Pages

PENAJA

♥ Sweet September ♥
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, February 14, 2011

Red Velvet Cake.. Percubaan Yang MEMBERANSANGKAN (^_^)V!!~

Mowning..!!~
Ehek... Hari ini 14 Februari 2011.
Haaaaaaaaaaaa diorang selalu dok sebut-sebut hari "Berpacaran". Owh... No no no...
Cik bukan nak cerita tentang Valentino neh.. Hehehe sebab Cik memamng tak pernah sambut hari ini... Sebab apa tau... Dolu - dolu.. masa Cik Ada boipren.. tiap kali hari ni jer Cik mesti Clash dengan dia.. Hahahahh (Sebenarnya Cik sendiri pun lupa dah berapa kali Cik Clash dengan dia setahun... Mueheheh... Eh tapi kali neh Clash betui..betui punya.. tarak tifu..!!~) . Yo lah.. dulu zaman budu-budu tu pasal jadi macam tuh.. Now Cik dah Matured..( Ahakkss Ayat tak bleh blah.. ) Kekekeke... Anyway Cik "Say No To Valentine". Hooo.. TPM pun say no to Valentine okek... Hahahah Tak romantika lah yew Tan Sri.. Ahakss..




Orite... Ini bukan lah cerita Cik untuk post kali ni.. Cik nak cerita pasal kisah cik Buat Cake.. Haa... Nak tau Cake apa? "Red Velvet". Haaaa you olzz tau kan Red Velvet? Selalunya kek ini menjadi kek perkahwinan bagi orang-orang barat sebagai lambang Cinta. Haaa... Sebab warnanya merah.. Actualy Cake neh adalah kek Cokelat.. Tapi... Dia diletakkan pewarna merah kedalam adunan tuh membuatkan ia menjadi cokelat kemerah-merahan. Haaaa kaler dia memang unik. Nak kata merah tak merah... Cokelat tak cokelat.. Sangat Cantik.. Rasanya pun sedap... nak-nak di salut dengan Cheese Cream Topping.. Slruuppp..!!~



Tekstur nya yang seakan - akan Cokelat Kemerah-merahan membuatkan kek ni nampak cantik



Red Velvet sering menghiasi majlis perkahwinan sebagai lambang Cinta yang merah menyala

Sebenarnya Cik perolehi resepi ni dari Kakak Citan. Sebab dia nak suruh Cik buatkan Kek ni nanti semasa majlis perkahwinan dia bulan 11 ni. Dia memang suka makan kek yang cik buat.. Sebab dia akui.... Tiada kek yang paling sedap melainkan kek hasil buatan tangan Adik Dia yang paling comel neh.. ( Jangan nak buwekk buwerkk yekkk.... Cik tau Cik cantik...). Why? Kek ni bukan tak boleh di tempah dari kedai-kedai. Tetapi.. Seperti yang kita tau.. Kek ini adalah kek orang barat.. Bahasa kampung nya.. Kek Omputih. Jadi bila kek omputih neh.. Dia memang tak Tinggal letak Wain dalam tuh.. Sebelum ni cik tak tau Red Velvet neh ada wain.. Hahahaha.. Bila dah tau tak makan dah kek neh kalau kat luar.. Sebab kebanyakkan kedai kek neh bukan dikalangan "orang kita". Walaupun sehebat mana and sepofular mana kedai kek tuh. Melainkan ada tanda "HALAL" dari Jakim. Antara kek yang Cik tak beli kat luar Tiramisu and Black Forest. Haaaa......... Jadi thats why dia nak Cik yang buatkan.. Jadi dia dengan susah payah mendapatkan resepi cake tersebut lalu diserahkan kepada Cik. Jadi.. Disebabkan Cik tak pernah buat Kek ni.. So Cik pun Cubalah buat.. Sebab tengok dari resepi dia cik tau kek ni memang sedap.. Sebab ada susu sejat.. Ada Cheese.. Wahhh boleh imagine kan? Lemak berkrim kan.. Hahaha..

Tapi kek neh memang siyes cakap lah... Maheii lah... Cik gi Tesco nak carik Mascarpone cheese cuma ada 1 jenis jer.. Harga nak tau berapa? RM 26 = 250gm. Giloss kannn??? Huhuhu... Pengsan aku.. Cik percaya tak ada yang sanggup neh.. heheheh.. Sebab memang dah jadi adat orang kita neh.. makan nak benda sodap.. tapi sayang nak keluar doit... kalau free lagi baguihhh haaa...!!~ (Jangan Marah ek.. kalau tersentap jantung kekekekeek...) . Tapi nak makan punya pasal.. Cik belilah jugak.. Sebab Cik dah janji dengan Kakak Citan yang Cik nak Sponsor Kek Kawen dia Bajet RM300. (Jadi tak kisahlah berapa tingkat ko nyer kek kan.. Janji Bajet RM3oo hahaha...) Okek now Cik kongsikan resepi dengan U olzz..

KEK RED VELVET

TOPPING

LANGKAH PERTAMA

-250gm cream cheese
-250gm mascarpone

Pukul kedua-duanya sampai kembang. Lepas tu masukkan


- 1 cawan gula icing (brand king) yang telah diayak.....
dan 1 sudu teh esen vanila.

Pukul lagi sampai sebati. Lepas tu masukkan

-300 ml non dairy whipping cream sedikit demi sedikit sama sebati.


Ok dah siap pun topping. Simpan ddalam peti sejuk dan boleh teruskan membuat kek dia pulak..........


LANGKAH KEDUA

240ml susu cair
dicampur dengan 2 sudu teh cuka
(perap selama 10 minit dan campurkan 2 teh pewarna merah)
ketepikan dulu.....


Ayak bahan-bahan ini :-

250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder

Dah ayak ketepikan dulu juga.....



LANGKAH KETIGA

Bancuhkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat.
Ketepikan dulu.

LANGKAH TERAKHIR

Pukul sampai kembang:-

150gm butter
100gm gula castor
200gm gula perang (brown sugar)
1 sudu teh esen vanila.

Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang.
Masukkan pula tepung yang dah ayak tadi berselang seli dengan bancuhan susu cair dan pewarna. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. Dengan suhu 160 darjah celcius Sehingga masak.


tengoklah hasil kerja Cik percubaan pertama.



Cream Cheese Untuk Topping sedang di Mix




Adunan Susu, Cuka dan Pewarna Merah





Adunan kek yang telah siap




Adunan Kek Di bakar dengan suhu 160 c.
Wahh.. senang hati Cik tengok kek tuh naik dengan jayanya.




Setelah Kek Siap Di bakar.. Yeayyy Berjaya!!~



Masa untuk meletakkan Cream Cheese



Kek Rede Velvet dah Tinggal Separuh huhuhuhu

Hehehe.. Kek tuh dalam masa sehari semalam dah habis.. ekekekek... sebab ada orang datang umah... anak dia suka makan kek tuh.. Cik Suka... Then masa tuh Chik Api and Wife datang.. Mereka pun suka kek tuh... Kakak citan pun dah macam gedik-gedik dia kata sedap sedap sedap confirm nak kek neh masa dia kawen.. Yeayy Cik berjaya buat Red Velvet Version Orang Melayu tanpa Wain..!!~

Hasil dari post mortem menunjukkan hasil ini :-
  • Kek jadi cuma warna merah kurang menyerlah.. maybe Soon boleh lebihkan pewarna or kurangkan koko. Sebab haritu Koko Cik letak memang banyak.. dan pewarna Cik takut - takut nak letak sebab takut terlebih sudah..heheheh
  • Cream Chesse agak Cair.. Maybe sebab whipping cream and cheese harus di kisar asing..
  • Yang lain - lain perfect..!!~
^Simpan Perut Untuk Bulan November^

No comments: