Masuk office on pc.. tengok-tengok fb.. dah tu berangan kejap.. lepas tuh update blog neh..
Sebelum tu Salam Maal hijrah untuk semua.
Sempena Maal Hijrah ni Cik rasa cik nak ubah sesuatu dalam diri Cik.. Iaitu nak lebih banyakkan berdiam. Nak jadi pemerhati jer. Sebelum ni Cik suka banyak bersuara but starting for today i trying to less my words. I guess now people have new communication style. True silence everything can solve. Without words people can understand the message. I guess so. Sounds interesting ya.. Words less.. mean Sins less.. right?
Ya lah.. Kalau Cik tak suka sesuatu cik diam.. kalau cik tak faham sesuatu cik diam.. kalau orang pijak kepala cik pun cik diam.. orang tipu cik pun cik diam.. banyak keadaan boleh diselamatkan dengan berdiam.. Pendek kata kalau aku diam tu ko faham lah..
Lepas tu tolong jangan keluarkan perkataan ni "Kenapa tak bagitahu?". "Kalau tak pasti kenapa tak beritahu" . "Kalau tak suka kenapa tak cakap" . "Lahhh kenapa tak cakap??" lagi apa lagi ayat-ayat yang seangkatan dengan nya?
Lepas tu nanti boleh lah up status kat FB "Ku pendam sebuah duka" lagi "Biarlah ku tanggung semua derita ini asalkan dia bahagia". "Diam lebih baik dari berbicara". "Senyum tak perlu kata apa-apa"
lagi - lagi apa lagi status terbaik boleh keluar kat FB sebagai lambang pemberontakkan jiwa - jiwa yang selalu kata "Diam itu adalah jalan terbaik"?
Pastu bila sampai tahap tak boleh tahan sebab tak nak berterus terang up lagi status kat FB. "Aku dah lama bersabar berdiam tapi kau masih lah melakukan hal yang sama!!~" soon naik lagi status "Gua diam lu hentak gua.. kalau tak puas hati jom lah kita lawan" Macamlah kalau dia up status kat FB tu orang yang di kutuk tuh leh baca isi hati dia.. Oooppss..!!~ Depan-depan lu tak nak pulak cakap lu punya tak puas hati.. belakang dia lu caci maki dia.. lepas tu buat tindakan sendiri yang lebih memburukkan keadaan. Sedangkan komunikasi dua hala tu penting. what type of this we call? Hypocrite.
Bila pilih untuk diam, Orang yang salah akan terus membuat salah. Orang yang keliru akan terus berada dalam keadaan keliru. Orang yang merasakan diri dia betul akan terus merasa betul. Memang ada kalanya dalam perbincangan akan ada kalah dan menang tapi itulah cara orang yang berfikiran matang menyelesaikan sesuatu isu. Apa yang terjadi di dalam perbincangan itu cukuplah setakat di situ. Andai dikatakan kita kalah dalam perbincangan itu terimalah kenyataan bahawa tak semua tindakan dan kata-kata kita tu baik untuk sesuatu keadaan.
Di dalam kehidupan berumah tangga tu sendiri komunikasi adalah penting. Saya yang tak pernah merasa kehidupan berumahtangga pun, TETAPI saya tau komunikasi dua hala tu penting. Sebab tu kena rajin membaca dan mencari ilmu melalui bertanya. Pertanyaan juga adalah satu jalan komunikasi. Dan apabila saya bertanya itu sudah tentulah saya betul-betul tak tahu dan buntu. Selagi saya tak bertanya bermakna saya masih lagi boleh selesaikan atau mencari jawapan sesuatu hal itu dengan cara saya sendiri. Dan apabila saya mencari jawapan dah tentu ianya untuk diri saya sendiri dan ianya tidak akan terkeluar selagi tidak ada orang lain yang mahukan jawapan itu. Orang lain tak perlu tahu apa yang saya tahu. Kerana saya tak mahu berkongsi kepada orang yang tak mahu tahu. Kerana saya menghormati pendirian masing-masing. Dan saya akan cuba untuk mengikuti cara mereka.
Apa yang saya nampak orang-orang yang memegang prinsip "Diam itu lebih baik" kebanyakkan nya mempunyai jiwa pemberontakkan. Mereka tidak puas hati dengan seseorang tetapi mereka tidak mahu melepaskan. Mereka mengambil tindakkan sendiri dengan membuat keputusan berdasarkan emosi. Dan ada sesetengah nya hidup tidak ceria. Dan ianya akan lebih memburukkan keadaan.
Ketika anda menyatakan pendirian, pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk mengakkan pendirian anda. Agar tidak ada sesiapa yang boleh menggugat pendirian anda. Selagi pendapat anda itu boleh disanggah selagi itu lah pendirian anda tidak kukuh. Sekiranya anda boleh menjawab setiap persoalan di atas kekeliruan insan lain terhadap pandangan anda bererti anda tahu apa yang anda lakukan ketika ini dan anda dah bersedia untuk menanggung segala risiko yang akan anda dipertanggungjawabkan dengan keputusan yang anda buat.
Diam itu memang perlu. TAPI setelah anda tidak mampu menegakkan pendapat anda. Selepas itu anda memang kena ikutlah pada pihak yang menang dalam perbincangan tu. Itu yang selalu saya lakukan. Kadang-kadang apabila saya merasakan sokongan terhadap pandangan saya kurang, memang saya berdiam dan menurut kehendak dan cara pihak yang menang. Saya tidak akan mengkhianati mereka. Malah saya akan memberi sokongan terhadap mereka. Kerana mungkin cara mereka itu lebih baik dari saya. TAPI mereka kena pastikan yang mereka lakukan dengan baik. Kita harus memberi peluang kepada semua orang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Bukan hanya merasakan diri sendiri jer betul. Ini setengah orang apabila pendapat mereka diketepikan mereka tidak berpuas hati lalu membuat haluan masing-masing. Ini yang menjadi perpecahan. Dan akhirnya kekuatan batalion yang kuat bila bersatu tu menjadi lemah kerana berpecah.
Dalam komunikasi sebenarnya tak salah kalau kita mengalah. Kita harus ada sikap terbuka dan menerima apabila pendapat kita diketepikan. Kerana setiap orang mempunyai caranya masing-masing. Tetapi tak semua cara kita boleh ikut. Hidup haruslah fleksibel. Dalam kejayaan sesuatu institusi adalah bukan dari satu kepala. Tetapi kerana ramai kepala yang mempunya pelbagai variasi idea yang membuatkan sesuatu institusi itu maju dan kukuh. Ditambah pula dengan Ketua yang pandai menilai.
Jadi inilah hanyalah pandangan peribadi Cik Arin jer. Dan inilah yang cik aplikasikan dalam kehidupan Cik. Alhamdulillah selama mana Cik mengamalkan cara ini hidup memang kurang masalah. KECUALI jika cik berhadapan dengan orang yang tidak mahu menerima pakai pandangan Cik. Tapi itu pun tak ada masalah. Cik akan ikut cara orang itulah. Tapi setelah cik ikut cara dia tiba-tiba dia masih juga gagal memperbaiki keadaan dan masa tu dia mengaku cara dia salah. Masa itu jugaklah Cik akan gunakan 'peluru' yang selama ini Cik simpan untuk tembak tepat ke jantung dia. Sebab apa? sebab dia taknak dengar kata.. hahahah... bukan Dendam ya. Tapi macam yang saya cakap tadi. Saya memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati cara masing-masing tetapi mereka harus bersiap sedia untuk dipertanggungjawabkan di atas sebarang kegagalan pandangan mereka (^_^)v!!~
Okek lah.. prefer to be silence : Mode : On
No comments:
Post a Comment