Alhamdulillah..
Dah habis semester pendek untuk sem neh. Next week dah start sem baru. Tapi kelas Cik Arin bermula pada 15 September 2012. Sem neh register 2 core subject iaitu Mechanics of Solid dan juga Mechanics Of Fluid. Mudah-mudahan tak adalah perkara yang aral melintang pada sem akan datang. Sebab Cik nak fokus to finish my studies in 2 years or 3 years. huhuhu.. Itu jer termampu paling cepat. Sebab nak habiskan 134 credit hours boleh tua macam tuh jer ha ha ha.. Apa-apa pun dah lepas dah banyak subject. Tinggal yang core sahaja. Target lepas neh nak further Masters pulak. Cuma mungkin tukar angin amik Masters Admin. Sebab now Cik nak fokus pada bisnes jadi sia-sia jer kalau amik Masters Engineering. Thats y i need to focus..focus.. hokek fokus!!~ heheheh... Tapi syukur lah Allah dah permudahkan sebab kakak Citan pun dah dapat transfer to penang. Jadi lepas neh agak mudah sikit lah. Cik boleh letak Study carta paling atas than bisnes. Apa pun bukan hal ini yang Cik nak story.. tapi hal lain.. ini mukadimah jer.. hak hak hak...!!~ c(:
Orite, sempena kita nak fokus urusan mencari harta dunia neh... jadi rasanya wajiblah hendaknya mengurangkan akses melayari muka buku yer kawan-kawan.. he he he... Dulu Cik suka buat ayat macam neh.. "Kalau tak habis belajar mama tak kasi kawen..!! So kena bagi habis belajar" hahah tu ayat propa Cik jer.. Mama tak pernah keluar pun ayat macam tu c(: Saja memeriahkan suasana. Bukan apa, Cik neh suka hilang fokus kalau dah mengarut kat alam maya neh. Maklumlah.. tipu daya dunia neh kan indah.. ecececec ayat... Jadi elok lah Cik mengurangkan aktiviti melayari FB neh. Cik dah boleh tinggalkan YM dan Skype. So tinggal FB neh jer tegar sungguh.. Okek dah perenggan kedua masih belum masuk tajuk utama.
So start from now.. Cik Arin nak slowdown sikit lah dalam virtual life neh. Memandangkan Cik dah tak nampak apa keperluan nya cik berada di situ melainkan tujuan mempromosikan bisnes Cik. Dan selebihnya hanyalah mengarut. Ditambah-tambah Cik rimas dengan sesetengah sikap manusia yang lebih suka menilai orang. Jumpa tak pernah.. Jauh sekali berurusan baik segi profesional atau peribadi alih-alih nak menilai orang? Menilai hanya melalui status seseorang anda dah rasa anda dah tahu cerita seseorang? For me kadang-kadang status atau pic yang Cik post itu hanyalah kerana Cik suka gambar tu atau Cik suka ayat tuh. Dan kadang-kadang ayat tu terlintas di kepala dan Cik nak update status. Itu sahaja. Susahlah kalau kata ayat-ayat Cik nak tuju pada sesetengah individu yang tak ada urusan dengan Cik. Cik just share dengan kawan-kawan kalau mereka suka. Tetapi memandangkan terlalu ramai yang hidupnya penuh dengan pra sangka buruk, jadi rasa fed up lah. Kalau ada rasa tertuju tuh minta maaf lah.. itu mungkin sebab awak berdosa dengan Cik Arin so awak terasa. Tapi hakikatnya Cik Arin tak ada pernah nak ambik port sangat. Kadang benda yang betul-betul effect kepada hidup Cik pun cik tak amik port. Just buat tak faham jer. Ini kan pulak orang yang tak pernah berurusan dengan Cik. Hehehe..Tak apalah.. Cik maafkan kamu semua ye. So far bagi mengurangkan dosa kalian-kalian dan dosa Cik sendiri yang menambahkan dosa-dosa kalian. Kerana mulut-mulut korang tu kadang membuatkan orang benci dan memandang seolah-olah cik ni jahat. Jadi Cik rasa baik lah cik habiskan masa dengan blogging jer.
Cik aktif fb tu sebab ada sebab jer. Kalau tidak memang tak muncul lah. Sebab Cik punya akaun FB neh since FB zaman batu lagi. Korang tak kenal FB Cik dah main dulu. FB neh pada awalnya okek. Tapi kalau ada individu yang spesis mangkuk tingkat neh yang buat tak okek. Add orang just nak jadi batu api, just nak stalker all the activity than mengutuk itu yang Cik tak gemar sangat nak close dengan fb friends. Cuma yang okek.. okek lah.. Tak ada masalah. Biar dulu orang kata cik sombong cik tak kisah. kurang kawan tak apa jangan ramai kawan tapi musuh dalam selimut.
Memandangkan dulu sebelum aktif di dunia FB neh memang Cik seorang yang aktif blogging. Aktiviti Cik dulu adalah blogging dan blog walking. Baik Cik kawan dengan blogger lagi bagus. Lagipun Cik tengok lately neh cik punya traffic blog amat memberansangkan. Even kadang Cik posting bodo-bodo pun ada yang baca. Kalau yang share dekat FB dah confirm lah ada yang baca kan.. Dan entry yang cik tak share pun tinggi jugak ratingnya. Jadi orang dah muka kenal blog 'Hikayat Cik Arin'. So tak derlah rasa macam syok sendiri jer kan bila menulis. Cuma lepas neh cik kena lah jaga diri sikit sebab blog dah ramai yang tahu. Tak boleh lah suka-suka tulis merapu-rapu kan.. kekekeke... kang orang mengutuk Cik Arin hahaha.. korang neh bukan boleh c(:
So starting from today Cik akan kembali aktif menulis, Dan antara yang Cik akan share di blog ni ada 1st sekali dah tentulah pasal Cik kan... heheheh... Dah nama pun personal blog kan.. Dah tentulah cerita Cik Arin.. takkan tiba-tiba cerita Fasha sandha pulak kan.. ngumpat namanya tu.. ekekek... Selalunya cerita yang Cik suka share adalah tentang pandangan Cik tentang sesuatu isu, Resepi, Makan, Fesyen, Kucing, kecantikkan dan lain-lain hal yang tak melampaui batas. Dan tak lupa cerita pengalaman cik sendiri untuk di ambil iktibar. Heheh tulis blog sekali sehari jer.. So tak adalah nak effect time study kan.. kalau FB neh kadang ajak sembang-sembang dah panjang cerita ekekeke... Jadi fokus takkan lari.. kekek... lagipun takat nak share cerita dari blog neh dah terus link ke fb dah.. klik share je automatik post kat FB c(: So apa jadi kat FB tu malas nak ambik tau... ekeke.. masuk sekali-sekali jer time ada hal-hal penting. Tak ada perlu tak yah jengah.. lalala...!!~ (
So far traffic cik arin nya blog mencecah 44k okek untuk tahun neh... ho ho ho mana mai lah orang baca neh kan.. ini kalau Cik pasang google adsense mau kaya raya Cik Arin. Buta-buta jer leh gi legoland neh.. hahahah..!!~ Tapi tulah nak pasang google adsense neh kena tulis dalam English. Kalau Cik tulis english korang nak baca ker? Haruussssssssss!!~ Apa-apa pun Cik tak berminat nak tambah kekayaan melalui blog neh.. hehehe... Tengoklah nanti kot-kot berubah angin.. eheheh... Saja je mengisi masa lapang. Okeklah.. Nak sorok bawah meja jap... Jumpa lagi...!!~
"..Baik - baik saja.."

No comments:
Post a Comment