Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, July 31, 2012

Serious Sad!!~

Ermm.. Jadi Mangsa Cemburu buta tu macam kunyahan dalam hidup Cik Arin yer...
Dari dulu sampailah hari ini.. Tapi nak buat macam mana kan... Dah takdirnya macam itu.. Selagi hidup solo neh.. selagi tu lah jadi bahan pertengkaran dalam hubungan sesetengah orang. Yang kadang-kadang Cik pun tak faham.. Apa jadahnya korang libatkan Cik yer...

Yang si perempuan tu pun.. Cemburu tak tentu hala tuh naper? Hairan sangat.. Bukannya Cik ada apa-apa hubungan dah dengan tunang awak tuh.. Cerita lama dah.. Contact pun dah lama tak contact.. Malah malas dah lah nak amik tau.. Hehehe...
Kalau Cik madah-madah pun tu semua bukan untuk dia... Bukan sebab kecewa dia nak kawin dengan sapa. Dia nak kawin dengan siapa-siapa Cik lagi suka. Alhamdulillah.. Tumpang gembira lagi...

Dia kan dah tunang awak.. dah nak kawin pun.. Apa yang susah hati sangat tuh..
Cik tak pernah langsung berhubung dengan dia.. tak ada langsung..!!~ Dah lama dah tak ada..
Dan memang bukan jenis Cik suka nak kacau hubungan orang.. Lebih-lebih kalau kita tahu orang tu dah nak bina masjid.. atau dah jadi suami orang ker.. That not type of me.. Boyfriend orang pun Cik takut nak dekat.. Malah boyfriend sendiri pun kalau dah ada yang nak sangat.. Cik lepaskan jer.. Inikan pulak lah nak kacau hak orang..

Yang kauorang gaduh sebab Cik neh naper...? Jadi orang tuh jangan lah jadi cemburu buta sangat boleh tak?
Pastu cemburu yang tak ada asas pulak tuh.. Tak der pasal pun nak cemburu.. Sebab Cik tak pernah masuk dalam life you all... Kalau dah cerita lama.. Yang nak ungkit tu naper... Semua tuh dah berlalu..
Kalau you tak boleh nak accept kisah lalu dia macam mana? How could you can life with him.. because you dont trust him. Banyak sangat curiga dalam hidup.. What can i say is.. TRUST your FIANCE.. TRUST your FUTURE husband!!~

Serius fed up dengan situasi macam ni.. BOSAN lah BOSAN!!~
Thats y lah i said kalau dah putus tuh putus lah... nak kawan-kawan apa lagiii!!~
Tak payah nak ambil peduli dah hal bekas-bekas Boyfriend/Girlfriend neh.. Tambah-tambah kalau dah ada pengganti.. Bosan tau tak jadi mangsa cemburu buta awek korang neh!!~
Dan bosan juga jadi bahan fitnah dalam hubungan yang Cik tak pernah Involve..!!~
Kadang-kadang terfikir juga dalam kepala otak.. Kalau aku sekarang ni Isteri orang dah tentu semua neh takkan terjadi!!~
Tapi Allah tu masih tak nak izinkan lagi...
Dia nak bagi kebahagiaan kepada orang lain dulu Cik boleh kata apa?? Memang dugaan hidup lah....!!~

I HATE IT!!~

Monday, July 30, 2012

Olimpik London 2012

Assalamualaikum,
selamat hari isnin.. baru lepas nonton upacara pembukaan suka olimpik London 2012. Tengok melalui youtube jer.. Itu sebab banyak sangat rumors dari facebooker about the ceremony. Yang mana mengatakan ada unsur-unsur penghinaan terhadap Islam. Jadi kalau Cik ni dengar satu-satu cerita tu dia datang macam satu minat untuk mengambil tahu. Yerlah nak komen tak tau hujung pangkal kan. So better Cik tengok sendiri.

1st rumours yang Cik dengar tentang pokok yang ada dalam upacara pembukaan itu. Yang mana mereka mengatakan itu adalah simbolik kepada 'pokok yahudi'.

Inilah pokok yang menjadi 'Isu' sebagai penghinaan terhadap Islam.


"Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye.. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya ALLAH.. Aamiin"






Dan rumors ke 2 yang Cik dengar pasal bayi yang di hanyutkan di sungai dah ahli sihir bertongkat yang dikaitkan dengan Nabi Musa a.s. Baca bawah ni.



PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S !!
LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!
SILA AMBIL PERHATIAN WAHAI KAWAN-KAWAN SAYA YANG PERCAYA KEPADA ALLAH SWT DAN RASULNYA..

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.
LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..
MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..
NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..
NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.
DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..
MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..
DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M

BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER????
WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU.
CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.

INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA.
WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.!

LINK DIBAWAH INI ADALAH AGENDA OLIMPIK 2012.
SEMOGA MALAPETAKA TIDAK AKAN BERLAKU PADA TEMASYA BESAR INI.KERANA MEREKA PASTINYA AKAN MELAKUKAN UPACARA PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN UNTUK MELAKSANAKAN PERANG TERHADAP ISLAM.





So lepas Cik dah tengok sendiri pembukaan olimpik London tu.. This is my comment lah. Cik tak nampak pun mana-mana unsur yang dikatakan sebagai menghina Islam. Lebih-lebih bila bab yang mengatakan ada simbolik adengan bayi dihanyutkan ke dalam sungai. Mana ada adengan bayi hanyut ke sungai. Memang ada bayi gergasi yang berselimut. Itu simbolik kanak tidur malam. Kalau tengok segment yang kedua tu dari menunjukkan tentang Hospital Kana-kanak. Banyak katil hospital di keluarkan di situ. Ada Nurse dan doktor yang merawat kanak-kanak tu. 



Antara adengan yang ada dalam segment tu adalah waktu malam kanak-kanak tu nak masuk tidur. Digambarkan sebelum masuk tidur mestilah nak dengar 'Bedtime Story'. You all tau apa itu badtime story? Orang barat selalu kalau tidurkan anak dengan bercerita. Jadi budak tu baca buku cerita yang mana buku cerita tu menjadi realiti. Segala watak dalam buku cerita tu keluar jadi nyata. Itu yang ada Wizard besar (Yang di tuduh sebagai watak Nabi Musa yang dikenali sebagai Ahli Sihir pada zaman firaun yang setinggi 6 hasta itu), Selain watak wizard ada juga watak Cruela yang dalam cerita 101 dalmation dan watak joker yang mana menggambarkan watak-watak jahat yang mengganggu kanak-kanak tadi. Dan kanak-kanak tu takut.. Sehinggalah datangnya 'Marry Poppin' sebagai penenang kanak-kanak ni. Marry poppin ni seorang perempuan dengan payung terbang. Masa zaman Cik kecik-kecik ada layan cerita neh. Marry poppin neh pengasuh budak.



At the end of the segment. Ada satu replika kanak-kanak gergasi berselimut (Yang dituduh sebagai Nabi Musa a.s. di hanyutkan ke sungai oleh ibunya). Yang mana kanak-kanak itu mewakili kanak-kanak yang real tadi tidur dengan aman. So mana yang kata hanyut di sungainya? sedangkan tak ada pun sungai. Itu adalah suasana hospital kanak-kanak.

Masa pembukaan sukan olimpik ni kalau kita tengok bagaikan taman. tenang ada rumput-rumput. Sirius sangat cantik. Antara yang ada disitu adalah yang menjadi isu adalah sepohon pokok besar di atas bukit. Yang dituduh sebagai pokok yahudi.



Untuk segmen ini yang Cik faham, Ialah menunjukkan tentang kehidupan di kawasan Sungai Theme. Yang tenang sebelum kedatangan Revolusi Perindustrian di England. Di mana kawasan tu memang cantik. Tenang.. Sehinggalah para cendiakawan datang membawa perindustrian ke England menjadikan perubahan. Tiada lagi nature yang ada adalah kilang-kilang. Menggambarkan pokok di tebang. Asap-asap berkepulan buruh.. dan sebagainya.

Watak William Shake spear penyair terkenal Enggeris sebagai pencerita bagi segment pembukaan tu.
Dan apa yang paling Cik kagum adalah pembentukkan logo olimpik berapi tu.. Memang kagum lah.. Dari penceritaan dalam segment tu mereka kaitkan dengan Olimpik memang kreatif.

Lingkaran api logo sukan olimpik


So dari pandangan Cik Arin. Pembukaan Sukan Olimpik 2012 neh. Penuh dengan Mesej Humanity, Sosial and Nature. Yang mana di gambarkan dalam revolusi peredaran masa. So mana yang kata menghina islam nya? Tak ada langsung unsur-unsur penghinaan Islam dalam pembukaan ini. Kenapa bersusah payah kita nak mengaitkan sesuatu dengan sesuatu. Please open your mind. Pandang dari sudut terbuka. Dont create something nonsense. konklusi yang Cik boleh buat sekarang ni, Yang menghina Islam tu mereka atau Orang Islam sendiri dengan mengaitkan dengan perkara yang bukan-bukan? Janganlah kita bulan-bulan puasa ni berperasangka buruk kepada sesuatu. Kalau kita pandang dari sudut Ekstreme maka yang kita dapat itulah. Tapi kalau kita pandang dari sudut positif tanpa sebarang perasangka banyak mesej-mesej yang hendak disampaikan. Jangan memalukan Islam dengan pemikiran Ortodok kita.

Always put mind in positif side.. Semuanya akan kelihatan indah. Jauhkan perasangka dalam hati. Dan tak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tidak ada yang akan terpengaruh kalau iman di dada kuat.. Apa yang kita perlu buat hanyalah buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang di larang. Ini hanyalah pandangan peribadi Cik Arin. Yang terkadang penat dengan Ekstimis yang suka mengaitkan sesuatu kepada sesuatu yang tak masuk akal. Takut sangat dengan agenda Yahudi. Gajah depan mata tak nampak sibuk pandang yang jauh-jauh, susah susah nak reka cerita.. Kalau yang faham, faham lah maksud Cik neh..

Apa-apa pun selamat berjuang kepada hero-hero kita di sukan Olimpik. Selamat berjuang. Dan selamat Berpuasa...

"Peace"

Sunday, July 29, 2012

(^_^)

Lately neh posting Cik banyak jiwa-jiwa kan? Hahahah.... Entahlah jiwa tengah lembut. So i feel so romantic untuk posting jiwa-jiwa. Elehh... tapi korang layan gak kan... jiwa-jiwa Cik Arin neh.. bukan cik tak tau... Hahahah.... Well memang manusia dilahirkan dengan Fitrah jiwa pencinta nak buat macam mana.. Setiap orang ada rasa tuh.. Sama ada dia memang sedang bercinta atau sedang ingin bercinta. Cik kategori mana ek.. Sedang bercinta ker? Atau sedang ingin bercinta ker? atau putus cinta ke? Ermm... Entahlah Cik pun tak tau kategori yang mana.. Yang pasti hati penuh rasa cinta... heheh boleh? Hanya tuhan yang mengerti.. 

Yang cik tahu cik tak pernah rasa macam ni. Rasa yang tak pernah di rasakan bertahun lamanya. Ianya seakan tenang.. Hati merindu.. Sentiasa ada perasaan kasih sayang.. Tidak ada rasa benci.. Tidak ada rasa baran.. Subhanallah... Rasa itu sangat bahagia.. Walaupun kadang-kadang terasa sayu di hati.. 
Hanya Allah yang mengerti.. Bila cerita kepada manusia pasti mereka akan tengok Cik atas  bawah atas bawah.. Apa tak betul ke Cik Arin neh?? Dah tercabut satu skru dia agaknya?? Hahahaha... I dont Care... (^_^)!!~

Rasa cemburu tu pun ada jugak.. Tapi macam okek jer.. Hmmm... tiba-tiba jer rasa merah muka bila teringatkan.. hehehe... Ianya seakan rasa seperti bagai bermula semula.. hahaha.. mesti tak ada siapa yang akan faham.. Macam mana nak explain ye.. Rasanya ianya bagai bermula semula.. Kenal seseorang yang tak pernah kenal.. Than ada perasaan dengan seseorang... lepas tu.. terasa jatuh hati.. rasa tu tak terluah.. tapi ianya mekar dalam hati.. Jual mahal.. Tapi sebenarnya suka.. Faham? Tetapi.. Orang tu adalah orang yang sama.. Hahahah... Faham? Tapi rasa blushing.. hahaha hoii jatuh cinta dengan orang yang sama tapi ada rasa malu gila kan rasa tuh... hahahah!!~ 

Mean it is start over.. That feeling start over.. Saya jatuh cinta dengan orang yang sama.. perasaan itu sama seperti saya mula-mula mengenali dia.. Ada rasa getar di hati sama macam Cik mula-mula mengenali dia.. Yang masa tu saya malu-malu dengan dia.. Ketika hadirnya membunga kan bahagia.. Ketiadaan nya tetap tenang di jiwa.. Feel like that.. Ermm... Kalau ianya bermula semula... Cik pasti sambut rasa ni.. Cuma mahu mencintai dia dengan cara yang berbeza.. Cara yang berbeza.. Yang Cik tahu.. Cik rasa bahagia mencintai dia.. Cinta yang benar-benar cinta.. You all takkan faham.. Biar Cik sorang jer faham... Cinta itu tak salah.. Yang salah bila kita tak tahu bezakan cinta dan nafsu.. Cinta itu tak semestinya di sulami dengan ayat manis, bicara panjang lebar, Merayu di perhatikan. Cinta itu tak perlu di ungkapkan.. Cinta itu hanya perlu di buktikan dengan perbuatan. Cinta sejati itu adalah mencari Redha.. Cukup sekdar bertaaruf dan berusaha ke arah hubungan yang Halal.. Jodoh itu urusan Allah.. Mudah-mudahan Jodoh itu dengan orang yang di cintai.. Tetapi andai sebaliknya.. Aku Redha...   



"..Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata..Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.."

Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah... ( cinta agung, cinta dalam diam, cinta kerana Allah )

Syair Mutiara Cinta

SYAIR MUTIARA CINTA..

Bismillahirrahmanirrahim..

Jika airmata memang bisa tepiskan
duka maka menangislah..

Jika kata-kata memang bisa
menghapus luka maka bicaralah..

Jika malam hening memang bisa
mengusir gundah maka tahajjudlah..

Jika ternyata memang tak ada yg bisa
mendiamkan gelisah jiwa maka berdoalah.

Pernahkah engkau mendapatkan
pujian dari seorang yang buta, yang sama sekali tak pernah melihat kecantikan
parasmu.

Pernahkah engkau mendengar
kata cinta dari seorang bisu, yang tak
mampu untuk menyampaikannya
lewat lisan.

Pernahkah engkau merasakan
belaian kasih sayang dari seorang
cacat, yang bahkan tak mampu
menyentuhmu dengan jemarinya.

Pernahkah engkau mendapat
pesan gembira dari orang yang engkau
abaikan, yang bahkan selalu
memikirkanmu.

Cinta & sayang tak bisa dilihat dari
kesempurnaan pandangan penglihatan
dan sentuhan, cinta sejati adalah dia
yang pernah menangis menahan rindu
untukmu.

Aku tak mencintaimu dengan kata
yang bisa berdusta, aku mencintaimu
dengan bukti dan rasa.

Aku mendengarmu tidak dengan
telinga yang tak terdengar bila jauh
dengan jarak, aku mendengarmu
dengan rasa dalam pejaman mata.

Aku tak melihatmu dengan kedua
mata ini, yang takkan bisa melihatmu
yang terhalang sejauh mata
memandang, aku melihatmu dalam
ingatan dan kenanganku dalam doa2 yang ku lantunkan pada_Nya..

Ya Rabb..Jagalah dia selalu untukku bila penjagaanku tidak sampai kepadanya..Aamiin ..
Credit to 'Sebelum Engkau Halal Bagiku' 
"..Kebahagiaan Sempurna itu Hampir Pasti.."

Saturday, July 28, 2012

KETIKA HATI SEORANG MUSLIMAH TERLUKA..

KETIKA HATI SEORANG MUSLIMAH TERLUKA..


♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air mata nya dengan imannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya

♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…
" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… "

Friday, July 27, 2012

Taubat Ku

Aku memang suka Kamu,
Ketika itu ya,
Hati aku pernah terdetik untuk mengenali Kamu,
Ya, Ketika itu,
Kerana Kamu sering berlegar-legar di hadapan Ku,
Dan kamu sering menegurku,
Tapi hanya ku menjawab sepintas lalu,
Dan kau terus menghilang,
Dan nama mu sering bermain-main di bibir teman-teman Ku,
Siapa orang asing ini?
Ya itu soalan aku ketika itu.
Bagai ada daya tarikkan magnet untuk mahu mengetahui siapa Kamu.
Arghh.. sama sahaja kali seperti jejaka yang lain,
Hanya ingin datang mencari perhatian,
Dan aku biarkan detik hati itu hilang bersama bayangan mu,
Ya ketika itu.

Detik hati itu datangnya dari siapa ya?
Apa daya tarikkan yang ada pada dia sehingga hati aku terdetik begini?
Nama mu sering ku lihat di mana-mana,
Nama mu sering ku dengar di mana-mana,
Dia hanyalah seorang Asing yang entah dari mana datangnya,
Pandanganku hanyalah sebelah mata terhadap dia,
Apa beza dia dengan Lelaki lain, hanya ingin mencari perhatian.

Allah itu tahu detik hatiku,
Dari situ dia mendekatkan Kau dan Aku,
Ada saja alasan untuk kita di perdekatkan,
Kononnya atas urusan rasmi,
Aku tidak tahu kenapa aku menjadi berdebar untuk berbicara dengan mu,
Tetapi urusan harus di selesaikan.
Dalam hati ku inilah peluangnya untuk aku mengetahui siapakah geranganya
Orang Asing itu,
Tetapi sambil menyelam airnya harus di minum,
Apa agaknya rasa air di sungai ini?
Adakah sepayau Air sungai yang lain?

Dari situ kita saling berbicara,
Di selitkan gurau senda,
Agar tidak kau terasa janggal dengan ku,
Kerana aku ingin mengetahui siapa gerangan kamu,
Urusan ku pun selesai,
Maka aku berlalu pergi.
Dan aku tidak mengharap apa-apa lagi selepas itu..

Namun tidak ku sangka kamu kembali menegurku,
Aku tersenyum bagaikan berbunga,
Entah kenapa aku suka,
Dah lama aku tidak merasa begitu,
Namun keraguan ku masih tinggi,
Aku bimbang dan takut andai aku terluka lagi,
Kisah hitam dalam sejarah ku tiada siapa pernah mengerti.

Namun bila Allah berkehendak maka jadilah..
Kamu tahu? Setiap kali aku mengenangkan detik kita bertemu aku tersenyum sendiri,
Mengenangkan aku yang menutup segala sudut untuk hati ku dengan tembok dari yang bernama 'Lelaki'
Akhirnya roboh.
Semasa aku membina tembok itu, Aku pernah sinis kepada Tuhan, Bila Aku tutup segala pintu hati ku kepada yang bernama Lelaki aku nak lihat, Bagaimana yang dikatakan Allah akan menemukan 'Jodoh' ku.
Aku teringin benar melihatnya. Betapa ketika itu aku kecewa dengan hidupku.. Aku tinggalkan Allah kerana aku merasakan Allah tidak pernah memandangku.

Tetapi hari ini bila aku mengingatkan detik kita bertemu, Ianya bagaikan satu tamparan untuk ku.
Kerana aku mengenangkan Kebesaran Allah.. 
Kerana ketika ini, Allah sedang menghukum ku. Di atas segala dosa-dosa ku,
Yang harus aku harus tanggung segalanya..
Dan setelah aku menyedari yang Allah masih sayang aku..
Aku BERTAUBAT kepadanya..

Dan hari ini aku menyedari segalanya hikmah peraturan jalan hidupku,
Kerana Cinta Allah Aku harus kehilangan Insan yang aku Cintai,
Andai kau hanyalah takdir untuk aku kembali ke Jalan Allah,
Itulah harga yang harus aku bayar..
Di atas dosa-dosa ku yang lampau..
Aku redha asalkan Allah tidak mencampakkan aku kembali ke Pintu NERAKA.

Kini Hidupku hanya lah semata-mata kerana Allah..
Sesungguhnya Hidup dan Mati ku Kerana Allah..
Cinta ku adalah kerana Allah..
Kisah yang tak pernah aku ceritakan kepada mu..

Kau adalah orang yang baik,
Mana layak untuk aku,
Aku harus terima hakikat itu apa bila engkau menjauhi diriku....
Mudah-mudahan Allah akan terus menyayangi ku...
Dan tidak lagi menghantar aku ke pintu neraka..
Kerana Aku dambarkan Syurga..

"..Menangis baca kisah ini.."

Thursday, July 26, 2012

Just Feel Empty..

Tiba-tiba sahaja hati menjadi sayu pagi ini,
Dan air mata mengalir di pipi,
Tiada kata-kata yang dapat di ungkapkan 
bagi menggambarkan rasa ini,
Hanya merenung dan melayan perasaan.

Ada doa dan harapan dalam hati,
Hanya Allah yang mengerti,
Kerinduan yang tak terungkap,
Rasa cinta yang tak terluah,
Hanya perlu di telan dalam diri sendiri.

Ya Tuhan pencipta sekalian alam,
Kau sambutlah rasa Kerinduan dan Cinta ini,
Mudah-mudahan aku menjadi tenang.
Sementara menemukan 'Penawar Hati' ku.

 



"..Wish For Happy Ending.."

Tuesday, July 24, 2012

Duhai adam...

Duhai adam...

Maaf jika ku terlalu sombong menyembunyikan kekagumanku,
Jika ku terlalu angkuh memendam perasaanku, 
Dan terlalu naif menginginkanmu menjadi Imamku..

Maafkan aku sebab ku tahu, 
Mengekang nafsu itu amatlah susah... 
Sebab aku selalu "bengkok" dalam mendidik nafsuku, 
Sebab perasaan menderaku, 
logika membantahku...... 
SEBAB... terlalu banyak sebab sebenarnya Adam,
Jadi maklumilah...

Sedangkan Cinta dan Nafsu itu begitu tipis perbedaannya, 
Salah-salah tergelincir dalam Zina jika kita tak waspada, 
Salah-salah aku mengajakmu kepada Cinta Buta, 
Yang menjadi propaganda syaitan...

Sedangkan Allah perintahkan kita jauhi Zina...
Zina mata karena melihat yg bukan halal kita dengan berlebihan...
Zina telinga dengan mendengarkan hal-hal yang dapat membangkitkan syahwat...
Zina mulut dengan mengucapkan kata-kata kotor, 
Zinanya fikiran dan hati dengan mengimajinasikan dan meng"ingin" kannya...
Ini yang ingin ku hindari... 
Mengumbar cinta hingga kabur antara definisi Cinta yang Syar'i dengan Cinta yang berlandaskan Nafsu, Sebelum kau di HALAL kan bagiku...

Adam...
Ku tau ini tidaklah mudah ku hadapi sendirian... 
Jika kau tahu dan kau mengerti apa yang aku inginkan...
Bahawa yang halal yang aku dambakan...

Istikharah lah jawabannya...
Kemudian datangilah orang tuaku...

Pinanglah aku...
Bersandinglah denganku...
Pimpinlah aku...

Yang selalu aku nantikan dalam malam panjangku di atas sajadah cintaku, 
Semoga kau lah jawaban untukku...
Semoga kau tulang rusuk yang tercipta untukku, 
Aku yakin...
kerana tulang rusuk takkan tertukar... 
DAN PERHITUNGAN ALLAH TIDAK AKAN KELIRU... 
YAKINLAH...

Bersabar dan Ikhtiar menunggu dia dengan cara yang Syar'i ,
ku tunggu TA'ARUF & KHITBAH mu dalam mencari Ridha Allah yg HALAL...


Kita harus berakhir di Syurga..
Inilah dermaga terakhir kita..
Maka jika kita tak mampu mencapai syurga..
Maka itu adalah kegagalan..!!~
 "..Ku Dambakan Syurga Allah.."

Pilihlah aku kerana Allah..

Bukanlah aku tidak faham duka di hatimu,
Bukanlah aku tidak pernah menyelami jiwamu,
Namun aku ingin kau faham erti REDHA dengan ketentuan Allah,
Allah tidak akan mengambil sesuatu melainkan menggantikanya dengan sesuatu yang lebih baik.
Aku yakin dengan hal itu,
Demi Allah aku pedih apabila melihat dirimu sedih,
Aku ingin memberikan segala keBAHAGIAAN dalam hidup mu,
Tetapi diri mu sentiasa menafikan kemampuan ku,
Aku terluka kerana kau terus memburu KACA yang kau sangkakan PERMATA.

Setiap kejadian ada kelebihan dan kekuranganya,
Cintailah kekurangan ku dan kau akan memiliki kelebihan ku,
Jangan pernah mengharap aku untuk menjadi INSAN yang serupa dengan SEJARAH mu,
Terimalah hakikat dan kenyataan itu, 
Kerana sejarah akan kekal sebagai sebuah kisah untuk di jadikan pengajaran,
Bagi menghadapi masa depan yang gemilang,

Aku yakin Allah telah merencanakan sesuatu untuk kehidupan kita,
Aku terima dirimu bersama SEJARAH mu,
Aku REDHA andai dirimu yang ditakdirkan untuk ku,
Aku menCINTAi kekurangan mu,
Dan aku BERSYUKUR dengan kelebihan mu,
Dan aku memilihmu kerana ALLAH yang membuka pintu HATI ku.

TAKDIR itu tetap di situ andai kita tidak mencarinya,
TAKDIR ini akan terus menghukum kita andai kita tidak menggerakkanya,
YAKINLAH dan PERCAYALAH Allah tidak akan MENZALIMI hambanya,

JANGANLAH kau mengharapkan KESEMPURNAAN dalam diriku,
Kerana kau tidak akan pernah menemuinya,
Kerana aku tidak akan SEMPURNA tanpa DIRI MU.
Segalanya hanya akan sempurna andai engkau memilih jalan yang di REDHA oleh Allah.

Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana KEMAMPUAN ku yang TERHAD,
PENYELESAIAN ada di tangan Mu,
JALAN penyelesaian ada dalam DIRIMU,
Aku hanya mampu menunjukkan mu jalan berdasarkan ILHAM ku,
Berdasarkan KEYAKINAN ku dengan gerak hati ku,
Kerana aku YAKIN ini adalah datang Dari NYA.

Niatkan KERANA ALLAH,
Segala KEKUSUTAN akan Terlerai.
INSYALLAH..


 "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Monday, July 23, 2012

Biarkan CINTA itu tetap di HATIMU

Bukan mudah untuk menjadi seseorang yang 'Redha'. Tetapi haruslah berusaha. Ketika hati ingin melupakanya nampaknya Allah masih belum mengizinkan.. Makin banyak pula kenangan bermain di fikiran. Hebat benar dugaan Allah. Yang pastinya semuanya kenangan yang indah. Membuatkan hati tersenyum bila mengingati. Tetapi bila mengenangkan segalanya telah berlalu dan kenangan itu mungkin tidak akan berulang lagi di masa akan datang, tiba-tiba terasa pedihnya di hati. Lalu pipi terasa basah oleh air hangat yang datang dari mata. Itulah yang di panggil ujian dari Allah untuk Cik redha. Ada pilihan? Tiada pilihan melainkan melaluinya dengan SABAR. Cik sentiasa meyakinkan dalam diri bahawa Allah pasti akan menghulurkan bantuan nya. 


Kerap kali berpesan pada hati, Ini adalah kerana Allah. Jangan pernah menyesal dengan tindakan untuk kembali ke jalan Allah. Memang banyak dugaan namun selagi ada keyakinan dalam diri Allah PASTI akan membantu. Sesuatu yang di korbankan demi menegakkan agama Allah adalah 'Jihad'. Kalau suruh Cik pergi berperang mungkin IMAN Cik tak sekuat itu. Cik sangkakan berperang dengan SYAITAN dan NAFSU itu mudah, Rupanya Maha perit juga ya... Sekarang barulah Cik faham kenapa menewaskan nafsu itu juga dikatakan 'Jihad'. Kerana ianya tidak mudah.. Meninggalkan seseorang yang kita Cintai yang telah kita pahatkan dalam hati itu 'Kerja Gila' heheheh... Banyak kali juga gagal. Tapi akhirnya Cik tekad untuk mencari 'Keredhaan' Ilahi. Mencari Cinta Allah. Cinta sebenar-benarnya Cinta. Setelah buntu dengan situasi yang melanda.



Segalanya bermula 3 bulan yang lepas, Dalam keadaan yang baik hubungan kami tiada angin tiada ribut tiba-tiba menjadi 'tak ketahuan'. Dugaan mendatang. Hanya kerana dia 'Tertidur'. Kelakar kan? Itulah yang dikatakan kalau Allah berkehendakkan maka jadilah.. (Tiba-tiba touching pulak bila sampai bab neh.. ). Semuanya gara-gara Cik dah hilang sabar dengan dia. Sebab dia selalu memungkiri janji untuk skype dengan Cik (Kami bercinta jarak jauh skype tu lah alat penghubung kami selain FB and SMS). Apabila dia berjanji dia tidak tepati. Kerana Cik ni orangnya apabila berjanji, 'JANJI DI TEPATI'. Kerana Cik memang di ajar untuk menghormati masa orang (Dulu kalau cik buat perkara ni Ayah akan marah). Kalau tiba-tiba tak jadi Cik akan maklumkan minta tunda atau batalkan terus sebab Cik tak mahu orang tertunggu-tunggu. Sebab Cik pun tak suka orang buat Cik macam tu. Kerana perancangan orang akan terganggu.

Kadang-kadang dia tahu dia tak boleh nak tunaikan janji tu sudahlah tak maklumkan kepada Cik. Terus hilang begitu sahaja sampai satu hari suntuk tak muncul-muncul. Ada lagi hebat berhari-hari menghilang tanpa khabar, Alasan takut Cik marah. Nak suruh Cik cool supaya nanti tak marah dia. Di ikutkan Cik memang tak mahu marah, sebab Cik tahu Sifat dia. Jadi bila ada peluang bercakap memang Cik akan berterus terang dengan dia. Tentang apa yang Cik pendam. Dan seingat Cik, Memang kami susah untuk bertekak atau bergaduh tentang hal-hal yang remeh. Kalau dia kata dia perlukan masa untuk menyendiri Cik akan sentiasa beri ruang untuk dia, Pernah dia kata dia ada kerja dan tak mahu di ganggu selama 4 hari. Maka 4 hari lah Cik takkan cari dia. Kalau dia kata dia nak pergi memancing 3 hari, maka 3 hari lah Cik tak ganggu dia asalkan dia berterus-terang. Kalau dia kata dia sibuk Cik tak pernah mendesak dia untuk melayan Cik. Sebab Cik tahu ada perkara yang lebih penting dari Cik. Cik tahu nak beza mana yang patut di dulukan. Tetapi Cik cuma minta dia untuk menghormati masa Cik.

Segala kehendak dia Cik turutkan, walaupun kadang-kadang waktu tu Cik agak penat atau waktu yang agak pack. Tetapi disebabkan Cik tahu waktu tu je yang ada untuk kami berkomunikasi walaupun sibuk sambil buat kerja Cik melayan dia. Sama ada true sms or fb. Sebab Cik taknak kecewakan dia. Kerana Cik tahu rasanya bila permintaan kita di tolak di saat kita inginkan sesuatu. Kalau dia mungkin tak boleh bertoleransi, Apabila dia kata NO, the answer is NO. If he says YES, No reason to say NO. tak apalah biarlah Cik yang mengalah. Kalah jadi abu menang jadi arang pun buat apa kan? Kerana kasih ku turutkan. Kalau dah namanya 'bercinta' kalau semuanya nak turutkan kehendak kita baik hidup 'Single'. When you choose for Couple mean bukan seorang yang harus difikirkan. Yang penting bahagia.. Matlamat hanyalah satu, Untuk menjadi pasangan 'Halal' satu hari nanti. Yang penting saling memahami dan berterus terang.

Tetapi hanya kerana hari itu di takdirkan Allah untuk Cik kehilangan kesabaran, kerana dia tidak makan saman. Maka Cik mengambil tindakan untuk mengatakan sesuatu yang mungkin melukakan hati dia. Cik betul-betul kecewa dengan sikap dia ketika itu. Cik harap kalau Cik buat macam tu dia akan sedari kesilapan dia. Dia akan merendahkan Ego dia dan akan mengakui kesilapan dia. Cik cuma berharap dia akan pujuk Cik.. Tetapi sehinggalah ke hari ini dia terus membisu. Mungkin Cik salah, Cik akui dengan meminta maaf namun dia terus membisu. Cik masih lagi tertanya-tanya adakah Cik masih lagi bersama dia atau dia dah tak anggap Cik sebahagian dari hidup dia. Sehinggakan menjadi tanda tanya di atas status hubungan kami. Cik menjadi sedih hanya kerana Cik 'marah' terus dia mencampakkan Cik macam tu aja.. So simple. Hanya kerana dia terluka dia dengan mudah menyingkirkan Cik dari hidup dia. Hanya kerana Cik hilang sabar terus Cik di cop tidak memahami dia. Hanya kerana Cik hilang sabar dia menjadi tawar hati.. Sedangkan begitu lama Cik bersabar menunggu dia... :-)

 

Dalam tempoh 3 bulan hubungan ini bagaikan permainan layang-layang. Ada waktu dia bagaikan menarik Cik untuk dekat kepadanya, tetapi apabila Cik dekat dia menjauh. Allahu akhbar sesungguhnya Cik merasa tersiksa. Dalam keadaan begitu siapalah yang lebih dekat dengan Cik yang ada untuk Cik meluahkan rasa. Kerana tiada siapa yang faham situasi ini. Semakin hari Cik nampak hubungan ni semakin sulit, Di tambah pula kewujudan 'Insan' yang tidak di undang yang Cik tak sedar bila kewujudanya. Merayu kasih kepadanya. Hati menjadi semakin rapuh. Adakah sejarah hitam tu akan berulang lagi dalam hidup Cik.. Sesunggunya hanya kepada Allah Cik mengadu. 

Siang malam doa tak putus-putus untuk Allah berikan petunjuk ke jalan kebenaran. Ya Allah.. Kau ujilah aku sehebat apa sekalipun pasti akan aku tempuh sehingga ke titisan terakhir. Sepayah apa sekali pun aku tekun melakukannya sehingga aku berjaya mendapatkan apa yang aku mahu. Tapi Ya Allah.. Bila kau uji aku dengan cinta manusia aku gagal....... Sedangkan kau tahu itulah kelemahan aku. Berkali-kali kau uji aku dengan ujian yang sama tapi aku sentiasa gagal.. Sampai bila Ya Allah.. Sehingga aku buntu untuk memilih jalan untuk keluar dari kesesakkan ini.

Sepanjang 3 bulan ini Allah lah pengubat hati luka Cik. Apa yang ada inilah kekuatan yang Allah kirimkan kepada Cik. Cik tak mahu hidup macam Zombie. Bagaikan mayat hidup. Cik cuba untuk sibukkan diri sehinggakan Cik tiada ruang untuk diri sendiri. Sabtu dan Ahad pun Cik tak duduk di rumah. Asal ada kerja pasti Cik ambil peluang tuh. Dan sejujurnya Cik penat.. Tapi setiap detik kepala Cik hanyalah teringatkan dia. Kenapa Ya Allah sehingga hari ini Kau masih belum mahu untuk mengambil semula rasa ini. Kenapa kau masih belum mahu memberi rasa putus asa dalam harap Cik. Sedangkan dia mampu berbahagia di atas tangisan Cik. Sejujurnya Cik cemburu.


Sehinggalah Cik faham tentang 'Redha' dan 'Takdir'. Perasaan cinta ini adalah ujian untuk Cik. Rasa Cinta tak semestinya bersatu. Rasa rindu tak semestinya bersambut. Kehendak kita tak semestinya sama dengan kehendak Allah. Walaupun kehendak itu Ciptaan dari Dia. Rasa cinta ini adalah 'Anugerah' yang Allah berikan kepada Cik. Seharusnya Cik terima dengan Redha. Ianya adalah amanah yang harus Cik pikul. Selagi Allah berkehendak ianya di dalam hati Cik maka kekallah ia di bawah jagaan Cik. Takkan Cik khianati Amanah ini walaupun tidak bersambut lagi. Ianya kerana Allah. Hadirnya rasa cinta ini kerana Allah.. Cik mencintai dia kerana Allah yang berkehendak seperti itu. Dan suatu hari andai kata hati ini tidak lagi ada perasaan Cinta terhadap dia. Itu adalah kerana Allah ingin menggantikan yang baru, Di atas keredhaan Cik menjaga amanah ini. Bukanlah kerana Cik mengkhianati perasaan ini.

Allah tidak akan mengambil sesuatu yang kita sayang melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik. Walaupun pada pandangan Cik dia adalah 'Terbaik' dia 'Sempurna' untuk Cik. Cik akan rasa beruntung andai memiliki dia. Cik tak tahu kalau Allah mengatakan ada lagi yang lebih baik dari itu untuk Cik. Cik tak boleh bayangkan sebaik apa manusia yang di janjikan itu. Kerana cik merasakan 'Lelaki Idaman' yang Cik dambakan sudah Cik miliki. Namun Allah mengetahui apa yang Cik tak ketahui. Mungkin ketika ini Allah sedang merancang sesuatu untuk Cik. Yang Cik tak tahu apa.. Tetapi Cik berpegang teguh dan yakin kepada janji Allah "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat". Jodoh kita adalah cermin kepada diri kita sendiri. Kerana dia adalah sebahagian dari kita. Jadi janganlah bersangka buruk dengan 'Takdir' atau musibah yang melanda.  

Mungkin dia adalah seorang yang baik. Tetapi Cik yang tidak baik untuk dia jadi Allah ingin mendidik Cik menjadi baik dulu. Kerana dia seorang yang baik tak layak untuk Cik ketika itu. Sehinggalah Cik betul-betul bersedia. Supaya dia nanti dah tak susah-susah lagi untuk mendidik Cik bila berkahwin nanti. Bimbang kalau selepas kahwin nanti dia tak mampu untuk merubah Cik dengan dia-dia sekali terheret hanya di sebabkan Cik.

Atau mungkin juga sebenarnya kami dua-dua baik. Tapi bila kami bersama ianya hanya akan menambah dosa kami kerana bercinta terlalu lama sedangkan jodoh kami lambat lagi. Lalu Allah menurunkan musibah di atas hubungan ini, Bagi menjarakkan kami. Agar kami tidak tergolong di kalangan orang-orang yang berdosa kerana cinta yang tidak halal.

Atau Sebenarnya Allah memang ingin memberikan syurga kepada Cik. Sebab dia sayangkan Cik maka dia berikan ujian ini untuk Cik. Sekiranya Cik sabar dan terus istiqamah ke jalanya.

Atau sememangnya dia itu tidak baik untuk Cik. Kerana Allah mengetahui apa yang tidak hambanya ketahui. Yang pasti apa yang Allah lakukan pasti bukan untuk menganiaya hambanya. Cuma mungkin perjalanan ke arah kebaikkan itu agak sulit.


Hmmm... yang mana satu agaknya ya? Tetapi yang penting kita haruslah bersangka baik kepada Allah dan juga manusia. Kerana pengetahuan kita yang terbatas. Tapi yang Cik pasti kalau dia seorang yang baik, Dia pasti menepati Janjinya... :-) Segalanya akan indah tepat pada waktunya.  
  
Cik dah dapat kunci untuk segala masalah ini. Iaitu keredhaan. Bila Cik Redha dengan rasa ni.. Jiwa Cik menjadi tenang.. Bila Cik cuba singkirkanya ianya menjadi gelisah. Bukankah lebih baik Cik layankan sahaja perasaan ini? Hehehe... Biarlah orang nak kata apa pun. Asalkan Cik menjaga 'Amanah' kerana Cik tak mahu di salahkan suatu hari nanti di Akhirat kerana memungkiri atau mengkhianati rasa Cinta yang Allah anugerahkan ini. Kerana matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk kembali ke tempat asal kita. Kalau kita tak mampu kembali semula dimana kita bermula. Kita GAGAL yang nyata. Cik tak mahu.. Mati itu pasti, Akhirat itu pasti. Janji Allah itu benar. 
             

Cik harap dalam tempoh sebulan ini Cik mampu untuk mendapatkan kehidupan Cik yang normal. Buat sementara ni eloklah Cik perbetulkan diri dulu dengan Allah. Cik sedang belajar untuk menjadi seorang yang 'Redha'. Biarlah Cik jadi redha dengan ketentuan Allah kerana ianya Ikhlas.. Berbanding Cik 'Pasrah' kerana tak ada lagi kemampuan maka harus menyerah secara paksa rela.


"Allah bukanlah lah tak tahu.."

Saturday, July 21, 2012

BERSIH Hati Bermula Ramadhan Ini..


BERSIH Hati Bermula Ramadhan Ini..

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya. ‘‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.” (HR Muslim).

Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib r a menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, ”Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.” (HR Bukhari dan Muslim).

Hadis ini memberikan gambaran yang sangat indah. Hati manusia sebenarnya bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga sinarnya menjadi tidak nampak. Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.
Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.
Bagaimana caranya?


Pertama, Muhasabah diri.
Muhasabah diri dalam bahasa Arab disebut muhasabatun nafsi, ertinya mengenalpasti apa sahaja penyakit hati kita. Semua orang akan tahu apa sebenarnya penyakit qalbu (hati) yang dideritanya itu.

”Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Alhasyr [59]: 18).


Kedua, perbaiki diri atau bertaubat.
Ini merupakan tindakan lanjut dari muhasabah diri. ”Hai, orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar- benarnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai ….” (QS Attahrim [66]: 8).

Ketiga, Taddabur Al Quran.
Menelaah isi Al-Quran lalu menghayati dan mengamalkannya. ”Maka, apakah mereka tidak memerhatikan AlQuran ataukah hati mereka terkunci?” (QS Muhammad [47]: 24).

Keempat, menjaga kelangsungan amal soleh.
Amal soleh adalah setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhai Allah SWT. Amalan walaupun sedikit tetapi berterusan, adalah lebih disukai oleh Allah

Kelima, berzikir
Sentiasa mengisi waktu dengan berzikir. Mulut yang sentiasa basah dengan zikir kepada Allah. Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

Tuntunan Islam, jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh, akan menghadirkan hati yang tenteram, bersih, serta bersinar terang.

Ibnu Abbas r a menceritakan bahwa ketika menginap di rumah Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam, ia pernah mendengar beliau mengucapkan doa berikut : ”Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya.” (HR Muslim).


Itu adalah perkara-perkara basic. Asas dalam menjaga kesihatan jiwa dan menghidupkan hati. Dalam apa jua peringkat umur, perkara-perkara inilah yang perlu diperhati. Semoga amalan ini berpanjangan, walaupun selepas bulan Ramadhan

Wallahu'alam.........



"Indah.."

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Orite next posting for today, Esok kita akan menyambut Ramadhan. Entah kenapa rasa macam tak sabar nak sambut Ramadhan kali ni. Cuma kali ni Ramdhan yang agak berbeza dari yang lepas-lepas ialah... Without my belove Father...... (Suddenly my tears drop). Cik tak tahu apa rasanya, Tapi Cik pasti akan sangat-sangat berbeza.. 
Tiada lagi suara ayah yang akan mengejutkan Cik dari tidur untuk bangun sahur.. Sebab memang dari awal Cik berpuasa Ayah yang selalu kejutkan sahur dengan penuh kesabaran mengejutkan sehingga Cik bangun. Dan Ayah juga yang selalunya membeli makan untuk berbuka. Sama ada hidangan siap atau lauk untuk masak. Dan tiada lagi tugas Cik menjadi teman ayah ke pasar (Walaupun hanya sekadar teman duduk dalam kereta), Tiada lagi tugas Cik meneman ayah untuk pergi ke bazar Ramadhan. Yang pasti tiada lagi Cik dengan syarahan ayah di dalam kereta setiap kali menemankan dia pergi pasar. (Dulu itulah perkara yang Cik malas nak dengar.. But now itu adalah perkara yang paling Cik kenang. Sebab ayah selalu kalau bercakap dengan Cik ketika Cik drive. Biasanya kalau ayah bercakap Cik suka menjawab. Sebab Ayah kalau cakap Cik tahu memang akan terkesan di hati. Dan Cik akan mengalir air mata setiap kali ayah tegur Cik. So the best is 'menjawab' supaya dia tak nampak yang cik menangis. Dia tak marah pun.. Sebab suara dia terlalu lembut ketika menegurlah membuatkan apa yang dia cakap selalu melekat di kepala Cik. Sejujurnya antara Mama dengan Ayah yang paling terkesan sekali cakapnya untuk melembutkan hati Cik adalah Ayah. Ayah tak perlu tinggi suara untuk meruntuhkan tembok batu di kepala Cik.. Okek enough.) 
Macam terlalu sekejap jer. Masih teringat yang Ayah masih sihat untuk berpuasa penuh tahun lepas. Walaupun sepanjang tahun tu dia sakit. Tapi dia bertekad jugak nak berpuasa. Dan Alhamdulillah dia puasa penuh.. Dan sepanjang bulan puasa tu dia langsung tak sakit. Ajaib kan? heheh.. Kuatnya semangat Ayah.. Dia adalah manusia paling bersabar menghadapi ujian dia. Im verry proud of him. 
Bulan Ramadhan ni orang kata Roh orang yang telah pergi akan kembali melawat orang yang ditinggalkan.. Kalau betul.. Cik nak sangat kalau ayah balik ayah tengok Cik tengah beribadat.. Adik nak ayah tahu yang adik dah tak macam dulu... Adik dah banyak berubah sejak ayah pergi.. Adik nak ayah tau yang adik tak pernah buang cakap-cakap ayah dulu yang mana masa tu adik selalu melawan seolah-olah adik tak ambil pusing apa yang ayah cakap.. Tapi sebenarnya sepanjang masa adik ingat semua pesan-pesan ayah. Ayah.. Adik menyesal sangat.. Kenapa bila Ayah dah tak ada baru adik nak buat semua tuh... memang betul apa ayah cakap "Nanti bila Ayah dah tak ada baru adik akan nilai balik apa yang Ayah cakap ni.." Okek Enough Cik tak mau teruskan...
..............................................................................
Anyway to all my Followers... This is for you.
Kita harus berakhir di Syurga..
Inilah dermaga terakhir kita..
Maka jika kita tak mampu mencapai syurga..
Maka itu adalah kegagalan..!!~

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua rakan-rakan, Mudah-mudahan kita peroleh kemenangan di akhir ibadah ini. Dengan ini saya menyusun 10 jari memohon kemaafan dari anda semua, Doakan ibadah kita diterima. Andai ini adalah Ramadhan kita yang terakhir mudah2an ianya akan menjadi antara yang terbaik.. Selamat Berpuasa.. !!~ ♥

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini ku peroleh Malam Lailatul Qadar..
Dan ku dapat beribadah dengan sempurna.. Amin..!!~
 "Al-fatihah"

Seribu Tahun

 Seribu Tahun..

Jantung berdegup pantas

Warna dan janji-janji
Ku harus menjadi lebih berani
Bagaimana aku mampu untuk mencintai kalau aku takut untuk jatuh,
Tetapi apabila melihat diri mu bersendiri
Segala keraguan ku hilang entah ke mana
Selangkah lagi menghampiri..

Aku hampir mati menunggumu setiap hari
Sayang, Jangan bimbang aku mencintaimu
Selama seribu tahun
Dan akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi

Masa terus berjalan
Kecantikanya masih sama
Ku harus menjadi lebih berani
Ku tidak akan membiarkan sesiapa membawa mu pergi
Apa jua halangan yang berada di hadapan ku
setiap nafasku
Setiap detik yang berlalu
Selangkah lagi menghampiri..

Aku hampir mati menunggumu setiap hari
Sayang, Jangan bimbang aku mencintaimu
Selama seribu tahun
Dan akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi

Sepanjang masa aku percaya aku akan menemui mu,
Masa akan membawa hati mu kepada ku
Kerana Aku telah mencintaimu selama seribu tahun lamanya
Dan akan terus mencintaimu untu seribu tahun lagi

Selangkah lagi menghampiri..
Selangkah lagi menghampiri..

Aku hampir mati menunggumu setiap hari
Sayang, Jangan bimbang aku mencintaimu
Selama seribu tahun
Dan akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi
Dan semua ini, Aku yakin aku akan menemukan mu
Masa akan membawa hati mu kepada ku
Keran aku telah menyintai kamu selama seribu tahun
Dan aku akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi..

Seribu Tahun ini adalah puisi yang cik translate dari lagu Christina Perry - For a thousand year. Cuma ada sikit-sikitlah ubah agar sesuai dengan Cik.. Hehehe... Ingat dulu masa sekolah menengah kita ada subjek sastera yang di wajibkan untuk belajar sebab ianya adalah silibus dalam paper bahasa melayu. (Paper wajib lulus) Cik amik SPM tahun 2001. Masa tulah sastera neh di wajibkan. uhuhuh pecah otak. Tiba-tiba dah biasa ayat direct kena belajar kias-kias.. Pengsan..!!~ So pagi ni apa kata kita belajar sastera hik hik hik.. Yang mana Cik Arin yang menjadi gurunya.. ekekek.. Mentafsir puisi ini. c(:

Puisi ini Cik tujukan untuk seseorang yang Cik tak tahu siapa. Hehehe boleh? Ermm... Yang pasti dia adalah seseorang yang Allah telah takdirkan untuk Cik. Yang mana Cik sentiasa menanti kehadiran dia dalam hidup Cik.. Seseorang yang sering menghiasi doa-doa Cik. Yang pernah suatu ketika dulu bila cik tengok langit.. Cik selalu detik dalam hati.. "Apa agaknya ya Jodoh saya tengah buat ketika ni.. Macam mana ye rupanya.. Hensem tak.." heheheh macam kelakar but thats true *blush. Biasalah Cik Arin kan suka berfantasi.. sebab tuh saya seorang yang kreatif dan berseni.. sebab imiginasi yang tinggi ho ho ho!!~ Okek jom kita tafsir puisi neh..

   Jantung berdegup pantas
Warna dan janji-janji
Ku harus menjadi lebih berani
Bagaimana aku mampu untuk mencintai kalau aku takut untuk jatuh,
Tetapi apabila melihat diri mu bersendiri
Segala keraguan ku hilang entah ke mana
Selangkah lagi menghampiri..

 Puisi ini Mengisahkan seseorang yang hatinya penuh cinta dan berhasrat untuk mencintai seseorang. Yang ingin mencintai sepenuh hati untuk yang telah ditakdirkan kepadanya, Namun ada perasaan takut dan putus asa dalam diri kerana ada keraguan di atas kegagalan Cinta. Dia tak mahu hatinya terluka kerana mencintai yang salah. Tetapi dia beranikan diri untuk cuba mencintai kerana dia harus menemukan 'Takdir' nya. Dan dia yakin ada seseorang yang telah ditakdirkan untuknya, lalu dia mencari semangat itu dan meneruskan hasratnya.

Aku hampir mati menunggumu setiap hari
Sayang, Jangan bimbang aku mencintaimu
Selama seribu tahun
Dan akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi

Lalu dia teruskan penantian dengan penuh kesabaran mencari kekuatan dalam diri bagi menyatakan hasratnya. Dan dia sentiasa berdoa untuk dipertemukan 'Cinta Hati' nya. Kerana di dalam hatinya ada cinta untuk seseorang yang telah ditakdirkan kepadanya. Kerana Tuhan telah mencatitkan takdirnya sebelum ciptanya dia. Dan sampai bila pun takdir itu takkan berubah.

  Masa terus berjalan
Kecantikanya masih sama
Ku harus menjadi lebih berani
Ku tidak akan membiarkan sesiapa membawa mu pergi
Apa jua halangan yang berada di hadapan ku
setiap nafasku
Setiap detik yang berlalu
Selangkah lagi menghampiri..

Masa kian berlalu, Dia makin meningkat dewasa namun hatinya tetap sama ingin menemukan 'Cinta Hati' nya. Berbagai kisah suka duka hidupnya dalam pencarianya menjadikan dia semakin berani. Dia tidak peduli lagi apa jua halangan yang menempuh demi mencari 'Takdir' nya. Dan dia melangkah lagi tanpa putus asa.

  Aku hampir mati menunggumu setiap hari
Sayang, Jangan bimbang aku mencintaimu
Selama seribu tahun
Dan akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi

Sekali lagi dia mengulangi kata semangat dalam dirinya bahawa dia mencintai seseorang yang telah di takdirkan untuknya.

Sepanjang masa aku percaya aku akan menemui mu,
Masa akan membawa hati mu kepada ku
Kerana Aku telah mencintaimu selama seribu tahun lamanya
Dan akan terus mencintaimu untu seribu tahun lagi

Dia meyakinkan diri dengan janji Tuhannya, Bahawa dia pasti akan menemukan seseorang yang telah ditakdirkan untuknya. Dia percaya Tuhan akan membantunya cepat atau lambat pasti membawa 'Cinta Hati' itu kepadanya. Mereka pasti akan bersatu.

Aku hampir mati menunggumu setiap hari
Sayang, Jangan bimbang aku mencintaimu
Selama seribu tahun
Dan akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi

Dan semua ini, Aku yakin aku akan menemukan mu
Masa akan membawa hati mu kepada ku
Keran aku telah menyintai kamu selama seribu tahun
Dan aku akan terus mencintaimu untuk seribu tahun lagi..

 Dan begitulah kisahnya...


'Your Sincerely Arin Noor'

Wednesday, July 18, 2012

La Tahzan - Sabar itu Indah

Sekali lagi kekalutan persoalan hidup melanda Cik.. Mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang melanda dalam diri Cik ni kan.. Masalah khusus itu biarlah terus menjadi rahsia Cik sendiri. Tapi apa yang Cik nak kongsi mudah-mudahan jadi manfaat untuk kawan-kawan semua. Kerana Cik sayang kawan-kawan Cik. Setiap di antara kita mempunyai masalah dalam hidup. Memang tujuan hidup kita neh untuk menjawab segala persoalan hidup yang Allah tentukan right? Siapa yang kecundang pasti akan menyesal.

Makin hari makin Cik melayari dugaan yang Allah bagi tanpa Cik sedar Cik menjadi semakin rapat dengan Sang Pencipta. Dari seorang yang panas baran tidak tahu sabar.. Alhamdulillah Cik berjaya menyelamatkan banyak keadaan, Yang mana kalau dulu Cik rasa cik akan hilang pertimbangan. Cik tak taulah apa yang akan terjadi dekat 'Insan' yang mencabar kesabaran Cik itu.. Mungkin inilah yang dikatakan hikmah dari Allah di atas apa yang dilalui. Cik mampu mengawal marah Cik. Walaupun sebenarnya Cik ada tersasar. Tapi Cik juga manusia. Namun Alhamdulillah ke'Sasaran' itu tak lah melampaui batas.

Cik rasa cik lemah tapi dalam tak sangka dalam diam Cik adalah seorang yang kuat walaupun sebenarnya 'Sakit'. Cik tak tahu kalau ada yang lebih tabah dari Cik.. Tabah ini tak semua orang mampu ada. Rasa sakit ini sebenarnya lahir dari perasaan 'berdosa' terhadap diri sendiri. Perasaan yang membelenggu dalam hati perempuan Cik yang tak ada siapa akan faham melainkan 'pemilik' hati ini. Penyesalan.. tak pernah hilang dalam hati. Andai ada pasir yang macam dalam cerita 'Prince Of Persia' tu, Mungkin dah lama Cik guna agar Cik tak lakukan hal-hal yang tak sepatutnya Cik lakukan. Kerana hal itu Cik di 'hukum' oleh takdir Cik sendiri.

Tapi bila difikirkan semula.. Setelah bersusah payah Cik harungi penderitaan ini walaupun masih belum selesai kenapa perlu berpatah balik? Kerana penamat cerita tak pernah ada di belakang. Apa yang perlu adalah ke depan.. Orang lain boleh berbahagia di atas penderitaan kita.. Tahniah! buat mereka. :-)
 Dan kalau boleh Cik nak cepatkan masa penderitaan ini. Tetapi Cik teringat satu cerita, Tentang Rama-rama.

 


"Ada seorang lelaki yang nakkan rama-rama. Lalu dia menangkap seekor ulat bulu dan di simpan dalam botol. Sampai masa Ulat bertukar menjadi kepompong dan bila kepompong itu dah matang rama-rama pun lahir dari situ.. Namun lelaki ini terlalu kesiankan rama-rama tu untuk berjuang keluar dari sarung kepompong tu lalu lelaki itu mengoyak sarung tadi. Tapi sayang.. Rama-rama tadi tak mampu terbang kerana sayap dia menjadi cacat. Lelaki tadi menyangkakan apabila dia menolong rama-rama tadi bagi memudahkan rama-rama tu. Tapi sebenarnya dialah yang membinasakan rama-rama tadi. Di luar pengetahuan dia Rama-rama tadi perlu berjuang untuk keluar dari kepompong itu. Kerana dari kepompong tu dia akan membentuk sayap dia yang kuat dan cantik tu.. Sudahnya rama-rama tadi cacat dan tak mampu terbang."

Jadi begitu jugalah berbalik kepada kehidupan. Allah boleh kalau nak memudahkan urusan kita. Tetapi kita pasti tidak ada 'Sifat' pejuang dalam hidup kita. Sedangkan kita sebelum lahir kedunia ini kita berjuang untuk menempatkan diri dalam rahim ibu kita. Cik banyak meletakkan prinsip rama-rama dalam hidup Cik. Sebab tu you all selalu nampak Cik suka gambar perempuan bersayap rama-rama. Cik bayangkan 'Rama-rama' tu sebagai simbol 'Survival'. Dia nampak cantik, Hanyalah ketika dia bergelar rama-rama. Tetapi siapa yang tahu kisah sedih dah hitam seekor rama-rama sebelum ia menjadi rama-rama? Seorang pun tak mahu nak dekat dengan dia.. Geli.. Bahaya.. beracun.. dan memudaratkan.. Tapi itu petanda Allah melindungi dia dari anasir-anasir yang tidak baik. Sehinggalah dia mampu untuk terbang.. Itulah yang cik pandang pada seekor rama-rama.

Sebenarnya tadi Cik hampir melakukan perkara bodoh yang mungkin akan membuatkan Cik menyesal suatu hari nanti. Kerana Cik dah tak tahan dengan 'Sakit' ujian ini. Namun bagaikan ada satu suara yang meminta cik untuk berfikiran waras.. Dan Cik terus padamkan hasrat tu. Kerana Cik tak mahu ulang kesilapan dan terus melakukan kesilapan. Kerana ianya akan memusnahkan segala-galanya. Air yang keruh belum tenang ditambah lagi kocakkan pasti tidak akan nampak dasar lautan. Dan sebenarnya boleh dikatakan apabila 'Sakit' ini terasa Cik pasti akan hilang sabar. Tetapi bagai ada yang menghalang dan benda tu tak terkeluar. Alhamdulillah. Hinggalah Cik baca buku La-tahzan yang memang Cik simpan di office Cik untuk bekalan Cik mana tau hilang arah Cik ada rujukkan. Ayat itu adalah :-


"Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang-orang mulia, Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, Tidak mudah menyerah, Serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita bersabar, Apa lagi yang kita boleh lakukan?

Adakah kita mempunyai penyelesaian yang lain selain dari sabar? Apakah kita tahu senjata yang lain selain daripada kesabaran bagi menghadapi kesulitan hidup?

Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan taufiq dari Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datang pertolongan Allah.. Orang-orang yang tahu sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharap pahala dan orang yang mengharap terhapusnya dosa. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran. Kelapangan akan datang setelah kesabaran, dan kemudahan akan datang setelah kesulitan."

Allah Maha Besar!!~ Rupanya suara yang menghalang Cik itu adalah bantuan yang Allah beri. Rupa - rupanya memang sengaja Allah menahan apa yang terpendam di hati untuk kekal di hati agar ianya tidak terluahkan. Pertolongan Allah itu sesungguhnya dekat.. Andai kita menyedari. Indahnya berpandangan positif.. hidup akan menjadi tenang. Sebenarnya sehabis Cik menulis blog ini hati Cik menjadi tenang. Kerana Cik telah berjaya memotivasikan diri sendiri.. Seperti mana Cik memotivasikan orang lain.. Hehehehe..!!~ Alhamdulillah... Indahnya kasih sayang dari Allah.. Cik mula merasakan kerinduan kepada dia..

 

"..Cintai Allah.. Pasti dia akan membahagiakan kita.."