Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, June 14, 2012

Owh man..!!~

Tak tau nak kata apa.. Tapi rasa marah dan sedih ada juga.. Sebab macam tak sangka macam itu sekali pandangan mereka yang bergelar lelaki terhadap wanita.. Hope rakan-rakan perempuan Cik Arin yang baca ni bukak lah mata kau orang luas-luas.. Ceritanya macam ni..

Tadi surf Internet terpandang satu komik kartun.. Mungkin boleh dikatakan positif dan nasihat untuk yang memandangnya.. Cuba pandang di bawah ni

Tajuk Kartun Calon Awek Vs Calon Isteri

Okek mungkin tujuan pelukis ni nak menasihati perempuan untuk menjadi wanita solehah.. Tutup aurat.. Dan sebagainya.. Cik Arin faham dengan mesej yang nak disampaikan..  Cuma pada pandangan mata Cik Arin.. Tak berapa suka dengan kartun ni.. Sebab nasihatnya cuba nak menjatuhkan maruah wanita dan dalam masa yang sama menunjukkan sikap negatif lelaki tu secara tak langsung. Adakah semua lelaki berfikiran macam ini? Dan kartun ni bersikap bias terhadap perempuan. Ini kerana lelaki kat belakang tu adalah Lelaki yang Mata liar. Tetapi berangan-angan untuk memiliki Wanita yang solehah untuk dijadikan Isteri. Dia usha awek tuh.. Dia kata cun segak.. memang kalau dapat buat awek memang best sangat.. Lepas tu ayat-ayat dapatlah.. Ayat baik gunung bulan bintang semua di tawarkan.. Mau awek tak caya.. Atas dasar kepercayaan apa sahaja yang si Pakwe macho tu minta semua diserahkan.. Sebab terlampau percaya dan atas dasar cinta..  Kalau jenis kaki merempit angkutlah bawak naik motor.. naik turun hotel.. Keluar masuk pub.. bila dah bosan ayat lagi awek lain.. Awek yang dia janjikan bulan bintang gunung semua tu? Di tinggalkan macam tu jer... sebab apa? kenikmatan dunia dah rasa kan..? Alaaa nanti taubat lah.... Allah maha pengampun... kan... Tapi tang nak cari isteri? Nak yang fresh.. tak mo 2nd hand.. apa barang bekas orang... Habis orang pakai bekas kau tu apa cer?? Macam mana lelaki yang soleh diorang nak kena pakai bekas korang? Diorang neh lah susah payah nak betulkan awek2 bermasalah sisa2  saki baki kauorang neh kan.. Kauorang ni faham tak apa maksud

“ Wanita- wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji ( pula ) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka ( yang dituduh itu ) bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka ( yang menuduh itu ). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia ( surga )”.[ QS. An-Nur : 26 ].

Jangan menilai orang dari apa yang anda lihat dia sekarang.. Mungkin besar Allah nak tunjuk.. Memang sebenarnya perempuan tu tak layak dengan Lelaki mata liar belakang tu.. Sebab dia tau lelaki tu tak mampu nak jadi pemimpin dan pembimbing pada dia.. Malah akan menyeret dia lagi masuk ke dalam neraka. Sebab tu Allah tak bukak Pintu hati dia untuk perempuan tuh.. Sebab Allah tahu dalam hati perempuan tu masih ada harapan untuk berubah.. Jadi ditakdirkan dia juga mendapat Lelaki Yang Soleh seperti yang lelaki impikan wanita soleh..

Dah hukum mengatakan Lelaki membimbing Wanita... Bukan Wanita Membimbing Lelaki.. Kalau lelaki yang seperti di atas menjadi ketua keluarga.. Mampukah dia menjadi ketua keluarga? Kalau dibawaknya perangai bujang senang dia tu kedalam rumah tangga? Silap-silap isteri yang awal nya solehah tadi pun penghujungnya jadi Ahli Neraka.. Mana taknya.. kalau dah tiba2 suami dia main pompuan belakang dia.. Sakit hatinya pasal dibomohkan suami tadi.. tak ke neraka?? Nauzubillah.. Sebab tu Nabi kata kenapa ramai perempuan kat neraka kenapa sedangkan paling mudah masuk syurga? Sebab derhaka pada suami.. kenapa derhaka pada suami? Cuba cermin diri balik.. What u give.. you get back.. Memang betulah kata pakcik sorang kat bawah ni :-

 
Pandangan Ikhlas seorang Lelaki
Lelaki kalau taubat.. Allah terima betul.. Tapi tak bermakna Allah takkan balas apa yang kau buat sebelum kau bertaubat.. Ingat ujian Allah tu senang? Dan doa orang teraniaya tu direct terus sampai langit ke 7 tahu..
Karma tetap akan berlaku.. Dan betul lagi komen pakcik ni..


Yer... dah berkawin dan bahagia tanpa kira apa kesan yang di tanggung oleh awek yang dah kauorang rosakkan tadi.. InsyAllah.. tak jadi kat kauorang.. atau Isteri.. Tapi bersiap sedialah untuk yang bakal mendatang.. Pesan Cik.. Just jaga anak perempuan anda baik-baik.. Andai itu yang terjadi.. Redha lah dengan ketentuan.. Itulah tandanya pengampunan yang Allah nak berikan pada anda.. Sebab anda kata anda bertaubat.. jadi anda perlu rasa menyesal.. dont think simple... Allah Maha Bijaksana.. Dia nak tengok sama ada anda betul-betul bertaubat atau tidak...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta."  [Al-Ankabut: 2-3]

'Aku tidak membenci Lelaki.. Kerana Aku juga mencintai Seorang Lelaki''

No comments: