Pages

PENAJA

♥ Sweet September ♥
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, January 12, 2012

Resepi Cik Arin : Creamy Tripoline With Mushroom and Chiken Meetball

Hari ahad haritu mood memasak telah melanda jiwa. Lama dah tak makan masakan sendiri. Dapur pun kurang berasap. Teringin nak makan pasta. Tapi bosan asyik makan bologna jer.. so tukar kepada pasta yang.. Sebenarnya bukan tau sangat resepi pasta selain bologna. Jadi pergi tesco shopping barang. Ingatkan nak buat "Angel Hair". Sebab haritu makan kawan masak Angel Hair sangat sedap. Bagi yang tak tau Angel hair tu macam mana.. Dia pasta yang halus macam bihun. Dah tak der.. So tengok ada Tripoline and satu gi tak ingatlah cik nama apa.. macam spring bentuk dia tapi pendek macam macaroni. Cik tengok belakang bungkusan ni macam mana nak masak tripoline neh.. maklumlah cik tak pernah masak. Hah dia bagi resepi.. Ai like.. Kebetulan kat rumah arituh ada mascarpone and cream dan ada chiken meatball.. Orite just cari parmesan sahaja. Jom try buat!!~

Creamy Tripoline With Mushroom and Chiken Meetball


Bahan-bahan :-

1 bungkus Tripoline (Direbus hingga lembut dan di tos kemudian letak tepi)
Minyak Zaitun
Cendawan butang (Hiris nipis. Cik Arin pakai cendawan butang yang fresh)
Tomato (Di potong)
Bebola Ayam Ayamas (Potong tiga)
Keju Parmesan (Beli yang dah siap di parut untuk mudahkan kerja)
Keju Mascarpone
Krim
Bawang putih (Dicincang)
Mentega
Garam
Rosemary and origano
lada hitam
garam

Cara membuatnya :-
Langkah pertama :
Panaskan minyak zaitun dalam mentega kemudian tumiskan bebola ayam kemudian letak tepi

Kemudian panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan lada hitam hingga wangi kemudian masukkan mascarpone cheese dan cream kacau hingga sebati dan cair. Gunakan api kecil takut hangit. Kemudian masukkan tomato dan sedikit garam (Kalau ikut resepi dia tak ada garam). then masukkan bola ayam dan tripolin kacau sehingga rata. dan taburkan rosemary dan origano dan parmesan kacau dan tutupkan api. siap dihidangkan :-)

Selamat mencuba!!~

*Resepi Cik Arin memang tak letak jumlah bahan.. sebab cik selalu masak main agak2 jer ikut sedap rasa lidah hehhe.. so korang ikutlah citarasa lidah korang kan.. kalau lidah korang high taste.. high taste lah rasa dia hehehe :p

"Bisa kecur air liur!!~"

No comments: