PENYAKIT WANITA banyak pada MULUTNYA
- (mengumpat)
PENYAKIT LELAKI banyak pada MATANYA
- (memandang yang haram)
- (mengumpat)
PENYAKIT LELAKI banyak pada MATANYA
- (memandang yang haram)
Cik tak nampaklah kat mana salahnya ayat ni. Ia menunjukkan sikap nyata yang ada kepada lelaki dan perempuan. Yang mana Penyakit perempuan adalah pada mulutnya. Haaaaa itu Cik sebagai perempuan pun tak nafikan.. Tapi bukan bermakna mengumpat semata-mata. Sebab ada juga dikalangan lelaki yang mengumpat.. Yang cik setuju pada mulutnya ialah kerana wanita ni lemah dari segi fizikal. Mereka kalau bergaduh atau apa mereka jarang untuk menggunakan serangan fizikal. Dan dikalangan wanita juga dia suka bercakap..suka mengadu domba..Dan di sebabkan sikapnya begini kadang-kadang wanita susah untuk menyimpan rahsia. Di bandingkan Lelaki dan wanita dalam hal menyimpan rahsia serahkan kepada Lelaki. Mereka memang penyimpan rahsia yang terbaik. Heheheh... Tapi ada juga kalangan wanita yang boleh dipercayai dan cukup kebal dalam menyimpan rahsia. Biasanya wanita yang kurang bercakap. Kalau dia bercakap pun hanyalah hal-hal yang penting dan masa-masa tertentu. Lidah boleh jadi belati yang tajam menusuk ke jantung kalau kena pada tempatnya (^_~). Sebab tu Kalau orang dulu-dulu kata.. nak ambil buat menantu mereka tengok pada mulut seseorang perempuan tu. Tapi zaman sekarang belasah jer... Hehehe.. Sebab zaman sekarang cakap guna taip jer.. heheheh...
Yang ke dua penyakit Lelaki adalah matanya. Ini betul.. Sebaik-baik lelaki dia akan kalah pada matanya.. Kerana dari mata menarik kepada nafsunya.. Kalau di bandingkan Lelaki dan Perempuan cuba kita bandingkan Siapa yang lebih tertarik untuk memandang kepada jantina berlawananya. Perempuan tidak begitu tertarik untuk memandang tubuh badan lelaki sebab tak ada yang menarik.. lainlah kalau u all mempunyai susuk tubuh yang tegap..tinggi.. perut ada six pack.. kan.. tapi berapa ramai sangat lelaki yang macam ini.. hehe sorry to say.. kalau kat Malaysia ni amatlah kurangnya c(: . Jadi sebab keterujaan lelaki tak ada apa yang perempuan ada.. Maka matanya meliar dan terbeliak kalau tengok perempuan yang bukan muhrimnya.. Dan kalau tengok bukan lah tengok saja.. kalau duduk dengan kawan-kawan dia siap buat analisis lagi kat pompuan tu.. dari cara dia berjalan..dari susuk tubuhnya.. luar dalam semua di tafsirnya.. tak cukup dengan tu.. daya imiginasi mereka juga sangat tinggi. Sebab tu.. Orang dulu-dulu kalau cari menantu lelaki.. Dia tengok mata seseorang lelaki tu.. Kalau mata nya jenis liar.. Haaa... memang tak jadi menantulah jawabnya.. Tapi zaman sekarang belasah jer... Jangan risau.. hehehe...
Tapi Cik hairan, Bila cik update hal ni di status ada lah sesetengah manusia yang nak mempertikaikanya.. Seolah-olah Cik ni nak belasah lelaki.. Mereka tak boleh terima hakikat 'Kenyataan' di atas. Dia nak jugak menegakkan benang basah konon nak membela nasib kaum kerabat lah kan.. Antara ayat-ayat yang keluar 'klu prempuan tutup aurat,x la lelaki memandang yg haram' kemudian ada lagi.. 'x de tayangan,x de la penonton.' Boleh pulak setengah lelaki menjawab macam ni. Bila Cik Jawab 'tengok yg pertama harus.. tengok kali kedua HARAM' Ada pulak soalan kurang cerdik di tanya 'klu tgk x paling2 tu wajib ke..:). sian lelaki..xpndg rugi..pndg bedosa..jadi apa yg penting KERJASAMA..:)'. Hehehe.. Cik kalau orang tanya soalan cerdik neh ada dua.. Kalau mode rajin mula rasa nak menjawab.. Kalau mode bosan memang Cik diam kan jer.. Tapi bab ni Cik rasa Cik nak menjawab dengan persoalan.. Sebab soalan tu terlampau kurang cerdik.. Maka Cik pun menjawab lah.. 'Ya Allah.. dia boleh menjawab
macam tuh?? RUGI?? That mean u cant control urself? u tak boleh
memerangi nafsu u sendiri?? This about urself.. not about others.. U nak
buat dosa it depends on you.. u nak buat pahala pun depends on you..
and setahu saya.. Lelaki muslim sejati akan menundukkan pandangan nya
ketika di hadapan perempuan.. begitu juga sebaliknya.. If u can answer
me RUGI? what type of u are??' Kan?
Yang Cik nak cakap.. Yang bertungkus lumus sangat nak point people mistakes tu naper? Sampai ke aurat perempuan.. Orang laki pun ada yang tak tutup aurat.. So macam ner? Lelaki tak ada aurat ker? Even kalau u all tak pakai baju pun yang menampakkan badan yang bukan aurat pun orang perempuan Orang pompuan tak lapar pun nak tengok.. Kalau boleh orang perempuan memang tak mau tangok.. Sebab orang perempuan ni ada sikap malu.. Walaupun dia jenis type yang tak menutup aurat dengan sempurna. Serius tak lapar.. So berbeza kan laki dengan perempuan. Jadi betulah apa statement di atas tu. Kenapa nak tegakkan benang basah? Dan boleh keluar statement RUGI kalau tak tengok aurat perempuan.. Ha ha ha.. Secara tak langsung menunjukkan sikap sebenar lelaki. So Lelaki-lelaki sila cari mamat ni mereka telah cuba untuk menjatuhkan martabat anda.. c(:
Kawan.. Allah boleh buat kalau kita ni semua bebas dari dosa. Tapi kenapa dia tak buat? DIA boleh kekalkan Adam dalam Syurga tapi kenapa DIA campakkan Adam dan Hawa ke dunia? Kenapa DIA cipta Syurga dan Neraka Sedangkan dia boleh masukkan semua tu dalam Syurga tanpa hisab.. Kebijaksanaan Allah tu lebih dari kita.. DIA kurniakan anugerah paling bernilai untuk manusia yang dia tak kurniakan kepada haiwan iaitu AKAL. Supaya kita boleh menentang godaan-godaan yang ada. Berfikir.. Jadi janganlah keluarkan statement yang kurang bijak.. Penatlah Cik nak jawab.. Boleh?
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik
bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik
bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 216)
'Maafkanlah Cik Arin kerana terlampau berterus terang'

No comments:
Post a Comment