Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, September 10, 2012

Mode : Siput

Ermm.. sorrylah kalau posting ni jiwang lagi..
Blog ni jer tempat Cik luah rasa, Selain dari Tuhan. Nak luah kat kawan-kawan pun diorang belum tentu nak dengar. Tapi kalau hapdet kat blog rajin pulak nak baca.. ho ho ho.. (Jangan marah Cik Arin yer.. (^_^)v ). Cik sebenarnya rindukan seseorang.. Tapi Cik tak mampu nak bagitau dia. Bila Cik rindu kat dia Cik mesti rasa down.. Dan mula lah cik menyepikan diri.. Bila cik rasa dah okek Cik hidup macam biasa balik.. Mula nak sembang dengan kawan-kawan..

Kadang-kadang cik just tengok jer posting-posting di fb dia.. Nak like ker komen ker cik takut orang tak suka.. Baru-baru ni cik sakit hati sangat, sebab Cik komen kat posting fb dia tapi dia tak balas komen tu.. Bila cik skodeng lagi tengok dia like semua komen-komen kawan yang posting tuh tapi dia tak like pun Cik punya komen. Cik rasa geram sangat masa tu.. terus cik delete komen tu.. Malu lah nanti kalau kawan-kawan perempuan dia tengok kata Cik neh terhegeh-hegeh kat dia. Yerlah.. orang macam dia tu kalau tengok kawan-kawan perempuan dia naik seram bulu roma tengok.
So sebelum cik kena cop macam tu baiklah cik padam. Memang hati sakit pun.. Tapi tak perlah.. act cool jer lah.. so cik merajuk lah jugak.. Every posting dia memang Cik tak like lah. Buat macam angin lalu jer.. Dia pun tak like post Cik. Semalam baru dia mula like posting Cik. So Cik ni jenis orang dah mula Cik akan okek lah. Sebab Cik jenis tak simpan dalam hati lama-lama. Sebab tu Cik kata.. Nak pujuk Cik ni bukan susah pun.. Tapi orang anggap itu satu perkara yang sukar. Just simple tegur jer Cik balik.. Cik ok lah..

Kadang-kadang Cik memang rasa nak diamkan diri, Sebab Cik takut hati Cik terluka. Dan Cik takut kalau dia yang tersentap dengan Cik. Pendek kata sekarang ni cik buat apa pun tak kena. Sebab tu Cik lebih suka berdiam diri. Sebenarnya Cik buat apa pun kepala teringat dia. Kadang-kadang ada terlintas di kepala, kenapa dia tergamak buat macam ni. Kat mana silapnya.. Kadang-kadang Cik tak tau ayat-ayat Cinta tu dia tujukan pada siapa.. Sebab bila Cik tengok ada orang yang balas ayat tu, seolah-olah macam ayat tu ditujukan pada orang tu. Dan dia balas komen orang tu pun dengan ayat-ayat cinta juga. Kadang Cik tak tahu dia tuju pada siapa..  

Sebenarnya Cik dah tahap putus asa.. Ustazah cakap doa bulan Ramadhan Allah akan makbulkan.. Tapi Cik tengok tak ada apa-apa pun jadi? Ustaz kata Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.. Dan pertolongan Allah tu dekat.. Tapi Cik sekarang dah tahap putus asa kenapa masih tak ada apa-apa perubahan? Sekurang-kurangnya beri Cik satu tanda.. apa patut cik buat? Semangat Cik makin lentur.. Hari-hari Cik cuba nak kuatkan semangat, Hari-hari Cik motivated diri sendiri agar tak lemah. Agar kuat.. Sampai Cik dah naik muak dengan semua ayat-ayat semangat.. Cik sabar walaupun hati sakit.. Menangis? cik dah tak larat nak menangis.. Orang kata sibukkan diri.. Cik dah naik muntah dengan kerja. Sampaikan Cik dah tak berdoa lagi untuk hal ni.. melainkan doa untuk orang tua Cik. Sebenarnya Cik dah tak tahu nak berdoa macam mana..Apa yang cik tahu doa Cik yang last ialah walaupun sekali, beri cik satu peluang untuk Cik luahkan segala isi hati Cik yang terpendam selama ni, Sebab Cik dah tak mampu nak simpan. Cik ingin bercakap hati ke hati dengan dia. merungkai segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Tapi kalau itu pun tak ada peluang. Dah tak ada lagi...

Cik mohon ampun pada Allah. Kerana Cik putus asa dengan ujian ni. Tapi kemampuan Cik Arin takat ini jer. Allah pun tahu Cik tak mampu pergi lebih. Tapi Cik sendiri pun tak faham kenapa DIA masih lagi memberi dugaan macam ni. Bukan Allah tak tahu macam mana 'sakit'nya Cik sebelum ni. Tapi itu jugak yang di beri.. Apa lagi yang mampu Cik cakap.. Melainkan Cik mohon ampun kerana cik dah mengaku kalah...


'Selalunya kalau lepas Cik update pasal isi hati.. Pasti Cik akan menyiputkan diri 2 hari.. heheh'

No comments: