Pages

PENAJA

♥ Sweet September ♥
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, November 12, 2012

Yee Mee Kuah Kicap ( Daging Lembu)

Sempena raya haji banyak bekalan daging dapat.. Asyik makan bihun sup saja sangat bosan. Sesekali apa kata tukar... Kita buat Yee Mee pulak.. Yee mee ni kalau yang tak tau macam mana rupa dia.. mee yang orang buat hot plate tu.. aaaa kat super market ada carik jer. Jadi resepi kali ni ialah 'Yee Mee bersama kuah kicap daging lembu'. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan A. membuat kuah :-

Tulang lembu dan isi
1 labu bawang putih (Di kisar)
1 biji bawang besar (Di kisar)
4 cm halia (Di kisar)
1 liter air
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa
5 biji telur
Tepung Gandum (Di bancuh)

Bahan - bahan B

Sebungkus yee mee di celur(Sebungkus ada 5 ketul)
Sayur sawi (Di celur)
Ayam goreng  (Di koyak - koyak)
Daun bawang (Di hiris nipis)
Cili api (Di hiris nipis)
Bawang goreng (Untuk ditabur)
Limau nipis
Lada sula

Cara penyediaan :

Panaskan minyak dan periuk. Kemudian masukkan bahan2 yang telah di blend ( Bawang putih, Bawang besar dan halia) . Tumiskan sehinggan wangi. (Sampai hilang bau asal bawang putih).

Bila dah kekuning-kuningan tuangkan air 3/4 periuk. Kemudian curahkan kicap manis (Sampai kuah tukar warna kicap). Kemudian masukkan daging dan tulang rebus sampai empuk.

Bila dah empuk daging tadi.. (Jangan tunggu tulang tu empuk.. memang sampai ke pagi lah tak lembut huhuhuh). Boleh tambah air lagi, Ikut secukupnya. Kemudian rasa lah kalau tak cukup rasa boleh tambah kicap lagi. Kalau terlalu manis dan suka masin sikit tambahlah garam.

Sementara tu pecahkan telur pada bekas lain kacau telur tu macam korang nak buat telur dadar tuh. Bila dah sudah kacaukan kuah tu secara bulatan dengan laju biar dia berpusing. Kemudian dalam masa yang sama tuangkan bancuhan telur tadi jangan berhenti mengacau yer.

Nanti kita akan nampak egg floss terbentuk pada kuah tu.. tunggu mendidih. Bancuh tepung gandum dengan air. Kemudian boleh masukkan dalam kuah untuk memekatkan kuah. Boleh juga guna tepung jagung.. Tapi penat lah kan sebab nak pakai banyak.. huhuhu..

Dah siap kuah.

Amik mangkuk.. masukkan yee mee. Taburlah segala bahan-bahan B tu. Dah boleh di hidangkan..!!~
Selamat mencuba. Kalau tak suka daging lembu boleh digantikan dengan ayam and mushroom..!!~


Hidangan ni boleh di makan untuk 8 orang. 

(^_^)v!!~

2 comments:

Kuazue Mohamad said...

wah. ..mcm beh... t nak try juger lah.. yee mee tu tak yah celur ke hapa ker?

Cik Arin said...

Kuazue.. yee mee tuh kenalah celur.. macam celur meggi tuh.. keras nak makan nanti hehehehe...!!~