Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Wednesday, October 24, 2012

"..Memaafkan itu tidaklah semudah melafazkanya.."

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah.. Mungkin memang rezeki dah ditakdirkan untuk Cik. Ingat kisah Cik pergi temuduga yang Cik cakap harituh? Okek kalau yang tak ingat boleh klik Kisah pergi temuduga ni. Nak dijadikan cerita Cik dapat satu panggilan dari editor dia, Minta Cik betulkan resume. Kemudian selang beberapa hari dapat lagi panggilan. Editor tu tanya, "Nak gaji berapa?" Ahaks.. Cik mula-mula macam malu lah nak cakap berapa.. Lepas tu dia kata tak per cakap lah.. pastu cik pun sebut lah.. $$$$ hehehe.. dengan malu-malu nya.. Then dia cakap "Owh.. $$$$ no problem.." Wahhhhh benar neh... kalau Cik tahu minta lebih lagi tau hahahah!!~ Haipp jangan tamak. Dan akhirnya Cik dapat SMS kata sila datang ambil surat tawaran kerja pada 2 November dan kemudian dia terus minta Cik attend satu meeting. Aikss tak kerja lagi dah kena attend meeting? Hehehe... boleh lah...

Pada Cik itu adalah satu berita gembira. Sebab Cik rasa ianya bagai satu 'hadiah' di atas segala apa yang berlaku dalam hidup Cik kebelakangan ni. Selama beberapa bulan untuk bertahan dan bersabar dengan ujian Allah.. Mungkin inilah masanya Cik berhijrah untuk mulakan new live. With new carrier. Cik harap Allah permudahakan segala urusan. Mungkin di sini segalanya akan berubah.

Sesungguhnya Cik tak sabar nak tunggu tahun baru, Kalau boleh bulan depan jugak Cik nak pergi, Tapi apakandaya, Cik terpaksa tunggu 3 bulan. Untuk letak jawatan. Tak perlah, sabar sikit. Sikit jer lagi..



"..Segalanya bermula di sini.."


No comments: