Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Friday, August 10, 2012

Program Sinar Cahayaku - Garnier

Alhamdulillah.. Duduk tak duduk dah siap hampir 15 design inai Cik buat..
So boleh di simpan untuk rujukan customer. Senang lah nanti kalau diorang nak pilih kan..
Heheheh Cantik............!!~

Mudah-mudahan dipermudahkan... Amiinn...!!~


Wahhh dah nak dekat raya neh.. tapi dengar lagu raya macam tak ada mood jer.. tak ada feel heheheh..
Yang pasti meninggalkan Ramadhan itu macam sedih jer..
Tahun Cik lalui Ramadhan dengan tenang jer.. Alhamdulillah.. 
Baru benar-benar terasa indahnya Ramadhan.. Entah akan bertemu lagi ke tak untuk tahun depan..
Yerlah Ajal maut bukan kita tahu..
Tahun nampak sihat.. Tapi untuk hari yang mendatang masih lagi rahsia.

Semalam Cik dapat mesej from Garnier tentang Program Sinar Cahayaku. Tak sempat Cik nak update hal neh.. hehehe... So Cik update berkembar lah yer dengan posting yang ini.. (^_^)v Untuk you all yang tak tau program apa tu, dia adalah satu Program Amal yang di anjurkan oleh Garnier. Pernah hari tu keluar kat Buletin Utama. Masa keluar kat Buletin utama tu lah Cik terus daftar program neh.. Yang mana program ni terbuka untuk perempuan jer.. hehe.. Program ni adalah program 'Kakak Angkat' kepada Adik-adik perempuan yang Yatim. Info dia baca kat bawah neh yer.. *smiLe 

"Program ‘Sinar Cahayaku bersama Garnier Take Care’ merupakan program yang mencetus perubahan. Ia mengalu-alukan wanita serata Malaysia untuk tampil dan meluangkan masa dan pengetahuan mereka ke arah memanfaatkan anak-anak yatim dalam menempuh alam gadis mereka.
Dalam meniti alam remaja dan melangkah ke alam dewasa – masa dan bimbingan yang diluangkan oleh ‘Kakak Angkat’ pasti besar nilainya dalam membantu mereka untuk menangani setiap yang mereka hadapi"



APAKAH PERANAN YANG DAPAT SAYA MAINKAN?  

Anda akan menjadi ‘Kakak Angkat’ kepada seorang anak yatim. Pelbagai aktiviti akan diatur untuk anda dan ‘adik angkat’ anda yang dianjurkan oleh Garnier untuk sepanjang tahun. Selain daripada itu, Garnier akan turut membantu sebarang komunikasi di antara anda dan adik ‘angkat’ anda, seperti surat-menyurat, kad ucapan dan sebagainya.

SELEBRITI YANG MENDUKUNG USAHA MURNI INI:

Lisa Surihani – Aktres dan Duta Jenama Garnier.
Heliza Helmi – Aktres, Model dan Pereka Tudung Wanita.
Wardina Safiyyah – Hos Rancangan TV dan ibu kepada 2 cahayamata.


Okek itulah serba sedikit info nya. So Cik register tak ingatlah rasanya dah 3 ke 4 bulan yang lepas. Mula haritu ingatkan permohonan Cik tak berjaya.. Sebab senyap jer.. Then suddenly bulan 7 haritu Cik dapat satu parcel, Hairan pulak katanya dari loreal, Bila pulak Cik ada order barang dari loreal.. atau guna product loreal.. Mana pulak diorang dapat alamat neh.. So Cik pun bukak lah parcel tu..
 Then Cik tengok ada mini paper bag.. Yang tertulis kat situ,

"Tahniah, Anda adalah peserta program 'Sinar Cahayaku' yang mendaftar 100 terawal. Ini adalah Cenderamata dari kami untuk anda. Terima Kasih di atas penyertaan anda." 

Haha.. macam tak percaya jer. Cik dapat join program tuh. Malah jadi peserta 100 terawal register pulak tuh.. So dapatlah product Garnier light. ha ha ha.. Lepas tuh dua hari ke tiga hari lepas tuh dapat lagi parcel yang sama. Kali ni dia tulis,

 "Tahniah, Anda adalah peserta program 'Sinar Cahayaku' yang mendaftar 200 terawal. Ini adalah Cenderamata dari kami untuk anda. Terima Kasih di atas penyertaan anda."  

Wahhhh......... kali neh dapat product yang sama cuma ada penambahan sample untuk set product. huhuhu... macam mana boleh peserta 200 lagi banyak hadiah dia dari peserta 100 neh? heeheh tapi tak kisahlah.. murah rejeki yo..!!~ mean peserta 100 akan dapat 2 product garnier light dan 1 sample set lengkap lah kan..kan.. kan... heheheh... Alhamdulillah.. kalau nak beli tak beli dah.. c(: Apa yang penting Cik dapat join program 'Sinar Cahayaku' tu kan. Cik suka gak buat kerja-kerja amal ni. Dari pada mengisi masa Cik dapat kenal kawan-kawan. Macam tu gak sebab Cik masuk puteri bukan sebab nak berpolitik sangat pun, Just sebab nak join program yang di anjurkan dan mencari kenalan. Dari situ lah Cik kenal ramai kawan. So untuk program hari raya ni.. Inilah mesej nyer :-


"..Berkongsilah kemeriahan Raya bersama Garnier Sinar Cahayaku!


Garnier menjemput semua kakak angkat untuk menulis kad ucapan Selamat Hari Raya yang paling menarik untuk adik-adik program Sinar Cahayaku. Kad ucapan istimewa anda akan dihantar kepada adik-adik perempuan sempena meraikan Hari Raya!

Tekan pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Terima kasih dan Take Care!.."

So Cik kalau nak email Cik tak pandai sangat PhotoShop. So mungkin Cik akan buat sendiri atau beli jer Kad yang cantik-cantik. Hehehe... Yang penting cik nak karang tu macam ner yer.. So far Cik tak pernah lagi jumpa adik angkat Cik tuh.. Sebab belum ada lagi program bersama. Hehehe... tak sabar nak jumpa. So nanti kalau kad tu dah siap. Nanti Cik post kat sini okek..!!~ Nak kena buat hari ni.. Takut tak sempat nak sampai.. (^_^)

"..Sinar Cahayaku.."

1 comment:

Cik NeyNa said...

abang hang kan ada...