Waktu sekarang dah pukul 1:52 a.m.
Mata masih segar, baru lepas buat bunga telur untuk sample. Esok hari sabtu.. Cuti.. Kelas pun tak ada. Tapi ada assignment yang perlu disiapkan. Tiba-tiba jer Cik rasa macam cik ni useless jer jadi pompuan.. hehehe... Entahlah.. kenapa ek? Cik hairan sebenarnya.. Orang lain kenapa senang sangat sukses dalam percintaan. Tapi Cik? Tak tau kat mana silapnya. Kat mana yang kurang. Sedangkan Cik dah cuba untuk memperbaiki diri. Tapi masih tak berjaya..
Ada saja yang Cik kalah dengan pesaing Cik. Ada yang kata Cik ni kurang berusaha.. Hehehe.. rasa macam kelakar lah.. Kalau orang kata Cik kurang berusaha.. Ada jer ayat-ayat pedih masuk telinga ni.. Antaranya "Kuruskan lah badan tuh.. baru dapat pakwe.." Erkkk korang nak suruh Cik arin tinggal kulit dengan tulang jer ker? Tapi itu bukan persoalan dia.. Ada kawan Cik erkk sorry to say lebih besar dari Cik.. Kawin juga.. Husband dia hensem giler siottt..!!~ So kalau nak pakwe tak perlu lah nak kena kurus macam model cutting right? Nak jer cik tanya dia.. macam ner ko ngorat laki ko? heheheh..
Cik tengok gak kawan-kawan cik bercinta.. Ermm selalu jer gaduh.. pakwe dia tak tinggal pun dia.. last-last kawen gak.. ermmm... Cik ni jangan katakan gaduh.. merajuk pun susah sangat.. tapi sekali Cik merajuk or marah.. terus kena tinggal... hahaha... adoii... apalah punya badi ko neh Cik Arin.. hehehe kadang-kadang macam kelakar pun ada..
Kadang-kadang rasa macam serik jer nak bercinta lagi.. Sebab cik tak pandai macam mana nak bercinta agaknya.. Selalu jer suka sakitkan hati orang.. Sedangkan Cik dah cuba nak jadi seorang yang baik.. Cuba untuk jadi yang sebaik mungkin.. Tapi tak mampu juga..
Diorang kata Cik ni memilih.. Nak yang kaya jer.. high taste.. Heheh are you sure with your statement? Heheh.. malas nak cerita kalau Cik senaraikan nanti macam-macam orang ngutuk karang.. What i can say is.. Material itu hanyalah sekadar keperluan dan bukan wajib ada. Sebenarnya lelaki kaya bukanlah taste Cik pun.. Lelaki hensem pun bukan taste Cik.. Kalau ada tu bonus lah kan yee syukur... tapi Cobaaannn nya melampau..!!~
Sebenarnya Cik sukakan Lelaki yang bersederhana.. Dia tak perlu ada kereta mewah.. Kalau pakai kereta buatan Mesia pun Cik terima.. Jadi macam mana kata Cik neh "kebendaan"? Tak perlu kerja gaji cecah 5 angka.. Kerja gomen yang 4 angka tu pun Cik terima.. (Sederhana mestilah 4 angka kan..). Cuma cik suka lelaki yang berilmu. Itu jer taste Cik Arin. Sebab lelaki yang berilmu ni dia banyak pengetahuan. Banyak knowledge yang boleh di kongsi. Sebab Cik punya perangai ni suka bertanya sesuatu yang cik tak tahu. So kalau dia knowledge kurang... alamat memang bosan lah.. tak kan hari-hari sembang just nak cakap i love you.. dah makan belum.. dah mandi belum... kan.. apa kata sesekali kita tukar.. Kenapa jambatan tu kalau di bina dari tengah dulu bukan dari pangkal dia? Macam mana kapal terbang yang berat tu boleh terbang kat awan.. haaaaa kan intrersting.. sounds poyo but that is me.. haaa ingat senang ke nak tackle Cik Arin.. Kalau ilmu tidak penuh di dada.. hahah padan lah ko tak kawin sampai sekaranh ho ho ho..!!~
Hmmm kadang-kadang pernah juga cik terfikir.. Kalau lah Cik ni jenis amik jer... dan abaikan taste Cik. Pernah okek Cik buat macam tu.. Cik cuba nak terima seadanya.. ermm... hubungan tu bosan sangat.. Banyak bisu dari bercakap.. tengah on call boleh sambil buat kerja lain.. sebab tak tau nak cakap apa.. balik-balik gelak hehehe... dah tu kalau sembang asyik cakap nak tukar henpon.. jam ribu riban.. playsatation.. emm... now i know y.,
Kadang-kadang cemburu juga dengan mereka-mereka yang dah temui kebahagiaan tuh.. Tapi nak buat macam ner.. selagi belum jumpa yang elok dan sesuai dengan diri.. eloklah tak usah.. Kalau jumpa pun terpaksa pulak berebut dengan perempuan lain.. Nak buat macam mana? Mungkin perempuan tu lebih memerlukan.. Kita mengalah lah.. Lagi pun yang lelaki tu dah nak pilih yang itu nak kata apa ye dak.. Cinta bukan boleh di paksa.. Asalkan dia bahagia sudah...
Cik arin dah biasa dah mengalah dengan orang yang nak berebut neh.. selalunya memang Cik Arin berundur lah bagi laluan.. Sebab semua nya bergantung pada lelaki tu sendiri.. Kalau dah dia pun tak tetap pendirian.. nak kata apa.. Itu pun salah satu faktornya lah.. Dan satu lagi Cik tak mencari.. So? Tunggu jer lah....
Pages
PENAJA
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment