Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, June 28, 2012

Jiwa Sentap Lagi

Semalam Cik tiba-tiba touching.. Sebab Dia buat Cik kecik hati.. Entahlah saat-saat macam ni diri menjadi sensetif.. Jarak yang memisahkan ini dan komunikasi yang boleh dikatakan hampir tiada membuatkan situasi ini menjadi begitu 'tegang' andai tersalah sentuh boleh mencederakan hati masing-masing. Tapi ini bukan lah pilihan Cik.. Dia yang membuat pilihan ini. Tanpa kerelaan hati Cik. Sedangkan banyak jalan lagi boleh di pilih. Tapi dia lebih cerdik dari Cik Arin.. He thinks his always right.. make his own decision without thinking of me.. Tapi tak apalah.. bila dah sendiri pilih jalan macam ini.. Sama-samalah tanggung rasanya.. Kalau Cik terluka.. tempiasnya kena pada diri dia sendiri. Bukan nya tak cerdik.. Malah ada pengalaman.. Perhubungan orang bisu pun perlu berkomunikasi. Inikan pula kita manusia yang dikurniakan sifat yang cukup.. Entah falsafah mana dia pakai 'Silent is art of communication'.
Sekarang macam mana Art dia ye Cinta hati? Berseni kan... bila terkena tempias.. Hidup ceria ke tidak?
Yang Cik hairan tak nak berkomunikasi dengan Cik takut berdosa tapi dengan perempuan lain bukan main dia melayan. Sometimes i felt so funny.. Kalau dah nama manusia tak boleh ke jadi diri sendiri? Cik dah tak tau nak cakap macam mana.. The best way to express my feeling is hanyalah melalui blog Cik.. Kalau boleh terima.. terimalah.. tak boleh terima pun Cik tak boleh nak kata apa.. Sebab Cik hanya ikut instinct Cik..

Dah memang sikap dia tu cepat sentap, masih ada hati nak cuba percintaan yang macam ni what we call So Islamic.. Kalau sentap kena gaya okek jugak.. Ini sentap tak tentu gaya.. Kadang-kadang hal yang kita tak tuju kat dia pun dia boleh sentap.. Padahal kita tak ada pun tuju kat dia.. tapi dah gaya jiwa sensetif, Cerdik lebih.. Ada mulut tak reti bertanya.. ada jari tak reti nak menaip.. Main pakai ikut rasa hati.. Dah tu kalau baca sesuatu posting bukan betul-betul.. sekali lalu jer.. bukan dia nak faham ayat betul-betul.. Banyak kali dah dia suka salah faham dengan ayat Cik.. Lepas tuh malu sendiri bila Cik bagi penjelasan.. Macam tu ada hati nak amalkan falsafah 'Silent is art of communication' Haihh penat..!!~

Tapi itulah sikap dia.. Suka buat hal ikut kepala dia sendiri.. Tak suka berbincang.. Sensetif.. Tapi tak apalah dah itu sikap dia.. Cik terimalah... Dah itu kelemahan dia.. Yang kelebihan dia pun banyak jugak.. Sebab kelebihan dia mengatasi kelemahan dialah yang Cik masih sanggup lagi menahan semua ni. Orang nya bukanlah tak baik.. Kalau bercakap tu lembutnya tuh ada.. tak pernah lagi lah Cik dengar dia naikkan suara dia dengan Cik lagi.. Penyabar orangnya.. Ada jugaklah Sense of humor nya.. Matang memang cukup matang.. walaupun kadang-kadang tuh ada lah jugak manjanya yang nak kena diturutkan.. Dari segi agama pun Alhamdulillah.. Solat Cukup.. Yang paling-paling buat Cik sayang kat dia adalah sebab dia seorang yang Romantik..  Hehehe... Boleh buatkan Cik Arin jatuh Cinta dengan dia berkali-kali.. Kalau sebagai seorang lelaki dia cukup sempurna untuk Cik. Cuma time angin dia tak betul tu lah yang buatkan Cik penat sikit jer...... Sikit jer tak banyak... Inilah dia timenya.. Time angin tak betul dia datang..

Balik pada kes semalam, Apa yang buatkan Cik kecik hati ialah apabila seorang kawan dia bertanyakan pada dia 'Rindu sapa bro?' Tau apa dia boleh jawab? 'Nak rindu siapa.. AWEK PUN TAK ADA' Wohhhh makan dalam wooo Cik arin bro!!~ Dah Cik dia buat macam ni tapi cik masih lagi jaga hati dia. Kalau orang tanya awak single? 'Confirm Cik jawab Single.. TAPI hati saya dah di miliki..' Tapi dia????
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~' Cik ulangi lagi 5 Kali yer kalau kurang jelas

'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'
'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'

Nak Cik ulang lagi?

'AWEK PUN TAK ADA BRO!!~'  Okek cukup? Kalau orang lain kat tempat Cik agak-agak sentap tak?
nak jer Cik tanya 'Dah tu saya ni sapa bro??' Nasib baik bukan kawan Cik.. Cik boleh like jer.. So Cik LIKE biar dia tahu!!~ Agak-agak kalau Cik cakap 'Cik Arin Single.. Boyfriend pun tak ada..' macam tu dia sentap tak? Gua sentap gilerrr brooo!!~ Huh.
 Udah lah dia buat Cik macam ni.. Lepas tuh langsung tak tahu nak jaga hati Cik.. Kalau hati kawan-kawan dia dulu sibuk sangat nak jaga.. Kalau diorang merajuk sibuk jer nak mujuk.. Layan mengalahkan orang bercinta.. Tapi dengan Cik dia buat macam ni... Sebab apa? Sebab Cik ni terlalu baik lah kan... Itu yang naik lemak kan... Encik Cinta Hati??

Kalau kata Cik ni orang nya kurang bersabar.. Cik rasa nak senaraikan semua apa jer yang Cinta hati buat kat Cik Arin sepanjang kita berkawan.. Cuba tengok kat tepi tu berapa lama tu kawan.. Kalau nak ikut Serious Cik kalau ikutkan sakit hati memang Cik senaraikan apa yang Cik sentap.. Tapi sebab Cik ni orangnya jenis pemaaf.. Dan Cik terima seadanya.. Cik biarkan lah.. Orang kata 'kerana Kasih ku turutkan...' Cik tahan sampai ke saat ni pun sebab Kasih ku turutkan lah ini.. Kalau orang lain? Dah unfriend.. dah block.. dah naik status yang bukan-bukan.. bukan takat tu jer... Habis kisah luar dalam Encik Cinta hati akan di jaja satu dunia.. Tapi Cik Arin tak pernah buatkan? Kalau Cik merajuk dengan Encik Cinta hati sekali merajuk.. Pendek kata Cik tak boleh langsung merajuk dalam hubungan ni.. Kalau Cik merajuk memang banyak calon yang beratur kat belakang tuh.. menanti jer pompuan-pompuan tu untuk di layan.. Tapi Cik cakap jujur lah.. kalau Encik Cinta Hati boleh jumpa macam cik.. pergi lah..
TAPI kenalah adil dengan Cik kan.. Mana aci Encik cari pengganti Cik Arin tapi dalam masa yang sama nak simpan Cik kan.... Kalau tiba-tiba jumpa lebih baik dari Cik? nak tinggal Cik? Tapi Cik dok setia jugak.. Adil ker? Kalau betul-betul berniat nak carik yang lebih baik.. Lepaskan Cik cara baik.. Break our promises than kita sama-sama carik pengganti masing-masing. Masa tuh nak ngaku Single ker... Bujang ker.. Duda ker lantak lah... Cik dah tak peduli dah... Sebab kita dah tak ada apa-apa janji yang perlu di tunaikan.. Sanggup?

Selagi kita tak Break our Promises Please.. jagalah hati masing-masing. Cik tau Encik Cinta hati mau bercinta Ala-ala Islamic......... konon.. Cik pun tahu.. Cik pun tak pernah nak minta melebih-lebih.. Kita bertemu pun tak pernah siapa duga.. Dah kita ni manusia.. Masing-masing ada kehendak.. As long as tak melanggar batas udah ler.. Yang nak melebih-lebih tu sapa suruh.. Tak ada sapa suruh pun.. Diri sendiri yang nak.. Tapi semua tu boleh di selesaikan dengan perbincangan.. Nak kata berdating mana pernah.. Kalau setakat nak kurangkan bercakap di telefon.. Tak derlah masalah besar pun.. Memang Since Encik dah kerja balik ni kita sembang takat seminggu sekali jer.. Serius Cik banyak berkecil hati selama dua bulan ni.. Encik selesa ke macam ni? Kalau terlajak kereta boleh reverse Encik.. tapi kalau dah terlajak bercinta tak boleh buat apa-apa.. Dulu masa Encik belum kerja Cik tengah bz time tu Encik merungut kata jangan sampai perempuan lain layan Encik lebih dari Cik.. Okek.. Cik turutkan.. Cik layan baik-baik sampai macam raja Cik layan.. Bz pun cik luangkan Sikit masa nak teman Encik.. Tapi now Encik nak macam ni.. Pun Cik turutkan.. Tapi jagalah hati Cik.. Cik dah cukup banyak bertoleransi.. Kalau sampai mengaku tak ada awek.. ermm... tak tau lah nak cakap apa... Ini ujian Cik Arin.. Cik tak mintak semua ni.. Tapi DIA nak bagi jugak Cik nak kata apa?

Tapi nak buat macam mana Encik lebih cerdik dari Cik Arin.. Cik menurut jer.. Walaupun sebenarnya tak adalah suka sangat dengan cara macam ni.. Semua ni boleh di runding.. Walau macam mana pun.. Sayang dan kasih Cik pada Encik Cinta hati tetap sama.. Tak pernah berubah.. Walaupun hati di sentap berkali-kali.. Cuma Encik kena fahamlah situasi Cik macam mana yang terpaksa Redha dengan kehendak Encik Cinta hati.. Alhamdulillah Cik masih ada lagi kekuatan untuk meneruskan 'UJIAN' ini.. Cik tetap berharap Encik sedar dalam bercinta kena fikirkan hati insan lain.. Kerana Encik bukan bersendiri. Bila kita memilih jalan ini jalan haruslah seiringan.. Cik minta maaf kalau posting ni buat Encik 'SENTAP' untuk sekali lagi.. Bukan niat Cik.. Tapi Cik have no choice.. Sebab penciptaan Cik macam ini..

Tak perlu kesempurnaan dalam diri, Kerana Kita Saling Melengkapi.


'.....'    

No comments: