Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Friday, December 7, 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Allah telah menjawab segala persoalan Cik selama ini..
Sabar itu akhirnya menghasilkan buah yang amat manis..
Syukur ke hadrat Allah di atas segala pertolongan NYA. Kerana dia tahu betapa ikhlas nya hati ini akhirnya dia membuka segala cerita benar yang terserlah di hadapan mata.
Sungguh indah perancangan Allah.. Dan sungguh kecilnya dunia ini.. Tak apalah.. Tidak ada apa-apa yang ingin diperkatakan melainkan rasa syukur dalam dua hal.. *smiLe

Kalau diikutkan tidak ada apa-apa yang perlu dimarahkan, Sebab hikmahnya dah pun Cik perolehi. Jadikan ianya suatu pengalaman hidup. Hal seterusnya Cik dipertemukan dengan seorang pengganti..
Ermm.. siapa dia? Seseorang yang Cik kenal.. Tapi tak pernah mesra sebelum ini. 1st time jumpa tak sangka dia ada hati kat Cik.. hik hik hik.. Okek.. Kalau ada hati kita kawan dulu lah.. Sebab tengok he his also not so bad c(: . Sweet.. Gentleman and Matured (^_^)v. So Cik Arin pun suka jugak lah.. lalala...!!~ Itu jer lah boleh cerita..

Anyway dulu cik tak berapa suka dia.. Sekarang saya suka gilerr kat dia boleh?? tu lah kan.. lain kali jangan benci orang sangat.. kan dah jatuh cinta hahahah..!!~ Mudah-mudahan ianya berkekalan lama.. Aaminn...!!~


 
~Mode : Dalam hati ada taman~ 

Thursday, November 22, 2012

Pray For Gaza

 


" Ya Allah,selamatkanlah saudara seagama kami di Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.....Ya Allah,berilah kekuatan kepada saudara mara kami serta satukanlah hati-hati pemimpin negara-negara Arab dan Negara Islam yang lain untuk membantu Palestin.....Hancurkanlah Zionis Laknatullah......Amin Ya Allah...."


Kepada yang ingin berjihad ke jalan Allah. Inilah masanya.. Sertai lah misi kemanusiaan ke GAZA bersama NGO Aman Palestin. Mudah-mudahan Usaha murni ini dapat serba sedikit memberi sokongan moral dan menunjukkan kepada musuh Islam itu bahawa kita bersatu.  



 

Jom para blogger kempen "Pray For Gaza" 

Klik ker 
Untuk dapatkan Banner


"..Kekuatan ku hanyalah sekadar mampu berdoa.."

Friday, November 16, 2012

Sejauh mana komunikasi dalam perhubungan tu penting?

Pagi ni rasa macam mode malas jer.. Fikiran terbang ke laut...
Masuk office on pc.. tengok-tengok fb.. dah tu berangan kejap.. lepas tuh update blog neh..
Sebelum tu Salam Maal hijrah untuk semua.

Sempena Maal Hijrah ni Cik rasa cik nak ubah sesuatu dalam diri Cik.. Iaitu nak lebih banyakkan berdiam. Nak jadi pemerhati jer. Sebelum ni Cik suka banyak bersuara but starting for today i trying to less my words. I guess now people have new communication style. True silence everything can solve. Without words people can understand the message. I guess so. Sounds interesting ya.. Words less.. mean Sins less.. right?

Ya lah.. Kalau Cik tak suka sesuatu cik diam.. kalau cik tak faham sesuatu cik diam.. kalau orang pijak kepala cik pun cik diam.. orang tipu cik pun cik diam.. banyak keadaan boleh diselamatkan dengan berdiam.. Pendek kata kalau aku diam tu ko faham lah..

Lepas tu tolong jangan keluarkan perkataan ni "Kenapa tak bagitahu?". "Kalau tak pasti kenapa tak beritahu" . "Kalau tak suka kenapa tak cakap" . "Lahhh kenapa tak cakap??" lagi apa lagi ayat-ayat yang seangkatan dengan nya?

Lepas tu nanti boleh lah up status kat FB "Ku pendam sebuah duka" lagi "Biarlah ku tanggung semua derita ini asalkan dia bahagia". "Diam lebih baik dari berbicara". "Senyum tak perlu kata apa-apa"
lagi - lagi apa lagi status terbaik boleh keluar kat FB sebagai lambang pemberontakkan jiwa - jiwa yang selalu kata "Diam itu adalah jalan terbaik"?

Pastu bila sampai tahap tak boleh tahan sebab tak nak berterus terang up lagi status kat FB. "Aku dah lama bersabar berdiam tapi kau masih lah melakukan hal yang sama!!~" soon naik lagi status "Gua diam lu hentak gua.. kalau tak puas hati jom lah kita lawan" Macamlah kalau dia up status kat FB tu orang yang di kutuk tuh leh baca isi hati dia.. Oooppss..!!~ Depan-depan lu tak nak pulak cakap lu punya tak puas hati.. belakang dia lu caci maki dia.. lepas tu buat tindakan sendiri yang lebih memburukkan keadaan. Sedangkan komunikasi dua hala tu penting. what type of this we call? Hypocrite. 

Bila pilih untuk diam, Orang yang salah akan terus membuat salah. Orang yang keliru akan terus berada dalam keadaan keliru. Orang yang merasakan diri dia betul akan terus merasa betul. Memang ada kalanya dalam perbincangan akan ada kalah dan menang tapi itulah cara orang yang berfikiran matang menyelesaikan sesuatu isu. Apa yang terjadi di dalam perbincangan itu cukuplah setakat di situ. Andai dikatakan kita kalah dalam perbincangan itu terimalah kenyataan bahawa tak semua tindakan dan kata-kata kita tu baik untuk sesuatu keadaan.

Di dalam kehidupan berumah tangga tu sendiri komunikasi adalah penting. Saya yang tak pernah merasa kehidupan berumahtangga pun, TETAPI saya tau komunikasi dua hala tu penting. Sebab tu kena rajin membaca dan mencari ilmu melalui bertanya. Pertanyaan juga adalah satu jalan komunikasi. Dan apabila saya bertanya itu sudah tentulah saya betul-betul tak tahu dan buntu. Selagi saya tak bertanya bermakna saya masih lagi boleh selesaikan atau mencari jawapan sesuatu hal itu dengan cara saya sendiri. Dan apabila saya mencari jawapan dah tentu ianya untuk diri saya sendiri dan ianya tidak akan terkeluar selagi tidak ada orang lain yang mahukan jawapan itu. Orang lain tak perlu tahu apa yang saya tahu. Kerana saya tak mahu berkongsi kepada orang yang tak mahu tahu. Kerana saya menghormati pendirian masing-masing. Dan saya akan cuba untuk mengikuti cara mereka.

Apa yang saya nampak orang-orang yang memegang prinsip "Diam itu lebih baik" kebanyakkan nya mempunyai jiwa pemberontakkan. Mereka tidak puas hati dengan seseorang tetapi mereka tidak mahu melepaskan. Mereka mengambil tindakkan sendiri dengan membuat keputusan berdasarkan emosi. Dan ada sesetengah nya hidup tidak ceria. Dan ianya akan lebih memburukkan keadaan.

Ketika anda menyatakan pendirian, pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk mengakkan pendirian anda. Agar tidak ada sesiapa yang boleh menggugat pendirian anda. Selagi pendapat anda itu boleh disanggah selagi itu lah pendirian anda tidak kukuh. Sekiranya anda boleh menjawab setiap persoalan di atas kekeliruan insan lain terhadap pandangan anda bererti anda tahu apa yang anda lakukan ketika ini dan anda dah bersedia untuk menanggung segala risiko yang akan anda dipertanggungjawabkan dengan keputusan yang anda buat.

Diam itu memang perlu. TAPI setelah anda tidak mampu menegakkan pendapat anda. Selepas itu anda memang kena ikutlah pada pihak yang menang dalam perbincangan tu. Itu yang selalu saya lakukan. Kadang-kadang apabila saya merasakan sokongan terhadap pandangan saya kurang, memang saya berdiam dan menurut kehendak dan cara pihak yang menang. Saya tidak akan mengkhianati mereka. Malah saya akan memberi sokongan terhadap mereka. Kerana mungkin cara mereka itu lebih baik dari saya. TAPI mereka kena pastikan yang mereka lakukan dengan baik. Kita harus memberi peluang kepada semua orang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Bukan hanya merasakan diri sendiri jer betul. Ini setengah orang apabila pendapat mereka diketepikan mereka tidak berpuas hati lalu membuat haluan masing-masing. Ini yang menjadi perpecahan. Dan akhirnya kekuatan batalion yang kuat bila bersatu tu menjadi lemah kerana berpecah.

Dalam komunikasi sebenarnya tak salah kalau kita mengalah. Kita harus ada sikap terbuka dan menerima apabila pendapat kita diketepikan. Kerana setiap orang mempunyai caranya masing-masing. Tetapi tak semua cara kita boleh ikut. Hidup haruslah fleksibel. Dalam kejayaan sesuatu institusi adalah bukan dari satu kepala. Tetapi kerana ramai kepala yang mempunya pelbagai variasi idea yang membuatkan sesuatu institusi itu maju dan kukuh. Ditambah pula dengan Ketua yang pandai menilai.

Jadi inilah hanyalah pandangan peribadi Cik Arin jer. Dan inilah yang cik aplikasikan dalam kehidupan Cik. Alhamdulillah selama mana Cik mengamalkan cara ini hidup memang kurang masalah. KECUALI jika cik berhadapan dengan orang yang tidak mahu menerima pakai pandangan Cik. Tapi itu pun tak ada masalah. Cik akan ikut cara orang itulah. Tapi setelah cik ikut cara dia tiba-tiba dia masih juga gagal memperbaiki keadaan dan masa tu dia mengaku cara dia salah. Masa itu jugaklah Cik akan gunakan 'peluru' yang selama ini Cik simpan untuk tembak tepat ke jantung dia. Sebab apa? sebab dia taknak dengar kata.. hahahah... bukan Dendam ya. Tapi macam yang saya cakap tadi. Saya memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati cara masing-masing tetapi mereka harus bersiap sedia untuk dipertanggungjawabkan di atas sebarang kegagalan pandangan mereka (^_^)v!!~

Okek lah.. prefer to be silence : Mode : On

Tuesday, November 13, 2012

Beriman ker?

Bila orang tanya macam manakah calon pilihan untuk seorang perempuan untuk di jadikan suami? Confirm jawapan yang diberikan "Beriman.. Penyayang.. " yer ker? atau sebenarnya "Kalau boleh nak yang berjawatan tinggi.. Handsome atau berduit..?" Hahahah... Kadang-kadang macam kelakar dengan jawapan hipokrit sesetengah orang.. Agak-agaknya kalau datang kat korang tu betul-betul ustaz ngajar skolah pondok yang sifatnya zuhud cakap lemah lembut.. dan hanya kalau berkereta pun asal boleh jalan jer..  Janji ada bentuk kereta walaupun sekadar Ford tahun 70 an korang mahu? dan korang kata janji beriman dan penyayang..  *smiLe.

So.. jadilah diri sendiri dalam menyatakan sesuatu hal.. Jangan nak menarik perhatian orang jer... Paling syiok ayat akan keluar " Terima dia seadanya.." Yerlah kau terima lah... sebab kan kau tau dia ada harta.. Cuba dia tak der harta.. Mau kau terima? Tak payah cakap lah.. berapa ramai kalau dah jadi isteri tak reti nak bersyukur dengan apa yang suami beri. Semuanya Cik dah pernah tengok depan mata.

Tapi cik tak nafikan ada dikalangan isteri-ieteri yang betul-betul redha dengan susah senang suami dia. Tapi isteri tu bukanlah dikalangan yang warak.. Dia liberal macam Cik Arin jugak. Tapi dia redha dan setia dengan suami dia. Sebab Cik pernah jumpa. Mungkin itulah sebenar-benarnya cinta. Ada statement Cik tengok "Perempuan tak suka lelaki dalam hati ada taman, Tapi suka yang beriman..". Apa yang Cik boleh cakap, Statement tu tak berapa nak tepat. Cik tak cakap ianya salah 100% yer. Tapi cik rasa ramai perempuan yang akan sokong pandangan Cik ni.

Let says.. Ada seorang lelaki Alim kalau berbicara dengan perempuan sangat malu.. Tunduk bila berhadapan dengan perempuan.. Kalau boleh dia langsung tak nak berurusan dengan perempuan.. Tapi dia seorang yang penyayang.. Yerlah selalunya orang yang Alim neh of course lah penyayang kan.. kalau tak dera orang.. pukul orang kira penyayang lah tuh kan.. Tapi bila kita bercakap dia lebih banyak diam.. Sebab dia tak pandai nak berkomunikasi dengan kita. Kalau ada hal penting baru boleh cakap.. Tak ada urusan tak boleh cakap.. Haram katanya... Kalau nak gurau-gurau manja sikit lagi lah tak leh kan.. Silap-silap hari bulan lepas kahwin pun terbatas.. Ha ha ha.. boring giler.. Mau kawin cakap kau buat hal kau aku buat hal aku.. itu tak per lagi.. kalau dia kuarkan arahan isteri patut patuh cakap suami? I say no mean no.. Tak ada tolak ansur.. Heh heh heh.. Itu type tak der taman punya orang ye.. Saya pernah tengok depan mata yer.. Cik tak tau kalau orang lain.. Tapi pada Cik Sorry saya angkat tangan. Mungkin Cik tak sesuai dengan orang yang macam ni.. Tak taulah kalau orang lain. Sebab yang baik untuk yang baik kan.. Cik tak berapa nak baik.. Cik mengaku jadi Cik tak rasa orang seperti itu sesuai dengan jiwa Cik. Tapi tak bermakna Cik ni type yang jahat..

Just ditakdirkan ada seorang lagi datang.. Kaki minum.. Kaki perempuan.. Tapi macho.. rupa paras not so bad.. duit? adalah sikit-sikit.. Tak derlah kaya sangat.. Niat hati nak berubah.. Jumpa lah dengan Cik Arin... Tapi dia kasar.. Bukan jenis pukul orang lah.. Tapi jenis kasar dengan lelaki dan perempuan. Konon nak nampak kelakian.. kalau berlemah lembut neh hilang agaknya kejantanan dia..Tapi dia dah tinggalkan segala benda jahat dia dulu neh.. Boleh dikatakan type kureng iman.. tak ada taman dalam hati.. Pun sejujurnya.. Cik tak suka.. Cuba bayangkan kalau kita call sergah kita "Hah kenapa?" Wohh sentap mak kau.. Cik kalau orang sergah Cik memang Cik sergah balik.. Lepas tuh kalau mau lah volume suara tuh tinggi kan.. Mana datangnya rasa hormat? Cik tak boleh nak hormat orang macam ni.. Walaupun dia kata dia dah berubah dan tinggalkan segala kejahatan dia dulu. Tapi kalau tak 'bertaman' dalam hati.. tak mahu!!~ Lagipun cik tak yakin dia takkan ulangi perbuatan dia dulu.. Tak per carilah orang lain.. Cik tak bersedia..

Kemudian andai kata orang yang datang macam ni.. Orang nya sederhana.. Dia tak lah warak sangat..Type of liberal juga.. Tapi dia tahu hal agama halal dan haram.. Menghormati semua orang.. Bila bercinta dia menghormati pasanganya.. Lembut... Layan kekasihnya bagaikan seorang puteri.. Matang dalam sesuatu hal.. Peka dengan perasaan kekasihnya.. Setia.. Flexible.. Sokong setiap apa yang Cik buat.. Tegur Cik kalau Cik melampaui batas.. Ada di saat susah senang Cik.. Dan mampu buatkan Cik tersenyum walaupun dia tak ada di sisi.. Ada sikit nakal.. Tapi dengan Cik jer.. hahah.. Ada sikit manja.. Dan tak melampaui batas.. Type of natural.. Sesekali dia ada jiwang... Dan dia bangga menyatakan kepada semua yang dia amat menyayangi cik... owhhh so romantic.. hik hik hik.. This is type lelaki yang ada taman.. Cik rasa ramai yang suka macam ni kan? Kalau dibandingkan dengan type no 1 beriman tadi? mana satu u all pilih?

Mestilah nak yang ala-ala aqasha dalam cerita tv 3 dengan adik rozita che wan tuh apa nama dia? lupa lah.. hehheeh... Tapi apa yang penting.. Jadilah diri sendiri.. itu lebih baik.. jangan jadi orang lain hanya kerana nak pikat seseorang.. Kerana kalau hati ni dia tak boleh nak duga.. Asal sampai masa pintu hati terbuka walaupun lelaki tu type yang macam mana pun dia akan terima. Sebab Allah tu tahu siapa yang sesuai dengan diri kita.. Selalunya dia akan bagi yang sama macam kita juga..

Sebab dia dah kata.. Yang baik untuk yang baik.. Kalau kita faham betul-betul baik tu bukan maksud Warak atau alim.. Tetapi hati dan keseuaian. Kadang kita tengok seseorang tu tak alim pun.. mungkin dia tak menutup aurat atau jarang menyertai majlis-majlis agama atau jarang bercakap soal agama. Tapi dia tak pernah melakukan dosa-dosa besar seperti minum, judi dan zina.. memfitnah.. membunuh.. cuma mungkin dia nampak seperti orang yang kurang beriman.. Tetapi dia mempunyai jati diri yang kukuh.. Dia tahu apa itu dosa dia tahu apa itu pahala.. Tapi bila berkahwin dia mendapat seorang yang rajin bersolat.. pandai hal-hal agama tetapi bersikap sederhana seperti dia juga.. Kenapa? Kerana Allah maha mengetahui.. Allah tahu dia adalah seorang yang ingin berubah tetapi kurang sokongan.. Jadi Allah bagi dia seseorang yang mampu menyokong dia agar dia cintakan agama dia. Macam tu lah maksud dia. Yang baik untuk yang baik..

Dan ada sesetengah kita tengok dia warak.. Tapi di dalam hatinya penuh perasaan cemburu dengan kelebihan orang lain.. Dia ada perasaan riak.. Pada dia semua orang tak beriman.. dia jer beriman bakal ahli jannah.. Kalau bercakap arab sahaja.. Dia pasti akan memilih orang yang beriman pada mata dia.. Tetapi hatinya juga pastilah macam dia.. Mungkin seseorang yang suka mengumpat.. Suka merungut... Wallahualam.. Jadi the best way.. jadilah diri sendiri..

Apa-apa pun saya suka lelaki dalam hati ada taman.. Walaupun orang kata bercinta sebelum kahwin tu Haram ke apa ker... For me.. Kalau dah Allah temukan suruh bercinta nak buat macam ner.. Yang penting pandai-pandai lah.. Dah jodohnya lambat.. Bercintalah dulu.. Asalkan tak melampaui batas.. Kalau setakat menjadi teman bicara di kala duka.. Apalah salahnya... *smiLe..

 



 

Monday, November 12, 2012

Yee Mee Kuah Kicap ( Daging Lembu)

Sempena raya haji banyak bekalan daging dapat.. Asyik makan bihun sup saja sangat bosan. Sesekali apa kata tukar... Kita buat Yee Mee pulak.. Yee mee ni kalau yang tak tau macam mana rupa dia.. mee yang orang buat hot plate tu.. aaaa kat super market ada carik jer. Jadi resepi kali ni ialah 'Yee Mee bersama kuah kicap daging lembu'. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan A. membuat kuah :-

Tulang lembu dan isi
1 labu bawang putih (Di kisar)
1 biji bawang besar (Di kisar)
4 cm halia (Di kisar)
1 liter air
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa
5 biji telur
Tepung Gandum (Di bancuh)

Bahan - bahan B

Sebungkus yee mee di celur(Sebungkus ada 5 ketul)
Sayur sawi (Di celur)
Ayam goreng  (Di koyak - koyak)
Daun bawang (Di hiris nipis)
Cili api (Di hiris nipis)
Bawang goreng (Untuk ditabur)
Limau nipis
Lada sula

Cara penyediaan :

Panaskan minyak dan periuk. Kemudian masukkan bahan2 yang telah di blend ( Bawang putih, Bawang besar dan halia) . Tumiskan sehinggan wangi. (Sampai hilang bau asal bawang putih).

Bila dah kekuning-kuningan tuangkan air 3/4 periuk. Kemudian curahkan kicap manis (Sampai kuah tukar warna kicap). Kemudian masukkan daging dan tulang rebus sampai empuk.

Bila dah empuk daging tadi.. (Jangan tunggu tulang tu empuk.. memang sampai ke pagi lah tak lembut huhuhuh). Boleh tambah air lagi, Ikut secukupnya. Kemudian rasa lah kalau tak cukup rasa boleh tambah kicap lagi. Kalau terlalu manis dan suka masin sikit tambahlah garam.

Sementara tu pecahkan telur pada bekas lain kacau telur tu macam korang nak buat telur dadar tuh. Bila dah sudah kacaukan kuah tu secara bulatan dengan laju biar dia berpusing. Kemudian dalam masa yang sama tuangkan bancuhan telur tadi jangan berhenti mengacau yer.

Nanti kita akan nampak egg floss terbentuk pada kuah tu.. tunggu mendidih. Bancuh tepung gandum dengan air. Kemudian boleh masukkan dalam kuah untuk memekatkan kuah. Boleh juga guna tepung jagung.. Tapi penat lah kan sebab nak pakai banyak.. huhuhu..

Dah siap kuah.

Amik mangkuk.. masukkan yee mee. Taburlah segala bahan-bahan B tu. Dah boleh di hidangkan..!!~
Selamat mencuba. Kalau tak suka daging lembu boleh digantikan dengan ayam and mushroom..!!~


Hidangan ni boleh di makan untuk 8 orang. 

(^_^)v!!~

Thursday, November 8, 2012

Maggi Kari Cik Ari Style !!~


Maggi Kari Ala Cik Arin
 Bosanya kalau makan meggi rebus jer kan.. heheeh.. So nak try tak resepi meggi Cik Arin? Ini dia.. Heheh

Meggi Cik Arin

1 bungkus meggi perisa kari
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1 ulas bawang putih
3 biji cili api
2 helai daun limau purut
1 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar Sos Cili
1 biji limau nipis
5 biji fish ball
1/2 keping fish cake
1 biji telur
2 batang sayur sawi
1/2 tomato
1 gelas air 
hirisan daun bawang dan bawang goreng untuk di tabur.

Cara penyediaan

Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan Cili api. Fish ball dan fish cake. Tumis sampai wangi.
Kemudian masukkan air.
Masukkan sos cili dan sos tomato dan rempah meegi kari. Tunggu mendidih
Ramas-ramas daun limau, kacau dan masukkan mi. Agak dah lembut masukkan sayur dan pecahkan telur sehingga telur masak atau setengah masak.. 
 Tutup api angkat dan hidangkan. Hiris limau dan taburlah daun bawang dan bawang goreng. Cubalah.. Sangat sedap!!~

"..Walau resepi simple okek lah dari tak ada.."

Wednesday, November 7, 2012

MySuara FM

mode down again.. Tapi tak apalah abaikan sahaja perkara yang membuatkan down tu.. Just nak story pasal cerita hujung minggu lepas. So Far Cik dah terima tawaran kerja Sebagai Penerbit merangkap Penyampai radio MySuara yang merupakan sebuah radio online. Selain dari radio, MySuara juga ada portal berita dan bakal menyusul TV online. Kalau di ikutkan secara official nya Cik akan mula bekerja tahun baru ni. Tapi memandang atas permintaan bos atau KK heehehe itu gelaran untuk bos kami.. yang membawa maksud 'Kepala Kantor'. Minta Cik sertai mereka untuk sesi brainstorming dan beramah mesra dengan staff di sana supaya Cik tak ketinggalan nanti. So Cik pun join lah.

Selama dua hari dengan mereka, Sangat best.. Walaupun sebenarnya banyak kerja tapi sangat seronok.. Sebab boss sangat baik and friendly. Begitu juga 2nd boss AKK (Asistant Kepala Kantor) hihihi... Geng-geng portal pun ada join sekali. Actualy dalam team ni hanya ada 3 orang jer staff pompuan termasuk Cik Arin lah.. huhuhu...I mean staff tetap.. Iaitu Zahira dan juga Siti. Tapi Siti team portal. Dua-dua sekepala dengan Cik.. memang sangat terbaik lah.. Walaupun baru kenal dalam setengah jam kami dah boleh bersembang huru hara.. Inikan pulak dua hari bersama.. hehehe!!~

Dan dapat rasa perbezaannya, Kalau selama ni kita bekerja dikalangan orang-orang kejuruteraan sekarang kita bekerja dikalangan orang-orang media pulak.. hehehe.. What i can say is.. Orang-orang media ni bahasanya sangat tinggi.. cara percakapan mereka dan tutur kata mereka sangat proper. Hahaha boleh? 

Cik tak sabar sebenarnya nak tunggu tahun baru untuk berpindah ke sana. Sebab suasana kerja yang best.. Di tambah pula dengan kerja yang Cik minat.. Dan rakan kerja yang not bad.. So ini adalah gambar kenangan kami semasa di Morib minggu lepas.

Dari Kiri Zahira, Kemudian AKK (Encik Luq), Tengah KK ( Encik Zainal), Kemudian sebelah tu Bropian
Ini adalah Team MySuaraFM.

 "..Citra Generasi Informatif.."

Wednesday, October 31, 2012

Firman - Kehilangan..!!~

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkan mu meninggalkan ku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. 

Monday, October 29, 2012

Salam Aidil Adha..!!~

Salam Aidiladha kepada semua follower.. !!~  Heheheh... tahun ni 1st time raya haji di Johor.
Best jugak raya haji tahun neh.. Sebab beraya dengan saudara mara. Mama Cik qurban lembu sekor. Wahhh meriah macam nak buat kenduri kawen.. Hehehe sambil buat majlis cukur jambul Orkid.


Atuk sedara dari Kota tinggi pun datang.. (Cik dah tak ada atuk, Jadi menumpang kasih atuk sedara jer lah.. hehe.. Tapi atuk neh sporting!!~ Atuk rockkkk ekekek) Soalan wajib biasalah...

Atuk : Lin.. ko bila lagi? Atuk nak pergi penang lagi neh.. ko jangan lama-lama.
Cik Arin : Belum jumpa jodoh lagi lah tok.. nak buat macam mana..
Atuk : Alaaa jodohnya belum jumpa pulak.. Cari lah jangan tunggu lama-lama.. Atuk nanti atuk tak sempat nak pergi penang lagi.. itu hari pergi penang tak puas jalan..
Cik Arin : Susah lah Atuk.. Ini lah padahnya terlalu dengar cakap mak bapak..
Atuk : Lahhh kenapa pulak?
Cik Arin : Yerlah... Orang lain tuh boleh kawen muda-muda pasal diorang tak ikut sangat cakap mak bapak diorang.. Mak ayah suruh belajar diorang selam-selam carik pakwe makwe.. so habis belajar terus boleh kawin.. Orang neh jujur.. Mak ayah suruh skolah.. Orang skolah jer.. ngadap buku jer... Habis dah skolah semua dah kena Cop.. jadi macam mana tok?? Kalau tau dulu tak nak ikut cakap mak ayah.. Dah bercinta dah time skolah dulu hahaaah..!!~
Atuk : Kiranya ko neh budak jujur lah yer??
Cik Arin : Yer lah Atok.. Lin neh jujur dengar cakap tu yang tak kawen-kawen... kkekekek...
Yang pasti lepas tu mama Cik yang jeling kat Cik hahaha... "Tak baik ko tau dik!!"
Atuk : Yer lah Lin... Atok doakan ko cepat jumpa jodohnya.. biar orang baik-baik.. Nanti Atok boleh pergi pulau pinang lagi..
Cik Arin : InsyaAllah Atok.. Aminnnn...!!~ 

Hehehe boleh jugak kan tiba-tiba terkeluar ayat macam gini bila ditanya pasal kawen.. hehehe.. Sepontan jer cerita tu leh create dalam kepala and keluar.. hahaha..Nak buat macam mana.. Now Cik macam dah tak kisah dah kalau orang tanya Cik pasal bila nak kawen.. Semua tu kerja Tuhan.. Cik okek jer buat-buat cerita biar kasik meriah sikit.. hehehe...

Dulu mungkinlah rasa macam nak marah ke bosan ker.. Sekarang neh dah banyak Cerita lawak Cik create kalau orang tanya Cik pasal kawen.. (^_^). Sebab Cik dah mula rasa dan nampak hikmah di sebalik semuanya.. Yang pasti Cik dah mampu untuk tersenyum sekarang.. Allah dah mula sikit-sikit hulurkan pertolongan nya. Sabar itu buahnya manis.. Hehehe.. Hasil dari kesabaran, dan keredhaan Allah tunjukkan jalan akhirnya.. Yang pertama sekali dia murah kan rezeki.. Alhamdulillah.. Dan Cik yakin bila semuanya dah selesai, Pasti sesuatu yang dinanti-nantikan akan muncul juga akhirnya. Allah adalah pengurus terbaik.
Yang pasti Cik suka kan ayat ini.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan tunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikan-Nya rezeki dari jalan yang tidak disangka sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan keperluannya" (Surah At-Talaq ayat 2-3)


Apabila Allah menarik sesuatu, Itu bukan bermakna Allah tidak sayang.
Tapi Allah ingin memberikan yang lebih baik dari sebelumnya.
Apabila kita sabar dengan ujian Tuhan
Allah akan memberikan jalan dari yang tidak di sangka-sangka.
Selagi kita redha dengan ketentuan Allah,
PERCAYA lah Allah ada sesuatu yang 'Istimewa' untuk kita
Rezeki, Jodoh, Ajal telah Allah tentukan
Terima dan Bersyukur.

Wednesday, October 24, 2012

"..Memaafkan itu tidaklah semudah melafazkanya.."

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah.. Mungkin memang rezeki dah ditakdirkan untuk Cik. Ingat kisah Cik pergi temuduga yang Cik cakap harituh? Okek kalau yang tak ingat boleh klik Kisah pergi temuduga ni. Nak dijadikan cerita Cik dapat satu panggilan dari editor dia, Minta Cik betulkan resume. Kemudian selang beberapa hari dapat lagi panggilan. Editor tu tanya, "Nak gaji berapa?" Ahaks.. Cik mula-mula macam malu lah nak cakap berapa.. Lepas tu dia kata tak per cakap lah.. pastu cik pun sebut lah.. $$$$ hehehe.. dengan malu-malu nya.. Then dia cakap "Owh.. $$$$ no problem.." Wahhhhh benar neh... kalau Cik tahu minta lebih lagi tau hahahah!!~ Haipp jangan tamak. Dan akhirnya Cik dapat SMS kata sila datang ambil surat tawaran kerja pada 2 November dan kemudian dia terus minta Cik attend satu meeting. Aikss tak kerja lagi dah kena attend meeting? Hehehe... boleh lah...

Pada Cik itu adalah satu berita gembira. Sebab Cik rasa ianya bagai satu 'hadiah' di atas segala apa yang berlaku dalam hidup Cik kebelakangan ni. Selama beberapa bulan untuk bertahan dan bersabar dengan ujian Allah.. Mungkin inilah masanya Cik berhijrah untuk mulakan new live. With new carrier. Cik harap Allah permudahakan segala urusan. Mungkin di sini segalanya akan berubah.

Sesungguhnya Cik tak sabar nak tunggu tahun baru, Kalau boleh bulan depan jugak Cik nak pergi, Tapi apakandaya, Cik terpaksa tunggu 3 bulan. Untuk letak jawatan. Tak perlah, sabar sikit. Sikit jer lagi..



"..Segalanya bermula di sini.."


One of funny story..!!~

Kadang-kadang biarlah orang nak kata kita sombong, itu lebih baik sebenarnya. Daripada kita peramah terlebih atau baik terlebih boleh datangkan perasangka kepada orang. Kalau seseorang itu jenis yang open minded itu tak mengapa. Tapi jenis yang ermm... cepat perasan pun ada kot..

Hanya soalan yang mudah, Kalau kita benar-benar ikhlas dalam menjalinkan tali persahabatan, Apabila seseorang tanyakan kepada kita "itu girlfriend/boyfriend you ke?". Seharusnya kita menjawab "bukan, hanya kawan biasa sahaja.". Perlu ke kita cakap "No lah..Shes/his not my taste". Dalam bahasa melayu nye.. "Tak berselera". Seolah-olah menjelekkan seseorang. Itu kawan yang baik ker mempersendakan kawan nya pada kawan yang lain?

For me lah kan.. This is not type of good friend. Thats why dari dulu Cik tak berapa gemar untuk bersahabat dengan lelaki. Sebab mereka ni suka sangat menghina orang. Nak-nak kalau yang konon hensem and ada kedudukan. Ya Cik tau orang lelaki yang 'handsome' atau 'BerUANG' neh memang ramai perempuan akan terkejar-kejar. Jadi thats why Cik Arin tak berapa nak lapar sangat nak menyendeng dengan orang macam ni. But if you realy mean to be my friend. I appreciate. Because i am easy going person.

Walaupun kecik hati dengan apa yang berlaku.. But i still can smile. Sebab macam cik kata.. Sikap lelaki dah masak ranum dalam hidup Cik Arin. Bila dia nak mengayat awek cun and sexy. Awek lain pasti akan di lekehkan.. Walaupun sebenarnya kawan tu tak ada apa-apa pun dengan dia. Tapi ini pengajaran sekurang-kurangnya disini Cik tahu lah sikap sebenar kawan tu bagaimana. Dah tu bila dah kantoi seolah-olah kita pulak yang jahat. Yerlah kalau cakap benda betul mana ada orang suka.. (^_^) Hehehe.. Whatever..

Yang pasti only god knows who is my fate and what type of man i seek. When i think a positif way. When u said not your taste. Thats is u also not my taste. Because i know.. Good man for a good woman..!!~

 So lepas neh biarlah orang nak kata Cik sombong ker.. Cik berlagak ker... Hidung tinggi ker... I dont mind.. As long as tak lagi jadi bahan lelaki perasan.. !!~

Mari menjadi seorang insan yang selalu...

~ BERSABAR Di saat diuji
~ TERSENYUM Di kala hati menangis
~ MEMAAFKAN Di saat dihina
~ BERDIAM Dikala membuat kebaikkan

Monday, October 22, 2012

Main masak-masak di hujung minggu..!!~

Selamat hari Isnin........!!~ Hujung minggu lepas Cik Arin agak free, memandangkan Cik Arin ni jenis kalau dah duduk rumah memang malas nak keluar rumah.. so malas nak keluar beli makan.. So inilah masa untuk menghabiskan segala apa yang ada dalam peti ais heheeheh.... Maklumlah dah nak gaji kan.. Stock dalam peti ais perlu lah di habiskan.. hehehe... Kalau tak nanti penuh peti ais tu dengan barang-barang yang rosak dan tak boleh pakai. Memandangkan mode pun malas nak keluar beli makan.. Maka time untuk bersilat di dapur!!~

So kiranya hari sabtu menu lauk Cik Arin main campak-campak jer lah kan.. hehehe tapi dalam campak-campak tu lah yang sedap.. Hahhaha... Maka jadi 'Masters Chef' lah Cik hari sabtu tu. Cik tengok apa yang ada.. Ada daging sikit dalam peti ais.. Nak masak apa daging neh ek.. mula-mula nak masak 'ungkep' (Masakan orang jawa ni sedap.. goreng kunyit ketumbar jintan). Tapi sayang.. halia tak ada... Errmmm.. masak kicap pun kena pakai halia juga.. So Cik tengah fikir apa yang Cik nak buat dengan daging neh supaya dia jadi lauk tanpa gunakan halia.. heh heh heh...

Selongkar lagi peti ais.. Ada serai.. ada cili giling.. ermm... ada sos.. and tomato pure.. Orite.. jom kita siapkan dia..!!~

Daging Masak Pedas

Daging di rebus sehingga empuk jangan buang air dia.
Sebiji bawang besar di hiris jangan nipis sangat
Bawang putih
bawang merah
Cili giling
Tomato puree @ tomato sos
Sos Cili
Lada hitam di tumbuk
Garam dan gula
Serai dua batang di titik
Minyak untuk menumis
(Kuantiti bahan ikut rasa lidah korang ye.. kalau suka pedas letak cili lebih, Kalau suka masam letak sos tomato lebih..)

Cara penyediaan

Tuang minyak dan panaskan kuali, dah panas tumiskan bawang merah dan bawang putih dan lada hitam. Kemudian dah wangi bawang tuh masukkan cili giling tumis sampai bau cili tu hilang tuang sikit air rebusan supaya tak hangit. Lepas dah mendidih dan cili pun dah masak, Masukkan sos cili dan tomato puree tadi garam dan gula secukup rasa. Dan masukkan serai yang telah dititik(Di hempuk sampai penyek itulah maksud dia titik ek..) tadi. Tunggu sampai pekat masukkanlah daging yg dah direbus tadi. Kemudian masukkan bawang besar gaul sampai masak bawang tuh.
Maka siaplah resepi Ciptaan masters Chef Cik Arin Noor..!!~

Daging Masak Pedas Ciptaan Cik Arin

Dah siap satu lauk Cik hari tu.. Heheheh... Lepas tu jom kita buat lauk yang kedua. Ermm.. Cik jumpa ni dalam peti ais.. Ada Carrot separuh.. Ada bola-bola campuran (Cik tak tau apa nama dia.. tapi selalu jumpa kat pasar malam gerai yong tau foo heheh.. alaaaa yang ada isi ketam.. udang.. fish ball tuh.. haaa itulah..). Cik selalu kalau pergi Tesco memang suka beli menatang neh.. simpan. Senang nak buat masak-masak maggi ke.. nasik goreng ker.. kalau tak der lauk pun leh jadi lauk kan.. hehehe.. Lagi ada daun kucai.. dan ada soo hoon.. heheh... Soo hoon neh feveret Cik Arin. Cik suka makan sayur yang ada soo hoon.. Cik akan amik soo hoon dia jer.. hahahah!!~ Okek jom kita tengok.. Lauk apa yang jadi hehehe...!!~


Yong Tau Foo Goreng
(Okek agaknya nama resepi ni kan)

 Hiris-hiris lah isi ketam, isi udang, fishball, veggie ball and segala lah
Hiris carrot panjang-panjang dan nipis-nipis
hiris kucai panjang-panjang
Soo hoon dua gulung (rendam)
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
kicap

Cara penyediaan

Panaskan minyak dan kuali, Tumis Cili dan bawang sampai wangi.
Tuang sedikit air untuk rebus carrot sampai lembut.
Kemudian letak kicap secukup rasa
Masukkan soo hoon sampai soo hoon lembut atau sampai air hampir kering
Masukkan yong tau foo tadi
dan finaly masukkan kucai dan kacau sampai layu
Dah siap dan angkat dan maka siaplah..!!~

Yong Tau Foo Goreng
 Dan yang tinggal now ada tomato separuh.. Ermmm... Ada mayonis dan lebihan telur putih buat Creepe malam tadi. Takkan nak buang kan.. apa kata kita buat omelet..

Omelet Tomato Mayonnaise

4 biji telur (Cik guna dua jer sebab dah ada putih telur so campurkan je)
Mayonis 2 sudu
Bawang besar dihiris
Tomato di potong nipis-nipis atau dadu
Black paper
Garam
Kalau ada daun bawang boleh di tambahkan

Cara penyediaan

Masukkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. Pastikan mayonis tu dah tak berketul
Panaskan kuali dengan minyak. Tuangkan telur. Tunggu sampai belakang dia betul-betul masak sebelum di alihkan. Bab ni Cik Arin selalu failed.. hahaha sehingga hari ni Cik tak pernah berjaya alihkan telur tanpa telur tu pecah... ekekeke... Tapi tak kisah janji sedap...!!~ Telur tu akan kembang dan sangat sedap inilah dia..

Omelet Tomato & Mayonnaise
So dah siap dah semua lauk Cik Arin, peti ais pun dah kosong.. ekekek so boleh beli stock baru untuk di isi hheheheh... So pukul 2 petang dah boleh makan tengah hari..!!~


Heheeh walaupun main campak-campak jadi jugak lauk untuk dimakan tengah hari tu. Kekekek... Jadi kalau you all esok-esok agak kalau nak masak tak ada idea boleh try lah resepi Cik Arin neh... Heheheh..!!~ Simple tapi makan nasik confirm tambah.. (^_^)

"..I love Cooking.."

Saturday, October 20, 2012

"French Vanilla Mille Creepe"

he he he.. Ini cubaan pertama Cik Arin untuk buat kuih neh.. hahaha kita panggil kuih lah kan.. atau omputihnya "French Vanilla Mille Creepe". Orang jawanya kata lempeng dadar Hahahaha!!~ (^_^) Hehehe.. mat saleh skang pun dah pandai makan lempeng tau.. Kita jer yang sibuk dok creepe creepe.. panggil lempeng jer senang kan... Hahahaha!!~

Bukan apa.. Cik Arin tengok bukan main lagi diorang tayang Creepe durian. Alaaa... kat Mid Valley berlambak.. korang carik jer.. Tapi Cik tak makan durian.. Lately kalau tengok homemade bakers pun dah mula promosi creepe durian neh. Senang cakap.. Creepe  durian neh tak ubah macam kuih ketayap atau lempeng dadar.. Cuma ganti inti dia dengan durian and fresh cream jer.. Soon maybe Cik akan cuba buat cuma nak gantikan durian tu dengan manggo.. mesti sedap kan..

Oritelah memandangkan ini first try Cik buat vanilla creep neh a.k.a lempeng vanila hehehe... Apa yang Cik leh cakap rasa dia sangat sedap... Cuma mungkin next time dia punya creepe kena bagi nipis lagi and custard dia agak cair.. so tak dapat nak beku.. Tapi okek gak dia nampak macam sos custard yang melting.. fuhh... marveles..!!~

Jadi inilah hasilanya dan resepinya.. Taraaaa!!!~



French Vanilla Milee Creepe

Bahan-bahan

Untuk buat Creepe

4 biji telur
1 sudu besar gula
sedikit garam 
500 ml susu segar atau Full cream
200g tepung gandum
Esen vanilla
40g mentega tanpa garam (dicairkan)

Untuk filling

200 ml non dairy fresh cream
450 ml susu segar atau full cream
2 sudu besar tepung gandum
85g gula
1 1/2 sudu besar tepung jagung
4 biji kuning telur
2 sudur besar mentega
Esen vanilla

Cara-cara membuatnya

Creepe
  1. Gaul tepung dan baking powder dan mentega cair sampai sekata lepas tu letak tepi.
  2. Campur telur, 250ml susu, gula pukul sampai kembang.
  3. Tambahkan vanilla dan lebihan susu dan garam kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung tadi kacau sehingga sebati dan tak berketul.
  5. Rehatkan dalam peti sejuk dalam lingkungan 30 minit hingga 2 jam.
  6. Setelah itu keluarkan, gunakan non stick pan untuk buat creepe. 
  7. lens kan minyak atau minyak sapi kemudian tuangkan bancuhan creepe dalam 3 senduk, Pusing pan macam buat lempeng dadar supaya dia melebar dan nipis. 
  8. Biarkan sehingga masak atau coklat kekuning-kuningan angkat. Tak perlu di terbalikkan.
  9. Then buat lah selapis demi selapis sampai habis.
Custard Filling
  1. Campurkan susu dengan tepung gandum dan tepung jagung serta gula kacau hingga tidak ada tepung yang berketul. Sampai adunan tu halus.
  2. Kemudian tambah kuning telur. Vanilla dan mentega.
  3. Masak atas api kecil kacau pelan-pelan jangan berhenti sampai nampak dia pekat tutup api dan teruskan kacau biarkan sementar supaya dia sejuk.
  4. Kemudian pukul Fresh cream sampai kembang. dan campurkan dengan custard tadi gaul sehingga sebati.
 
Lepas tu gunakan bekas kek bulat. Sesuai dengan saiz creepe. (Mean you all kena buat creepe tuh besar).
Susun Creepe dan lapiskan dengan filling selapis demi selapis. Masukkan dalam peti sejuk.  Bila dah beku boleh potong dan makan.. dah Siap..!!~
 
P/s : Unhappy with my camera..!!~ 

"..nom nom nom.."

Tuesday, October 16, 2012

Macam mana kalau Engineer main Angry Birds!!~

Apa yang ada dalam pemikiran seorang pelajar kejuruteraan ketika bermain angry bird? hehehe ini dia..!!~


 Hehehe sampai main angry bird pun dia boleh masukkan formula curve liner motion dalam tuh. Nak kira berapa halaju yang diperlukan untuk burung tu sampai tepat kepada sasaran nyer.. hehehe... Nak kata bohong pun memang kenyataan dia lah.. Memang reality.. Bukan takat angry bird jer.. kadang tengah makan pun duk kira panas sejuk makanan tuh.. ekekek... Sampai kadang-kadang ayat seharian pun guna term2 technical.. Hahaha... Itulah seronoknya belajar kejuruteraan.. Walaupun kadang tak di gunakan keseluruhanya.. Tapi kita tau apa yang orang lain tak tau (^_^)v!!~

".. Ilmu dunia ini sangat luas untuk di terokai bagi melihat kebesaran Allah S.W.T.."