Buat Cinta Hati..
Sebagai seorang gadis,
Aku juga mempunyai hati,
Aku di Ciptakan dengan Perasaan ingin mencintai dan di cintai,
Aku di anugerahkan Tuhan harga diri yang tinggi,
Sifat maluku mengatasi Cinta ku pada mu,
Sedangkan keinginanku mengatasi malu ku,
Telah ku katakan Hati ini hanya ada pada mu,
Telah ku cuba untuk mendekati diri mu,
Telah ku berikan kau seribu tanda agar kau mengerti,
Namun kau tetap menyepi,
Dan pintu hati mu tak pernah kau buka untuk aku kembali,
Kembali menyelami dasar hati mu untuk ku ukir cinta sejati,
Tembok yang kau bina terlalu teguh,
Apalah daya aku hanya seorang gadis yang lemah untuk memecahkanya.
Kau ibarat Matahari,
Yang di kelilingi bintang-bintang yang mengharap sinaran mu,
Sedangkan aku salah seorang dari mereka,
Bumi kasih yang mengharap sinar cahaya cinta mu itu,
Bila siang aku menyerah diri,
Bila malam aku mengharap siang kembali.
Cinta hatiku,
Luka di hati ku tidak pernah sembuh,
Hanya pada Tuhan tempat aku mengadu tatkala kesakitan menyerang diri,
Airmata ku tak pernah berhenti mengalir saat kau meletakkan jarak di antara kita,
Seringkali aku bertanyakan kepada Tuhan,
Apa sebenarnya?
Apa yang harus aku lakukan?
Dugaan apa yang telah dia berikan?
Kenapa kebahagiaan ini tidak pernah berkekalan?
Senyuman tidak lagi semanis dulu,
Siksanya tersenyum disaat dada terasa sebak,
Tiada siapa yang sudi mendengar kecuali DIA sang Pemilik Hati,
DIA sahaja pengganti dirimu wahai Cinta Hatiku,
Setiap hari Aku mohon DIA untuk berikan semangat untuk teruskan hari-hari sunyi ku.
Cinta Hatiku,
Sejujurnya aku amat merindui mu,
Ku lepaskan rinduku dalam diamku,
Setiap hari aku mencari bayang mu,
Andai tidak ku temui hati ku bertanya kemana kamu?
Mudahan kau selamat di bawah jagaan DIA,
Bila kau kembali tiada rasa lain di hati melainkan kelegaan dan rasa syukur,
Sejujurnya aku tidak pernah menjauh,
Walaupun kadang-kadang tindakan mu sering melukai hati ku,
Aku terluka di dalam diam,
Tapi apalah daya aku wahai Cinta Hati ku?
Aku hanyalah seorang gadis yang lemah,
Aku tak berdaya untuk menarik hati mu,
Aku tak berdaya untuk melawan arus,
Kerana Takdir bukan di tanganku,
Kerana aku tidak ada kuasa untuk memiliki mu,
Aku hanya mampu berdoa agar kau sedar yang aku tetap di sini,
Aku sentiasa menanti agar kau sedar aku tetap akan menunggu,
Sedar tidak sedar selemah-lemah aku,
2 Purnama genap kau membiarkan aku menjawab semua persoalan yang tiada jawapan.
Hanya pada Tuhan aku memohon petunjuk,
Situasi ini yang mengheret aku ke sejadah Istikarah Cinta.
Cinta Hatiku,
Allah yang memberi kekuatan untuk aku teguh berdiri di sini,
Allah yang memberi aku Kesabaran yang cukup tinggi untuk ku bertahan di sini,
Allah yang memberi penawar saat aku lemah,
Allah yang menggantikan mu saat aku rindu ingin berbicara dengan mu,
Allah yang memberi ketabahan di saat aku mengharungi gelombang ini,
Tanpa dia Aku bukanlah apa yang kau nampak hari ini.
Aku sering berkata,
Andai benar selepas taufan akan adanya mentari bersama pelangi,
Aku menunggu detik itu.
Cinta Hatiku,
Aku pasti akan sambut mu,
Andai kau kembali meneguruku dengan lafaz 'Assalamualaikum Cinta'
Aku pasti takkan membiarkan salam mu tidak terjawab,
Andai benar kau benar-benar mengerti dan mengenali hati budi aku ini,
Kau pasti tau aku tidak pernah akan menolak mu walaupun sekali.
Cinta Hatiku,
Aku tidak akan pernah merayu lagi pada mu,
Kerana telah ku rayu pada mu dulu,
Kerana aku tidak mahu memiliki jasadmu tetapi tidak cinta dan hatimu,
Aku hanya inginkan Cinta mu dan Kasih mu,
Kerana aku bahagia di saat aku merasakanya,
Aku memberi ruang padamu untuk kau mencari aku dalam hati mu,
Kerana aku tidak mahu kau merasa terbeban dengan kehadiranku,
Melepaskan mu walaupun boleh membuatkan aku menjadi insan lain juga aku rela,
Asalakan aku tahu dengan itu aku tidak akan pernah menyiksa mu.
Aku memberikan mu kebebasan untuk kau memilih jalan hidup mu.
Kerana mencintai bukan untuk meminta tetapi memberi.
Mencintai tidak boleh mementingkan diri sendiri.
Dan aku menyerahkan segalanya di atas pilihan mu,
Dan segala takdirku kepada Ilahi.
Kerana DIA sahaja yang sanggup mendengar keluh kesah hati ini.
Cinta hatku,
Cukup kau tahu..
Aku bahagia mencintaimu walaupun hanya dalam hati..
Ikhlas
Cik Arin.
Pages
PENAJA
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.
Friday, June 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Moga ALLAH berikan cik Arin cinta hati yang boleh menbahagiakan dunia dan akhirat.amin
Post a Comment