Selamat hari selasa... Rasanya dah lama Cik Arin tak hapdet cerita pasal makan kan? hahhaah dah kelaparan dah kawan-kawan yang follow blog neh.. Maklumlah Cik Arin tengah berDIET. So tak ada lah makan yang sempoi-sempoi... Orite.. So hari ni Cik post cerita makan lah.
So seperti yang you all tau dalam post Cik yang lepas Cik ada Job di Nilai kan. So premis Kak Nora tu sebelah dengan Cafe 'Ice Room'. Jadi setiap kali kalau pergi tempat Kak Nora pastilah Cafe itu yang akan menjadi sasaran untuk makan. Ramai yang tau Ice Room neh rasa, Sebab banyak branch sekitar KL. Di penang belum pernah nampak lagi lah. Apa yang menarik Di Ice Room ni adalah dia punya aiskrim. Yang mana aiskrim dia macam air batu campur tapi ada pelbagai flavor. antara feveret flavor Cik Arin adalah Mango. Tapi kali neh Cik tak order aiskrim dia. Just makanan yang lain. Jom tengok apa menu yang Cik makan bersama 2 orang model dari NBC yang teman Cik makan petang tu lepas buat kerja make over.
 |
| Ieqin xtrada dan Anies |
Wahh... suka korang kan.. Cik Arin nyer posting kali neh ada model.. Hahaha Jangan jeles c(:
Ieqin haritu dia makan menu simple jer, Iaitu Nasi Goreng Kampung dan Aiskrim blue berry, Manakala Anies dia makan Chicken Chop beserta air manggo ice blanded.
 |
| Nasi Goreng Kampung & Aiskrim blueberry |
Dan Anies harity makan Chicken Chop beserta ice blanded Manggo dan juga site dishes cucumber and ginger.
 |
| Chicken Chop beserta sos special black peper |
Manakala Cik Arin pulak order beef steak set yang mana beserta Strawberry ice blanded dan yam bun, yang mana ini menu cik suka. Setiap kali makan sini mesti Cik order yam bun neh. Memandangkan set ni ada yam bun tu maka sebab tu Cik ambik hidangan ni.
 |
| Steak with blachpeper sos |
|
|
 |
| Manggo and strawberry iceblanded |
So total makan dekat Ice room neh bajet dalam seorang tak lebih RM20 sahaja. So agak murah dan boleh lah makan. Anyway makan petang tu Di taja sepenuhnya oleh NBC wall Of Fame. Dan memang kebiasaanya Kak Nora akan 'Pekej' kan sekali makan ketika kursus dan kerja. So makan lah... ekekeke... Tempah ni dekat Nilai square. So kalau yang ada kat area sana boleh lah singgah makan.
 |
| My Faveret Yam Bun |
Jumpa lagi segmen Jalan-jalan Cari Makan bersama Cik Arin lain kali yer... hik hik hik.. bubbyee!!~
"Burlp... Alhamdulillah.."
No comments:
Post a Comment