Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan batin kepada teman-teman dan follower blog Cik Arin..
Kisah hari raya tahun ni agak berbeza sebab.. Pertama kali Cik pulang beraya sebagai perantau.. Cewaahhh... Hahahah... maklumlah dah berhijrah kan.. Alhamdulillah rezeki raya tahun ni murah.. So boleh lah beraya dari utara sampai ke selatan.
Bermula dengan kisah Cik nak balik kampung.. Awal2 lagi dah booked flight nak balik Penang. Nak di jadikan cerita.. Cik missed my check in time.. owhhhhhhh... so Cik tak dibenarkan untuk menaiki flight.. arghhhhh dalam hati "Aku dah tak boleh balik kampung ker?? Mati lahhhh kalau mama tau mesti berleter..!!~" Dah mula gabra gak lah time tuh... Sebab tak pernah ada pengalaman kena tinggal flight.. Terpaksa Cik Arin pergi ke counter customer service. Dan booked penerbangan seterusnya.. Huhuh kenalah buat penambahan bayaran.. nak buat macam mana kan.. Janji boleh balik beraya.. Jauh-jauh datang dari KL ke LCCT nak patah balik memang idak ler.. Tu 1st time Cik naik flight dari sana.
Stock Kuih raya dari Penang
Okek itu adalah cerita masa nak balik beraya... Di hari raya pertama, Cik dan mama sahaja beraya berdua sejak Ayah tak ada.. Ini dah tahun ke dua Cik beraya berdua je dengan mama. Dah tentu pagi raya dihiasi dengan linangan air mata. Mama meluahkan isi hati.. Adoiii syahdu nyer.. Pagi-pagi mama kejut suruh mandi kemudian pergi pasar beli bunga dan lepas solat sunat Aidilfitri, ziarah kubur ayah. Kebetulan tahun ini hari raya jatuh pada hari jadi Mama. Jadi lepas pergi kubur Cik bawak mama makan.. Heheh.. Tengok orang kat situ macam pelik jer.. hehehe yer lah sebab raya2 orang semua pergi beraya.. Tapi Cik dengan mama selamber leh makan bbq kat seoul garden (^_^). Tak perlah as long as mama happy..
Masuk raya ke 3 baru lah kami beraya ke selatan pulak.. Pendek kata tahun ni Cik beraya dari utara ke selatan.. Raya ke 3 jalan dah mula sesak.. Sampai JB rumah Abang Irul jam 3 pagi.. Adoiii... Pergi beraya kota tinggi esoknya.. dan kemudian ke pontian..
Dan Cuti hampir 2 minggu memang bercuti sakan lah Cik Arin kan.. hahaha okeklah ada banyak kerja lagi nak buat ni.. Sebelum boss nampak haaaa baiklah stop cini yerrr... ekekekek
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

No comments:
Post a Comment