Okek... Hahahh Entah kenapa Cik suka mulakan sesuatu dengan Okek.. dah macam ratu Okek jadi nya.. Ouchh..!!~ Actualy Cik dah mula ada mood nak bercerita tentang Cik nyer famili vacation pada awal 1hb Feb 2011 itu hari.. Hik hik hik.. lama doh.. dah nak habis bulan 2 baru up entri hik hik hik..!!~ Bukan apa..... Mood tak mari lah.. Ha Ha Ha..
Sebenarnya percutian ni dah di plan semasa bulan 11/2010 semasa hari pertunangan Kakak Citan. Yang cadang nyer Chik Ila (Wife Chik Acid). Konon-kononnya nak gi Langkawi raya cina. Then dengar si Chik Maiza (Wife Chik Api) yang memang sedia kaki berjalan... Ahhhhh jadi saja. Kebetulan raya cina tuh cuti panjang and kena pulak hari wilayah.. So on jerlah.. Tapi Sampai masa Chik Ila kata tak Jadi.. Arghhhhh Orang dah excited neh.. So tukar lah plan.. Tak jadi gi Langkawi. So masing-masing memang bajet tak pergi Langkawi lah kan hotel apa semua pun tak tempah.. Tapi alih - alih Chik Maiza neh nak gak gi Langkawi.. Dia pun gamble jer tanya hotel.. So memang ada lah.. Kira memang rezeki dia lah tuh.. So jadilah dia bajet 3h2m. Alamakk... Bajet Ciput neh.. Sebab dah kata tak jadi kan.. Mau-mau seorang RM500 dalam poket baru sedap.. So Cik pun bodek-bodek dia pun setujulah.... 2h1m Alhamdulillah... yerlah kan dah kata tak jadi itu ari... manalah nak prepair bajet.. nak nak ayah tengah sakit time tuh.. So kiranya percutian neh jadi percutian "Bidan Terjun" lah gayanya..
So pada 1 Feb 2011 Kami dua famili bertolak ke Langkawi dengan 2 biji kereta. Sampai ke Jetti Kuala Perlis lebih kurang pukul 11 lebih macam tuh park kereta kat penjaga kereta. wahh bagus kat jetti neh banyak tempan boleh simpan kereta berbayar and berjaga. satu hari 10 ringgit. Okeklah kan kira macam safe lah kan sebab ada orang jaga.. Kira macam rumah orang lah kan.. Dekat situ gak kira macam Agent lah dia boleh uruskan penginapan and kereta sewa semasa di pulau.. sebab dia orang neh ada contact.. wahhhhh dah dapat hotel penginapan yang lebih murah dan kereta unser untuk disewa. Sewa Unser 24jam RM 160. Okek lah tuh kan.. Sewa Chalet RM130 deluxe room pulak tuh. not bad.. Cik satu bilik muat 1 Famili 4 orang sebab katil Queen 2 bijik.. Abang jaga parking tuh siap tolong belikan tiket Ferri lagi.. Naik Ferri Lada memang Best.. Besar Ferri tu selesa.. So bertolak dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah Jam 12 Tengah Hari.
Day 1 Semasa Dalam perjalanan ke Pulau Langkawi

Gambar Ni Cik Rakam dari My HP Camera semasa dalam Ferri OTW ke Pulau LangkawiSebenarnya Cik ada rakam Pic Pulau Dayang Buntik yang begitu banyak Lagenda and Misterinya. Sebab orang cerita kalau gi Langkawi Kisah Dayang Bunting ne memang sangat Sinonim lah selain Mahsuri kan.. Cik memang dapat tengok dengan mata kepala Cik sendiri yang bentuk Pulau tu memang macam seorang wanita bunting yang bogel sedang baring tegak. Memang sebijik.. memang Cik kagum lah.. and pic yang Cik rakam tuh kan memang lebih jelas berbanding pic yang Cik gugel neh..
Pic Yang Di Gugel Bagi Menggantikan Pic Yang Terdelete Tak Nampak Kaki
Cuma nampak Kepala.. tet and perut boyot.Menurut kisah yang pelbagai version tentang kisah Pulau Dayang Bunting ni adalah :-
Menurut Wikipedia
"Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting."
Dan menurut Orang kampungnya pula
"Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.”
Gitulah Al kisahnya... U olz nak percaya yang mana? Dua - dua Cik tak Percaya.. Ha ha ha. Actualy memang banyaklah pulau - pulau kat Langkawi ni. Sebab langkawi dikatakan ada 99 buah pulau kecil dikelilingnya. Tapi disebabkan 2h1m jer.. lupakanlah cerita pulau yang lain ek..!!~
Day 1 - 1.30 P.M
Sampailah ke Jetti Kuah Langkawi. Phewhh perut lapar.. tunggu punyalah lama kat jetti tuh pukul 2:30PM baru lah kereta sewa sampai.. dapat kereta terus pergi check in di Pantai Cenang. Rehat.. makan-makan.. and Solat..
Day 1 - 4.30 P.M
Round - round pulau.. Pergi Tanjung Ru.. Pantai nyer memang cantik.. Then teruskan perjalanan tiba-tiba teringat dalam kepala dulu masa kecik-kecik pernah pergi Telaga Air Hangat. So dah terpandang Signboard tu mintak Chik Api singgah. Wahhhhh memang dah banyak berbeza..

Landscape Di Perkampungan Telaga Air Hangat

Telaga Air Hangat
Tapi Cik Try lah jugak Celup kaki kat Telaga tuh.. Macam dah tak panas jer pun.. Hik Hik Hik (^_^)V!!~
Day 1 7.30 P.M
Shopping Time.. Hik hik hik Singgah di Idaman Suri.. Wahhh memang gedung best lah.. Cokelat.. Towel.. Beg... Tapi Cik suka tengok Pinggan Mangkuk sangat canti dan murah.. Mama Cik dah macam kena sampuk huhuhuhu...
Day 2 7.30 A.M
Mandi - mandi pantai... Sorry takde picture.. Sebab Cik Seksilah time mandi pantai.. pakai bikini jer.. hahahhaha...!!~
Day 2 10.30 A.M
Check Out... Then plan nak naik kereta kabel Gunung Mat Cincang. Tetapi bila sampai dapat tau kabel tak leh naik.. Sebab angin (T_T) Arghhh macam tak lengkap tul gi langkawi tak naik gunung tuh... Niat di hati tak kesampaian.. So musnahlah percutian Ke Langkawi.. Just pandang dari bawah jer lah.. Menurut tourist guide yang ada kat situ.. Kabel Car tak leh naik sebab angin kuat... nanti putus.. Arghhhh bencikkk!!~

Gunung Mat Cincang



Perasan Tak? Mancungnya Hidung Mat Cincang


Keindahan Gunung Mat Cincang Dari Kaki Gunun. Di persekitaran Oriental Village.
Cantik kan? Ermm... lagi cantik kalau dapat naik atas tuh.. huhuhuhu... Ermm.. takperlah tak dapat naik atas pun round kat bawah tu pun okek lah...

Persekitaran Kaki Gunung Mat Cincang


Rusa ni antara tarikan yang ada kat perkampungan tu. Boleh bagi makan rusa.. Hehehe Cik suka main-main dengan Haiwan ni. Bulu di kasar lah... Macam bulu penyapu hahah

Bagi makan ikan.. Seronok tengok ikan tuh berebut makan dalam kolam tuh. Hehehe

Ular ni bukan untuk pertunjukan.. Tapi sebenarnya di bela oleh akak ni. Hehehe Umur nyer baru setahun.. Tapi besarrr..............!!~ Rajin akak neh bagi mandi ular neh.. bersih ular neh.. So Cik pun tak geli nak pegang sebab benda bersihkan.. Dah lama CIk tak pegang ular.. Rasanya masih macam getah sekerap.. Tak berubah hahahaha!!~
Day 2 4 P.M
Masa untuk Pulang... Ermm... sebenarnya Langkawi ni akan menjadi best kalau dapat duduk 4h3m. Heheheh nak tau kenapa? Banyak tempat yang menarik Cik tak dapat pergi.. Macam yang kita tau dia mendapat pengiktirafan dari Unesco sebagai Ecopark warisan dunia kan.. Memang Cik akui.. Laut dia jernih.. CIk pernah dulu berkayak dari Pulau Tuba ke Pulau Duyung sepanjang laluan laut tuh air di cukup jernih. Pulau - pulau dia memang unik.. memang sesuai dengan gelaran "Pulau Lagenda". Tapi tulah.. kalau takat 2h1m memang tak cukup.. tak per next time bajet lebih cuti 4h3m cik nak round-round pulau.. Best..
Tunggu yah Langkawi.. I'll be back!!~
^Cintailah Alam Sekitar^