Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, June 5, 2014

Memoir seorang juruhebah

Selamat petang..
Wohhh dah lama Cik Arin tak berblogging kan? Jadi petang ini ada peluang nak berblogging..
bukan tinggalkan dunia blog tapi keadaan yang agak tidak mengizinkan.. Ini pun curi waktu sedikit petang-petang di office ni kot-kot berjayalah hendaknya bercerita sedikit apa yang menarik..


Hari ni bermulalah program baru di Mysuara FM, yang diberi nama 'Buka Buku' haaa.. selama ni kalau buku tu asyik tertutup.. hari ni kita buka balik.. he he he... Bagi mengisi segmen buka buku ni tetamu yang pertama kami undang adalah Zainal Abas bersama buku penulisan beliau iaitu 'Memoir Seorang Juruhebah'




Zainal Abas pernah popular dikalangan mak-mak kita dulu.. sebab beliau adalah seorang deejay terkenal sekitar tahun 1977 hingga 1984. Bekas deejay RTM. Masa tu hotfm, erafm atau radio online ni memang  belum wujudlah kan. Yang ada itu jer lah.. Jadi memang nama beliau pofular sangat time tu.. Agaknya kalau zaman sekarang ni Faizal Ismail agak standard nya.

Agak segan juga menemuramah orang yang berpengalaman dalam bidang yang sama ini.. Bagaikan hama rasanya ewah ewah ewah.. hehe tapi uncle Zainal nampaknya tenang dalam penceritaan nya.. Jadi hilang segan. Segmen ni juga dikendalikan bersama seorang penulis atau penganalisis politik Faizal Riduan (Marah dia kalau tak sebut nama dia neh.. Overshadow kepopularitian dia kata nya.. hahaha!!~) Jadi tak adalah segan sangat.. Segmen ni juga dikendalikan bersama Institut terjemahan & buku Malaysia (ITBM).


Jadi next week ada lagi tetamu berikutnya.. Sila tunggu !!~ 

hahah so untuk pengetahuan uols.. segmen "Buka Buku" ni setiap hari khamis jam 2 hingga 3 petang di MySuara FM.
boleh dengar di www.mysuarafm.com atau www.mysuara.net

Dan sangat terharu Uncle Zainal menghadiahkah buku "Kampung Duyung Ke Gunung Ledang", beserta tanda tangan beliau. Thanks Uncle (^_^)v


..........................................

Thursday, September 19, 2013

Happy 29th Year to me..!!~

Haii... Alhamdulillah bertambah lagi usia Cik Arin..
18 September 2013, Tahun ni genaplah usia Cik 29 tahun.. OMG OMG OMG ( buat gaya Lisa Suriahani tulis blog dalam Filem "Istambul aku datang" ) dah atas border tuh... aiyooo... next year nak masuk 3 series!!~ hahaha
kalau BMW mungkin 3 series tuh menjadi idaman jutaan lelaki muahahahaha...

Kek hari jadi Cik Arin yang ke 29
Okek lah tunggu masuk 30 baru kiter citer pasal 3 Series ya... ini belum masuk lagi jadi nikmati dulu usia 20an muahahah >.<. Tak tua lagi tau... masih lingkungan 20an heheh...

Tahun ni pertama kali meraikan birthday jauh dari famili.. Sebab Cik dah berhijrah.. Kalau setiap tahun pasti akan di sambut bersama famili.. sekurang-kurangnya ada kek sebiji mesti Ayah & Mama sediakan..
Hanya tahun lepas pertama kali sambut ulangtahun tanpa Ayah.. Tapi Mama tetap belikan Cik Arin kek..
Okek touching kejap... huuuu...
Tapi tahun ni Mama and Citan jauh.. Tapi diorang masih ingat besday Cik Arin.. hehehe...
Pagi-pagi dapat calling dari mama.. Wish birthday. Hahah mama cakap "Tu laaa... degil.. kau yang nak sangat duduk jauh.. kan dah tak dapat kek.. " Hahahaa Cik rasa mungkin mama rasa kehilangan Cik bila dah jauh kan kan kan.. miahahahaha!!~ Tu laa.. dulu Cik ada dekat masing-masing buat Cik rasa sedih.. marah-marah.. heehhehe... So Cik majuk duduk jauh-jauh hahahah.. (Saja jer buat citer poyo.. dah dapat kerja tawaran baik mestilah tukar kerja kan.. Nak berhijrah kena ada keberanian.. Semua telah ditentukan.)

Tapi nasib baik lah ada buah hati pengarang jantung intan payung emas berlian permata nilam... aaaaa ok dah.. hehehehe yang baik hati.. Dialah yang banyak bersama Cik susah dan senang... (Okek udah-udah lah tu membodek...) bawak Cik pergi jalan-jalan makan angin malam birthday.. Lepas habis kerja pukul 8 malam terus kita orang keluar pergi Shah Alam. Katanya nak makan "Nasi Lemak Cinta Sayang".  Sampai seksyen 7 "Mak aihhh... banyak nyer keter... nak makan ada parking ker?". Kebetulan malam tuh ada perlawanan bola Terengganu Vs Kelantan.

Baik lepas makan terus pergi jalan-jalan pergi I-City. Nak tengok lampu hehehe..
Sajalah jalan-jalan dah kata bawak birthday girl kan.. Sebenarnya tak adalah best pun I-City tuh..
setakat ada taman-taman yang dihiasi lampu LED jer.. Tapi bila dah dengan lampu berwarni-warni nampak cantik lah.. Masa ni lah nak menguji kehebatan Kamera yang dihadiahkan oleh Cinta Hati dua bulan lepas

Kamera warna pink yang sangat kiut pemberian Cinta Hati
Nampaknya kamera ni memang ok.. Lampu-lampu nampak jelas sangat dalam gambar. Feeling macam dah dekat Korea pulak bila tengok pic tu..

Keretapi mainan untuk kanak-kanak
Pokok lampu ni sangat cantik terasa macam kat Korea
 Sambil jalan-jalan tu yang mana Cik rasa cantik kami ambil gambar. Sebab Cik memang suka ambil pic pemandangan. Yerlah boleh jadikan hiasan untuk blog Cik kan.. Jadi layan gambar jer lah.. 

Wahhhh im so excited !!~




 
Feel just like heaven !!~


Bluwerkkk..!!~
Dan tak lupa juga untuk rakan setugas Cik Zahira atau T'ra yang sambut hari jadi dia sama tarikh dengan Cik Arin 18 September. Maka kami sambut birthday sama-sama jugak semalam. Cik bagi dia 1 slice kek Strawberry Chocolate Cake beli masa nak balik opis dari JPJ.. Heheheh.... Happy Birthday T'RA !!~

Happy Birthday T'Ra
Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa bestnyer.. Cantik sangat. Lebih-lebih lagi pergi dengan somebody kan.. Walaumacam mana pun sepatutnya Cik berterima kasih kepada Encik Cinta Cik Arin yang sorang tu.. Yang banyak berkongsi suka duka susah senang selama Cik dekat KL ni.. Thanks for ur time sweety pie.. Dan tak lupa pada kawan-kawan yang dah Wish birthday and mendoakan kesejahteraan Cik Arin. Amin ya rabbal alamin...
Happy Birthday to me..!!~ ♥

Thursday, September 5, 2013

LED screen Latop Cik Arin Pecah..!!~

Ini ada satu kisah... Pasal latop Cik arin punya screen pecah..
Entah macam mana boleh pecah... Tak berani nak tuduh sesiapa.. Latop ibarat nyawa kedua Cik Arin..
Tanpa latop hancurlah segalanya huhuhu...
Yerlah itulah punca rezeki Cik.. Cik buat kerja guna latop tuh... Segala bahan kerja ada dalam latop..
Jadi kalau rosak macam mana nak wat ker.. huhu 3 hari Cik Arin menganggur kat opis tak buat kerja..
Hahahha....
Screen LED yang telah pecah
Okek lah dengan susah hatinya Cik Arin mengadulah dekat Cinta hati Cik. Dah bercucuran air mata ni..
Yerlah latop ni kesayangan Cik Arin.. pemberian Ayah kat Cik.. kalau rosak matilah... (T_T)
Nak ngadu kat mama minta duit? owhhh tidakkkkk...
Encik Cinta hati sangat baik.. Dia tolong Cik.. Suruh baiki latop tu..
Cik mana ada duit huhuhu... Faham-faham lah lepas raya ni poket tidak setebal sebelum raya malah lebih nipis dari sebelum puasa hahahah...!!~
Kebetulan minggu lepas baru tukar tayar 2 biji.. Dan hidupkan roadtax kereta.. agak-agak mampu kah untuk menanggung lagi??

Encik Cinta Hati kata "U hantar jer atau u survey mana-mana harga Screen tuh.. I bayar.. u jangan risau"
Wohhh screen latop Cik mahal lah... tak gamak nak minta Encik Cinta hati menanggungnya...
Cik terasa segan dengan Encik Cinta.. Dah banyak dia berhabisan untuk Cik.. Mula-mula handphone.. lepas tu camera.. ini baiki screen latop pulak.. Pendek kata kalau Cik susah atau memerlukan sesuatu dia pasti akan cuba adakan.. Walaupun dia terpaksa bersusah payah..
Balik pada cerita Screen tadi.. Tapi dia tak kisah.. beriya sangat tak nak Cik sedih and susah hati.. Call Cik dan minta Cik jangan risau.. Akhirnya hari ni Cinta hati temankan Cik pergi low yatt untuk baiki screen latop..

Nasib baik ada Encik Cinta yang sudi nak tolong
Alhamdulillah segalanya dah selesai... latop Cik dah pulih.... dah boleh buat kerja seperti biasa..
Terima kasih banyak-banyak pada Encik Cinta hati.. Lepas habis kerja Encik Cinta hati belanja makan tengah hari dekat "Ayam Penyek Ria"

Yeayyy dah cerah balik dah latop saya..!!~
Nak makan ayam macam dah bosan sangat.. Jadi kali ni tukar lah makan Ikan keli penyet.. Encik Cinta tak makan ikan keli hahaha.. jadi dia order Ikan bawal...

Hidangan tengah hari ini.. Ikan keli sangat rangup
Dah habis kerja kami balik Cik Arin pun pergi kerja.. Apa yang Cik boleh kata Cik happy dapat Encik Cinta yang baik.. Tak pernah sanggup tengok Cik susah kalau dia berkemampuan.. Walaupun pada mulanya kami sering bertengkar dan gagal memahami antara satu sama lain.. Dan ada ketikanya Cik rasa tak kisah kalau hubungan ni tak sampai ke mana-mana.. tapi perselisihan ada kalanya mengajar kami untuk saling mempelajari sikap masing-masing.. Kalau dia jodoh Cik.. Cik redha.. Sebab Cik rasa dia seorang lelaki yang bertanggungjawab.. (^_^)

Saturday, August 31, 2013

Sarapan berat berkilo - kilo di Secret Recipe

Hai..
Selamat hari merdeka untuk semua. Macam biasa Cik Arin suka posting pasal makanan.
Hari ini nak cerita pasal makan lagi.. hehehe..
Hari khamis hari tu minta cinta hati Cik teman kan Cik tukar tayar.. yeee sejak pindah di KL ni hanya dialah tempat Cik bergantung.. Nasib ada Encik Cinta hati yang baik hati.. Sangat baik dan perihatin..
Tayar kereta kembung dah macam ikan buntal so no choice terpaksa tukar. Kalau tidak tak mampu untuk untuk berjalan jauh kereta itu.. Selepas tukar tayar hati banyak senang.. sebab.. Encik Cinta belanja sarapan.. hoyeahhh!!~ Sarapan yang tak berapa nak sarapan sangat lah.. sebab time tuh dah pukul 10 lebih muehehehe.. Bosan makan kat kedai selalu..

tiba-tiba Encik Cinta cadang..
"Dah lama kita tak makan kat Secret recipe kan.. Teringin lah nak makan mee curry seafood dia"
"Haahh... boleh gak.." Cik Arin menyokong.. makan percuma di atas langit pun Cik sanggup hahahah...
Sebenarnya Cik bertuah dapat Cinta hati yang sekepala dengan Cik dalam bab makan.. Dia tak pernah kisah sangat kalau bab nak makan.. Hahaha setiap kali keluar dating mesti carik kedai makan.. Tak kisah lah betapa jauh pun kitaorang redah.. Hari tu sanggup redah berbatu-batu untuk makan sea food kat Bagan lalang sepang.. banyangkan 2 jam meredah perjalanan..semata-mata nak makan seafood yang orang selalu kata tu... Tapi tak sempat pulak nak amik picture nya hahaha.. Okek jadi balik pada cerita kami pun menuju lah Giant Batu Cave nak sarapan lepas tukar tayar..

Encik Cinta turunkan Cik dulu sementara dia cari parking.. Dia pesan " U order kat i mee curry seafood ok.. dengan ice lemon tea.. lepas tu kalau u nak order cake u order lah.." Wahhhhh terus blink blink mata Cik Arin... Cake.. (^_^)

Encik Cinta hati sangat memahami kegemaran Cik Arin.. Cake.. tutti frutti.. Baskin robbin.. hahaha memang sengaja nak bagi Cik Arin gumok neh... Sebulan berpuasa kita orang jarang 'ngedate' maklumlah cuti raya Cik sangat panjang.. 2 minggu cik tinggalkan KL beraya dari utara hingga ke selatan.. Ini baru dapat breakfast sama..

Selalu kalau pergi makan kami takkan order makanan yang sama.. haah Sebab nak tukar-tukar makanan.. Dan selalunya makanan dia pun akan suruh Cik makan and habiskan Caitt..!!~ Hahahah..
Selalu Cik akan order tom yam kung.. tapi kali ni nak tukar selera lah.. Nak makan Vietnamese beef Noodle dan Kek Turkish Indulgence yang sangat sedap dan air strawberry yogurt .. Entah kenapa haritu kitaorang macam ceria terlebih pulak mood masing-masing baik kot.. Masing-masing banyak pulak gelak ketawanya..

Makanan yang mula-mula sampai adalah Kek!!~


Jom kita tengok apa komen Encik Cinta hati yang bukanlah penggemar kek ni..

Bila kek sampai komen pertama " Kek apa ni? Cheese kek ker? Apasal dah macam lapisan kerak bumi jer pun?? hahaha"
Caitt... "Ini nama dia Turkish Indulgence tapi i baru perasan bila u cakap macam tu banyak-banyak kek cheese kat sini kek ni lah paling berlapis sekali hahahah"
Lepas tu Cik arin minta dia amik picture kek ni sebelum makan.. hehehe dia mulalah mengomel nak makan pun nak amik picture ker?? Lepas tuh dia pulak melebih-lebih siap susun-susun lagi sudu garfu macam picture kat atas tu.. dia yang susun garfu tu.. heheh
Encik Cinta hati pun cubalah rasa kek tuh.. Dia first time sebenarnya makan kek yang macam kerak bumi tu.. kebetulan turkish indulgence neh memang lapisan bawah dia coklat yang keras..
"Ehhh kerasnya.. kek apa ni payah betulah nak makan.. dah macam batu kelikir... hehehe"
Lepas tu dia amik lagi.. amik lagi.. sedap lah tu hahahah...!!~

Kemudian minuman kami sampai.. hahaha Encik Cinta hati pulak yang nak melebih-lebih amik picture lepas tuh...


Tengoklah picture tu dia pulak yang susun air tu.. Dan seterusnya makanan Cik sampai dulu.. hahaha kesian dia...

Wooo... ada kelainan lah Secret Recipe ni dengan yang kat Penang.. Dulu Cik makan Vietnamese Beef Noodle neh tak ada bola bola tuh.. apasal kali ni ada? dah macam bakso pulak.. Tapi tetap sedap hhahah...
Dengan daging lembu yang fresh... wooo... Cinta hati apa lagi?? amik gambar cepatt hahaha makanan awak tak sampai lagi C(:

Kemudian dalam masa 5 minit Cik menunjuk selera depan dia.. Mee Curry seafood dia pun sampai...
Hahahah... terus dia cakap " Jangan mintak!!~" hahahah kadang-kadang rasa macam dah budak-budak pulak hari tu.. kita orang duduk kat luar.. memang bising jer dengan suara kami..


Macam nak bagi sakit hati Cik lah kononya tu Encik Cinta hati Cik menayangkan Calamary ring yang besar tu dekat Cik... Wahhhh....  Ingat tergugatlah tu yer...  Hehehe... Sekali dia yang kepanasan hahahah kena gelak dengan Cik Arin.. Tapi boleh tahan lah mee curry dia... Lepas tuh macam biasa dia makan sikit jer.. lebih nya ahkakk juga yang kena habiskan... Grrrr

Dah habis makan time nak pergi kerja dah.. Maklumlah haritu Cik kerja petang..
Encik Cinta sangat perihatin dia akan bawa Cik beli tapau untuk bawak bekal gi kerja..
Selalu macam tu kalau kami keluar.. Next time kita cite tempat makan yang Cik beli lauk tu k..
Banyak pilihan...

So dah lah kot posting untuk hari ini.. Cik aku cuba update lagi cerita-cerita kalau Cik gi jalan-jalan lagi.. bubbye..!!~

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Hari Raya..!!~

Dah lama tak update blog kan.. Maklumlah Cik Arin bz mengalahkan menteri sekarang.. (Sangat...)
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan batin kepada teman-teman dan follower blog Cik Arin..

Kisah hari raya tahun ni agak berbeza sebab.. Pertama kali Cik pulang beraya sebagai perantau.. Cewaahhh... Hahahah... maklumlah dah berhijrah kan.. Alhamdulillah rezeki raya tahun ni murah.. So boleh lah beraya dari utara sampai ke selatan.

Bermula dengan kisah Cik nak balik kampung.. Awal2 lagi dah booked flight nak balik Penang. Nak di jadikan cerita.. Cik missed my check in time.. owhhhhhhh... so Cik tak dibenarkan untuk menaiki flight.. arghhhhh dalam hati "Aku dah tak boleh balik kampung ker?? Mati lahhhh kalau mama tau mesti berleter..!!~" Dah mula gabra gak lah time tuh... Sebab tak pernah ada pengalaman kena tinggal flight.. Terpaksa Cik Arin pergi ke counter customer service. Dan booked penerbangan seterusnya.. Huhuh kenalah buat penambahan bayaran.. nak buat macam mana kan.. Janji boleh balik beraya.. Jauh-jauh datang dari KL ke LCCT nak patah balik memang idak ler.. Tu 1st time Cik naik flight dari sana.

 Stock Kuih raya dari Penang

Okek itu adalah cerita masa nak balik beraya... Di hari raya pertama, Cik dan mama sahaja beraya berdua sejak Ayah tak ada.. Ini dah tahun ke dua Cik beraya berdua je dengan mama. Dah tentu pagi raya dihiasi dengan linangan air mata. Mama meluahkan isi hati.. Adoiii syahdu nyer.. Pagi-pagi mama kejut suruh mandi kemudian pergi pasar beli bunga dan lepas solat sunat Aidilfitri, ziarah kubur ayah. Kebetulan tahun ini hari raya jatuh pada hari jadi Mama. Jadi lepas pergi kubur Cik bawak mama makan.. Heheh.. Tengok orang kat situ macam pelik jer.. hehehe yer lah sebab raya2 orang semua pergi beraya.. Tapi Cik dengan mama selamber leh makan bbq kat seoul garden (^_^). Tak perlah as long as mama happy..

Masuk raya ke 3 baru lah kami beraya ke selatan pulak.. Pendek kata tahun ni Cik beraya dari utara ke selatan.. Raya ke 3 jalan dah mula sesak.. Sampai JB rumah Abang Irul jam 3 pagi.. Adoiii... Pergi beraya kota tinggi esoknya.. dan kemudian ke pontian..

Dan Cuti hampir 2 minggu memang bercuti sakan lah Cik Arin kan.. hahaha okeklah ada banyak kerja lagi nak buat ni.. Sebelum boss nampak haaaa baiklah stop cini yerrr... ekekekek

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin

Saturday, May 25, 2013

Gain weight?????????????????

Dah lama kot Cik Arin tak posting blog.. Sangat bz lah semenajak Cik tukar kerja kat KL neh..
Kerja tak menentu.. Okeklah.. So sebagai pembukaan kembali posting blog cik yang dah lumpuh berbulan-bulan neh.... Hhehehe

Sejak duduk KL ni kononnya nak menguruskan badan.. Tapii.. Adohh nampaknya besar sangat neh haa cobaan dia.... Mana tak nya.. Ermm.. you all tengok lah sendiri huhuhhu... !!~

Balik dari kerja luar lapar.. Singgah makan kat Bangsar. Sizzling 21 sedap dia punya lamb chop.. murah and banyakkkkkkk C(:

Lepas tuh T'Ra teringin nak makan Meat ball.. So Pakwe dia belikan.. Belikan dia sekali belikan Cik Arin sekali sebabnya dah kita berdua bertugas malam tu sekalikan.. And nak jugak rasa apa ke sedap sangat ker meat ball yang diorang bangga-banggakan neh.. Jawab dia.. Not bad..!!~ C(:

Lepastuh nak pulak kalau ada guest yang pemurah macam seorang penulis novel dari terbitan Alaf 21 neh.. Tak ingatlah Cik apa nama dia.. Tapi dia sangat sporting.. Siap bawak Donashi.. Big Apple hokek.. Hahahah... Sekali lagi Cik Arin and T'Ra sahaja di konti ketika itu.. Apa lagi.. Kami makan jer lah.. Owhh lama tak makan kot..!!~

Dah tu tiba-tiba nak makan Cheese Cake.. Mode nak makan Cake.. Minta Zito belikan Ermmm Nyummy..
Cheese Cake dari Plan B.. Sedapppp!!~

 Dan bila lapar.. tak tau nak makan apa di opis.. Apa lagi? McDilevery paling mudah kot.. Huhuhu

  
Bila ada mood nak memasak.. Haaa neh lah sempoi nya opis baru Cik neh.. Ada dapur..
Leh main masak-masak ekkekeke.. Maggi jer pun leh jadi kerja!!~

Dann........ hari ini.. Attend meeting di HQ. Ikan patin masak lemak.. Hahaaa walaupun tak gemar dorian.. Tapi kali ni makan pulak masak lomak tempoyak ikan patin.. ekekek janji sedap..!!~

Inilah dia siri jelajah makan-makan Cik Arin selama 3 bulan di sini.. Hahah tak masuk kalau si Jejai tuh ngajak join dia gi press event lagi hahahaha... ini pun banyak lagi pic makan tak up load.. Jadi memandangkan kebimbangan tahap melampau.. Maka sekarang.. Sager telah memaksa budak-budak di MysuaraFM untuk bersenam petang-petang secara paksa untuk bermain badminton dengannya.. heheh dia kata "Makan sudah now kasi buang" hahahhaha!!~


Bersenamlah untuk kesihatan badan.. hahah!!~

Monday, April 8, 2013

Makan malam ala - ala indo..!!~

Since Cik Arin pindah KL dah tak sempat nak up date Blog..
Yaaaaa Im quit bz.. Kerja tidak tentu masa.. Pejam celik dah nak masuk 3 bulan Cik kat sini..
Suasana opis sangat menarik.. Tempat kerja yang tenang.. Kalau dulu selalu kita tak sabar kan nak tunggu hujung minggu sebab bosan duduk opis kan.. Tapi kali ni opis neh lebih aman dari rumah Cik rasa.. ekeeke..


Kawan-kawan pun semua okek dan sporting.. So kebanyakkan masa memang Cik akan habiskan masa dengan kawan-kawan kerja lah. Pada suatu hari.. (Cewahhh macam nak mula cerita kanak-kanak pulak (^_^)..) Tiba-tiba rasa lapar dan teringin sangat nak makan nasik Ambang. So search kat FB ada terjumpa satu gerai nasik ambang ni kat Bandar Utama, Damansara. So Cik ajak lah kawan Opis Cik untuk pergi sana. Biasalan Cik baru lagi di KL jadi tak mungkin tau banyak jalan di KL neh.. Kalau nak pergi mana-mana pun dengan mereka lah.. Semasa mencari Kedai Mr.Nasi Ambang tu, Kitaorang terlajak dekat sebuah kedap Sate Madura. Tiba-tibalah Kawan Cik Si Faizal neh sound "ehhh satay ni sedap tau aku dah makan murah lagi secucuk 60 sen tapi besar.. " Alamak.. So hajat nak makan nasi ambang.. dah order kot..."
Boleh si Faizal neh sound lagi.. "Alaaaa kita makan dua-dua.. kita makan Nasi Ambang dulu lepas tu kita makan sate pulak..." Erkkk geraii yang berbeza okek... Tapi okek lah.. try ler...

So makan nasi ambang dulu.. Dekat gerai Mr.Nasi Ambang. Wahhhh Nasi dia sangat banyak.. Bagi yang tak tau nasi ambang tu apa. Ia adalah nasi biasa yang berlauk Ayam sambal, Serunding Kelapa, Ikan masin celup tepung, sambal goreng dan yg special dia makan dengan mee atau mee hoon. Haaa... Di campur semua sekali sedap... Makanan orang jawo neh... Kalau dekat kampun bila buat tahlil mesti ada nasik ambang neh. selalu makan dalam talam hehehh... Owhhh missed that time...


So dah habis makan Nasi Ambang harga dia RM 6 sebungkus.. Special nyer.. Lepas tu kan bila dah habis makan time nak bayar tiba-tiba abang tu bungkuskan we all lagi 2 bungkus nasi ambang. Katanya sedekah.. Alhamdulillah... murah rezeki abang nasi ambang (^_^). So Lepas tu kitaorang pergi next stall plak.. makan Sate Madura..!!~ hahahah



Jadi maka kami pun order lah Sate pulak lepas tu.. Sorang 5 cucuk... yerlah buat nak rasa-rasa jer.. dah Si Jejai tu kata sedap sangat... jadi tak cuba kang rugi kan.. heheheh... c(:
First komen.. so far Sate Madura neh sangat berbeza lah dengan sate jawa.. Sebab sate dia neh tak de rencah mean tawar.. selalu kalau kita makan sate kan ada rencah manis rasa kunyit jintan bagai kan... tapi sate madura neh dia tak di perap dengan perencah tu semua.. memang Cik tengok dia bakar daging dia putih.. tapi lembut sangat... tak liat langsung.. pelik kan... tapi di makan dengah kuah kacang dia dan sambal bawang kicap tuh.. Apa yang boleh Cik kata.. Walau tak rasa apa-apa sate tuh.. disebabkan tekstur yang lembut.. rasa macam nak makan lagi.. hahahah (^_^)v!!~

"Semenjak berhijrah.. Badan pun tak surut ho ho ho"1