bukan kerana perempuan ni suka bawak fitnah. Tetapi perempuan yang di fitnah. Islam tu cukup jaga perempuan. Tapi kita yang tak jaga diri sendiri. Sebab apa? 

Sakit hati kalau dengar lelaki yang selenger neh kata "Perempuan sekarang neh ada dara lagi ker". Lepas tu siap tanya lagi "Ko ada dara lagi ker?" Rasa macam nak carut jer.. but me cool. Pernah tau ada yang kurang ajar tanya macam tuh.. Cik jawab senang jer.. "Ko bayar aku mas kawin 25 ribu, Ko bagi aku hantaran rumah sebijik. Ko nikah dengan aku. Lepas tu ko boleh tau aku dara tak dara.. lepas tu ko nak blah.. blah lah.." Senyap tak terkata apa.. Dah kurang ajar sangat kan? Orang kurang ajar.. kita jawab tak yah nak marah.. Tapi tanya dia sanggup ker? Mati hidup balik tak sanggup..Sebenarnya dari cara sesetengah pertanyaan kepada perempuan tu kita tau dia neh type macam ne.. Jadi tak perlu kot nak mesra lebih-lebih dengan oran macam tu

Yang penting sekarang Jaga Diri.. Mudah-mudahan dilindungi Allah. Sebab zaman sekarang ni bukan mudah kalau kita dapat pertahankan sesuatu yang bernilai dalam diri kita. Macam mutiara. Dia tetap aman dalam tiram walaupun laut kian tercemar. Pertahankanlah selagi mampu...!!~

Next time kalau ada masa Cik share you all Fitnah orang lelaki yang perempuan selalu kena. Ini Cik ambil dari pengalaman Cik sendiri dan kawan-kawan Cik. I share because i caring and love u all. 

"..Tak apa kalau kita sombong sekarang, Garang sekarang, Buatlah apa-apa pun sekarang nak sound direct pun sebab mereka bukan yang HALAL.."

Saturday, September 29, 2012

My Next Portfolio : DVD Shading & Contour By Nora Aziz

Salam.. macam yang you all tau tarikh 23 September 2012 hari tu Cik Arin ada terlibat dengan pergambaran DVD terbitan Nora Bridal Creation. Dan Gambar-gambar telah dikeluarkan. Oleh Fotographer rasmi NBC pada hari tersebut. Iaitu Saudara Mohd Noor atau Paradigmastudio. Cik dapat gambar-gambar ni dari FB Paradigma studio dan ehsan Kak Nora. Agar dapat Cik Jadikan Portfolio Solekan Cik.

Alhamdulillah.. Dari seorang Cik Andam pengantin now Cik dah terjun lebih luas lagi dalam bidang ni. Iaitu sebagai MUA for model pulak. Yang mana produk ini akan dipasarkan keseluruh negara, InsyaAllah menurut Kak Nora bulan 11 ni. Terima Kasih sekali lagi kepada Kak Nora. Yang sentiasa memberi peluang kepada pendatang baru macam Cik ni. mungkin di sini lah rezeki Cik siapa tahu.

Jadi ini adalah sebahagian gambar-gambar yang Cik boleh share kan untuk semua follower Hikayat Cik Arin. Ini dari Camera baik punya.. high lens so lebih cantik dari camera murah Cik Arin.. ekekeke...Hope all of you enjoy!!~

Picture Credit to : Paradigma Studio

Picture Credit to : Paradigma Studio

Picture Credit to : Paradigma Studio
 
Nama Model : Anies Anisah
Contour & Shading Technic : Puan Nora Aziz
Make Up Artist : Arin Noor
Photgrapher : Paradigma Studio

Dan untuk makluman semua, Puan Nora Aziz adalah salah seorang Celebrity Make Up Artist yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ni. Beliau pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti di Adelaide, Australia. Dan beliau adalah salah seorang penulis tetap untuk majalah Stailista. Kemahiran Puan Nora dalam membuat teknik Shading & Contour tidak dapat diragui lagi. Maka sekiranya anda di luar sana yang ingin berjinak-jinak dalam dunia andaman pengantin. DVD ni Cik memang rekemen untuk anda. Kerana asas solekan kormesial macam solekan pengantin dan studio teknik ini haruslah diketahui. Itulah bezanya antara solekan pergi pasar malam dan solekan kormesial (^_~)

Jadi Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan DVD Tutorial Shading & Contour ni anda boleh terus hubungi Puan Nora Aziz di fb beliau. iaitu Nora bridal Creation. Insyallah Kak Nora akan terangkan lebih lanjut tentang DVD ni. Dan pesanan Cik Arin juga, Kalau dah beli Simpan.. dont simply bagi pinjam kawan-kawan.. kalau diorang nak sila beli sendiri ekekeke... (^_^)v!!~

Kenangan bersama Puan Nora Aziz dan Crew DVD Shading & Contour. 

Dalam nak berjaya ilmu memang tak boleh kedekut. Tapi yang nak berjaya tu kenalah cari Ilmu. Kalau nak cari ilmu kena lah dari jalan yang lurus lagi benar... Jadi jangan asyik nak pinjam jer.. nak ilmu percuma jer.. dan paling tak baik Cetak Rompak.. jadi dapatkan yang original... baru ilmu dan rezeki berkat..ekekekek (^_^)v!!~


"..Semua wanita itu cantik.."

Bosan lah...

Waktu sekarang dah pukul 1:52 a.m.
Mata masih segar, baru lepas buat bunga telur untuk sample. Esok hari sabtu.. Cuti.. Kelas pun tak ada. Tapi ada assignment yang perlu disiapkan. Tiba-tiba jer Cik rasa macam cik ni useless jer jadi pompuan.. hehehe... Entahlah.. kenapa ek? Cik hairan sebenarnya.. Orang lain kenapa senang sangat sukses dalam percintaan. Tapi Cik? Tak tau kat mana silapnya. Kat mana yang kurang. Sedangkan Cik dah cuba untuk memperbaiki diri. Tapi masih tak berjaya..

Ada saja yang Cik kalah dengan pesaing Cik. Ada yang kata Cik ni kurang berusaha.. Hehehe.. rasa macam kelakar lah.. Kalau orang kata Cik kurang berusaha.. Ada jer ayat-ayat pedih masuk telinga ni.. Antaranya "Kuruskan lah badan tuh.. baru dapat pakwe.." Erkkk korang nak suruh Cik arin tinggal kulit dengan tulang jer ker? Tapi itu bukan persoalan dia.. Ada kawan Cik erkk sorry to say lebih besar dari Cik.. Kawin juga.. Husband dia hensem giler siottt..!!~ So kalau nak pakwe tak perlu lah nak kena kurus macam model cutting right? Nak jer cik tanya dia.. macam ner ko ngorat laki ko? heheheh..

Cik tengok gak kawan-kawan cik bercinta.. Ermm selalu jer gaduh.. pakwe dia tak tinggal pun dia.. last-last kawen gak.. ermmm... Cik ni jangan katakan gaduh.. merajuk pun susah sangat.. tapi sekali Cik merajuk or marah.. terus kena tinggal... hahaha... adoii... apalah punya badi ko neh Cik Arin.. hehehe kadang-kadang macam kelakar pun ada..

Kadang-kadang rasa macam serik jer nak bercinta lagi.. Sebab cik tak pandai macam mana nak bercinta agaknya.. Selalu jer suka sakitkan hati orang.. Sedangkan Cik dah cuba nak jadi seorang yang baik.. Cuba untuk jadi yang sebaik mungkin.. Tapi tak mampu juga..

Diorang kata Cik ni memilih.. Nak yang kaya jer.. high taste.. Heheh are you sure with your statement? Heheh.. malas nak cerita kalau Cik senaraikan nanti macam-macam orang ngutuk karang.. What i can say is.. Material itu hanyalah sekadar keperluan dan bukan wajib ada. Sebenarnya lelaki kaya bukanlah taste Cik pun.. Lelaki hensem pun bukan taste Cik.. Kalau ada tu bonus lah kan yee syukur... tapi Cobaaannn nya melampau..!!~

Sebenarnya Cik sukakan Lelaki yang bersederhana.. Dia tak perlu ada kereta mewah.. Kalau pakai kereta buatan Mesia pun Cik terima.. Jadi macam mana kata Cik neh "kebendaan"? Tak perlu kerja gaji cecah 5 angka.. Kerja gomen yang 4 angka tu pun Cik terima.. (Sederhana mestilah 4 angka kan..). Cuma cik suka lelaki yang berilmu. Itu jer taste Cik Arin. Sebab lelaki yang berilmu ni dia banyak pengetahuan. Banyak knowledge yang boleh di kongsi. Sebab Cik punya perangai ni suka bertanya sesuatu yang cik tak tahu. So kalau dia knowledge kurang... alamat memang bosan lah.. tak kan hari-hari sembang just nak cakap i love you.. dah makan belum.. dah mandi belum... kan.. apa kata sesekali kita tukar.. Kenapa jambatan tu kalau di bina dari tengah dulu bukan dari pangkal dia? Macam mana kapal terbang yang berat tu boleh terbang kat awan.. haaaaa kan intrersting.. sounds poyo but that is me.. haaa ingat senang ke nak tackle Cik Arin.. Kalau ilmu tidak penuh di dada.. hahah padan lah ko tak kawin sampai sekaranh ho ho ho..!!~

Hmmm kadang-kadang pernah juga cik terfikir.. Kalau lah Cik ni jenis amik jer... dan abaikan taste Cik. Pernah okek Cik buat macam tu.. Cik cuba nak terima seadanya.. ermm... hubungan tu bosan sangat.. Banyak bisu dari bercakap.. tengah on call boleh sambil buat kerja lain.. sebab tak tau nak cakap apa.. balik-balik gelak hehehe... dah tu kalau sembang asyik cakap nak tukar henpon.. jam ribu riban.. playsatation.. emm... now i know y.,

Kadang-kadang cemburu juga dengan mereka-mereka yang dah temui kebahagiaan tuh.. Tapi nak  buat macam ner.. selagi belum jumpa yang elok dan sesuai dengan diri.. eloklah tak usah.. Kalau jumpa pun terpaksa pulak berebut dengan perempuan lain.. Nak buat macam mana? Mungkin perempuan tu lebih memerlukan.. Kita mengalah lah.. Lagi pun yang lelaki tu dah nak pilih yang itu nak kata apa ye dak.. Cinta bukan boleh di paksa.. Asalkan dia bahagia sudah...

Cik arin dah biasa dah mengalah dengan orang yang nak berebut neh.. selalunya memang Cik Arin berundur lah bagi laluan.. Sebab semua nya bergantung pada lelaki tu sendiri.. Kalau dah dia pun tak tetap pendirian.. nak kata apa.. Itu pun salah satu faktornya lah.. Dan satu lagi Cik tak mencari.. So? Tunggu jer lah....



Friday, September 28, 2012

Zakat Di Hari Raya..!!~

Selamat hari jumaat kawan-kawan.. Sepatutnya posting ni Cik post awal dah ni.. Tapi ini baru ada waktu untuk post pasal cerita neh. Heheheh Cerita tentang Cik Arin dapat 'Zakat' di hari raya. Hehehe.. Layak ke Cik Arin neh dapat zakat.. c(:



Hehehe.. sebenarnya tu lah dia ayat Cik time ngusik mama. Sebab nya tahun ni mama dapat zakat.. nak tau cerita dia macam ner? Okek.. The story begin.. Masa nak raya hari tu, macam biasalahkan.. Mestilah kita akan masak kan... untuk persiapan raya. So Cik cuti awal arituh sebab tinggal Cik dengan mama jer nak buat persiapan raya. Nak bawak mama pergi belanja barang. So macam biasa Cik akan tunggu dalam kereta dan mama yang pergi pasar. Nak wat macam ner dah Cik Arin neh kalau masuk pasar confirm mabuk. Jadi? Sebelum ada yang pengsan dalam pasar tu baik lah tunggu jer dalam kereta tu okek...!!~

Sementara tunggu mama, Cik ada nampak seekor anak kucing tengah main-main pusing keliling kotak zakat. Anak kucing tu seekor jer. Warna dia cantik dan bersih. Kemudian dia tengok Cik Arin. Cik Arin tengok dia.. Lepas tu pergi dekat dia tak lari. Manja sangat. Lepas tu Cik balik masuk dalam kereta. Cik tengok dia mengiau.. Lepas tu dia pergi belakang.. lepas tu dia datang balik kat kotak zakat tuh. Anyway kotak tu tu dah di tebuk dan dah di buat cantik macam carrier kucing. Siap dengan pintu dari dawai mata punai. Cik agak kucing ni baru di buang kat pasar neh. Dan kotak tu tuan dia yang buat.



So nampak mama datang, Cik pun cakap dengan mama.. "Ma..Cantik kucing tu ma. Bersih.. Orang buang tu agaknya tu.. Anak lagi.. kesian dia." Lepas tu mama pergi kat kucing tu terus mama amik bawak balik.. huhuhu....

Diam jer dia.. baik kucing neh.. Cik tak rasa pun ada kucing dalam kereta tu. Sebab dia jenis diam. Jadi inilah 'zakat' yang Cik maksudkan.. huhu sebab Cik amik dia dalam kotak zakat.. ekekek... Rezeki hari raya.. (^_^)

Tapi now dah berapa bulan dah dia duk dengan kami. Dah nakal dia. Kadang-kadang terfikir, Kalau Cik tak ambil dia hari tu... Agaknya apa kisah dia hari ni ye... Nama dia macam-macam.. Cik bagi nama dia oren.. hehehe...

Tuesday, September 25, 2012

Jalan-jalan Cari Makan Ice Room

Selamat hari selasa... Rasanya dah lama Cik Arin tak hapdet cerita pasal makan kan? hahhaah dah kelaparan dah kawan-kawan yang follow blog neh.. Maklumlah Cik Arin tengah berDIET. So tak ada lah makan yang sempoi-sempoi... Orite.. So hari ni Cik post cerita makan lah.

So seperti yang you all tau dalam post Cik yang lepas Cik ada Job di Nilai kan. So premis Kak Nora tu sebelah dengan Cafe 'Ice Room'. Jadi setiap kali kalau pergi tempat Kak Nora pastilah Cafe itu yang akan menjadi sasaran untuk makan. Ramai yang tau Ice Room neh rasa, Sebab banyak branch sekitar KL. Di penang belum pernah nampak lagi lah. Apa yang menarik Di Ice Room ni adalah dia punya aiskrim. Yang mana aiskrim dia macam air batu campur tapi ada pelbagai flavor. antara feveret flavor Cik Arin adalah Mango. Tapi kali neh Cik tak order aiskrim dia. Just makanan yang lain. Jom tengok apa menu yang Cik makan bersama 2 orang model dari NBC yang teman Cik makan petang tu lepas buat kerja make over.

Ieqin xtrada dan Anies
Wahh... suka korang kan.. Cik Arin nyer posting kali neh ada model.. Hahaha Jangan jeles c(:
Ieqin haritu dia makan menu simple jer, Iaitu Nasi Goreng Kampung dan Aiskrim blue berry, Manakala Anies dia makan Chicken Chop beserta air manggo ice blanded.

Nasi Goreng Kampung & Aiskrim blueberry
Dan Anies harity makan Chicken Chop beserta ice blanded Manggo dan juga site dishes cucumber and ginger.

Chicken Chop beserta sos special black peper
Manakala Cik Arin pulak order beef steak set yang mana beserta Strawberry ice blanded dan yam bun, yang mana ini menu cik suka. Setiap kali makan sini mesti Cik order yam bun neh. Memandangkan set ni ada yam bun tu maka sebab tu Cik ambik hidangan ni.

Steak with blachpeper sos


Manggo and strawberry iceblanded
So total makan dekat Ice room neh bajet dalam seorang tak lebih RM20 sahaja. So agak murah dan boleh lah makan. Anyway makan petang tu Di taja sepenuhnya oleh NBC wall Of Fame. Dan memang kebiasaanya Kak Nora akan 'Pekej' kan sekali makan ketika kursus dan kerja. So makan lah... ekekeke... Tempah ni dekat Nilai square. So kalau yang ada kat area sana boleh lah singgah makan.

My Faveret Yam Bun
Jumpa lagi segmen Jalan-jalan Cari Makan bersama Cik Arin lain kali yer... hik hik hik.. bubbyee!!~

"Burlp... Alhamdulillah.."


Monday, September 24, 2012

Rakaman DVD bersama NBC..!!~

Fuh... Hujung minggu yang agak penat.. Tapi puas hati. heeheh..
Tidur hanya berbekalkan 4 jam sahaja hari Ahad semalam, Kerana kena pergi ke Nilai sebab ada job make up dengan NBC Wall Of Fame. Suppose kalau tak ada kelas hari sabtu tu mungkin turun awal dan bermalam di KL. Tapi ada kelas pulak dan habis jam 11 malam. Jadi terpaksa bangun awal dan bertolak ke Nilai sewal jam 6 pagi. Sebab kena sampai sana jam 11 pagi. Alhamdulillah.. Selamat sampai dah selamat balik hari yang sama jam 12.30 baru sampai penang semula. So ini tatapan untuk kawan-kawan yang rajin follow blog Cik Arin.

 

Actually project ini adalah untuk shoot DVD tutorial Make Over. Keluaran NBC Wall Of Fame, Yang mana dalam DVD neh Cik dan beberapa orang MUA di jemput bagi membantu Puan Nora Aziz menyiapkan model. Dalam DVD ni Kak Nora sebagai Tutor menunjukkan teknik-teknik Shading yang betul. Sesuai untuk pembelajaran. Bagi mereka yang nak tahu teknik solekan yang betul.
Cik Arin di gandingkan dengan seorang Model NBC iaitu Anies Annisah. So tugasan Cik hanyalah menyiapkan dia jer. Heheheh...




Alhamdulillah, Cik suka bekerjasama dengan dia. Sebab dia sangat friendly dan tak cerewet.  Orangnya pun comel..


Jadi macam biasa, Setelah selesai semua kerja times for gewdiks lah.. dah semua pompuan kan.. kecuali dua orang jer lelaki.. iaitu videogrpher dan photographer ekekeke... Amik-amik gambar dan posing sakan..
Memang best bila dah berkumpul beramai-ramai buat kerja neh. MUA yang lain-lain pun sporting.



Jadi terima kasih kepada Kak Nora yang sudi invite Cik Arin untuk jadi MUA jemputan untuk projek ni.Tak sabar nak tunggu DVD tu berada di pasaran. Heheh kalau you all nak tengok hasil kerja Cik Arin nanti dapatkanlah DVD tu ek.. Insyallah.. Menurut kata Kak Nora bulan depan dah boleh dikeluarkan.


Hmm.. sayang picture yang hujung2 dah blur sebab b3 dah nak weak.. (T_T)

"..Lady Noor Inspirations.."

Tuesday, September 18, 2012

28 years..!!~


Happy Birthday to me..!!~ Me now in age 28. Ada rasa terharu.. Ada rasa sedih... Ada rasa gembira pun..hehehe...
Tahun ni pertama kali Cik Arin sambut birthday tanpa Ayah.. Selalu kalau sampai tarikh 1809 orang yang first sekali dalam famili yang akan wish adalah Ayah.. Sama ada dia akan kejut tidur anda wish 'Selamat ulang tahun anak ayah yang bernama Norazrin, Moga-moga dipanjangkan umur, murahkan rezeki dan tercapai segala hajat.." Then Ayah akan cium pipi Cik dan gosok kepala cik laju-laju macam kepala kucing..(Cik suka ayah buat macam tu.. sampai besar pun ayah suka buat macam tu kalau lepas bagi nasihat or kata semangat atau time pujuk) Lepas tu Ayah akan tanya. "Hari ni adik nak makan apa? Atau ayah bagi adik duit adik beli jer apa adik nak makan.. Nanti kita makan sama-sama"
Tahun lepas Ayah belanja makan dekat Seoul Garden dengan Mama. Itulah tahun terakhir Cik sambut birthday dengan Ayah.
 
Tahun ni tak ada seorang pun lagi dari famili Cik yang wish.. Maybe tak sempat kot.. Sebab masa Cik nak pergi kerja tadi Mama tengah solat dan kakak dah pergi kerja awal. Hehehe.. Every year i wish to celebrate and get present from someone special who i can call 'Cinta Hati'. But in 28th years old Allah belum mahu full fill my wish.. (^_^) Hehehe...So untuk kali yang ke 28 Cik Arin sambut birthday as single. Heheheh agak-agak tahun depan ada harapan ke nak sambut birthday 'berdua'? Wallahualam.. hehehe

Apa-apa pun Cik terkejut tengok Fb Cik.. Wahhhhh ramainya yang wish..!!~ Thanks to all.. Cik Arin menghargainya.. And thanks pada doa-doa kawan-kawan.. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa-doa kalian.. Ingat juga u all kan kat Cik Arin.. Love you all.. Muahhhhx!!~ (^_^)
Tak lupa kepada office mate Cik Arin, Ayu yang sambut birthday sama juga tarikh dengan Cik.. Happy Birthday Ayu..!!~

"Hadiah tahun ni i just Wish to Allah ................................... Aminn.."


Monday, September 17, 2012

Resepi Cik Arin : Kek Mentega Keju @ Butter Cheese Cake


Selamat Hari Malaysia!!~ Hehehe hari ni ramai yang cuti sempena hari Malaysia kan? Sama arr Cik Arin pung...!!~ (^_^)


Jadi pagi ni mode agak bosan tak tau nak buat apa.. Jadi Cik Arin pun buat kek lah.. hehehe..  memandangkan Cik memang dah niat nak  buat kek sejak dari raya hari tuh. Maka hari ni tertunailah hajatnya. Sepatutnya masa raya haritu nak buat 3 jenis kek. Tapi mood hilang. Bahan-bahan semua dah ada. Cik Arin pun gigih lah berperang di dapur. So antara kek yang tertunda masa raya hari tu adalah kek ni. Simple jer kek dia tak susah pun. Iaitu Kek Mentega Keju Atau Butter Cheese Cake. Senang sangat kek neh.. Sebab dalam peti ais tu pun dah ada ada cream cheese dan butter beli konon nak pakai masa raya hari tu ada. Apa lagi? Balunnnn!!~

Butter Cheese Cake

 
 
Bahan-bahan :
250g Mentega tulen (Pure butter)
250g Krim keju (Cheese Cream)
250g Gula halus (castor sugar)
2 Cawan tepung Tepung gandum (Flour)
5 biji telur (Eggs)
1/4 Sudu teh serbuk penaik (Baking Powder)
1/4 Sudu teh garam
1 sudu besar Esen Vanilla

Cara-cara membuatnya :
Masukkan mentega, Cheese, gula dan esen vanilla pukul sampai putih atau gebu.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji kacau hingga kembang sampai habis kesemua telur.
Masukkan tepung, baking powder, dan garam.
Kacau perlahan-lahan sampai rata.

Ambil loyang bulat, Lapik kertas minyak dan tuangkan. Kemudian panaskan oven pada suhu 170c dan bakar sampai masak.

Selamat Mencuba..!!~

Kenapa Cik suka kek ni? Sebab kek ni wangi... Dan tektsur dia padat. Sebab Cheese krim tu kan macam moist kan so buatkan dia soft dan padat. Cik memang suka makan kek yang tekstur macam tuh.. Rasa macam penuh dalam mulut.. heheh... Nyumm nyumm..!!~ 

'..Happy With Baking..'

Sunday, September 16, 2012

Selamat Pengantin Baru..!!~

Selamat Pengantin Baru kepada Encik Shahreen dan juga pasangan, Alhamdulillah dipertemukan jodohnya. Mudah-mudahan Aman, damai kekal bahagia. Dimurahkan rezeki hendaknya. 


Doakan Cik Arin pula ya bertemu jodoh selepas ini. *smiLe

"..Alhamdulillah.."

Friday, September 14, 2012

Manusia.. Jangan Zalim Sangat Dengan Kami..!!~

Lagi cerita tentang kezaliman manusia terhadap Si Comel. Cerita ni Cik Amik dari fan page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. Jom kita baca kisah malang anak kucing ni..

14 September 2012 (Pagi)

"..Anak kucing berusia lebih kurang 2 bulan ini ditemui oleh saudari Intan Natrah di hadapan sebuah klinik haiwan yang telah bertutup di Damansara Damai berhampiran tempatnya bekerja semalam. Beliau cuba membawa kucing ini ke klinik yang sama pagi tadi, tapi menurut doktor berkenaan tiada apa yang beliau boleh lakukan.

Kaki kiri belakang anak kucing ini patah terkulai. Sebelah lagi kakinya semakin bengkak dan bimbang ada kecederaan dalam jugak.

Natrah menghubungi kami untuk meminta bantuan transportation untuk kucing ini ke UPM memandangkan beliau tidak dibenarkan cuti. Natrah akan adopt kucing ini selepas rawatan.

Kami sedang mendapatkan beberapa sukarela dikawasan berdekatan untuk foster kucing ini satu malam sebelum di hantar ke UPM pagi esok. Doakan semuanya berjalan lancar. Semoga Tuhan permudahkan urusan rakan2 kami untuk membantu haiwan2 yang memerlukan. Amin.."




14 September 2012 ( Petang)

"..Anak kucing yang diselamatkan oleh Intan Natrah di Bandar Sri Damansara sedang dalam perjalanan ke Healing Room Subang dibantu oleh SCRATCHers yang kebetulan sedang MC.

Hang on there kitty!.."





15 September 2012

"..UPDATE ON KITTEN RESCUED BY INTAN NATRAH

Dukacita dimaklumkan, keputusan xray mendapati anak kucing ini patah satu kaki belakang dan kedua-dua kaki hadapannya. Kaki belakang yang terkulai terpaksa di potong dan sebelah daripada kaki hadapannya patah pada 2 bahagian di mana sekiranya dapat diselamatkan dan dapat berjalan semula, anak kucing ini akan cacat seumur hidup dan tak dapat berjalan dengan sempurna. Besar kemungkinan si comel ini telah didera dan dicederakan oleh oran

g tak bertanggungjawab melihat kepada kecederaan yang dialami pada kakinya.

Setelah berbincang dengan Natrah dan SCRATCHers yang lain, pembedahan membuang kaki yang terkulai sedang dijalankan. Natrah sudi menjaga anak kucing ini seumur hidup dan kami akan cuba membantu Natrah sebaik mungkin.

Sama-sama berdoa untuk anak kucing ni.

Sayang, kami mungkin tak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi padamu. Tapi kami berdoa semoga kamu akan lekas sembuh dan gembira disamping Mommy baru yang akan menjagamu sebaik mungkin sehingga kamu akan lupa pada penderitaan dan kesakitanmu. Bertahan ya sayang..."



Itu adalah kisah anak kucing malang ni yang telah di selamatkan. TETAPI dia terpaksa menanggung sengsara seumur hidup dia. Kerana kecacatanya. *Sad. Bila Cik tengok kucing ni semalam katanya kaki nya terkulai, Teringat masa Cik selamatkan Lulu dulu. 

Lulu anak kucing jalanan belakang rumah yang selalu famili kami bagi makan, Suatu pagi tengok Lulu datang makan dengan kaki dia terkulai-kulai. Memang kesian tengok. So amik Lulu bawak pergi Veterina. Bila X-ray tengok kaki Lulu patah.. Dan otot pada bahagian abdomen dia koyak. Doctor tu kata yang bahagia atas tu tak boleh buat apa. Sebab Lulu tak kuat nak tanggung ubat bius. Sebab otot tu tak boleh baik sendiri, kena operate dan jahit. Jadi hanya kaki Lulu sahaja di rawat. Selepas beberapa bulan Lulu pun dah sihat dan boleh berlari-lari. Manja sangat.. Kawan main Cik Arin.. Tidur dengan Cik.. Kemudian satu hari Lulu dia nak mengawan. So dia bising-bising. Jadi Cik pun bawak lah ke veterina untuk mandulkan. Tapi sebabkan lulu ada kes pada bahagian abdomen dia. So doctor bagi pandangan.. Doc kata lulu ni ada risiko kalau operate takut dia tak tahan dengan ubat bius.. Kalau biar pun dia tak boleh kawin sebab dia pregnant dia tak mampu nak tanggung.. Jadi macam mana? So operate ke tak operate ker dia ada risiko untuk mati. So Cik kata kalau macam tu operate jer lah.. Sebab kalau tak operate pun dia terseksa. Kalau operate mudah-mudahan dia ada harapan untuk hidup. Than Doctor pun operate. Memang benar umur Lulu tak panjang. Dia mati selepas habis doktor buang rahim dia. Kata doctor dah tinggal nak jahit bekas jer. So bila dah mati doktor minta izin nak bukak tengok kesan yang koyak akibat eksiden dulu. Apa yang doctor dapat dia kata paru-paru Lulu sebelah dah mengecut sebab kesan dari koyakkan otot tu. Mean selama ni paru-paru lulu rosak sebelah kesan dari eksident tu.. Sebelum doc tanam Cik sempat tengok jasad Lulu.. Memang masa tu Cik menangis sangat-sangat.. Nasib baik masa Cik pergi tu kawan Cik yang drive. Kalau idak hehehe tak boleh nak bawak kereta. 

So dari kisah kucing ni membuatkan Cik teringat dengan Lulu yang juga asalnya street cat. Cik tak tau nak kata.. Harap kucing ni boleh lah suvive. Dan Cik cuma nak tanya pada Ustaz and Ustazah wannabe yang kata apabila me'ngembiri' atau memandulkan kucing ini adalah Zalim kerana menghalang nafsu kucing tu. Adakah berbuat pada kucing macam atau haiwan lain itu tak zalim? Siapa lagi zalim? membiarkan kucing tu beranak banyak-banyak kemudian anaknya dipukul di langgar di siksa atau membuang organ sex kucing tu lebih zalim? Apabila kucing tu di 'kasi' dia langsung tak ada nafsu untuk mengawan. Jadi mana yang zalimnya. Kucing bukan manusia.. Kalau manusia kot lah.. Dah buang ada gak nafsu dia.. Contoh pondan. hahah.. c(: .  Sedangkan JAKIM pun dah keluar fatwa tentang hal ini. Kenapa Ustaz or ustazah wanabbe neh tetap juga mengatakan zalim? 

Fikirlah.. setahu Cik kan. Ustaz cik cakap dalam Islam ni tengok kepada kemudaratan. Yang mana lebih mudarat. Kasi ke mudarat atau biarkan mudarat? Kalau tengok kes kucing neh kalau kita tengok manusia sekarang neh zalim dia susah nak cerita, Kadang simbah hamba Allah tu dengan air panas.. So eloklah kurangkan bilangan kucing yang terbiar ni kan supaya dia tak bertambah. Lagipun kalau menurut kesihatan. Kucing ni kalau selalu mengandung dia tak sihat. Tapi kucing mana ada akal? Dia rasa nak mengawan dia carik jer.. lepastuh dia terpaksa bela anak-anak dia. Bukan macam manusia. Kucing tak tau macam mana nak merancang keluarga. Kalau belaan kita pun nak menahan dia dari kawin tanpa mandulkan larat nak tengok dia mengerang hari-hari.. bergolek-golek. Silap-silap dengan tuan-tuan dia karang.. Hahahah..!!~ Oppss (^_^)v 
Kalau yang jantan tuh habis dia 'spray' merata-rata. Nasib tak baik kat sofa tu karang dia buat kerja. Korang jugak yang marah kan... Tapi dah dia tak boleh nak kawal macam ner? Dah lah tu baik 'spray' di tu lain macam jer.. Boleh pengsan.. itu yang kadang ada setengah rumah orang yang bela kucing neh berbau.. Pasal 'spray' ni lah.

So, whatever people says..Cik tak rasa tindakan memandulkan kucing adalah sesuatu yang Zalim. Mereka yang cakap zalim neh.. adalah mereka yang tak tahu apa pun pasal kucing... (^_^)

Tahniah kepada Natrah yang perihatin kepada makhluk Allah ini.. Dan kepada pencinta-pencinta haiwan yang lain.. Jangan biarkan mereka ini di zalimi.. Sebab mereka ini layak untuk hidup di bumi Allah ini !!~


 ".. Rest In Peace Pico-pico.."
 

Thursday, September 13, 2012

Hari-hari yang malas..!!~

Alaahai...
Apasal lah rasa macam hilang daya tumpuan neh.. huhuhu.. Dari tadi dok melayang-layang jer. Konon nak study bukak buku tapi langsung tak leh nak focus... Hadap fb konon nak carik mood.. Ermmm.... sama jer...
Dari tadi dok scroll mouse atas bawah atas bawah... dah tu berangan... *sad

Tunggu budak-budak neh buat eksperimen pastu melayang lagi.. Adoiii.. Seriuslah bosan betul hari neh... Malas pun yer.. kalau termenung tuh adalah perkara yang paling best.. Dari pagi tadi melayang-layang pikiran. Kurang vitamin ke apa neh?? *Sigh

Ini pun gagah jugaklah hapdet blog neh.. mana tau kot-kot nanti boleh lah ada mode. Nak motivasikan diri lah kononya.. Tapi otak pun tak berfungsi dengan baik jadi macam ner ek? Perut lapar pun tapi nak makan pun malas.. Dahaga tapi takat kata dahaga jer lah.. Air nyer depan mata pun malas nak capai... Alahaii Cik Arin.. Ko dah kenapa?

Cuba gak nak gagah menulis pegang pen dah tuh melayang lagi.. Ya Allah.............!!~ 
Banyak lagi neh benda yang malas nak buat neh.. malas gak nak cerita...
Duduk sampai dah kematu montot neh.. termenung tu lagi best dari segala-galanya.. ho ho ho
Korang ada ke petua nak tingkatkan daya tumpuan? Cik Arin rasa dah kekurangan vitamin neh..
Okelah dah malas nak taip panjang-panjang.......

'..ermm...'

Wednesday, September 12, 2012

Sindrom lepas raya..!!~

Good morning!!~
heheheh... hari ni Cik Arin nak cerita cik bawak bekal mari opis.. hik hik hik... Owhhh ai laik bawak bekal pergi opis...!!~ Pagi neh mama Cik Arin buat cekodok nestum... heheheh... Owhhh bagaikan mimpi.. Tapi Alhamdulillah lah... Jimat cik hari neh tak yah kuar carik makan kalau perut lapar... (^_^)

Sebenarnya dari zaman skool lagi Cik suka bawak bekal.. Sebab makan bekal lagi sedap dari makan yang beli kat kantin tuh. Selamber jer.. walaupun ada dikalangan kawan-kawan Cik macam segan jer nak bawak bekal.. Tapi bila Cik bawak bekal dengan muka selamber jer diorang suka menumpang.. Waaaa mana aci neh.. asyik bekal Cik jer korang sambar.. So diorang pun bawak jugak bekal.. he he he.. so kita orang share2 (^_^)

Cekodok Nestum yang sedap....!!~

So, benda bawak bekal neh terbawa-bawa sampai Cik kerja. Kalau ada makan kat rumah mesti bawak datang opis. Satu boleh JIMAT.. dan kedua tak ada lah lapar perut neh.. kalau lapar anytime jer boleh makan.. hehehe... Tambah kerja macam Cik neh kadang memang tak sempat nak kuar carik makan. Kalau beli pun tapau balik makan kat opis sama jer kekdahnyer...(Kaedah) (^_^)!!~

Wahhh pandainya Cik Arin bawak korang jalan-jalan dari cerita sebenar yang nak disampaikan kan kan kan.. hik hik hik..!!~ Hahahahah..!!~ Jimat lah konon... Entah kenapa bulan ni gaji terasa macam lambat jer masuk.. hehe ye ker?? sebenarnya nak bagi tau neh... inilah namanya, Sindrom lepas raya melanda... ho ho ho.. (T_T).

Tau apa tuh sindrom lepas raya? Ha ha ha.. Sindrom gaji dah habis sebelum waktu yang mana selalu melanda selepas raya.. nGee...!!~  So bawak bekal adalah antara jalan terbaik untuk menyelamatkan stok yang makin menipis.. hik hik hik.. Ini gara-gara gaji masuk awal lah masa nak raya itu ari.. Kebiasaanya gaji orang-orang gomen neh masuk 25hb kan.. Tapi disebabkan nak raya arituh gaji masuk awal lah kan... wahhh gaji dapat awal memang lak seronot..!!~ Nak-nak 'Abang' Ajib (Wahhh mentang-mentang dia kasik bonus dan dan panggil abang kan...................!!~) kasik duit rayer... berbahagia tak hengat donia lah hendaknyer kan...!!~

Sakit kepala memikirkan stok semakin menipis..!!~

Tapi nak di jadikan cerita raya neh ko kasiklah berapa pun.. tak der nak cukupnya.. ho ho ho..!!~
Walaupun telah cuba untuk berjimat.. tapi tak mampu jugak nak sampai hahahah..!!~ Nasib segala hutang-hutang bil semua dah settle.. Kalau idak mau bulan depan neh ada yang kena sindrom lagi neh hehehe... (^_^)

Adeii.. tunggu claim tak masuk-masuk, rupa-rupanya hari selasa haritu baru kerani kewangan bendahari tu call nak proses.. mak aihh... pengsan Cik Arin macam neh... Claim 2 bulan lepas baru nak proses.. masa neh lah terbayang muka-muka penghutang yang senyap sunyi jer tak nampak-nampak muka.. hik hik hik... Korang tak ingat ker nak pulangkan duit Cik Arin yang korang tolong simpan tuh.. lalala..!!~

Cik percaya sindrom lepas raya neh bukan Cik sorang jer alami. Korang pun sama kann???? eleh... tak yah cover la.. c(: jadi cik rasa membawa bekal ke opis adalah salah satu cara untuk melambatkan pengaliran tunai ye kawan-kawan... ekekek habis tak der korang bekalkan ajer maggi.. hahahah!!~ (^_^)

itulah dia tip sharing is caring pagi neh.. bubbyee!!~ 

Apabila poket nipis maka segala aktiviti shopping dan jalan-jalan terpaksalah dihentikan sementara waktu, maka duduk saja di dalam sarang tu diam-diam yer cik Arin!!~

"..Cekodok neh sedap pulak rasanya.."

Tuesday, September 11, 2012

Story about Ugly

Sumpah masa cik arin baca cerita ni, Cik mengalirkan air mata. Cik memang sayang binatang, lebih-lebih kucing. So kita bacalah sama-sama.

"Semua orang di kompleks apartmen saya tinggal semuanya kenal Si Ugly, seekor kucing jalanan yang tinggal di sana.Si Ugly mencintai tiga perkara di dunia ini: pergaduhan, makan sampah, dan tak keberatan kalau kita kata dia juga adalah penyayang. Oleh kerana ketiga-tiga sifat ini, ianya mempunyai kesan kepada Ugly. Untuk dijadikan cerita, dia hanya mempunyai satu mata, dan di
mana yang lain sepatutnya adalah sebuah lubang yang ternganga.

Dia juga telah hilang kedua-dua belah telinganya, kaki kirinya telah patah teruk dan ianya telah sembuh secara sendiri. Ini menjadikan dia kelihatan seperti dia berjalan terhuyung-hayang. Ekornya telah hilang sejak sekian lama, hanya tinggal pangkalnya sahaja dan ini menambahkan lagi kehodohannya.

Ugly bercorak kelabu berjalur gelap berjalur-jenis, kecuali pada luka yang meliputi kepala dan leher, walaupun bahunya lebar. Setiap kali seseorang itu melihat Ugly, semuanya akan memberikan reaksi yang sama iaitu "Itulah salah satu kucing amat hodoh!" Semua kanak-kanak diberi amaran tidak sentuh dia, orang dewasa akan membaling batu kepadanya, menymbahnya dengan air ketika dia cuba untuk datang di rumah mereka. Walaupun Si Ugly hanya melepaskan lelah di tepi tangga rumah orang, dia dihalau dengan begitu teruk sekali. Ugly sentiasa mempunyai tindak balas yang sama.


Jika anda meyembur hos air kepadanya, dia tetap tidak akan berganjak. Dia tidak berganjak sehingggalah orang yang menyimbah air tersebut berputus asa dan berhenti. Jika anda melemparkan sesuatu pada dia, dia akan merendahkan badannya sambil meletakkan kedua kaki hadapannya ke lantai seperti meminta maaf. Apabila dia menjadi perhatian kanak-kanak, dia akan datang berlari sambil mengiau dan menundukkan kepalanya ke tangan kanak-kanak tersebut seperti mengemis secebis sayang dari mereka. Jika anda pernah mengusap dia, dia akan bermula dengan serta-merta menggigit pada baju anda, subang, apa yang dia dapat capai ( ajak bermanja ).


Satu hari Ugly berkongsi kasih dengan anjing seorang jiran. Jiran tersebut telah mencederakan Ugly dengan begitu teruk sekali. Dari apartmen saya, saya boleh mendengar jeritannya dan saya tergesa-gesa untuk memberikan bantuan kepada Ugly. Pada ketika itu, saya sedih melihat keadaannya terbaring sayu. Sudah jelas kisah hiba Si Ugly bakal berakhir. Ugly terbaring di tempat basah, kaki belakang dan bawah belakangnya terpusing dengan pelbagai bentuk manakala ada koyakan teruk di bahagian jalur bulu putih di bahagian hadapan tubuhnya. Saya membawa Ugly pulang ke rumah dan saya boleh mendengar bunyi dia berdehit dan tercungap-cungap. Dia masih mahu berjuang untuk hidup walaupun dah nyawa-nyawa ikan. Kadangkala, serba salah juga saya kerana asyik memikirkan sayalah penyebab yang menambahkan kesakitannya ( ketika membantu mengangkatnya ).

Kemudian saya mendakapnya sehingga kedengaran bunyi manja ( purrrr ) di telinga saya. Ugly, sedang nazak. Sungguhpun penderitaannya amat teruk dia masih cuba mahu merapatkan muncungnya ke arah telinga saya. Saya mendakapnya dia lebih dekat kepada saya, dan meletakkan kepalanya ke tapak tangan saya. Kemudian dia berpaling kepada saya dan ketika itu matanya bersinar berwarna keemasan. Ketika itu saya boleh mendengar bunyi yang berbeza dari tadi ( bunyi 'purrrr' yang lebih meruntun hati ). Walaupun dalam kesakitan yang besar, Ugly yang dikatakan hodoh itu berjuang untuk hidup. Kucing yang berparut itu hanya mahu meminta sedikit kasih sayang dari seseorang. Itu sahaja.

Pada ketika itu saya memandang Ugly adalah kucing yang paling cantik, makhluk penyayang yang saya pernah jumpa.


Pernah sekali dia cuba menggigit atau menggaru saya, atau pun cuba untuk menjauhkan diri daripada saya. Ugly hanya memandang pada saya dan dia benar-benar mempercayai saya untuk melegakan penderitaannya. Si Ugly meninggal dunia di tangan saya sebelum saya sempat masuk ke dalam rumah, tetapi saya terduduk dan termenung dalam jangkamasa yang lama selepas itu. Saya memikirkan bagaimana makhluk yang berparut, cacat dan tidak sempurna sedemikian boleh mengubah persepsi saya tentang apa yang dimaksudkan untuk merasai perasaan cinta dan sayang yang begitu luar biasa dan sayang yang sebenar-benarnya. Si Ugly mengajar saya apa itu erti pemberian dan belas kasihan di mana ianya lebih baik dari membaca seribu buku dan ceramah.


Dan kerana itu, saya benar-benar insaf dan akan sentiasa bersyukur. Ugly hanya berparut di luar, tetapi saya berparut di bahagian dalam, dan ia adalah masa untuk saya berubah dan belajar untuk menikmati cinta yang sebenar-benarnya dan mendalam. Ianya amat perlu untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga sebaik-baiknya. Ramai orang mahu menjadi lebih kaya, lebih berjaya, disukai, indah, tetapi bagi saya, saya akan sentiasa cuba untuk menjadi Ugly. ~ ~"



'..Kredit to dunia kucing fan page..'

Monday, September 10, 2012

Mode : Siput

Ermm.. sorrylah kalau posting ni jiwang lagi..
Blog ni jer tempat Cik luah rasa, Selain dari Tuhan. Nak luah kat kawan-kawan pun diorang belum tentu nak dengar. Tapi kalau hapdet kat blog rajin pulak nak baca.. ho ho ho.. (Jangan marah Cik Arin yer.. (^_^)v ). Cik sebenarnya rindukan seseorang.. Tapi Cik tak mampu nak bagitau dia. Bila Cik rindu kat dia Cik mesti rasa down.. Dan mula lah cik menyepikan diri.. Bila cik rasa dah okek Cik hidup macam biasa balik.. Mula nak sembang dengan kawan-kawan..

Kadang-kadang cik just tengok jer posting-posting di fb dia.. Nak like ker komen ker cik takut orang tak suka.. Baru-baru ni cik sakit hati sangat, sebab Cik komen kat posting fb dia tapi dia tak balas komen tu.. Bila cik skodeng lagi tengok dia like semua komen-komen kawan yang posting tuh tapi dia tak like pun Cik punya komen. Cik rasa geram sangat masa tu.. terus cik delete komen tu.. Malu lah nanti kalau kawan-kawan perempuan dia tengok kata Cik neh terhegeh-hegeh kat dia. Yerlah.. orang macam dia tu kalau tengok kawan-kawan perempuan dia naik seram bulu roma tengok.
So sebelum cik kena cop macam tu baiklah cik padam. Memang hati sakit pun.. Tapi tak perlah.. act cool jer lah.. so cik merajuk lah jugak.. Every posting dia memang Cik tak like lah. Buat macam angin lalu jer.. Dia pun tak like post Cik. Semalam baru dia mula like posting Cik. So Cik ni jenis orang dah mula Cik akan okek lah. Sebab Cik jenis tak simpan dalam hati lama-lama. Sebab tu Cik kata.. Nak pujuk Cik ni bukan susah pun.. Tapi orang anggap itu satu perkara yang sukar. Just simple tegur jer Cik balik.. Cik ok lah..

Kadang-kadang Cik memang rasa nak diamkan diri, Sebab Cik takut hati Cik terluka. Dan Cik takut kalau dia yang tersentap dengan Cik. Pendek kata sekarang ni cik buat apa pun tak kena. Sebab tu Cik lebih suka berdiam diri. Sebenarnya Cik buat apa pun kepala teringat dia. Kadang-kadang ada terlintas di kepala, kenapa dia tergamak buat macam ni. Kat mana silapnya.. Kadang-kadang Cik tak tau ayat-ayat Cinta tu dia tujukan pada siapa.. Sebab bila Cik tengok ada orang yang balas ayat tu, seolah-olah macam ayat tu ditujukan pada orang tu. Dan dia balas komen orang tu pun dengan ayat-ayat cinta juga. Kadang Cik tak tahu dia tuju pada siapa..  

Sebenarnya Cik dah tahap putus asa.. Ustazah cakap doa bulan Ramadhan Allah akan makbulkan.. Tapi Cik tengok tak ada apa-apa pun jadi? Ustaz kata Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.. Dan pertolongan Allah tu dekat.. Tapi Cik sekarang dah tahap putus asa kenapa masih tak ada apa-apa perubahan? Sekurang-kurangnya beri Cik satu tanda.. apa patut cik buat? Semangat Cik makin lentur.. Hari-hari Cik cuba nak kuatkan semangat, Hari-hari Cik motivated diri sendiri agar tak lemah. Agar kuat.. Sampai Cik dah naik muak dengan semua ayat-ayat semangat.. Cik sabar walaupun hati sakit.. Menangis? cik dah tak larat nak menangis.. Orang kata sibukkan diri.. Cik dah naik muntah dengan kerja. Sampaikan Cik dah tak berdoa lagi untuk hal ni.. melainkan doa untuk orang tua Cik. Sebenarnya Cik dah tak tahu nak berdoa macam mana..Apa yang cik tahu doa Cik yang last ialah walaupun sekali, beri cik satu peluang untuk Cik luahkan segala isi hati Cik yang terpendam selama ni, Sebab Cik dah tak mampu nak simpan. Cik ingin bercakap hati ke hati dengan dia. merungkai segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Tapi kalau itu pun tak ada peluang. Dah tak ada lagi...

Cik mohon ampun pada Allah. Kerana Cik putus asa dengan ujian ni. Tapi kemampuan Cik Arin takat ini jer. Allah pun tahu Cik tak mampu pergi lebih. Tapi Cik sendiri pun tak faham kenapa DIA masih lagi memberi dugaan macam ni. Bukan Allah tak tahu macam mana 'sakit'nya Cik sebelum ni. Tapi itu jugak yang di beri.. Apa lagi yang mampu Cik cakap.. Melainkan Cik mohon ampun kerana cik dah mengaku kalah...


'Selalunya kalau lepas Cik update pasal isi hati.. Pasti Cik akan menyiputkan diri 2 hari.. heheh'

Thursday, September 6, 2012

Cinta ke akhir hayat..!!~

Cik terbaca sebuah kisah yang di postkan oleh seorang rakan FB Cik. So just nak kongsi dengan follower blog 'Hikayat Cik Arin'. Apa yang Cik boleh cakap, Cik menitis air mata baca kisah ni. Sayu sangat. Betapa besar nya kasih sayang yang suci antara suami dan isteri. Jom baca sama-sama. *smiLe.

"..seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..


dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."



membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"


membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"


selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu..
"
Ermm... sayangnya isteri tu pada suami dia kan. Dia isteri yang redha dan mensyukuri pemberian suami dia. Dan dia menepati janji mereka. Serius meleleh beb.......!!~ Heheheh... Rasa macam bahagianya bercinta sebagai pasangan suami isteri. Entah bila nak dapat rasa percintaan sebegitu. Ermm entah merasa ke tak peluang tu.. Wallahualam..!!~

"..Live forever.."

Dan bila esok..!!~

 Lirik : Dan bila esok
Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

*(Girl Part)
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya



Mampukah kita meleraikan segala kekusutan di dalam hati?
Mampukah kita meluahkan segala yang terpendam di hati?
Adakah dengan memendam itu kita bahagia?
Adakah berdiam itu adalah cara terbaik itu segala jawapan?
Atau adakah Cinta itu satu dosa?
Apa yang ingin Tuhan sampaikan kepada kita di atas yang terjadi?
Tanya hati mu adakah masih ada cinta?
Tanya hati mu adakah masih ada rindu?
Tanya hati mu adakah bahagia andai terus melukakan hati ini?
Dan tanya hati mu adakah kau bahagia dengan begini?
Andai jawapan mu diri mu bahagia begini..
Aku juga turut merasa bahagia untuk mu..
Kerana aku hadir hanya untuk memberimu bahagia.
Aku bahagia andai kau bahagia.
 Andai kau bahagia dengan mempertahankan 'EGO' mu teruskanlah
Aku tidak akan pernah memaksa dan pernah merubah 
Apa yang kau inginkan aku hanya turutkan.
Andai kau kembali seperti dulu 
Aku terima dengan hati yang terbuka
Itupun andai kata masih ada CINTA.

"..Sehebat mana CINTA ia pasti akan pudar andai tidak di gilap.."

Wednesday, September 5, 2012

Bloging Vs FB


Alhamdulillah..
Dah habis semester pendek untuk sem neh. Next week dah start sem baru. Tapi kelas Cik Arin bermula pada 15 September 2012. Sem neh register 2 core subject iaitu Mechanics of Solid dan juga Mechanics Of Fluid. Mudah-mudahan tak adalah perkara yang aral melintang pada sem akan datang. Sebab Cik nak fokus to finish my studies in 2 years or 3 years. huhuhu.. Itu jer termampu paling cepat. Sebab nak habiskan 134 credit hours boleh tua macam tuh jer ha ha ha.. Apa-apa pun dah lepas dah banyak subject. Tinggal yang core sahaja. Target lepas neh nak further Masters pulak. Cuma mungkin tukar angin amik Masters Admin. Sebab now Cik nak fokus pada bisnes jadi sia-sia jer kalau amik Masters Engineering. Thats y i need to focus..focus.. hokek fokus!!~  heheheh... Tapi syukur lah Allah dah permudahkan sebab kakak Citan pun dah dapat transfer to penang. Jadi lepas neh agak mudah sikit lah. Cik boleh letak Study carta paling atas than bisnes. Apa pun bukan hal ini yang Cik nak story.. tapi hal lain.. ini mukadimah jer.. hak hak hak...!!~ c(:

Orite, sempena kita nak fokus urusan mencari harta dunia neh... jadi rasanya wajiblah hendaknya mengurangkan akses melayari muka buku yer kawan-kawan.. he he he... Dulu Cik suka buat ayat macam neh.. "Kalau tak habis belajar mama tak kasi kawen..!! So kena bagi habis belajar" hahah tu ayat propa Cik jer.. Mama tak pernah keluar pun ayat macam tu c(:  Saja memeriahkan suasana. Bukan apa, Cik neh suka hilang fokus kalau dah mengarut kat alam maya neh. Maklumlah.. tipu daya dunia neh kan indah.. ecececec ayat... Jadi elok lah Cik mengurangkan aktiviti melayari FB neh. Cik dah boleh tinggalkan YM dan Skype. So tinggal FB neh jer tegar sungguh.. Okek dah perenggan kedua masih belum masuk tajuk utama.

So start from now.. Cik Arin nak slowdown sikit lah dalam virtual life neh. Memandangkan Cik dah tak nampak apa keperluan nya cik berada di situ melainkan tujuan mempromosikan bisnes Cik. Dan selebihnya hanyalah mengarut. Ditambah-tambah Cik rimas dengan sesetengah sikap manusia yang lebih suka menilai orang. Jumpa tak pernah.. Jauh sekali berurusan baik segi profesional atau peribadi alih-alih nak menilai orang? Menilai hanya melalui status seseorang anda dah rasa anda dah tahu cerita seseorang? For me kadang-kadang status atau pic yang Cik post itu hanyalah kerana Cik suka gambar tu atau Cik suka ayat tuh. Dan kadang-kadang ayat tu terlintas di kepala dan Cik nak update status. Itu sahaja. Susahlah kalau kata ayat-ayat Cik nak tuju pada sesetengah individu yang tak ada urusan dengan Cik. Cik just share dengan kawan-kawan kalau mereka suka. Tetapi memandangkan terlalu ramai yang hidupnya penuh dengan pra sangka buruk, jadi rasa fed up lah. Kalau ada rasa tertuju tuh minta maaf lah.. itu mungkin sebab awak berdosa dengan Cik Arin so awak terasa. Tapi hakikatnya Cik Arin tak ada pernah nak ambik port sangat. Kadang benda yang betul-betul effect kepada hidup Cik pun cik tak amik port. Just buat tak faham jer. Ini kan pulak orang yang tak pernah berurusan dengan Cik. Hehehe..Tak apalah.. Cik maafkan kamu semua ye. So far bagi mengurangkan dosa kalian-kalian dan dosa Cik sendiri yang menambahkan dosa-dosa kalian. Kerana mulut-mulut korang tu kadang membuatkan orang benci dan memandang seolah-olah cik ni jahat. Jadi Cik rasa baik lah cik habiskan masa dengan blogging jer.

 Cik aktif fb tu sebab ada sebab jer. Kalau tidak memang tak muncul lah. Sebab Cik punya akaun FB neh since FB zaman batu lagi. Korang tak kenal FB Cik dah main dulu. FB neh pada awalnya okek. Tapi kalau ada individu yang spesis mangkuk tingkat neh yang buat tak okek. Add orang just nak jadi batu api, just nak stalker all the activity than mengutuk itu yang Cik tak gemar sangat nak close dengan fb friends. Cuma yang okek.. okek lah.. Tak ada masalah. Biar dulu orang kata cik sombong cik tak kisah. kurang kawan tak apa jangan ramai kawan tapi musuh dalam selimut.

Memandangkan dulu sebelum aktif di dunia FB neh memang Cik seorang yang aktif blogging. Aktiviti Cik dulu adalah blogging dan blog walking. Baik Cik kawan dengan blogger lagi bagus. Lagipun Cik tengok lately neh cik punya traffic blog amat memberansangkan. Even kadang Cik posting bodo-bodo pun ada yang baca. Kalau yang share dekat FB dah confirm lah ada yang baca kan.. Dan entry yang cik tak share pun tinggi jugak ratingnya. Jadi orang dah muka kenal blog 'Hikayat Cik Arin'. So tak derlah rasa macam syok sendiri jer kan bila menulis. Cuma lepas neh cik kena lah jaga diri sikit sebab blog dah ramai yang tahu. Tak boleh lah suka-suka tulis merapu-rapu kan.. kekekeke... kang orang mengutuk Cik Arin hahaha.. korang neh bukan boleh c(:

So starting from today Cik akan kembali aktif menulis, Dan antara yang Cik akan share di blog ni ada 1st sekali dah tentulah pasal Cik kan... heheheh... Dah nama pun personal blog kan.. Dah tentulah cerita Cik Arin.. takkan tiba-tiba cerita Fasha sandha pulak kan.. ngumpat namanya tu.. ekekek... Selalunya cerita yang Cik suka share adalah tentang pandangan Cik tentang sesuatu isu, Resepi, Makan, Fesyen, Kucing, kecantikkan dan lain-lain hal yang tak melampaui batas. Dan tak lupa cerita pengalaman cik sendiri untuk di ambil iktibar. Heheh tulis blog sekali sehari jer.. So tak adalah nak effect time study kan.. kalau FB neh kadang ajak sembang-sembang dah panjang cerita ekekeke... Jadi fokus takkan lari.. kekek... lagipun takat nak share cerita dari blog neh dah terus link ke fb dah.. klik share je automatik post kat FB c(: So apa jadi kat FB tu malas nak ambik tau... ekeke.. masuk sekali-sekali jer time ada hal-hal penting. Tak ada perlu tak yah jengah.. lalala...!!~ (Merajuk neh Cik Arin neh... ho ho ho)

So far traffic cik arin nya blog mencecah 44k okek untuk tahun neh... ho ho ho mana mai lah orang baca neh kan.. ini kalau Cik pasang google adsense mau kaya raya Cik Arin. Buta-buta jer leh gi legoland neh.. hahahah..!!~ Tapi tulah nak pasang google adsense neh kena tulis dalam English. Kalau Cik tulis english korang nak baca ker? Haruussssssssss!!~  Apa-apa pun Cik tak berminat nak tambah kekayaan melalui blog neh.. hehehe... Tengoklah nanti kot-kot berubah angin.. eheheh... Saja je mengisi masa lapang. Okeklah.. Nak sorok bawah meja jap... Jumpa lagi...!!~


"..Baik - baik saja.."