Kerap kali berpesan pada hati, Ini adalah kerana Allah. Jangan pernah menyesal dengan tindakan untuk kembali ke jalan Allah. Memang banyak dugaan namun selagi ada keyakinan dalam diri Allah PASTI akan membantu. Sesuatu yang di korbankan demi menegakkan agama Allah adalah 'Jihad'. Kalau suruh Cik pergi berperang mungkin IMAN Cik tak sekuat itu. Cik sangkakan berperang dengan SYAITAN dan NAFSU itu mudah, Rupanya Maha perit juga ya... Sekarang barulah Cik faham kenapa menewaskan nafsu itu juga dikatakan 'Jihad'. Kerana ianya tidak mudah.. Meninggalkan seseorang yang kita Cintai yang telah kita pahatkan dalam hati itu 'Kerja Gila' heheheh... Banyak kali juga gagal. Tapi akhirnya Cik tekad untuk mencari 'Keredhaan' Ilahi. Mencari Cinta Allah. Cinta sebenar-benarnya Cinta. Setelah buntu dengan situasi yang melanda.
Segalanya bermula 3 bulan yang lepas, Dalam keadaan yang baik hubungan kami tiada angin tiada ribut tiba-tiba menjadi 'tak ketahuan'. Dugaan mendatang. Hanya kerana dia 'Tertidur'. Kelakar kan? Itulah yang dikatakan kalau Allah berkehendakkan maka jadilah.. (Tiba-tiba touching pulak bila sampai bab neh.. ). Semuanya gara-gara Cik dah hilang sabar dengan dia. Sebab dia selalu memungkiri janji untuk skype dengan Cik (Kami bercinta jarak jauh skype tu lah alat penghubung kami selain FB and SMS). Apabila dia berjanji dia tidak tepati. Kerana Cik ni orangnya apabila berjanji, 'JANJI DI TEPATI'. Kerana Cik memang di ajar untuk menghormati masa orang (Dulu kalau cik buat perkara ni Ayah akan marah). Kalau tiba-tiba tak jadi Cik akan maklumkan minta tunda atau batalkan terus sebab Cik tak mahu orang tertunggu-tunggu. Sebab Cik pun tak suka orang buat Cik macam tu. Kerana perancangan orang akan terganggu.
Kadang-kadang dia tahu dia tak boleh nak tunaikan janji tu sudahlah tak maklumkan kepada Cik. Terus hilang begitu sahaja sampai satu hari suntuk tak muncul-muncul. Ada lagi hebat berhari-hari menghilang tanpa khabar, Alasan takut Cik marah. Nak suruh Cik cool supaya nanti tak marah dia. Di ikutkan Cik memang tak mahu marah, sebab Cik tahu Sifat dia. Jadi bila ada peluang bercakap memang Cik akan berterus terang dengan dia. Tentang apa yang Cik pendam. Dan seingat Cik, Memang kami susah untuk bertekak atau bergaduh tentang hal-hal yang remeh. Kalau dia kata dia perlukan masa untuk menyendiri Cik akan sentiasa beri ruang untuk dia, Pernah dia kata dia ada kerja dan tak mahu di ganggu selama 4 hari. Maka 4 hari lah Cik takkan cari dia. Kalau dia kata dia nak pergi memancing 3 hari, maka 3 hari lah Cik tak ganggu dia asalkan dia berterus-terang. Kalau dia kata dia sibuk Cik tak pernah mendesak dia untuk melayan Cik. Sebab Cik tahu ada perkara yang lebih penting dari Cik. Cik tahu nak beza mana yang patut di dulukan. Tetapi Cik cuma minta dia untuk menghormati masa Cik.
Segala kehendak dia Cik turutkan, walaupun kadang-kadang waktu tu Cik agak penat atau waktu yang agak pack. Tetapi disebabkan Cik tahu waktu tu je yang ada untuk kami berkomunikasi walaupun sibuk sambil buat kerja Cik melayan dia. Sama ada true sms or fb. Sebab Cik taknak kecewakan dia. Kerana Cik tahu rasanya bila permintaan kita di tolak di saat kita inginkan sesuatu. Kalau dia mungkin tak boleh bertoleransi, Apabila dia kata NO, the answer is NO. If he says YES, No reason to say NO. tak apalah biarlah Cik yang mengalah. Kalah jadi abu menang jadi arang pun buat apa kan? Kerana kasih ku turutkan. Kalau dah namanya 'bercinta' kalau semuanya nak turutkan kehendak kita baik hidup 'Single'. When you choose for Couple mean bukan seorang yang harus difikirkan. Yang penting bahagia.. Matlamat hanyalah satu, Untuk menjadi pasangan 'Halal' satu hari nanti. Yang penting saling memahami dan berterus terang.
Tetapi hanya kerana hari itu di takdirkan Allah untuk Cik kehilangan kesabaran, kerana dia tidak makan saman. Maka Cik mengambil tindakan untuk mengatakan sesuatu yang mungkin melukakan hati dia. Cik betul-betul kecewa dengan sikap dia ketika itu. Cik harap kalau Cik buat macam tu dia akan sedari kesilapan dia. Dia akan merendahkan Ego dia dan akan mengakui kesilapan dia. Cik cuma berharap dia akan pujuk Cik.. Tetapi sehinggalah ke hari ini dia terus membisu. Mungkin Cik salah, Cik akui dengan meminta maaf namun dia terus membisu. Cik masih lagi tertanya-tanya adakah Cik masih lagi bersama dia atau dia dah tak anggap Cik sebahagian dari hidup dia. Sehinggakan menjadi tanda tanya di atas status hubungan kami. Cik menjadi sedih hanya kerana Cik 'marah' terus dia mencampakkan Cik macam tu aja.. So simple. Hanya kerana dia terluka dia dengan mudah menyingkirkan Cik dari hidup dia. Hanya kerana Cik hilang sabar terus Cik di cop tidak memahami dia. Hanya kerana Cik hilang sabar dia menjadi tawar hati.. Sedangkan begitu lama Cik bersabar menunggu dia... :-)
Dalam tempoh 3 bulan hubungan ini bagaikan permainan layang-layang. Ada waktu dia bagaikan menarik Cik untuk dekat kepadanya, tetapi apabila Cik dekat dia menjauh. Allahu akhbar sesungguhnya Cik merasa tersiksa. Dalam keadaan begitu siapalah yang lebih dekat dengan Cik yang ada untuk Cik meluahkan rasa. Kerana tiada siapa yang faham situasi ini. Semakin hari Cik nampak hubungan ni semakin sulit, Di tambah pula kewujudan 'Insan' yang tidak di undang yang Cik tak sedar bila kewujudanya. Merayu kasih kepadanya. Hati menjadi semakin rapuh. Adakah sejarah hitam tu akan berulang lagi dalam hidup Cik.. Sesunggunya hanya kepada Allah Cik mengadu.
Siang malam doa tak putus-putus untuk Allah berikan petunjuk ke jalan kebenaran. Ya Allah.. Kau ujilah aku sehebat apa sekalipun pasti akan aku tempuh sehingga ke titisan terakhir. Sepayah apa sekali pun aku tekun melakukannya sehingga aku berjaya mendapatkan apa yang aku mahu. Tapi Ya Allah.. Bila kau uji aku dengan cinta manusia aku gagal....... Sedangkan kau tahu itulah kelemahan aku. Berkali-kali kau uji aku dengan ujian yang sama tapi aku sentiasa gagal.. Sampai bila Ya Allah.. Sehingga aku buntu untuk memilih jalan untuk keluar dari kesesakkan ini.
Sepanjang 3 bulan ini Allah lah pengubat hati luka Cik. Apa yang ada inilah kekuatan yang Allah kirimkan kepada Cik. Cik tak mahu hidup macam Zombie. Bagaikan mayat hidup. Cik cuba untuk sibukkan diri sehinggakan Cik tiada ruang untuk diri sendiri. Sabtu dan Ahad pun Cik tak duduk di rumah. Asal ada kerja pasti Cik ambil peluang tuh. Dan sejujurnya Cik penat.. Tapi setiap detik kepala Cik hanyalah teringatkan dia. Kenapa Ya Allah sehingga hari ini Kau masih belum mahu untuk mengambil semula rasa ini. Kenapa kau masih belum mahu memberi rasa putus asa dalam harap Cik. Sedangkan dia mampu berbahagia di atas tangisan Cik. Sejujurnya Cik cemburu.
Sehinggalah Cik faham tentang 'Redha' dan 'Takdir'. Perasaan cinta ini adalah ujian untuk Cik. Rasa Cinta tak semestinya bersatu. Rasa rindu tak semestinya bersambut. Kehendak kita tak semestinya sama dengan kehendak Allah. Walaupun kehendak itu Ciptaan dari Dia. Rasa cinta ini adalah 'Anugerah' yang Allah berikan kepada Cik. Seharusnya Cik terima dengan Redha. Ianya adalah amanah yang harus Cik pikul. Selagi Allah berkehendak ianya di dalam hati Cik maka kekallah ia di bawah jagaan Cik. Takkan Cik khianati Amanah ini walaupun tidak bersambut lagi. Ianya kerana Allah. Hadirnya rasa cinta ini kerana Allah.. Cik mencintai dia kerana Allah yang berkehendak seperti itu. Dan suatu hari andai kata hati ini tidak lagi ada perasaan Cinta terhadap dia. Itu adalah kerana Allah ingin menggantikan yang baru, Di atas keredhaan Cik menjaga amanah ini. Bukanlah kerana Cik mengkhianati perasaan ini.
Allah tidak akan mengambil sesuatu yang kita sayang melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik. Walaupun pada pandangan Cik dia adalah 'Terbaik' dia 'Sempurna' untuk Cik. Cik akan rasa beruntung andai memiliki dia. Cik tak tahu kalau Allah mengatakan ada lagi yang lebih baik dari itu untuk Cik. Cik tak boleh bayangkan sebaik apa manusia yang di janjikan itu. Kerana cik merasakan 'Lelaki Idaman' yang Cik dambakan sudah Cik miliki. Namun Allah mengetahui apa yang Cik tak ketahui. Mungkin ketika ini Allah sedang merancang sesuatu untuk Cik. Yang Cik tak tahu apa.. Tetapi Cik berpegang teguh dan yakin kepada janji Allah "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat". Jodoh kita adalah cermin kepada diri kita sendiri. Kerana dia adalah sebahagian dari kita. Jadi janganlah bersangka buruk dengan 'Takdir' atau musibah yang melanda.
Mungkin dia adalah seorang yang baik. Tetapi Cik yang tidak baik untuk dia jadi Allah ingin mendidik Cik menjadi baik dulu. Kerana dia seorang yang baik tak layak untuk Cik ketika itu. Sehinggalah Cik betul-betul bersedia. Supaya dia nanti dah tak susah-susah lagi untuk mendidik Cik bila berkahwin nanti. Bimbang kalau selepas kahwin nanti dia tak mampu untuk merubah Cik dengan dia-dia sekali terheret hanya di sebabkan Cik.
Atau mungkin juga sebenarnya kami dua-dua baik. Tapi bila kami bersama ianya hanya akan menambah dosa kami kerana bercinta terlalu lama sedangkan jodoh kami lambat lagi. Lalu Allah menurunkan musibah di atas hubungan ini, Bagi menjarakkan kami. Agar kami tidak tergolong di kalangan orang-orang yang berdosa kerana cinta yang tidak halal.
Atau Sebenarnya Allah memang ingin memberikan syurga kepada Cik. Sebab dia sayangkan Cik maka dia berikan ujian ini untuk Cik. Sekiranya Cik sabar dan terus istiqamah ke jalanya.
Atau sememangnya dia itu tidak baik untuk Cik. Kerana Allah mengetahui apa yang tidak hambanya ketahui. Yang pasti apa yang Allah lakukan pasti bukan untuk menganiaya hambanya. Cuma mungkin perjalanan ke arah kebaikkan itu agak sulit.
Cik dah dapat kunci untuk segala masalah ini. Iaitu keredhaan. Bila Cik Redha dengan rasa ni.. Jiwa Cik menjadi tenang.. Bila Cik cuba singkirkanya ianya menjadi gelisah. Bukankah lebih baik Cik layankan sahaja perasaan ini? Hehehe... Biarlah orang nak kata apa pun. Asalkan Cik menjaga 'Amanah' kerana Cik tak mahu di salahkan suatu hari nanti di Akhirat kerana memungkiri atau mengkhianati rasa Cinta yang Allah anugerahkan ini. Kerana matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk kembali ke tempat asal kita. Kalau kita tak mampu kembali semula dimana kita bermula. Kita GAGAL yang nyata. Cik tak mahu.. Mati itu pasti, Akhirat itu pasti. Janji Allah itu benar.
Cik harap dalam tempoh sebulan ini Cik mampu untuk mendapatkan kehidupan Cik yang normal. Buat sementara ni eloklah Cik perbetulkan diri dulu dengan Allah. Cik sedang belajar untuk menjadi seorang yang 'Redha'. Biarlah Cik jadi redha dengan ketentuan Allah kerana ianya Ikhlas.. Berbanding Cik 'Pasrah' kerana tak ada lagi kemampuan maka harus menyerah secara paksa rela.
"Allah bukanlah lah tak tahu.."





No comments:
Post a Comment