Tidur hanya berbekalkan 4 jam sahaja hari Ahad semalam, Kerana kena pergi ke Nilai sebab ada job make up dengan NBC Wall Of Fame. Suppose kalau tak ada kelas hari sabtu tu mungkin turun awal dan bermalam di KL. Tapi ada kelas pulak dan habis jam 11 malam. Jadi terpaksa bangun awal dan bertolak ke Nilai sewal jam 6 pagi. Sebab kena sampai sana jam 11 pagi. Alhamdulillah.. Selamat sampai dah selamat balik hari yang sama jam 12.30 baru sampai penang semula. So ini tatapan untuk kawan-kawan yang rajin follow blog Cik Arin.
Actually project ini adalah untuk shoot DVD tutorial Make Over. Keluaran NBC Wall Of Fame, Yang mana dalam DVD neh Cik dan beberapa orang MUA di jemput bagi membantu Puan Nora Aziz menyiapkan model. Dalam DVD ni Kak Nora sebagai Tutor menunjukkan teknik-teknik Shading yang betul. Sesuai untuk pembelajaran. Bagi mereka yang nak tahu teknik solekan yang betul.
Cik Arin di gandingkan dengan seorang Model NBC iaitu Anies Annisah. So tugasan Cik hanyalah menyiapkan dia jer. Heheheh...
Alhamdulillah, Cik suka bekerjasama dengan dia. Sebab dia sangat friendly dan tak cerewet. Orangnya pun comel..
Jadi macam biasa, Setelah selesai semua kerja times for gewdiks lah.. dah semua pompuan kan.. kecuali dua orang jer lelaki.. iaitu videogrpher dan photographer ekekeke... Amik-amik gambar dan posing sakan..
Memang best bila dah berkumpul beramai-ramai buat kerja neh. MUA yang lain-lain pun sporting.
Jadi terima kasih kepada Kak Nora yang sudi invite Cik Arin untuk jadi MUA jemputan untuk projek ni.Tak sabar nak tunggu DVD tu berada di pasaran. Heheh kalau you all nak tengok hasil kerja Cik Arin nanti dapatkanlah DVD tu ek.. Insyallah.. Menurut kata Kak Nora bulan depan dah boleh dikeluarkan.
"..Lady Noor Inspirations.."






No comments:
Post a Comment