Selamat hari sabtu, Minggu ni Cik rasa betul-betul boleh berehat di rumah. Tak ada aktiviti luar. Nak rehat betul-betul.. Dari bangun subuh tadi ingat nak sambung tidor.. Tapi sampai sekarang 11:23 a.m Cik masih tak tidur.. Sebab sambil-sambil kemas bilik.. Lipat baju.. Cik pasang youtube, dengar ceramah Ustaz Kazim. Hehehe.. Dan bosan carik lah benda yang boleh menghilangkan bosan. Semalam basikal MTB Cik telah di curi oleh manusia Zalim. Ermm.. nak buat macam mana kan.. Benda dah hilang. Bukan lah kata tak menghargai barang sendiri.. Harga pun bukan murah.. Hasil titik peluh sendiri nak keluarkan basikal tu. Dah kita parking dalam rumah mana nak sangka ada yang berminat. Tak nak beli sendiri nak amik jalan mudah.. Curi orang punya.. Nak bising-bising marah-marah pun.. benda dah jadi.. Kalau kita bising-bising benda tu boleh tiba-tiba muncul depan mata bagus juga. Apa yang boleh buat Report polis jer lah.. Kalau dapat balik Alhamdulillah.. Tak dapat.. Itu bukan rezeki kitalah.. Makin di fikir makin runsing kepala buat apa.. Dah banyak benda yang merunsingkan dalam kepala.. Kalau nak di layan semua ermm... Takut dah tak berupa Cik Arin lagi lah jawab nya.. hehehe..
| Tinggal Kenangan |
Sambil-sambil tengah kemas bilik ni tiba-tiba terdengar lagu Wan Hardiah 'Tertutup Buat Mu' (Ceramah ustaz Kazim dah tak boleh dengar sebab youtube dah sangkut-sangkut line slow.. So tutup lah dengan MP3 pulak.. huhu). Ermm.. biasalah jiwa tengah parah.. dengar lagu-lagu cinta neh memang akan mebuatkan layan jiwang.. huhuhu... Mulalah kenangan-kenangan lalu mengusik rasa.. (uhh.. tak leh blah.. ho ho ho). Dengan situasi yang melanda diri ni.. Tiba-tiba teringat 'Orang' lama.. (Minta maaflah kalau ada yang tak senang sebab Cik teringat yang lama.. bukan kehendak diri.. Kalau Cik boleh Format balik Mind Cik ni.. Memang Sumpah itulah yang Cik pilih..). Hubungan tu terlalu lama untuk dilupakan dalam waktu yang sekejap.. walaupun dah 2 tahun berlalu.. Hubungan yang memakan hampir seluruh waktu muda Cik.. Cik buang masa di situ struggle untuk hubungan tu.. Tapi takdir dah menetukan segalanya, 'Dia' bukanlah untuk Cik.. Telah lama Cik redha dengan Qada dan Qadar Allah.. malah hati Cik pun telah Cik berikan kepada 'Insan' lain.
Tapi Cik hanyalah manusia biasa.. Kelukaan masih ada. Bukan dengan Allah.. Tetapi dengan sikap 'Dia' (Ex). 'Dia' tak pernah menghargai perhubungan dengan Cik.. Mahu sebagai seorang sahabat (Sebelum bercinta kami bersahabat baik), Sehinggalah menjalinkan hubungan Cinta dan hubungan setelah berakhirnya percintaan. Memang kalau selepas bercinta kalau boleh Cik memang tak mau ada apa-apa hubungan lagi mahupun kembali sebagai bersahabat seperti sebelumnya. Kerana situasi sangat berbeza tak mungkin hubungan yang dah bercalar atau retak akan pulih seperti sedia kala.. Hati yang terluka akan terus luka dan tidak akan pernah sembuh. Lagipun dah berapa kali ianya terjadi, konon lepas break nak kekal sebagai kawan tapi kalau dah masing-masing masih ada rasa sayang dua tiga hari bercinta balik.. Itu yang selalunya terjadi. Kalau bermaksud untuk pergi.. tak perlu menoleh lagi. Tekad yang tinggi harus ada.. Jangan cuba untuk bermain api.
Dalam hubungan Cik dengan 'Dia'. Banyak buruk nya berbanding baiknya. Sehinggalah Cik tersedar yang dia bukanlah yang terbaik untuk Cik. Kerana bukan sekali..dua kali sikapnya hanya insaf sementara untuk membuatkan Cik percaya dan kembali kepada dia. Dan hati Cik memang tidak kuat apabila di pujuk.. Hati Cik mudah lembut.. Untuk memaafkan. Sehingga lama kelamaan perasaan tawar hati itu timbul dalam diri. Sehinggakan bila Cik dapat mesej dari dia Cik bagaikan angin lalu.. tiada perasaan teruja dan cik mampu untuk tidak reply mesej dari dia.. Dari situ Cik tahu.. Perasaan cinta dah tak ada lagi dalam hati Cik.. I left him without say goodbye.. Kerana Cik dah tak rasa antara kami ada hubungan yang patut di putuskan..
Sepanjang Cik hidup 'solo' Cik busy kan diri dengan study and kerja. Cik bebas untuk melayan sesiapa sahaja tanpa rasa perlu untuk memikirkan hati sesiapa. Tapi hati Cik sunyi.. I need 'Friend'. Cik berkawan dengan ramai lelaki.. Tapi satu pun Cik tak pernah serious.. Sebab tak terbuka pintu hati.. Malah yang cik tak layan terus pun ramai.. Selalunya bila Cik mula mesra dengan seseorang.. Tiba-tiba Cik akan menjauhkan diri dari mereka.. Cik tak tahu kenapa.. Dan akhirnya Cik pun dah tak tau apa jadi dengan lelaki tu..
Dan 'Dia' masih tak putus asa kalau 'dia' tau Cik balik JB jer mesti dia akan mesej Cik nak jumpa. Entah mana dia tau pun cik pun tak tau.. Ini mesti best friend kita orang yang cakap neh.. Cik yang baik hati ni pun.. kebetulan masa tu ada waktu Cik pun jumpa lah dia. Dah orang minta sangat nak jumpa.. Tapi banyak jugaklah kerenah Cik sebab Cik memang tak nak jumpa. Cik kata dia kena datang tempat Cik.. Cik tak nak pergi tempat dia.. Jauh cik kata.. (Sebab dulu itulah alasan dia) Sanggup pulak dia.. Pastu Cik cakap.. Jangan lambat.. tak suka tunggu orang.. dan harus belanja Cik makan..!!~ miahahaha... Pun sanggup jugak dia.. Aikkk.. Ajaib?? bukan sebelum neh semedang tak ada duit ker.. boleh pulak ye.. Okek lah... Cik pun jumpalah dia..Cik sampai lewat masa tu.. Uikss dah terpacak dia kat McD.. hahaha.. Good good.. Tengok Cik tersengeh-sengeh dah macam kerang busuk.. (Ishh Cik kalau dah nyampah memang kerja nak kutuk jer.. Nyampah bukan benci tau.. hehehe). Masa Cik jumpa dia tu lah dia cakap dia minta maaf.. Dia menyesal.. Apa yang dia buat... Cik kata cakap sini buat apa.. benda dah lepas.. Dulu masa kita tanya diam.. tak nak berterus terang.. Dah sekarang baru nak menyesal.. U never change!!~ Itulah ayat Cik. Masa ni memang Cik cakap tak ada berlapis dah.. Cik cakap sesedap rasa jer.. Cuma tinggal tak carut jer.. heheh..
Dia tanya Cik kawan dengan siapa sekarang.. Hahahah... Nak masuk line balik lah tu kan?? Apasal kalau Cik cakap tak ada nak masuk line? Dia gelak.. 'Boleh juge..' hehehe.. 'Selamber Cik jawab... Dah ada boyfriend... Dah nak kawen dah...........' memandai jer Cik buat ayat.. nak kahwin huhuhu... Pastu dia tanya 'Mana arin kenal? Kejap na nak kawin..?' .. 'Suka ati arin lah.. Bercinta tahun-tahun buat apa? tengok neh.. kawan dengan awak neh.. Ada kawin?' Dia gelak jer lah.. sembang lah kejap sampai kul 7 Cik nak balik.. heheh Cik kalau cakap dengan Ex cik dulu memang kasar.. Sebab dia pun kasar dengan Cik.. Sapa suruh dia kasar dengan Cik dulu.. Kadang kalau cakap kat tepon suka jerit kat telinga Cik.. Bila Cik jerit balik.. tau pulak dia slowkan suara.. Heheh.. kelakar kan kita orang? Dulu Cik tak macam tuh.. tapi dah macam-macam dia buat kat Cik.. Itu yang jadi macam tuh heheeh... Tapi tak adalah sepanjang masa macam tuh.. Ada waktu-waktu.. Mungkin jugak sebab tu kami tak di jodohkan untuk bersama.. Walaupun kami dah berkawan lama.. Kerana Allah maha mengetahui.. Bila difikir-fikirkan banyak hikmahnya kenapa kami tidak berjodoh..
Balik dari jumpa dia.. Mula lah dia mesej-mesej Cik Arin.. Ewahh ewahh.. ayat baik tau.. Dia kata nak bersahabat macam dulu balik... Cik kata dengan keputusan Cik.. 'Kita tetap akan macam ni.. Kita takkan mampu untuk jadi seperti dulu.. Arin takkan benci awak.. tapi arin tak boleh baik macam dulu dengan awak.. Harap awak faham.. U are my ex.. And never change..' Dan dia akur. Itu cerita tahun lepas..
Dan kami terus senyap.. Sehinggalah Ayah Cik meninggal dunia. Cik hanya maklumkan melalui FB ke dia. Sebab dia pernah jumpa famili Cik kan.. Jadi Cik rasa Cik patut bagitau dia. Dah sebulan Ayah Cik meninggal baru dia call Cik.. Dia kata dia baru tau.. Dah lama dia tak online FB.. Okek lah..
Dan pada bulan 4 haritu dia ada called Cik.. Tanya khabar Cik.. Cik layan macam biasa.. Sempat gurau juga tanya dia..
'Ni Call orang neh.. nak bagi tau dah nak kawen ke?'
'Heheh tak lah Arin.. hehe Arin tu bila nak kawen? kata arituh nak kawen?'
'Jodoh nya belum bertemu lagi lah.. Ada jer halangan..'
'Owh ye ker... Ke tak jadi.. ekekkek'
Cik terdiam.. Bisa sungguh soalan itu kan... hehehe
'Cik.. rindulah.. jom kita 'kawan' semula nak?'
'Tak mau lah... Awak tu takkan pernah berubah.. Awak suka tipu Cik.. Awak tak setia... Awak tak tau nak menghargai Cik.. Awak suka buat Cik macam tunggul kayu.. Lagipun tak best lah kawan dengan awak...Cari jer lah orang lain... Kawan perempuan awak kan ramai.. Diorang tu sedia jer kalau awak nak ajak couple..'
'Hehehe.. malas lah Cik.. Diorang tak besh.. '
'Tau pulak awak tak besh... Habis tu dulu apasal cari pasal? '
'Heheh.. Ala Cik jom lah kita couple balik'
'TAK MAHU!!~'
'Tak mahu tak perlah..'
'Okek bubbye...'
Itu cerita bulan 4..
Lepas tu entah tergerak hati Cik neh.. haritu entah macam mana.. Cik terbaca satu blog seorang perempuan ni tau.. Cara dia blogging sebijik macam cara cik blogging.. Sebab tu Cik minat nak baca..Dia cakap pasal nak kahwin.. Cik pun baca punya baca.. tiba-tiba dia ada mention nama tunang dia.. Apasal nama tunang dia neh macam familiar... Sangat-sangat Cik kenal... Ya Allah... Astaghfirullah hal a'zim... Allah maha besar.. mengucap panjang Cik tau.. Rupanya itu tunang Ex cik Arin.. Padahal dia baru merayu Cik untuk couple semula.. Tarikh dia tunang tuh.. dalam bulan 4 macam tuh.. Sebelum dia merayu Cik tuh.. Ya Allah.. Allah punya nak tunjuk kat Cik Arin.. Syukur Alhamdulillah... Allah pelihara Cik tau.. Cik tolak mentah-mentah.. Walaupun masa saat Cik tengah genting dengan dugaan yang melanda macam ni memang Cik perlukan seorang teman.. Tapi sebab kesetiaan Cik terhadap 'Cinta hati' Cik tebal.. Cik tak termakan pujuk rayu dia..
Cuma Cik terfikir.. Dia kenal dengan tunang dia tu.. Sebelum Ayah Cik meninggal.. Dan masih boleh merayu Cik.. In the same time dah bertunang bulan 4 hari tuh.. masih lagi nak ajak Cik couple?? Bulan 9 ni nak kawen sekian harap maklum..!!~
In case i accept him.. and khianati 'Cinta Hati' Cik.. What happen to me? What happen to that girl? Anda what will happen to his wedding? Itu yang membuatkan Cik sangat-sangat kecewa dengan sikap dia.. Tak pernah berubah.. Even dah nak kahwin.. Dan Cik bersyukur sangat pada Allah.. Kadang-kadang memang Cik rasa Allah sedang menguji hubungan Cik dan Cinta Hati.. Menguji kesetiaan Cik.. Mungkin juga menguji Cinta hati.. Kalau Cik Accept my Ex.. Pasti Cik akan dapat balasan dia pengkhianatan Cik pada Cinta Hati Cik.. Tapi Cik menolak dan Allah tunjukkan Hikmahnya.. Syukur sangat.. antara hikmah yang Cik nampak..
Cik rasa syukur.. Kerana dia bukan jodoh Cik... Sebab dia bukan lah lelaki yang baik buat Cik.. Allah dah tunjukkan sikap dia sebenar.. Mungkin selepas kawin pun dia takkan setia.. Saat tu.. detik tu.. Cik rasa Allah benar-benar sayangkan Cik Arin.. Dia telah siapkan seorang 'Insan' yang baik untuk Cik.. Dan Cik benar harap.. Orang itu adalah 'Cinta Hati' Cik yang sekarang..
Kerana Hati Cik dah memilih dia.. Sedangkan Cik mampu menolak ramai lelaki.. Tetapi Cik tak mampu untuk menolak Dia.. Sekarang cuma takdir Allah yang Cik harapkan.. Walaupun kadang-kadang Cik hampir putus asa.. Sebagai seorang Perempuan.. Cik dah pilih bakal Imam Cik.. Selebihnya Cik berserah kepada Allah.. Kerana dia yang menetukan segalanya. Ustaz Fathul Bari kata.. Jodoh telah di tetapkan ketika kita berada dalam perut ibu lagi.. Dan tidak boleh di ubah.. Tetapi manusia berkehendak.. Dan Kehendak itu Allah juga yang tentukan di dalam hati masing-masing untuk mengkehendaki jodoh tersebut.. Kalau benar Kehendak ini memang Allah wujudkan terhadap Cinta Hati kerana Dialah Jodoh Cik.. Permudahkanlah.. Kerana sehingga kini... Allah masih tidak mahu mempermudahkanya.. Hubungan ini di uji demi jarak dan waktu.. dan ada yang mengatakan tanda seseorang jodoh kita.. pertama di permudahkan.. ke dua Mendekatkan kita dengan Allah.. Permudahkanlah Ya Allah... Namun jika takdir mu sebaliknya.. Redhakan lah aku Ya Allah.. Agar dapat aku lupakan kisah Indah yang pahit ini..
Dan untuk Ex Cik.. Mula-mula memang Cik harap biar Cik yang kahwin dulu.. Kerana Cik nak buktikan bahawa masih ada orang lain yang menghargai Cik.. Tetapi Takdir Allah mengatakan tidak.. Dan Cik tak tahu.. Mungkin memang itulah jodoh yang sesuai untuk awak.. Pada mata Cik orangnya baik.. bertudung.. Jadi jagalah Isteri awak baik-baik.. Sebab Cik tengok dia betul-betul sayangi awak.. Jangan Khianati dia.. Cik kesian dengan dia.. dan awak sebenarnya bertuah.. dalam sikap awak macam tu.. masih ada yang sanggup mencintai awak sepenuh hati.. Ur lucky.. Cuma Cik masih belum nampak.. Tuah Cik lagi..
Selagi aku menurutkan kata hati
Selagi itu hidupku begini
Tak terdaya rasanya membuat keputusan
Sekalipun menanti mu satu penyiksaan
Butakah mata?
Tulikah telinga ini
Jiwaku seolah-olah terkunci
Sukar ku terima kenyataan yang pedih
Sering dikhianati kekasih
Tiba akhirnya tersedar
Hardirmu hanya bebanan
Kejahilan ini andai ku biarkan musnah masa depan
Bukan membenci tetapi jemu
Telah berkali kau mendustai ku
Mulai kini ruang hatiku tertutup buat mu..
No comments:
Post a Comment