Pada tanggal 3 Disember 2001 Jam 10:40 Pagi, Cik mendapat perkhabaran bahawa Ayah Cik telah di jemput Allah untuk kembali ke tempat asalnya..
Siapa sangka pada 28 November adalah kali terakhir Cik tengok Ayah.. Sebab Mama nak bawak Ayah berubat di KL.. Masa tu sebenarnya Cik dalam hati memang tak nak sebenarnya mama bawak ayah pergi.. Tapi cik tak daya nak halang.. Sebab untuk kebaikan Ayah.. Mama cakap nanti 6hb mama balik.. Cik diam jer... Duduk depan ayah tapi Cik tak sanggup nak tengok Ayah.. Sebab Cik taknak Ayah tengok Cik nangis depan Ayah... Lepastuh Ayah panggil... "Adik..Sini.." Sambil tepuk lantai sebelah dia isyarat suruh Cik duduk di situ..Cik pun bangun and duduk di situ.. Dia terus cium pipi Cik.. Cik memang dah nak nangis tapi Cik tahan... Tak mau ayah nampak Cik sedih.. Dia cakap.. "Ayah nak pergi ni.. Adik jangan nakal-nakal!". Cik memang tak tengok langsung muka Ayah... Cik tak boleh tengok.. nanti Cik sedih... lalu Cik jawab.. "Mana ada orang nakal.." Itu kali terakhir Cik cakap dengan Ayah.. Lepas tu masa ayah nak bertolak dengan Mama, Kakak and Abang.. Cik salam dengan Ayah.. Masa diorang bertolak tu.. Ayah dah tak tengok Cik lagi.. Dia banyak termenung.. Mama cakap nanti 6hb mama balik dengan Abang.. Cik pun ok lah.. Memang Cik tak rasa apa-apa pun.. Cik tunggu 6hb.. dua hari diorang pergi tanpa khabar berita.. Mama ayah langsung tak call.. memang Cik bajet tak ada apa-apa masalah.. Hari Rabu, Abang balik rumah sebab cuti dia dah habis.. dia ada cakap.. "Ayah haritu muntah darah.. mula-mula hitam pekat.. lepas tuh darah merah.. banyak gak arr keluar.. pastu putih balik macam biasa.." Cik rasakan itu normal.. sebab Abang kata muntah tu lepas berubat..
Ayah disahkan menghidap Kanser Hati pada tahap Empat oleh doktor pada 13 Oktober 2011 kerana doktor gagal mengesan penyakit sebenar Ayah setelah menjalani pemeriksaan dan rawatan selama 13 bulan di Hospital Seberang Jaya. Dan bila dapat tahu Hospital telah menolak kes Ayah dengan alasan tak mampu untuk berbuat apa-apa lagi dan hanya berserah.. Kerana itu kami sekeluarga mengambil keputusan untuk merawat ayah dengan kaedah yang lain..
Pada hari sabtu mendapat panggilan mengatakan yang Ayah muntah-muntah darah, mama and kakak nak bawak pergi hospital.. dan dalam masa yang singkat Cik dapat sms dari kakak.. "Cik..Dr tengah berusaha..Dalam masa setengah jam kalau tak ada apa-apa perubahan...Terpaksalah kita bagi dia pergi....". Cik tergamam bila baca sms tu.. terus cik jadi kelam kabut.. dan Cik buat keputusan untuk pergi KL masa tu jugak.. dalam masa ayah tengah nazak Cik tak ada.. Cik ada di Penang.. sedangkan Ayah ada di Putrajaya dengan mama and kakak.. Cik hanya ada setengah jam.. Hanya Allah yang tahu keadaan Cik masa tuh... Kakak telefon masa doktor cabut wayar mesin bantuan hayat.. Dia cakap "Dik.. Doctor dah cabut wayar.. dia tak boleh cakap.. tapi dia boleh dengar.. ko cakap dengan ayah dik.." Masa tu Cik memang dah tak mampu nak tahan nangis.. Apa yang cik sempat cakap "Ayah.. Ayah...adik mintak maaf.." lepas Cik cakap macam tu terus Cik dengar suara mama.. Dia kata "Dik.. Ayah dah tak ada dik.... " masa tuh terus telefon mama matikan.. tinggalah Cik sorang2 kat rumah... (T_T) . Dalam setengah jam Cik dah kembali tenang.. Dan Cik Redha.. Ayah dah tak ada.. Cik telefon pakcik-pakcik Cik untuk maklumkan.. Sementara tunggu diorang datang Cik hanya duduk dalam bilik sorang-sorang.. Masa tu lah semua kenangan dengan Ayah bermain di fikiran..
Ayah orang yang cukup murah dengan senyuman dengan orang.. Peramah dengan siapa pun yang dia jumpa.. Ayah suka senyum..
Semasa Majlis Pertunangan Kakak Citan And Abang
Selama Cik 27 tahun Cik hidup di dunia ni.. Cik tak pernah berpisah jauh dan lama-lama dari Ayah dan Mama.. dan Cik pergi mana-mana pun pasti bertemankan Ayah and Mama.. bukanlah kerana Cik ni manja.. Tapi Cik rasa.. Cik lebih selesa kalau bertemankan keluarga Cik sendiri.. Dalam dunia Cik.. Cik hanya percayakan keluarga Cik.. Susah senang Cik.. hanya pada Ayah.. Mama.. and kakak yang ada... Cik akui cik memang kasar orangnya.. tapi merekalah orang yang paling Cik sayang... Hanya dengan mereka lah cik nak merajuk.. sebab hanya mereka jer yang akan pujuk cik... Hanya pada mereka jer bila cik betul-betul susah..dan mereka takkan tinggalkan Cik sendiri.. Ayah seorang ayah yang baik.. Ayah bukan seorang ayah yang garang.. Ayah adalah ayah yang paling sporting dalam dunia... Ayah memang seorang Ayah yang bertanggungjawab.. Walaupun di hina.. walaupun dalam poket tinggal 50 sen.. pasti dia takkan biarkan anak-anak dia kebuluran.. dia pastikan anak-anak dia dibekalkan ilmu yang cukup.. Pasal pelajaran tidak pernah ada kompromi.. Di atas pengorbanan Ayah lah Cik ada di mana Cik ada sekarang...
Ayah juga seorang suami yang bertanggungjawab... Sungguh adik kagum dengan ayah.. Ayah banyak berkorban untuk bahagiakan Mama kadang-kadang di luar kemampuan Ayah.. Tapi demi nak tengok mama dan anak-anak Ayah sanggup walaupun sebenarnya hati ayah menangis sorang-sorang.. Ayah tak pernah tinggikan suara dengan Isteri.. Sebab tu Adik selalu cakap dalam diri sendiri.. Pasti adik akan carik seseorang yang seperti Ayah untuk di jadikan suami... Seorang yang penyabar.. Penyayang... dan bertanggungjawab..
Ayah selalu cakap.. Adik ni tak pandai jaga diri sendiri.. macam mana adik nak berdikari... Ayah selalu marah adik.. Memang adik tak suka masa tuh... Adik tak suka Ayah marah adik masa tuh... Tapi semua yang Ayah cakap semua adik ikut... Cuma Adik tak mau tunjuk depan ayah... Ayah.. Sekarang ayah dah tak ada.. Mahu tak mahu adik kena jugak berdikari kan Ayah... Kakak dah Kahwin... Dia dah ada famili sendiri pasti dah tak sama.... Sekarang ni Adik cuma ada Mama jer... Insyallah.. Adik akan jaga mama.. Adik dengar cakap Ayah.. takkan melawan cakap mama.. takkan buat mama sedih...
Tiga hari lepas tuh.. Ayah muntah darah... Terus Admitted wad.. 9 hari ayah tak boleh makan.. Kena tahan kat CCU.. Dalam masa kena tahan hospital hari lahir Ayah.. Adik cakap kat mama... kita buat majlis kat Ayah.. Tahun ni ayah celebrate Birthday kat Hospital.. Mama buat baca yasin.. Adik ngan kakak beli Cheese Cake.. Tapi Ayah tak berani nak makan... So kita orang sedekah jer kat Doctor and Misi tuh makan...
Ayah ada cakap.. Kenduri kakak dah dekat.. Ayah sakit... Adik tau ayah sedih... Ayah jangan risau.. semua dah kami uruskan..
Kali terakhir sambut hari lahir Ayah yang ke 54 Tahun pada 25 September 2011 yang lepas.
Kek terakhir Hari Lahir Ayah
Masa hari kenduri.. Ayah minta adik cukur jambang Ayah.. Pertama kali adik cukur janggut Ayah.. dan jugak kali terakhir... Masa tu ayah sembang dengan adik.. Ayah tanya Adik.. "Adik bila pulak... bagitau lah ayah.. Adik dah ada kawan ke belum.. kalau ada bagitau lah ayah.." Cik terasa sebak sangat masa tu.. Cik cuba senyum.. Cik tak nak nangis depan Ayah.. "Entahlah yah.. belum sampai jodoh kot..." Ayah tanya lagi.. "Takkan tak ada.. kawan.. bagitaulah Ayah.. mana tau kalau Ayah mati macam mana adik tak nak mengaku Adik tak nak tunjuk kat Ayah ker?" Cik tak tau nak jawab macam mana soalan Ayah tuh... Masa tu lah Cik rasa sebak sangat... Sebab Cik tak mampu nak tunaikan hajat Ayah yang satu itu.. Cuma apa yang mampu Cik cakap hanyalah.. "Insyallah Ayah.. satu hari nanti Adik bawak jumpa Ayah.. Adik takkan sorok.. Insyallah.." (T_T)
Ayah berhajat untuk jemput Anak-anak yatim datang kenduri kakak..Hajat Ayah untuk beri makan anak-anak yatim makan pada hari tersebut di tunaikan Allah... Alhamdulillah... Hari tu Ayah bagaikan di beri tenaga tambahan oleh Allah.. Setiap sahabat, sedara mara yang hadir semuanya Ayah tak lekang dari mulut ucapan "Maafkan Noor.. halalkan makan minum.. kalau ada tersalah silap..dunia Akhirat.." Setiap jemputan yang hadir itulah yang keluar dari mulut dia..
Malam selepas kenduri.. Ayah mama abang and kakak berkumpul dalam bilik Cik.. Memang sepanjang kenduri tu Ayah tidur bilik Cik.. Kami bersembang anak beranak.. Ayah gembira sangat malam tu.. Antara ayat yang dia cakap ialah.. "Dik... Ayah dah ada anak lelaki..." dia gembira sangat masa tuh.. hajat nak ada anak lelaki tercapai.. Hari tu.. Ayah cakap.. Ayah teringin nak makan nasi kenduri kakak.. Ayah dah lama pantang.. dia nak makan nasi kenduri.. Semua bagaikan faham.. Di berikan juga ayah makan walaupun sikit asalkan ayah dapat jamah... Ayah suka dapat makan nasi kenduri.. mungkin dah lama tak rasa nikmat makan.. malah berlaukkan kambing kegemaran Ayah..
Sebelum majlis bertandang minggu berikutnya.. Ayah ada bagitau mama.. "Semalam.. Semua orang yang dah meninggal kawan-kawan lama datang dalam mimpi.. Kawan baik ada datang ajak pergi minum.. tapi Ayah tak leh pergi.. Ayah kata ayah sakit... Ayah ni dah nak mati agaknya ma.." Mama cuma diam jer..
Ayah pernah Cakap.. Kalau apa pun jadi.. Ayah minta sangat.. biarlah lepas kenduri lepas semua dah selesai..
dan kalau boleh.. Ayah nak tengok kedua-duanya lepas... Nampaknya Allah dah tunaikan permintaan Ayah.. Betul-betul semuanya dah selesai.. 2 minggu selepas kakak kahwin.. Allah menuntut janji.. Ayah telah di jemput untuk menghadapNya.. Selesailah sudah tugas Ayah di dunia ini... Ya Allah... Ayah seorang ayah yang baik... Dia dah tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang Ayah.. Dia telah menjaga Amanah Mu dengan penuh rasa Ikhlas dan pengorbanan yang tanpa batas.. Tidak ada apa yang akan aku tuntut kelak Allah dari dia.. Kau ampunilah dosa-dosa dia Ya Allah.. Kau luaskanlah kuburnya.. kau jauhilah dia dari Fitnah kubur.. Janganlah kau siksa dia... Kerana dia seorang yang baik...
Tepat Jam 6:30 petang.. Van jenazah yang mengiringi jenazah Ayah selamat sampai di rumah.. Bagaikan tak kuat nak hadapi.. Cik menantikan Ayah pulang.. tapi kali ni Ayah pulang sebagai badan yang tak bernyawa.. Cik nampak Jenazah Ayah bagaikan dia sedang tidur... Wajahnya berseri... langsung tidak pucat... wajah Ayah menghadap ke kanan.. Alhamdulillah... Terasa tenang menghadap Ayah macam tu... Ayah orang yang baik... Sebab tu Allah sayang... Cik redha...
Dah sampai masa Ayah pergi.. Cik mengiringi ayah sampai ke tanah perkuburan.. pertama kali Cik jejak tanah perkuburan di malam hari tanpa ada rasa takut... Ayah.. Insyallah.. walaupun adik tak mampu nak tolong Ayah di dunia ni... Adik akan tolong Ayah.. Adik tak mampu nak beri kesenangan pada Ayah di dunia.. Adik selalu susahkan hati Ayah... Tapi adik mampu nak beri ayah doa seorang anak kepada Ayah... Insyallah.. Adik takkan menyusahkan Ayah kat sana... Insyallah.. Adik nak jadi anak yang solehah supaya doa-doa adik sampai kat Ayah... Amin... Selamat Tinggal Ayah... Adik sayang Ayah...♥
Selamat tinggal Ayah.. Mudah-mudahan kita akan dipertemukan lagi satu hari nanti.. Adik akan sentiasa doakan Ayah..
NOOR BIN ISMAIL
25 SEPTEMBER 1957 - 3 DISEMBER 2011
Tiada lagi doa seorang Ayah yang akan di makbulkan oleh Allah Untuk Cik Arin




6 comments:
Assalamualaikum,
Wahai Allah, ampunilah NOOR BIN ISMAIL, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
Semoga Cik Arin tabah menghadapi dugaan ini. "Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariah, anak yang soleh yang mendo'akannya dan ilmu yang bermanfaat sesudahnya" (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad).
Banyakkanlah berdoa agar arwah ayah tenang di sana.
Sedih baca entri ni.
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah dan berada dikalangan org2 yg beriman...amin..
as salam...
tiada yg dapat kekal dgn nya kecuali doa anak yg soleh ... banyakkan lah berdoa... n semoga anda tabah..
salam ziarah n salam ukhwah...
Takziah arin.
Semoga arwah Noor Bin Ismail ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.
And arin terus tabah teruskan hidup ya! *hugs*cabul
be strong n be brave dear....your dad is really a nice guy...pray for him....that is the only thing you can do to help him there....:)
Al-Fatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Be strong...
p/s: lama tak tt..
Post a Comment