Hari ni genaplah 19 Tahun pemergian penyanyi tersohor Asia iaitu Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arsyad kembali ke Rahmatullah.. Walaupun dah 19 tahun pemergian Allahyarham, Segala jasa baktinya kepada industri muzik tanah air negara masih di kenang hingga kini. Cik teringat masa Cik kecik-kecik memang dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham. Dan Cik memang minat Allahyarham dari kecik.. Masa Allahyarham buat konsert mesti Cik nak tengok kat TV. Yang Cik masih ingat bila Allahyarham pakai baju bendera tuh dan cermin mata dia yang sempoi tuh.... Haaaaa baju tulah yang jadi ikutan Dato siti. Masa Allahyarham meninggal Cik baru darjah 2 heheheheh... So masa tuh tak pandai gi nak baca-baca gossip.. hak hak hak... Cuma tau baca buku skool jer.. "A..y.a.m yam Ayam".. hahahaha baru pandai mengeja (Tapi Cik dulu suka baca satu buku neh.. masa Cik kecik - kecik.. Ayah beli buku cerita Little Red Riding Hood.. Haaaa Cerita tuh lah lekat kat kepala Cik Sampai besar.. heheheh.. Cerita ni tak der kena mengena dengan ENTRY HARAP MAKLUM..!!~)(^_^). Heheheh... Melalut lah plak kan.....Antara Lagu - Lagu Allahyarham yang sering Cik nyanyi ketika mandi
Salam Terakhir
Balik Kampung
Dari jauh ku mohon maaf
(Ketika dengar lagu ni bagaikan tersentap jantung. Teringat Arwah yang sudah tiada sentiasa memohon maaf melalui lagu tersebut)
Pelangi Petang
Warisan
Bapak
Jauh Di Sudut Hati
Filem kenanganya adalah Cerita "Kami" yang mana lagu "Pelangi Petang" menjadi tema lagu tersebut
Serba sedikit cerita Tentan Allahyarham yang Cik dapat Dari Wikipedia.
"Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja."
Menjuarai Bintang RTM
mengkagumkan betapa Allahyarham disayangi seluruh rakyat Malaysia sehiggakan pada suatu hari Allahyarham hendak dirompak. Tetapi apabila perompak tu tengok itu adalah Sudirman terus perompak tu tak jadi nak merompak... Kagum kan.. sehinggakan perompak yang kita tahu kejam pun tak sanggup nak merompak seorang yang bernama Sudirman. Bila Cik dengar cerita ni.. Peribadi Cik akui.. Yang CIk terharu... Boleh bayangkan betapa mulia budi pekerti seorang yang bernama Sudirman. Kalau Allahyarham masih hidup... Cik nak jumpa dengan Allahyarham..
Namun sebagai seorang insan seni Allahyarham juga ada kisah duka di sebalik kisah hidupnya. Iaitu penceraian. Jodoh, Ajal dan Maut semua ditangan Allah Sang Pencipta. Dengan peribadi yang baik.. Mungkin kerana itulah Allah menjeput Allahyarham lebih awal untuk menghadapNYA.. Sesungguhnya tiada Cinta yang lebih Agung melainkan Cinta Allah kepada Hambanya.
Pada 17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
(Masa ni kan ramai yang Gossip Allahyarham sakit HIV sebab Allahyarham merahsiakan penyakit dan tidak menonjolkan diri.. Ishh betapa mentaliti masyarakat masa tuh.. senang betul buat tanggapan yang akhirnya jadi satu Fitnah.. Ish Ish Ish)
Namun, Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.
(Setelah Allahyarham Meninggal barulah terjawab penyakit yang dihidapinya adalah Radang Paru - paru. Ini memang Cik masih Ingat.. Bila dengar Allahyarham meninggal macam sedih sangat... Sebab Cik memang minat lagu-lagu Allahyarham and gelagat semasa di pentas.)
Populariti Allahyarham mampu melahirkan minuman Tin berjenama Sudir di pasaran.
Allahyarham juga mempunyai bakat dalam melukis karikatur
Owhh... Sedihnya... (T_T). Semoga Allahyarham Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dipermudahkan urusanya di sana...
25 Mei 1954-22 Februari 1992
^Al-Fatihah^









No comments:
Post a Comment