Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Wednesday, February 16, 2011

Apasal Fesyen Tudung Sekarang Ni Pelik-pelik?

Selamat Pagi,
Semalam Maulidul Rasul... Eh lupan nak ucap.. As Salam Ya Rasulullah.. So cuti lah.. Sabtu ahad Cuti... Kemudian Hari Isnin Kerja.. Selasa cuti lagi.. Hari ini hari Rabu kerja balik... Aduhh... dapat rasakan macam mana boring... bukan Cik tak nak cuti.. Tapi cuti Cik nak simpan.. untuk raya.. untuk kakak Cik nak kahwin... Untuk Cik Attend Course week kat UTM JB bulan 5 neh.. (Kalau dia bagi cuti tanpa rekod okek ler.. sekali dia buat terkejut naya jer cik tak dapat cuti.. Maklumlah.. Pengarah Cik tu angin.. konon-konon tak suka Cuti Tanpa Rekod. Huh.. macam lah orang nak gi berJOLI). Okek.. So pagi-pagi neh bila masuk opis neh cik tak rasa mood dalam nak buat kerja lagi.. Hik hik hik.. jadi Cik pun bukak blog Cik ni lah nak Post Entry baru.. Ekekek... U olz tau kan betapa syoknyerblogging ni. Satu boleh dapat duit... satu boleh dapat maklumat (Tambah-tambah macam Cik neh yang jarang nyer tengok tibi.. So banyak isu semasa ketinggalan.. Entah kenapa menghadap tenet neh lebih indah dari menghadap Tibi) then lagi komuniti blogger masa kini dah makin meluas. Dah ramai yang rajin nak menulis blog.. Termasuklah dengan Cik sekali terjangkit hik hik hik..!!~

Okek..
Cik kan tergerak hati nak buat posting pasal fesyen tudung sekarang neh.. yang mana Cik rasa macam makin pelik pulak Design-design nyer.. heheheh... (Jangan marah cik ek penjual-penjual tudung online ahakkss..!!~) Bukan lah tak cantik... ada yang cantik... tapi cara pemakaian tuh yang kadang-kadang cik terpikir... ini tudung ker atau tuala berbelit atas kepala?? Kat opis neh Cik tengok macam-macam pesyen ada.. nak-nak kalau yang kerja bahagian Admin tuh. Yerlah... kalau minah-minah Admin nih kaki bergaya.. Pakai Kebaya Sendat.. Baju kurung moden potongan duyung... Kasut High Heel... So tudung pun macam-macam gaya Cik tengok.. tambah-tambah yang trend tudung skang neh yang ada batu kalau libas muka orang sah-sah berbekas Opss..



Agak-agak kalau timbang tudung neh berapa lah berat dia? Ekekee



Bila Fesyen macam ni Cik teringat macam penari - penari portugis yang kat melaka tuh.. Lebih kurang macam ni lah.. Cuma ini Dia tak tayang jambul jer.



Erkk... Besarnya subang dia kan?


Ahakss.. Ampunn sekali lagii.. Cik akuilah citarasa memang tak sama.. ini pada pandangan mata Cik lah.. yang Cik rasa memang tak masuk dalam jiwa. Memang ramai penjual - penjual online yang tag macam - macam jenis tudung kat Cik..Bukanlah Cik tak Up to date.. tapi Fesyen tudung yang sedia ada tu macam tak berkenan di hati.. Cik masih lagi suka Fesyen tudung bawal.. and tudung Express yang macam Ekin pakai tu.. Lagipun Cik rasa Stok tudung yang ada masih mencukupi.. Hope cepat sikit trend tundung-tundung pelik neh berlalu.. Cik tak nak nanti di label tak mengikut peredaran fesyen lak hik hik hik.

Cik taklehlah pakai macam mereka tuh... Sebab Cik nih kerja asyik masuk keluar Lab.. Masuk keluar Workshop.. So mana lah boleh nak pakai tudung - tundung macam gitu.. Gi kerja pun kadang pakai seluar slack dengan kemeja jer.. kasuh Heel sah-sahlah tak leh pakai.. main tersadung ke.. tudung terbelit ker tercium mesin tuh nanti haaa sapa nak jawab??

Memanglah sekarang neh Cik tak pakai tudung kalau keluar.. Tapi Cik tetap pakai tudung kalau masa masuk kerja.. Attend kuliah.. and kalau pergi majlis yang Cik kena pakai baju kurung lengkap jer.. Sebab apa Cik memang tak selesa kalau pakai baju kurung tak pakai tudung rasa macam "bogel" jer.. And cik memang tak suka kalau pakai tudung main sangkut-sangkut atas kepala neh... baik tak yah pakai terus kan kalau takat pakai tudung still nampak jambul jer.. buat semak kepala jer tul tak? Kiranya kalau Cik pakai baju kurung and bertudung tuh memang nampak macam wanita solehah lah Ouchh... Tapi time tuh jer lah... time lain tak der pun.. hahahaha... Sebab Cik kalau boleh nak pakai tudung tuh biarlah betul-betul pakai kan.. kalau belum ikhlas atau tak ikhlas tak yah pakai senang cerita.. Sebab tudung tuh kan untuk menutup rambut @ aurat. Tapi kalau pakai tudung then pakai jeans ketat and tangan pendek tak guna gak kan? dah lah tuh rambut merah plak tuh hahahahah.. Cik cakap pada diri sendiri sebenarnya. Sebab Cik neh bukan lah perfect nak cakap untuk orang..



Inilah Fesyen Tudung Sangkut Yang Cukup Cik Tak Berkenan


Nak pakai tudung tapi in da same time subang tu pun harus ditunjukan sebab lawa and mahai.. Jadi pakai tudung macam ni boleh? Janji pakai tudung.





Nih lagilah Cik tak faham.. Dia kata Bertudung.. Ermm tapi Apa yang Cik Tau pereka tudung dia non - muslim. Is it Right? owhh dato whatever is i still like ur voice n song.

Cik pun bukanlah Alim pun.. Tapi Cik suka kalau nak pakai tudung biar lah ikut syariah... Secara peribadi Cik belum bersedia nak pakai tudung secara total.. kerana bila pakai tudung ni kita membawa imej Islam. Jadi kalau perangai buruk macam cik neh.. hehehe... Boleh jer kalau Cik nak pakai.. Tapi nanti orang buat word macam neh kat cik "Pakai tudung.. tapi terkinja-kinja.. seluar londeh... baju ketat... Dating dengan pakwe jalan pegang-pegang tangan.." Owhhh.... Tak perlah... Tunggu seru datang dulu... Penuh keikhlasan dalam hati untuk sedia mengabdikan diri kepadanya.. Yang penting now biarlah di jauhkan diri dari dosa-dosa besar.. Dan Alhamdulillah DIA masih melindungi Cik dari dosa-dosa besar.. Cik tak Minum.. Tak Berzina.. Tak Berjudi.. Tak Membunuh.. Kira Syukur Alhamdulillah... Yang penting Cik masih berpakai sopan dan tidak separuh bogel.. Kira okek lah tu kan..kan..kan... Tapi Cik Suka Fesyen tudung yang macam ni.. and yang macam selalu cik pakai.. Nampak Simple and Nampak Manis... (^_^).




Macam nilah baru cantik.. Cik Suka Tudung Yang Macam ni




Kalau pakai tudung macam ni lebih manis. Dah nama nak tutup aurat kan.





^Mungkin akan sampai waktunya^



7 comments:

[sutera kasih] said...

aahh kan..makin hari makin 'cenggih' jenis tudung ni hehe..kdg2 bila nmpk perempuan cantek pakai tudung yg b'mcm2 fesyen tu, terasa nak pakai jugak tp sedar diri tak sswai kot hehehe..i like your entri ni :)

Cik Arin said...

Tenkiu Sutera Kasih..

Nora Shahaira said...

moga seru untuk adik pki total bertudung cepat disampaikan kepada adik..

sebenarnya, bertudung bukan saje bawa imej Islam, pelindung diri kita. semai dan terap nilai erti menutup aurat, maka sifat malu akan datang..bila 'malu' ada dlm diri kita, kita akan usaha sebaik-baiknya diri kita..ingat sehelai rambut dipertontonkan membawa berpuluh ribu dosanya..

apapun akak nora suka sgt entri ni..sama pemikiran dgn akak..menyampah tgok org bertudung sekarang..

akak follow ye..

Cik Arin said...

Thanks kak di atas komen yang baik..
:-)

doakan sama-sama ek.. Insyallah..

Thalhah Amir said...

terima kasih sbb join kontest syoknyerblogging. semoga berjaya. :)

Cik Arin said...

thanks thalhah.. insyallah.. sama2 doa.. dpt saguhati pun jadilah kekekeke

Anonymous said...

salam,

sekadar untuk renungan bersama..

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

*petikan dari: http://syahirul.com/dedah-aurat-alasan-yang-biasa-didengar/