Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, August 28, 2012

Kau Yang Terindah..

Telinga ini bagai terdengar-dengar suara dia mengatakan "I Love you.."
Telinga ini bagai terdengar-dengar suara dia menyanyikan lagu "Funky town" hehehe..
tiga kali Cik suruh dia nyanyi lagu tuh.. Mula-mula dia tak perasan Cik arin gelakkan dia.. sampai dia tersedar dia termalu sendiri.. Esok nya Cik minta lagi dia nyanyikan lagi konon-konon lupa macam mana lagu tu.. eheheh.. 
Masih segar di ingatan setiap kali dia menemankan Cik buat kerja..
Dalam file mp3 ni ada satu file yang tertulis perkataan "Hubby". Semua lagu kesukaan dia Cik simpan dalam folder tu. Semua lagu tu dia yang carikan untuk Cik. Katanya, "B tau cinta malas nak carik lagu, jadi b carikan untuk cinta. Nanti time dj pasang tau." Heheh..
Dulu dia selalu teman Cik puasa. Dia cakap "Nanti kalau nak puasa bagi tau, B teman cinta puasa kita puasa sama-sama."
Perkataan yang paling Cik suka dengar dari dia ialah bila dia sebut " Assalamualaikum Cinta..." Comel bunyi nyer.. hehehe...
Satu perkataan lagi yang Cik suka bila dia sebut "Poked" jadi "Poket" mulanya bunyi macam pelik. Tapi bila dia sebut bunyinya sangat comel..
Setiap pagi masuk jer kereta nak pergi kerja pagi akan ada sms masuk "Good Morning Cinta.. Muaah"
Dia tak pernah lupa.

Dah lama kawan dengan dia baru tahu dia pandai main guitar, dia suka music sama macam Cik. Hehehe..
Dia pandai layan Cik bercerita. Tak pernah dia biarkan Cik bercakap sorang-sorang. Ada jer idea untuk berbicara. Dia tau apa kesukaan Cik.. Dia tau apa kelemahan Cik.. Dia hafal setiap ayat-ayat Cik yang kadang Cik dah lupa. 

Ketika Cik merajuk dia ada cara sendiri untuk pujuk Cik. Tak pernah dia merayu. Tapi dia akan buat sesuatu yang kadang di luar fikiran Cik. Yang tak pernah terlintas di kepala. Yang make me surprise.   

Dia seorang yang matang, lembut ketika berbicara, penyabar, Dia tak pernah tinggi suara dengan Cik, Seorang yang tak mahal dengan ucapan "maaf", Dia sanggup tunaikan segala kemahuan Cik.  Tapi dia kadang-kadang lalai suka mengambil mudah dalam satu-satu hal, dan dia Tegas dengan pendirianya dan kadang-kadang suka bertindak melulu. Walau macam manapun dia sebenarnya seorang yang manja.
Dialah sebenarnya seorang yang Cik Impikan. Dialah lelaki yang Cik Impikan selama ini. Yang Cik cari selama ini. Segala yang Cik mahu ada pada dia.

Sebenarnya andai takdir dia bukan milik Cik, Cik tak boleh bayang insan yang lain. Anugerah yang diberikan ini amat terindah. Tak pernah dirasakan seumur hidup. Seseorang yang mampu membuatkan Cik rasa begitu sempurna dan tenang bila bersamanya. Saat yang paling Cik takut sedang Cik lalui. Cik dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Cik dah tak mampu untuk menafikan. Cik dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Cik mampu untuk akur dengan kehendak takdir, Tapi Cik tak mampu untuk bercinta lagi dengan orang lain.

Andai takdir Cik ditemukan dengan orang lain pun mungkin takkan sama, Dan tak mungkin mampu untuk menggantikan dia. Kerana dia yang terindah.. Cik akui.. Dia yang terindah..



"..Ku mohon dialah Cinta Terakhit ku.."
  
  


No comments: