Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, June 25, 2012

Pengubat Hati

Kadang-kadang Cik rasa "Cinta hati" Cik ni romantik juga orangnya ye...
Hehehe... Sehinggakan Cik merasakan Cik lah perempuan paling bertuah sekali dalam dunia..
Sebab Cik rasa bahagia sangat.. Walaupun jauh.. Jarang berkomunikasi.. Kadang-kadang sedih..
Dan kadang-kadang dia buat Cik tersenyum..Cik bahagia sangat..

Dua hari Cik pergi KL.. Sekarang ni memang pergi mana-mana Cik suka diam-diam jer.. nak tengok ada orang rindu tak kat Cik.. Heheheh... Alih-alih senyap jer 2 ke 3 hari kan..... c(: itu baru 2 ke 3 hari..
Sebab orang tu pun buat sama macam tu gak.. Cik belajar dari dia lah... heheheh.. Tapi kali ni Cik tak tau kenapa.. Perasaan tu macam membuak-buak.. Cik jadi tak senang duduk.. Dalam kepala asyik teringat dia jer.. Sedangkan sebelum ni boleh kawal lagi.. Cik cuba bertahan.. Ngaaa... tak mampu.. Sampai meleleh air mata Cik.. Ermm.. Cik harap cepat sampai rumah.. Tapi bila smpai cik macam sedih jer... Sebab dia buat tak hairan dengan Cik.. Cik inbox kat FB dia tak balas pun.. Ermm... macam biasalah.. jadi ratu air mata sehari semalam lah jawab nya.. Cik rasa macam putus asa sangat.. Cik rasa macam ermm.. Cik jer yang beriyer.. dia langsung tak hairan.. Tak perlah.. Cik yang silap kot.. Cik ingat dia dah ok.. Cik cuba nak bagi tau dia.. Cik rindu dia.. Bila jadi macam tuh rasa macam menyesal pulak.. Jadi macam malu diri sendiri..
Orang tu tak layan kita pun..

Jadi memang pagi ni terasa sebak jer di dada.. Terasa macam nak surrender.. Sebab Cik rasa memang dah tak ada harapan.. Sebenarnya sebelum ni Cik ada marah kat dia.. Peristiwa 2 bulan lepas.. Since that day our reletionship jadi macam ni.. Mungkin dia kecik hati dengan Cik.. Dengan ayat-ayat Cik.. Tapi itulah kelemahan Cik Arin. Akhirnya dia sendiri dah saksikan sejauh mana kemampuan Cik Arin kalau im lose my control.. Dan dia sendiri makan hati.. Dan itu sebenarnya hanyalah sedikit.. Tapi nak meletup pun kiranya padanlah kan.. Sebab kesabaran tak boleh dibendung lagi.. Sapa suruh dia menguji kesabaran Cik.. Cik dah cakap cik punya pantang.. Tapi dia nak gak buat.. Haaaa sekali Cik Arin meletup.. Tau kecik hati.. 5 Hari Cik hilang lepas cik ngamuk tuh.. Than bila dah cool Cik datang balik sebab dah nyesal.. Itulah Cik Arin.. Marahnya tak lama.. Bila dah sejuk konon datang nak mujok lah.. Cakap baik-baik tak jalan dia diam.. Pastu kasik provoke sikit pun tak jalan.. SMS tak reply.. SMS plak esoknya terus nombor tu dia tak pakai dah.. Ermm.. Biar dulu lama sikit... Cakap lagi baik-baik.. Aikkk tak jalan jugak Siap tukar nombor tak cakap kat Cik lagi...??

Ermm... So 3 kali jer lah Cik mujoknyer.. Terus Cik senyap.. Dia pun senyap.. Dalam hati dah orang tak nak.. Apa lagi kita nak buat.. Duk jerlah melayan perasaan.. hu hu hu.. Sedar tak sedar 2 bulan dah macam gini.. So Cik pun buatlah satu madah bagi dia.. Luahan hati.. Mode Jiwang Karat ler kejap.. Sebab Cik nampak dia posting kat FB dia.. Cik tak tau lah rasa macam tuju ke Cik.. Dia kata Cik diam seribu bahasa.. Ek eh.. mau Cik tak diam seribu bahasa,, dah awak tuh sampai tahap tukar nombor pun tak cakap dengan Cik.. So macam ner? Inbox awak yang tak reply.. Bila Cik komen kat tempat awak.. layan lebih kurang jer.. paling kuat LIKE jer.. So Cik bajet awak ni dah tak mau cik ek.. tapi takder plak kata nak break nyer.. Cik tanya personaly tak jawab.. Cik hint jawapan menyakitkan hati jer.. So macam ner?

Cik pun dah mati akal di buatnya.. Kalau tanya Cik memanglah Cik sayang.. Tapi kalau orang dah tak ndak takkan Cik nak paksa jugak.. Cik ni pompuan.. Awak laki.. Kot mana pun Cik kalah.. Dah dia main tarik tali pulak.. Ini yang Cik tak gemar neh........ Kejap-kejap bagi cik terawang-awang syok sendiri.. lepas tuh humban cik kelantai.. Dushhhhhhhhhhh!!~ Sakit oiii... Bermimpi rupanya Cik.. Hmmm...

So balik kepada hal semalam.. Dah Cik balik dari KL lepas deal some business matters (Cehh ayat..) Cik harap sangat Cik nak bagi tau dia.. Cik rindu sangat dia.. tak dapat di bendung lagi dah.. Tak mau lah macam ni.. huhuhu (T_T). Sebab Cik memang fobia dengan situasi macam ni.. Memang depressi giler.. tolong lah dia faham.. Tapi tak salah dia.. Sebab dia memang tak boleh faham perasaan perempuan macam Cik.. Dah Cik sendiri pun tak faham apa yang ada dalam fikiran dia.. Cik tak sedar bila Cik terlelap sebab yang Cik tahu Cik menangis.. mengadu dekat diri sendiri.. sampai bangun tidur celik-celik mata tup.. Setitik air mata jatuh kat pipi.. But life must go on..!!~ Kalau nak ikut rasa hati ada yang kena pecat kerja nanti huhu.. sapa pulak nak bagi makan lepas tuh? Awak tu dah lah tak der dah tempat nak bergantung.. Fikiran melayang-layang.. Memang benar kalau kata orang yang mati sebab tanggung Cinta yang terpendam tu syahid.. Memang patut.. sebab peritnya Allah yang tahu.. Wallahualam..

Tapi pagi ni.. Mungkin semalaman Allah mendengar rintihan hati Cik.. DIA gerakkan hati 'Cinta Hati'. I'v got Surprised from him trough my FB..

Morning Wish From 'Cinta Hati'

For a long time.. Cinta Hati Cik kembali mengirimkan Posting ke FB Cik.. And with Special posting.. Demi Allah.. Cik rasa terharu sangat-sangat.. Sampai mengalir air mata Cik.. Rasa bagaikan segala penderitaan menanggung rindu yang sarat hilang.. Cik rasakan Cik lah wanita yang paling bertuah di muka bumi ini..
Dia lah satu-satunya raja yang bertakhta di hati Cik.. Walaupun kami berjauhan.. walaupun Allah meletakkan jarak di antara kami.. Cik tetap merasakan bahagia.. Syukur ya Allah.. Cik percaya Allah menyayangi kita..
Walaupun percintaan kita tak sama seperti orang lain.. Cik merasakan cukup bermakna.. Dan biarlah Allah melindungi kita dan Cinta ini dan sama-sama kita doakan mudah-mudahan kita akan bersatu sebagai 'Kekasih Halal' seperti insan-insan berbahagia yang lain.. Insyallah.. Mudah-mudahan B lah imam untuk solat Cinta suatu hari nanti.. B lah teman, sahabat, kekasih dunia dan akhirat Cinta.. Aaminn..!!~

~Cinta really Love you Hubby..~

No comments: