Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Sunday, September 2, 2012

Luahan rasa


Pertama sekali,
Sebenarnya ku kecewa dengan diri sendiri,
Aku sebenarnya tak sekuat mana,
Aku tak kuat lagi untuk bertahan dengan ujian ini,
Hati ku mula merasakan kosong,
Aku tak mampu lagi bertahan dengan kata-kata semangat,
Semangat ku entah hilang kemana,
Aku bagaikan Satu jasad tanpa jiwa.
Aku tak mampu berdiri lagi,
Aku hanyut di dalam dunia ku sendiri,
Aku letih sangat...
Merenung kisah semalam aku bagaikan kecewa,
Andai aku mempunyai kuasa aku mahu ubah semuanya,
Aku tak mahu melaluinya,
Kerana ianya mencampakkan aku ke dalam penderitaan yang tiada berakhir.
Yang tidak ada siapa yang akan faham.
Dah andai aku ada upaya aku ingin menggantikan 'Jantung Hati' ini dengan yang lain,
Lebih rela menjadi manusia yang tidak berperasaan andai kesanya ini yang terpaksa ku hadapi,
Andai ada kuasa yang mampu 'Format' balik otak ini aku ingin singkirkan segala sejarah lalu.
Aku nak jadi orang lain...
Aku letih...
Aku tak mampu pergi kemana-mana.
Sehingga hari ini aku belum nampak hikmahnya,
Yang aku tahu aku semakin hilang,
Dan terus sesat dalam perjalanku.
Jasad ku disini tetapi jiwaku melayang,
tidak akan ada siapa yang mengerti,
Kerana aku sendiri pun tak mengerti,
Aku hanya mahukan semangatku yang hilang
Untuk aku meneruskan perjalanan.
Kerana aku tak mampu kemana-mana..
Aku tak  mampu..
Aku bagaikan manusia yang sedang sakit,
yang memerlukan bius bagi meneruskan kehidupan.
Namun sehingga hari ini aku tak beroleh pertolongan,
Dan aku semakin hilang...
...


"..Hilang dalam Terang.."

No comments: