dah lah tu masuk office kena air cond........... Fuh... Menggigil... Brrrr..............!!~
Okek lah.. Nak story apa yer... Haaaa... hari Jumaat hari tu Cik ada attend satu panggilan temuduga kat KL.. Jawatan penyampai radio sambilan dekat sebuah pejabat media.
Mula-mula Cik teragak-agak juga nak pergi.. memang dah ambik keputusan tak mo pergi.. sebab pada awalnya Cik janji dengan seorang kawan Cik untuk teman Cik dari sini. Tapi tiba-tiba dia kata malas pulak.. So kalau dah malas nak kata apa kan.. Takkan nak paksa pulak. Cik bukan jenis suka push orang sangat. Pujuk sekali dua orang tak nak tak perlah.. Tapi Cik macam rasa serba salah pulak.. Hati nak pergi.. tapi Cik tak berapa pandai sangat jalan-jalan kat KL tu.. Selalu kalau pergi Cik akan terus pergi rumah kakak Cik kat Putrajaya. Now kakak Citan pun dah transfer balik penang so nak nyusahkan siapa yer.. hu hu hu...
Owh ye sebelum tuh Cik ada minta tolong kawan Cik namanya Ady dia kerja kat KL untuk tolong guide Cik. Dia memang dah setujulah.. Tapi ikut plan masa tu Cik dengan kawan Cik. Tapi nak dijadikan cerita memang Cik kena redah sorang-sorang lah masuk KL tuh. Ermm... memang serba salah sangat masa tu.. Cik mesej kawan Cik yang kat KL tuh dia tak jawab-jawab pulak malam tuh.. sampai ke pagi Cik tunggu dia tak reply mesej.. Hampeh betul..!!~
So Cik pun buat keputusan untuk tekad pergi sendiri.. Then Cik minta kawan lama Cik yang kebetulan Cik baru tahu dia pun kerja kat tempat yang sama sebagai asst. producer kat sana. Cik tinggalkan no hp cik kat inbox fb dia supaya dia boleh sms Cik no dia.. Senang nanti kalau Cik sampai kl Cik akan tanya dia tunjuk jalan. Alhamdulillah.. Dia dapat mesej Cik Arin and dia mesej Cik pagi Jumaat tuh. Dan kemudia kawan Cik Si Ady tuh pun reply mesej Cik.. Alhamdulillah.. lagi mudah lah urusan Cik.. So Cik pun more confidence lah untuk pergi.. Sebab ada Ady.
Sampai KL, Ady dah tunggu kat Plaza tol Jalan Duta. Dia suruh Cik parking kereta and dia bawak Cik pergi tempat temuduga tuh. Balik nanti dia ambik.. Sebab dia kata jalan nak masuk tuh agak susah.. So lagi lah.. Alhamdulillah.. betul menyenangkan Cik Arin heheheh... Memang nasib baik Ady ada kalau tidak memang Cik rasa agak pening jugak nak cari pejabat tu. Sebab dengan jalan kat KL yang pusing-pusing tuh.
Dan sebenarnya masa Cik pergi interbiu neh.. Cik pakai casual dengan suar jeans jer ho ho ho.. Cik mana lah tau katanya interview Dj sambilan.. rupernya... Ini dah macam standard Astro.. adoiii... Hahah macam kelakar.. Cik dengan resume pun tak buat.. harap simple resume yang entah apa-apa yang Cik hantar ker email editor dia tuh. Yang interview dia pun dia punya big boss. Hahahahah.. macam kelakar pun ada..!!~
So Cik pun cerita lah kat boss dia tuh.. Cik kata "saya tak expect pun yang ini media setaraf prime media. sebab saya langsung tak ada idea about this media. yang saya tau ada orang kata sini nak pakai deejay partime.. saya apply jer lah.." Siap gelak-gelak lagi Cik dengan boss dia.. hehehe... Then baru lah boss dia tuh cerita pasal hala tuju media tu di tubuhkan.. Oooo gitu.. So barulah Cik cerita kan segala pengalaman Cik dalam dunia penyiaran ni dan yang berkaitan dengan jawatan yang Cik mohon tu.. Yang mana Cik langsung tak cerita dalam resume 'bodo-bodo' cik tuh ekekek...
So boss dia tanya Cik kalau dia offer full time Cik nak tak.. Sebab dia kata sini ada post kosong untuk full time. Dalam hati Cik.. Ini dah cerita lain ni.. Tapi entah kenapa lancar jer Cik jawab secara berterus terang.. " Saya dah ada kerja tetap sekarang ni. Gaji dan kehidupan pun dah stabil.. kalau saya di offer saya berminat.. TAPI saya kena pertimbangkan gaji lah. memandangkan kalau saya terima saya kena berhijrah ke KL ni.. Saya ada komitment.. nak bayar duit kereta dan loan-loan yang ada.. eheheheh..."
Pastu boss dia cakap.. "Owhh.. kami kat sini tak boleh bayar gaji yang awak minta tuh.." Pastu Cik cakap lah.. "Hehehe.. No komen.. Saya kena berterus terang lah tuan.. Sebab ini soal kerjaya dan masa depan. Kalau dengan taraf hidup kat KL ni kalau gaji lebih rendah dengan apa yang saya dapat sekarang.. akan susah saya balik takkan saya nak terima.. Walaupun saya berminat.. Sekurang-kurangnya Tuan boleh beri saya lebih dari apa yang saya dapat sekarang ni mungkin saya akan pertimbangkan.."
Terus Boss tu kata Cik demand hahahah... Cik tahu dia hanya bergurau dan dia pun tahu Cik gurau dalam nada serius... So far boss dia tu pun ok.. Tak lah garang.. dah nama pun interview.. Tapi bukan main lagi dia mengutuk Cik.. Cehh.. tak per.. tak per.. Nama kena interview kenalah tahan telinga kan.. macam tak biasa.. Kalau ikutkan niat Cik untuk kerja part time deejay jer.. Tapi ini dah jadi interview untuk post jawatan tetap.. He he he.. Agak-agak macam ner lah tu?
Than boss dia minta Cik siapkan resume lengkap. Beserta dengan semua pengalaman yang Cik ada. Untuk dia show pada orang atasan. Sebab resume Cik bagi tu amat menyedihkan.. hahaha... yerlah memang lah.. mana kita tau.. Sebab dia media baru.. Dan memang kita niat nak partime jer.. pergi interview pun pakai selamber jer jeans casual jer.. Kalau dapat tu rezeki terpijak nama dia.. hahahah!!~
Apa-apa pun itulah pengalaman Cik pergi interview untuk jadi Part time deejay bertukar kepada post jawatan tetap. Tiga kali diorang remind untuk Cik send resume secepat mungkin.. Cik pun dah jadi serba salah neh.. Kalau tak dapat pun tak per.. Sebab Cik dah memang ada kerja dan kehidupan yang stabil.. Kalau dapat itu jadi lain cerita pulak.. Dah jadi serba salah untuk Cik. Memanglah Cik berminat.. Tapi gaji yang ditawarkan tu adalah juga Cik risik tanya kawan Cik.. Tak sampai apa yang Cik minta tu. Tapi lebih sikit dari gaji pokok Cik sekarang. Dan dia ada elaun-elaun tambahan untuk kerja luar dan kerja lebih masa.. Dan memang post Cik ni kena rajin keluar dan lebih sibuk dari kerja yang sedia ada.
Apa-apa pun resume Cik dah send.. more proper lah.. Siap gambar.. Cuma Cik letak gak satu ayat serba salah kat situ.. ekekeke.. Bukan apa.. kalau rezeki Cik.. Cik letaklah ayat apa pun kan.. kalau dia nak bagi mesti dia bagi kan? kalau tak bagi pun tak apa.. tak yah Cik susah nak fikir.. Cik kata "Sekiranya saya ditawarkan untuk berkhidmat di sini, Saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk memberi notis perletakkan jawatan saya sekarang." Hehehehe.. kalau dia nak offer Cik.. dia kena tunggu 3 bulan. Kalau dia betul sanggup nak hire Cik dia akan bagilah kan.. Kalau dia kata tak nak.. 3 bulan tuh memang lama untuk dia..
Kiranya Cik berserah jer rezeki Cik pada Allah. Sebab Allah juga yang mengetahui apa yang terbaik untuk Cik. Kalau dapat Alhamdulillah.. mungkin ini memang takdir dan rezeki Cik. Walaupun Cik cuba nak tolak tapi tawaran masih datang itu pastilah tanda Allah nak bagi rezeki pada Cik.. Sebab yang Cik tahu, Mungkin gaji awal dia tak besar, tapi peluang dia untuk melangkah lebih jauh luas. Gaji setiap tahun akan naik. Cuma Cik terpaksa bersusah payah dulu lah buat beberapa tahun ni. Berbanding dengan apa yang Cik ada sekarang ni. Memang stabil.. kerja senang.. nak buat loan pun senang.. kekeek..Tapi peluang limmit... So now semuanya Cik berserah pada Allah..
"..Solat ku.. Hidup dan mati ku adalah kerana Allah.."

2 comments:
panjang.ehhe tapi best
Hehehe.. thanks dear..!!~
Post a Comment