Hari ini saya ingin membawakan tentang kebaikan dan faedah kolagen. Kini
produk berkaitan dgn kolagen semakin meluas dan popular. Dikalangan
wanita khususnya penggemar kecantikan, mereka mengamalkan produk kolagen
utk kencantikan dan kehalusan kulit. Ada yg sanggup buat suntikan
kolagen, minum air mengandungi kolagen dan lain2.
Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda.
Kajian
klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan,
kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan
kesegaran kulit. Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai pemahaman
terhad terhadap fungsi sebenar kolagen dan potensi terhadap kesihatan
dan kecantikan.
Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein
yang berfungsi sebagai perekat dalam badan.Lebih kurang satu per tiga
daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen,
memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu
lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
Ketika usia remaja
dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong
pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan
ligamen.
Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu
pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan
baru.Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan
pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45, badan kita dijangka
kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi.
Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini
dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan
pertumbuhan hormon.
Dari perspektif pakar terapi kecantikan,
penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu
kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan
mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
Apabila
kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan
kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa. Ia juga
menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas
kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain.
Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut
menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.
Menurut laporan daripada
Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen
mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang
penjanaan kolagen baru.Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal
merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih
bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta.
Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh
diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh
diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen
(hyrolysed collagen protein, HCP). Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal
bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan. HCP merupakan
kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi,
menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan.
Sebenarnya sumber
kollagen terbahagi pada dua iaitu kollagen dalam haiwan dan tumbuhan.
Kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin (ikan jerung),
burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi
tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan. HCP
daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan
kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya.
Kolagen
tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang
berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk
menyerap ke dalam sel badan manusia.
Kolagen bovin setakat ini
mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir
dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah.
Oleh
kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar
penyerapan sebanyak 80 peratus, membolehkan sintesis kolagen yang
efektif dalam badan.
Dengan bantuan kekuatan teknologi, kolagen
kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk
yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang
paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik.
Kualiti kolagen
sendiri turut mempengaruhi tahap penyerapannya. Ini diukur dalam tahap
Bloom, ukuran bagi menentukan kualiti kolagen. Untuk menggambarkan
proses ini, cuba bayangkan proses perahan tebu, yakni jus daripada
perahan pertama merupakan hasil yang paling tulen, serta mengandungi
rasa dan kualiti terbaik. Air boleh ditambah agar mendapat lebih banyak
perahan, dan gula boleh dimasukkan untuk memperbaiki rasa.Ekstrak
kolagen menuruti prinsip yang sama, dan kolagen pada tahap ekstrak
pertama adalah yang paling tulen dan memiliki kadar Bloom tertinggi,
iaitu Bloom 300. Kaedah yang digunakan bagi menyaring kolagen amat
penting untuk memastikan kehadiran Bloom, atau kualitinya. Kolagen Bloom
300 dihasilkan menerusi proses yang mengambil masa selama tiga bulan,
iaitu 12 bulan lebih lama berbanding proses asidik digunakan di pasaran.
Khasiat Kolagen
Kulit-Kuku dan rambut-Penguasaan berat badan-Sendi dan tulang-
Khasiatnya
tidak tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga sgt memberi
faedah utk kesihatan kita. kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab
kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam
pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.
Disebabkan kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran
kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.
Selain
itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang
menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel
kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan,
terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.Oleh sebab itu, kolagen
amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
Hasil
kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995
menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan
dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan
menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati
dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut
merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.
Ketika
tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan
untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein
kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan
bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.
Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.
Prof.
R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan
Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan
bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan
osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu
mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang
sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman
dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen
sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan
ketegangan akibat artritis.
Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam
badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air
bagi kelembapan yang berpatutan.Pastikan anda memilih rangkaian produk
sesuai yang mengandungi kolagen dengan kualiti yang tidak terhingga.
Pages
PENAJA
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.
Monday, July 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tq dik for tis info !,,, suka n selalu minum minuman yng ada kolagen juga !
ur welcome sis..
Post a Comment