Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, February 8, 2011

Pico-Pico : Accident..!!~

U all Pernah baca Entry cerita tentang Pico - Pico kan? Kisah kucing Cik yang paling Hyper.
Semalam Cik balik dari kerja.. Macam biasalah.. Kalau balik umah tuh sementara tunggu mama bukak pintu Cik akan singgah kat sangkar Kucing - kucing Cik and sembang dengan diorang tanya khabar.. Then bila cik tengok macam ada kurang kat dalam sangkar besar yang memuatkan 4 ekor kucing Jantan Cik. Kat rumah ada 2 sangkar besar and satu sangkar kecik.. Then Cik tengok macam ada yang kurang.. Radja ada... Memo ada... Kentoi pun ada... aikkk mana Pico-pico???? Then tanya mama.. "Mana Pico-pico?". Al maklumlah.. Famili memang tak pernah izinkan Pico-pico merayap tanpa pemantauan.. Sebab Pico-pico neh memang ramai yang memerhati jer.. Baik yang orang biasa yang suka akan kecomelan dia mahupun Myanmar yang suka makan lauk Sup Kucing..!!~ Mau ghaib nanti kucing Cik.. Kalau nak lepas pun dalam rumah jer.. Then kadang-kadang jer bawak dia jalan itu pun depan umah jer tapi bertambat.. orang ingat Cik bawak Anjing Sebab Pico-Pico Besar tak macam kucing biasa. Okek balik ke pangkal jalan.. Then mama jawab "Accident.. kena langgar.." Cik pun apa lagi... Terkejut beruk lah "Hah?!?! Macam mana boleh accident? mana dia? Hidup ke mati??" dah mula cuak.. "Hantar gi klinik.. Mulut dia darah keluar banyak.. tapi masa accident tuh dia boleh bangun lari balik rumah.. tapi balik darah dah meleleh - leleh..Terus mama ambik masuk dalam carrier bawak gi klinik.." Ngaaaa sah-sah lah dia terkena langgar time dia nak melintas.. sebab terkena kepala dia.. Mesti sakit.. Bayangkan lah kereta yang langgar.. laju plak tuh... Cik langsung tak salahkan Pico-pico sebab dia Haiwan. Akal tak ada.. Cik salahkan pemandu tuh... Dalam kawasan taman perumahan yang ko bawak macam nak lumba F1 tuh naper? Tak reti nak bawak sopan-sopan? Sampaikan Uncle Sia jiran sebelah rumah pun tak dapat nak cam kereta apa sebab punya laju.. Alih - alih tengok Pico-pico dah menggelupur.. and nak bangun balik umah.. dia sempat cakap kat mama "Eh you punya kucing kena langgar !!".



Inilah Pico - pico yang kena langgar

Then cik terus call doctor Tina. Doktor yang selalu merawat kucing-kucing cik. Tapi dia tak jawab.. Ngaaaa mesti tengah Bz.. Wahhhh hati memang sangat tak tenteram... Cik jadi takut.. Well perasaan ini hanya boleh di rasai oleh mereka-mereka yang ada pet jer.. Ada setengah tuh sampai jadi trauma and tak nak adopt pet lagi sebab kecewa di atas kematian or kehilangan. Jadi orang yang tak ada pet dia akan cakap macam ni "Eleh.. takat kucing jer... bukan mati anak pun.." haaaa cuba korang amik seekor anak kucing yang baru lahir.. then ko bela macam mana ko bela baby.. then korang akan tau rasa dia sama macam mati ahli keluarga!!~



Sangat tenang bila tengok dia kalau tengah tension

Then semalam Doc Tina bagi tau tru Cik punya FB yang dah stop bleeding.. dah beri ubat tahan sakit dan antibiotik.. Then dia cakap lagi yang rahang sebelah bawah patah.. OMG... Cik dah susah hati.. Sebab Pico-pico memang kucing yang sangat susah makan ubat.. sebab tuh kalau yang sakit itu namanya Pico-pico cik cukup susah hati.. sebab nak bagi makan ubat... Mahu berperang dengan dia neh. Yang lain tak per.. tinggal nganga mulut campak ubat jer.. tapi kalau dia neh.. Aduhhhh.........!!~ inikan pulak rahang dia yang patah... (T_T)



Pico-pico tak suka makan ubat.. Harap Maklum

Doctor Tina kata hari ini kalau dia dah tak sakit petang boleh bawak balik... Ermm... alamat pico-pico akan jadi kucing busuk selama dia tak baik lagi.. sebab of course bulu akan comot dengan kesan darah.. kesan ubat... dan itu tak termasuk lagi kesan AD DIet yang mana pico-pico tak boleh makan royal canin.. sebab rahang awak tak boleh mengunyah.... Lain kali nakal lagi.. melompat lagi dari sangkar... Grrr...!!~



Tak payahlah nak buat muka kesian.. Huh!!~


^Lega sikit Hati..^


No comments: