14 September 2012 (Pagi)
"..Anak kucing berusia lebih kurang 2 bulan ini ditemui oleh saudari Intan Natrah di hadapan sebuah klinik haiwan yang telah bertutup di Damansara Damai berhampiran tempatnya bekerja semalam. Beliau cuba membawa kucing ini ke klinik yang sama pagi tadi, tapi menurut doktor berkenaan tiada apa yang beliau boleh lakukan.
Kaki kiri belakang anak kucing ini patah terkulai. Sebelah lagi kakinya semakin bengkak dan bimbang ada kecederaan dalam jugak.
Natrah menghubungi kami untuk meminta bantuan transportation untuk kucing ini ke UPM memandangkan beliau tidak dibenarkan cuti. Natrah akan adopt kucing ini selepas rawatan.
Kami sedang mendapatkan beberapa sukarela dikawasan berdekatan untuk foster kucing ini satu malam sebelum di hantar ke UPM pagi esok. Doakan semuanya berjalan lancar. Semoga Tuhan permudahkan urusan rakan2 kami untuk membantu haiwan2 yang memerlukan. Amin.."
14 September 2012 ( Petang)
"..Anak kucing yang diselamatkan oleh Intan Natrah di Bandar Sri Damansara sedang dalam perjalanan ke Healing Room Subang dibantu oleh SCRATCHers yang kebetulan sedang MC.
Hang on there kitty!.."
15 September 2012
"..UPDATE ON KITTEN RESCUED BY INTAN NATRAH
Dukacita dimaklumkan, keputusan xray mendapati anak kucing ini patah satu kaki belakang dan kedua-dua kaki hadapannya. Kaki belakang yang terkulai terpaksa di potong dan sebelah daripada kaki hadapannya patah pada 2 bahagian di mana sekiranya dapat diselamatkan dan dapat berjalan semula, anak kucing ini akan cacat seumur hidup dan tak dapat berjalan dengan sempurna. Besar kemungkinan si comel ini telah didera dan dicederakan oleh oran
g tak bertanggungjawab melihat kepada kecederaan yang dialami pada kakinya.
Setelah berbincang dengan Natrah dan SCRATCHers yang lain, pembedahan membuang kaki yang terkulai sedang dijalankan. Natrah sudi menjaga anak kucing ini seumur hidup dan kami akan cuba membantu Natrah sebaik mungkin.
Sama-sama berdoa untuk anak kucing ni.
Sayang, kami mungkin tak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi padamu. Tapi kami berdoa semoga kamu akan lekas sembuh dan gembira disamping Mommy baru yang akan menjagamu sebaik mungkin sehingga kamu akan lupa pada penderitaan dan kesakitanmu. Bertahan ya sayang..."
Setelah berbincang dengan Natrah dan SCRATCHers yang lain, pembedahan membuang kaki yang terkulai sedang dijalankan. Natrah sudi menjaga anak kucing ini seumur hidup dan kami akan cuba membantu Natrah sebaik mungkin.
Sama-sama berdoa untuk anak kucing ni.
Sayang, kami mungkin tak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi padamu. Tapi kami berdoa semoga kamu akan lekas sembuh dan gembira disamping Mommy baru yang akan menjagamu sebaik mungkin sehingga kamu akan lupa pada penderitaan dan kesakitanmu. Bertahan ya sayang..."
Itu adalah kisah anak kucing malang ni yang telah di selamatkan. TETAPI dia terpaksa menanggung sengsara seumur hidup dia. Kerana kecacatanya. *Sad. Bila Cik tengok kucing ni semalam katanya kaki nya terkulai, Teringat masa Cik selamatkan Lulu dulu.
Lulu anak kucing jalanan belakang rumah yang selalu famili kami bagi makan, Suatu pagi tengok Lulu datang makan dengan kaki dia terkulai-kulai. Memang kesian tengok. So amik Lulu bawak pergi Veterina. Bila X-ray tengok kaki Lulu patah.. Dan otot pada bahagian abdomen dia koyak. Doctor tu kata yang bahagia atas tu tak boleh buat apa. Sebab Lulu tak kuat nak tanggung ubat bius. Sebab otot tu tak boleh baik sendiri, kena operate dan jahit. Jadi hanya kaki Lulu sahaja di rawat. Selepas beberapa bulan Lulu pun dah sihat dan boleh berlari-lari. Manja sangat.. Kawan main Cik Arin.. Tidur dengan Cik.. Kemudian satu hari Lulu dia nak mengawan. So dia bising-bising. Jadi Cik pun bawak lah ke veterina untuk mandulkan. Tapi sebabkan lulu ada kes pada bahagian abdomen dia. So doctor bagi pandangan.. Doc kata lulu ni ada risiko kalau operate takut dia tak tahan dengan ubat bius.. Kalau biar pun dia tak boleh kawin sebab dia pregnant dia tak mampu nak tanggung.. Jadi macam mana? So operate ke tak operate ker dia ada risiko untuk mati. So Cik kata kalau macam tu operate jer lah.. Sebab kalau tak operate pun dia terseksa. Kalau operate mudah-mudahan dia ada harapan untuk hidup. Than Doctor pun operate. Memang benar umur Lulu tak panjang. Dia mati selepas habis doktor buang rahim dia. Kata doctor dah tinggal nak jahit bekas jer. So bila dah mati doktor minta izin nak bukak tengok kesan yang koyak akibat eksiden dulu. Apa yang doctor dapat dia kata paru-paru Lulu sebelah dah mengecut sebab kesan dari koyakkan otot tu. Mean selama ni paru-paru lulu rosak sebelah kesan dari eksident tu.. Sebelum doc tanam Cik sempat tengok jasad Lulu.. Memang masa tu Cik menangis sangat-sangat.. Nasib baik masa Cik pergi tu kawan Cik yang drive. Kalau idak hehehe tak boleh nak bawak kereta.
So dari kisah kucing ni membuatkan Cik teringat dengan Lulu yang juga asalnya street cat. Cik tak tau nak kata.. Harap kucing ni boleh lah suvive. Dan Cik cuma nak tanya pada Ustaz and Ustazah wannabe yang kata apabila me'ngembiri' atau memandulkan kucing ini adalah Zalim kerana menghalang nafsu kucing tu. Adakah berbuat pada kucing macam atau haiwan lain itu tak zalim? Siapa lagi zalim? membiarkan kucing tu beranak banyak-banyak kemudian anaknya dipukul di langgar di siksa atau membuang organ sex kucing tu lebih zalim? Apabila kucing tu di 'kasi' dia langsung tak ada nafsu untuk mengawan. Jadi mana yang zalimnya. Kucing bukan manusia.. Kalau manusia kot lah.. Dah buang ada gak nafsu dia.. Contoh pondan. hahah.. c(: . Sedangkan JAKIM pun dah keluar fatwa tentang hal ini. Kenapa Ustaz or ustazah wanabbe neh tetap juga mengatakan zalim?
Fikirlah.. setahu Cik kan. Ustaz cik cakap dalam Islam ni tengok kepada kemudaratan. Yang mana lebih mudarat. Kasi ke mudarat atau biarkan mudarat? Kalau tengok kes kucing neh kalau kita tengok manusia sekarang neh zalim dia susah nak cerita, Kadang simbah hamba Allah tu dengan air panas.. So eloklah kurangkan bilangan kucing yang terbiar ni kan supaya dia tak bertambah. Lagipun kalau menurut kesihatan. Kucing ni kalau selalu mengandung dia tak sihat. Tapi kucing mana ada akal? Dia rasa nak mengawan dia carik jer.. lepastuh dia terpaksa bela anak-anak dia. Bukan macam manusia. Kucing tak tau macam mana nak merancang keluarga. Kalau belaan kita pun nak menahan dia dari kawin tanpa mandulkan larat nak tengok dia mengerang hari-hari.. bergolek-golek. Silap-silap dengan tuan-tuan dia karang.. Hahahah..!!~ Oppss (^_^)v
Kalau yang jantan tuh habis dia 'spray' merata-rata. Nasib tak baik kat sofa tu karang dia buat kerja. Korang jugak yang marah kan... Tapi dah dia tak boleh nak kawal macam ner? Dah lah tu baik 'spray' di tu lain macam jer.. Boleh pengsan.. itu yang kadang ada setengah rumah orang yang bela kucing neh berbau.. Pasal 'spray' ni lah.
So, whatever people says..Cik tak rasa tindakan memandulkan kucing adalah sesuatu yang Zalim. Mereka yang cakap zalim neh.. adalah mereka yang tak tahu apa pun pasal kucing... (^_^)
Tahniah kepada Natrah yang perihatin kepada makhluk Allah ini.. Dan kepada pencinta-pencinta haiwan yang lain.. Jangan biarkan mereka ini di zalimi.. Sebab mereka ini layak untuk hidup di bumi Allah ini !!~
".. Rest In Peace Pico-pico.."




No comments:
Post a Comment