Pagi jumaat yang indah ni Alhamdulillah... Hidup lagi kita kan.. Kekeke... Orite.. Jom baca posting Cik Arin pagi neh.. (^_^)v!!~
Syaitan adalah tugas dia nak tarik kita jadi member dia dalam neraka kan... Tapi kita yang tak tau hal itu..
Sebab apa.. sebab kita tak nampak apa yang di buat.. dan kalau kita nampak dia mesti dia tak boleh nak hasut kita.. kan kan kan.. Kadang-kadang kita pun tak tau itu suara syaitan or naluri kita.. hehehe.. Confuse confuse.. tambah-tambah kalau orang macam cik neh.. lagi confuse ekekek... jadi antara salah satu tipu daya syaitan adalah seperti di bawah... Jom kita baca...........!!~
Tersebutlah Al-kisah di suatu hari Cik Muslimah taukeh sebuah kedai pakaian di Pekan Labu mencari seorang Fesyen designer.. Maka datanglah seorang pekerja namanya Encik Tan. Owhh... no no no... Bukan Seth Tan dalam cerita Nora Elena tu hokek.. Ini nama full dia encik Setan..!!~ Muahaha!!~ (
Wahhh suker nyerr Encik Tan dapat kerja yer kat Butik Cik Muslimah.. Tau lah Cik Muslimah Gebu..!!~ ho ho ho. Serba sedikit profile Encik Tan aka Setan!!~
Encik Tan ini kelulusan fesyen dari luar negara. Di sebabkan Cik Mulimah suka melihat fesyen-fesyen Encik Tan ini. Maka dia pun mengabil Encik Tan bekerja denganya.. Dengan bayaran gaji RM3000. Haaaa okek lah.. Fresh graduate kan.. Makan Encik Tan pun senang hati kerana dia telah berjaya untuk bekerja dengan Cik Muslimah tauke butik pakaian muslimah..
Mula-mula kerja Cik Muslimah begitu berpuas hati dengan hasil kerja Encik Tan. Namun lama kelamaan Cik Muslimah semakin hairan dengan rekaan dari Encik Tan.. Hinggalah suatu pagi jumaat.. pagi neh lah punya cerita neh.. Cik Muslimah yang ayu gebu tuh naik hangin dengan Encik Tan. Mari kita lihat apa yang telah Encik Tan lakukan..
Wahh.. Encik Tan dah kantoi neh dengan Cik Muslimah.. Apa dia dah buat??? Sampai marah bebenor Cik Mus neh.. Hilang ayu dia pagi-pagi Jumaat neh..
Wahhh.... Tak sangka pulak Cik Muslimah ada bakat jadi investigator.. Boleh ganti detektif Conan yew.. Currlaaaaassss!!~ Encik Tan yang terkejut beruk itu pun bertanya.. Sebab tiba-tiba Cik Muslimah Menyinga lebih dari biasa..
"Erk.. kenapa Cik Mus? saya tak buat apa-apa.. Saya design kasi jer.."
"Kau nak tahu apa salah kau?? meh aku Explain satu persatu..PERTAMA!!~"
Kisahnya... memang patut pun Cik Muslimah gebu tu menyinga.. dasar setan punya setan.. Ihh ihh ihh..
Kawan-kawan macam ni lah caranya syaitan menyesatkan kita kaum muslimah untuk membuka aurat. Kalau dia tak mampu nak suruh kita buka tudung pun dia suruh kita pakai ketak-ketak hahah loghat kelate kuar neh... Dan sebab tulah kadang kita tengok fesyen tudung yang pelik-pelik keluar.. yang pakai ala-ala perempuan Niger punya tudung pun ada.. Cik selalu gak pakai macam tu.. tapi lepas mandi syampu rambut lah.. hahahaa lilit dengan towel sebab rambut basah ekekekek c(: Korang boleh buat fesyen macam tu ke hulur ke hilir kan.. ekekek.... So jom kita tengok.. apa yang terjadi kepada Encik Tan..
"Jadi now kau dah nampak apa kesalah kau????" Berang betui Cik Muslimah
"Erkkk... Okek okek.. ampunkan saya... saya janji tak buat lagii...." Encik Tan merayu
"Argggghhh tiada kompromi!!~ Kau Syaitan bertopengkan manusia!!~ "
"You're fired!!!~" Owhh............ So sad (T_T). Padan muka kau SETAN!!~ buat apa kau menangis di sini.. pergi menangis kau di sana... ekkeekekek... So begitulah Al kisahnya di pagi Jumaat.. Seekor Syaitan telah di pecat dari menjadi fesyen designer.... So moral of the story..
Fesyen designer tu sebenarnya adala satu pekerjaan yang mulia kalau kita membawa nya ke arah kebaikkan.. Sebenarnya satu Ibadah sebagai Fesyen designer neh.. Sebab kita sebenarnya mencipta pakaian bagi seorang muslim dan muslimah menurut acuan Syarak yang dah di tetapkan.. Tetapi kerjaya fesyen designer ni telah di pandang hina oleh sesetengah Ibu bapa.. macam cik dulu pun berangan gak nak jadi fesyen designer tapi parent tak bagi.. katanya tempah neraka.. Ermm sebab apa zaman tuh memang tak ada langsung fesyen muslimah. Semuanya terpengaruh dengan budaya barat. Kalau fesyen muslimah neh kita tau lah baju kurung and jubah jer.. tudung pun 4 segi tu jelah.. mana ada fesyen.. memang tak lawa lah.. so mana ada minat nak pakai macam tuh kan kan kan... zaman dah berubah sekarang.. Para designer dah celik mata dan lebih kreatif.. Siapa kata kalau bertudung tak boleh berfesyen? Asalkan kita masih mengekalkan syarat nya pasti cantik..
Tapi sayang.. Kebanyakkan Fesyen designer kita yang beragama Islam neh masih sibuk utamakan yang free hair.. jadi design-design yang ada semuanya open-open.. and kalau di pakai dengan tudung memanglah nampak janggal kan.. so bukak tudunglah.. or pakai gak tudung.. janji pakai tudung............ Tambah pula now pereka tudung ada di kalangan non muslim yang memang tak tau apa tuntutan dalam Islam. Yang mereka tau tudung itu tutup kepala.. Jadi tulah yang datang fesyen tudung pelik-pelik.. bayangkanlah Cina boleh bukak butik tudung neh... So shame... So renungkanlah.. Pedoman untuk diri Cik juga.. Yang sedang dalam perjalanan memperbaik diri..
Kisah di atasa adalah rekaan Cik semata-mata nak jadikan 'pelaris' posting.. So tak der cilok dari mana-mana yer.. cuma gambar jer.. Orite thank you!!~














No comments:
Post a Comment