Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, November 13, 2012

Beriman ker?

Bila orang tanya macam manakah calon pilihan untuk seorang perempuan untuk di jadikan suami? Confirm jawapan yang diberikan "Beriman.. Penyayang.. " yer ker? atau sebenarnya "Kalau boleh nak yang berjawatan tinggi.. Handsome atau berduit..?" Hahahah... Kadang-kadang macam kelakar dengan jawapan hipokrit sesetengah orang.. Agak-agaknya kalau datang kat korang tu betul-betul ustaz ngajar skolah pondok yang sifatnya zuhud cakap lemah lembut.. dan hanya kalau berkereta pun asal boleh jalan jer..  Janji ada bentuk kereta walaupun sekadar Ford tahun 70 an korang mahu? dan korang kata janji beriman dan penyayang..  *smiLe.

So.. jadilah diri sendiri dalam menyatakan sesuatu hal.. Jangan nak menarik perhatian orang jer... Paling syiok ayat akan keluar " Terima dia seadanya.." Yerlah kau terima lah... sebab kan kau tau dia ada harta.. Cuba dia tak der harta.. Mau kau terima? Tak payah cakap lah.. berapa ramai kalau dah jadi isteri tak reti nak bersyukur dengan apa yang suami beri. Semuanya Cik dah pernah tengok depan mata.

Tapi cik tak nafikan ada dikalangan isteri-ieteri yang betul-betul redha dengan susah senang suami dia. Tapi isteri tu bukanlah dikalangan yang warak.. Dia liberal macam Cik Arin jugak. Tapi dia redha dan setia dengan suami dia. Sebab Cik pernah jumpa. Mungkin itulah sebenar-benarnya cinta. Ada statement Cik tengok "Perempuan tak suka lelaki dalam hati ada taman, Tapi suka yang beriman..". Apa yang Cik boleh cakap, Statement tu tak berapa nak tepat. Cik tak cakap ianya salah 100% yer. Tapi cik rasa ramai perempuan yang akan sokong pandangan Cik ni.

Let says.. Ada seorang lelaki Alim kalau berbicara dengan perempuan sangat malu.. Tunduk bila berhadapan dengan perempuan.. Kalau boleh dia langsung tak nak berurusan dengan perempuan.. Tapi dia seorang yang penyayang.. Yerlah selalunya orang yang Alim neh of course lah penyayang kan.. kalau tak dera orang.. pukul orang kira penyayang lah tuh kan.. Tapi bila kita bercakap dia lebih banyak diam.. Sebab dia tak pandai nak berkomunikasi dengan kita. Kalau ada hal penting baru boleh cakap.. Tak ada urusan tak boleh cakap.. Haram katanya... Kalau nak gurau-gurau manja sikit lagi lah tak leh kan.. Silap-silap hari bulan lepas kahwin pun terbatas.. Ha ha ha.. boring giler.. Mau kawin cakap kau buat hal kau aku buat hal aku.. itu tak per lagi.. kalau dia kuarkan arahan isteri patut patuh cakap suami? I say no mean no.. Tak ada tolak ansur.. Heh heh heh.. Itu type tak der taman punya orang ye.. Saya pernah tengok depan mata yer.. Cik tak tau kalau orang lain.. Tapi pada Cik Sorry saya angkat tangan. Mungkin Cik tak sesuai dengan orang yang macam ni.. Tak taulah kalau orang lain. Sebab yang baik untuk yang baik kan.. Cik tak berapa nak baik.. Cik mengaku jadi Cik tak rasa orang seperti itu sesuai dengan jiwa Cik. Tapi tak bermakna Cik ni type yang jahat..

Just ditakdirkan ada seorang lagi datang.. Kaki minum.. Kaki perempuan.. Tapi macho.. rupa paras not so bad.. duit? adalah sikit-sikit.. Tak derlah kaya sangat.. Niat hati nak berubah.. Jumpa lah dengan Cik Arin... Tapi dia kasar.. Bukan jenis pukul orang lah.. Tapi jenis kasar dengan lelaki dan perempuan. Konon nak nampak kelakian.. kalau berlemah lembut neh hilang agaknya kejantanan dia..Tapi dia dah tinggalkan segala benda jahat dia dulu neh.. Boleh dikatakan type kureng iman.. tak ada taman dalam hati.. Pun sejujurnya.. Cik tak suka.. Cuba bayangkan kalau kita call sergah kita "Hah kenapa?" Wohh sentap mak kau.. Cik kalau orang sergah Cik memang Cik sergah balik.. Lepas tuh kalau mau lah volume suara tuh tinggi kan.. Mana datangnya rasa hormat? Cik tak boleh nak hormat orang macam ni.. Walaupun dia kata dia dah berubah dan tinggalkan segala kejahatan dia dulu. Tapi kalau tak 'bertaman' dalam hati.. tak mahu!!~ Lagipun cik tak yakin dia takkan ulangi perbuatan dia dulu.. Tak per carilah orang lain.. Cik tak bersedia..

Kemudian andai kata orang yang datang macam ni.. Orang nya sederhana.. Dia tak lah warak sangat..Type of liberal juga.. Tapi dia tahu hal agama halal dan haram.. Menghormati semua orang.. Bila bercinta dia menghormati pasanganya.. Lembut... Layan kekasihnya bagaikan seorang puteri.. Matang dalam sesuatu hal.. Peka dengan perasaan kekasihnya.. Setia.. Flexible.. Sokong setiap apa yang Cik buat.. Tegur Cik kalau Cik melampaui batas.. Ada di saat susah senang Cik.. Dan mampu buatkan Cik tersenyum walaupun dia tak ada di sisi.. Ada sikit nakal.. Tapi dengan Cik jer.. hahah.. Ada sikit manja.. Dan tak melampaui batas.. Type of natural.. Sesekali dia ada jiwang... Dan dia bangga menyatakan kepada semua yang dia amat menyayangi cik... owhhh so romantic.. hik hik hik.. This is type lelaki yang ada taman.. Cik rasa ramai yang suka macam ni kan? Kalau dibandingkan dengan type no 1 beriman tadi? mana satu u all pilih?

Mestilah nak yang ala-ala aqasha dalam cerita tv 3 dengan adik rozita che wan tuh apa nama dia? lupa lah.. hehheeh... Tapi apa yang penting.. Jadilah diri sendiri.. itu lebih baik.. jangan jadi orang lain hanya kerana nak pikat seseorang.. Kerana kalau hati ni dia tak boleh nak duga.. Asal sampai masa pintu hati terbuka walaupun lelaki tu type yang macam mana pun dia akan terima. Sebab Allah tu tahu siapa yang sesuai dengan diri kita.. Selalunya dia akan bagi yang sama macam kita juga..

Sebab dia dah kata.. Yang baik untuk yang baik.. Kalau kita faham betul-betul baik tu bukan maksud Warak atau alim.. Tetapi hati dan keseuaian. Kadang kita tengok seseorang tu tak alim pun.. mungkin dia tak menutup aurat atau jarang menyertai majlis-majlis agama atau jarang bercakap soal agama. Tapi dia tak pernah melakukan dosa-dosa besar seperti minum, judi dan zina.. memfitnah.. membunuh.. cuma mungkin dia nampak seperti orang yang kurang beriman.. Tetapi dia mempunyai jati diri yang kukuh.. Dia tahu apa itu dosa dia tahu apa itu pahala.. Tapi bila berkahwin dia mendapat seorang yang rajin bersolat.. pandai hal-hal agama tetapi bersikap sederhana seperti dia juga.. Kenapa? Kerana Allah maha mengetahui.. Allah tahu dia adalah seorang yang ingin berubah tetapi kurang sokongan.. Jadi Allah bagi dia seseorang yang mampu menyokong dia agar dia cintakan agama dia. Macam tu lah maksud dia. Yang baik untuk yang baik..

Dan ada sesetengah kita tengok dia warak.. Tapi di dalam hatinya penuh perasaan cemburu dengan kelebihan orang lain.. Dia ada perasaan riak.. Pada dia semua orang tak beriman.. dia jer beriman bakal ahli jannah.. Kalau bercakap arab sahaja.. Dia pasti akan memilih orang yang beriman pada mata dia.. Tetapi hatinya juga pastilah macam dia.. Mungkin seseorang yang suka mengumpat.. Suka merungut... Wallahualam.. Jadi the best way.. jadilah diri sendiri..

Apa-apa pun saya suka lelaki dalam hati ada taman.. Walaupun orang kata bercinta sebelum kahwin tu Haram ke apa ker... For me.. Kalau dah Allah temukan suruh bercinta nak buat macam ner.. Yang penting pandai-pandai lah.. Dah jodohnya lambat.. Bercintalah dulu.. Asalkan tak melampaui batas.. Kalau setakat menjadi teman bicara di kala duka.. Apalah salahnya... *smiLe..

 



 

No comments: