Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Saturday, October 20, 2012

"French Vanilla Mille Creepe"

he he he.. Ini cubaan pertama Cik Arin untuk buat kuih neh.. hahaha kita panggil kuih lah kan.. atau omputihnya "French Vanilla Mille Creepe". Orang jawanya kata lempeng dadar Hahahaha!!~ (^_^) Hehehe.. mat saleh skang pun dah pandai makan lempeng tau.. Kita jer yang sibuk dok creepe creepe.. panggil lempeng jer senang kan... Hahahaha!!~

Bukan apa.. Cik Arin tengok bukan main lagi diorang tayang Creepe durian. Alaaa... kat Mid Valley berlambak.. korang carik jer.. Tapi Cik tak makan durian.. Lately kalau tengok homemade bakers pun dah mula promosi creepe durian neh. Senang cakap.. Creepe  durian neh tak ubah macam kuih ketayap atau lempeng dadar.. Cuma ganti inti dia dengan durian and fresh cream jer.. Soon maybe Cik akan cuba buat cuma nak gantikan durian tu dengan manggo.. mesti sedap kan..

Oritelah memandangkan ini first try Cik buat vanilla creep neh a.k.a lempeng vanila hehehe... Apa yang Cik leh cakap rasa dia sangat sedap... Cuma mungkin next time dia punya creepe kena bagi nipis lagi and custard dia agak cair.. so tak dapat nak beku.. Tapi okek gak dia nampak macam sos custard yang melting.. fuhh... marveles..!!~

Jadi inilah hasilanya dan resepinya.. Taraaaa!!!~



French Vanilla Milee Creepe

Bahan-bahan

Untuk buat Creepe

4 biji telur
1 sudu besar gula
sedikit garam 
500 ml susu segar atau Full cream
200g tepung gandum
Esen vanilla
40g mentega tanpa garam (dicairkan)

Untuk filling

200 ml non dairy fresh cream
450 ml susu segar atau full cream
2 sudu besar tepung gandum
85g gula
1 1/2 sudu besar tepung jagung
4 biji kuning telur
2 sudur besar mentega
Esen vanilla

Cara-cara membuatnya

Creepe
  1. Gaul tepung dan baking powder dan mentega cair sampai sekata lepas tu letak tepi.
  2. Campur telur, 250ml susu, gula pukul sampai kembang.
  3. Tambahkan vanilla dan lebihan susu dan garam kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung tadi kacau sehingga sebati dan tak berketul.
  5. Rehatkan dalam peti sejuk dalam lingkungan 30 minit hingga 2 jam.
  6. Setelah itu keluarkan, gunakan non stick pan untuk buat creepe. 
  7. lens kan minyak atau minyak sapi kemudian tuangkan bancuhan creepe dalam 3 senduk, Pusing pan macam buat lempeng dadar supaya dia melebar dan nipis. 
  8. Biarkan sehingga masak atau coklat kekuning-kuningan angkat. Tak perlu di terbalikkan.
  9. Then buat lah selapis demi selapis sampai habis.
Custard Filling
  1. Campurkan susu dengan tepung gandum dan tepung jagung serta gula kacau hingga tidak ada tepung yang berketul. Sampai adunan tu halus.
  2. Kemudian tambah kuning telur. Vanilla dan mentega.
  3. Masak atas api kecil kacau pelan-pelan jangan berhenti sampai nampak dia pekat tutup api dan teruskan kacau biarkan sementar supaya dia sejuk.
  4. Kemudian pukul Fresh cream sampai kembang. dan campurkan dengan custard tadi gaul sehingga sebati.
 
Lepas tu gunakan bekas kek bulat. Sesuai dengan saiz creepe. (Mean you all kena buat creepe tuh besar).
Susun Creepe dan lapiskan dengan filling selapis demi selapis. Masukkan dalam peti sejuk.  Bila dah beku boleh potong dan makan.. dah Siap..!!~
 
P/s : Unhappy with my camera..!!~ 

"..nom nom nom.."

No comments: