Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Thursday, August 9, 2012

Dialog Hati - Mencari diri yang hilang

Jangan menangis..
Teruslah tersenyum..
Jangan mengeluh..
Teruskan berjalan..

Kau mampu meneruskan..
Jangan mengalah..
Pergilah.. pergilah..
Dia bukan milik mu..

Ya memang berat untuk pergi..
Tapi dia mampu kenapa kamu tak mampu?
Allah kan sudah memakbulkan doa mu?
Doa agar dipeliharakan kau dan dia dari dosa.
Bukan kah itu permohonan mu?
Kau lupa?

Mana kekuatan mu?
Kau seorang yang kuat..
Inilah peluang untuk mu..
Bukan kah ini doa mu?
Doa agar kau diberi petunjuk oleh NYA
Kau lupa?

Tetapi aku amat sayang kan dia,
Aku rindukan kenangan manis kami,
Aku rindukan gurauan dan canda tawanya,
Aku rindukan tutur katanya,
Semuanya manis di ingatan.

Itu hanyalah bisikan NAFSU mu,
Memang ianya indah,
Tetapi tidak di mata Allah,
Semakin lama kau bersamanya semakin dekat kau di pintu NERAKA.
Dan semakin jauh kau dengan Tuhan,
Dosa mu makin bertambah,
Sedangkan apa kesudahan kau dan dia?
Betulkah dia yang ditakdirkan untuk mu?
Adakah dia berusaha untuk menghalalkan hubungan kau dan dia?
Kalau dia benar menCINTAI mu,
Dia tidak akan membiarkan hubungan ini terlalu lama.
Dia tidak akan membiarkan kamu terhanyut di dalam hubungan tidak halal ini.
Apa usaha dia untuk menghalalkan hubungan ini?
Malah dia sering memberi beribu alasan,
Tanpa sebarang usaha.
Kalau kamu benar mencintai dia,
TINGGALKAN DIA!!~

Tinggalkan dia?
Mana mungkin nanti aku akan kehilangan dia,
Aku tak sanggup kehilangan dia

Apa kau tidak yakin pada Allah?
Jika benar dia itu adalah yang tertulis untuk mu,
Dia akan datang mencari mu,
Tak perlu kau risau,
Merayu seperti peminta sedekah,
Mana maruah mu sebagai seorang wanita yang tabah?
Yang di banggakan oleh kalangan rakan-rakan mu?
Kau menjadi lemah dengan hanya Cinta manusia.
Yang belum tentu dia itu benar ikhlas mencintai mu.
Ini bukan dirimu yang sebenar!!~
Kembalikan dirimu,
Seorang yang ceria,
Seorang yang gelak tawanya di rindui ramai,
Seorang yang boleh mengembalikan senyuman kepada setiap hati yang duka,
Seorang yang berpendirian teguh dengan prinsip nya,
Kembalikan dirimu.

Percayalah pada Allah, 
Kau telah berusaha keras untuk kehendak hati mu,
Kau telah berikan yang terbaik untuk orang yang kau Cintai,
Kau telah berkorban untuk kebahagiaan orang yang kau Cintai,
Semuanya telah kau lakukan selaras dengan kehendak mu,
Sekarang hanyalah tugas Allah untuk menguruskanya,
Kalau dia yang tertulis untuk mu di Lauhul Mahfuz,
Dia pasti tidak akan mampu bertahan lama bersendirian tanpa mu,
Pasti dia datang mencari tulang rusuknya yang hilang itu,
Kerana dia tidak akan mampu hidup tanpa 'Kekuatan' nya.
Hatinya pasti akan kegelisahan,
Hatinya pasti akan kerinduan,
Dan dia akan merasa kesunyian,
Walau dia di dampingi 1000 pendamping sekali pun dia pasti takkan berbahagia,
Hatinya pasti akan merasa kesepian.
Kerana tulang rusuknya berjauhan dari nya.

Kau tidak perlu khuatir tentang hal itu,
Kau lihat sahaja dia, 
Begitu tenang sedangkan kau masih berduka,
Ada dia pedulikan mu?
Dan ini adalah doa mu.
Allah sedang menguruskan doa mu sayang,
Bukan kah kau mahukan seorang yang beriman kepada Allah?
Bukan kah kau mahukan seorang yang mampu membimbing mu ke jalan Allah?
Bukan kah kau mencari seseorang yang ikhlas mencintai mu kerana Allah?
Bukan kah kau mencari seseorang yang boleh menerima mu seadanya?
Bukan kah kau mahu seseorang yang akan menjadi Teman mu sepanjang hayat mu hingga ke Syurga?
Bukan kah ini semua doa mu?
Allah itu lebih tahu dari mu,
Allah itu tahu hati mu sayang,
Dia tahu apa yang kau perlu,
Kau akan dapat apa Seseorang yang ada di dalam doa mu,
Mungkin juga dia orangnya dan mungkin tidak,
Jadi mengapa perlu risau?
Kamu mahu orang yang dalam doa mu atau orang yang sekarang?
Mungkin juga orang yang ada di dalam doa mu itu adalah dia,
TETAPI bukan dia yang sekarang,
Tetapi adalah dia yang telah melengkapi insan di dalam doa mu.
Kamu tidak belajar dari kesilapan mu yang lalu?
Lupakah kamu Allah telah menyelamatkan mu dari insan yang salah?
Dulu juga kamu mencintai insan itu separuh mati,
Ternyata dia adalah yang salah.

Tetapi kalau aku tidak mampu lagi di uji lagi dengan Insan yang salah!!~
Cukuplah penderitaan ku yang lalu, Mengapa harus aku di uji lagi??
Hati ini tersiksa, Allah bukan tidak tahu hal itu!!~

Cuba kamu lihat perbezaan antara kamu yang dulu dan sekarang,
Dulu kamu seorang yang tidak tahu sabar,
Kamu seorang yang tidak matang,
Seorang yang kasar dan cepat marah,
Adakah kalau kamu masih kekal dengan sikap mu itu kamu akan sesuai dengan dia yang kamu kenali hari ini?
Sepatutnya kamu harus berterima kasih dengan sejarah-sejarah mu,
Dia telah memberi pendidikan kepada mu,
Walaupun dia hanyalah persinggahan dalam hidupmu,
Dari mereka kau mengenal satu persatu sikap yang bernama LELAKI,
Seharusnya juga kau berterima kasih kepada mereka.

Aku tidak pernah berdendam dengan mereka semua,
Malah mereka semua telah memiliki kebahagiaan mereka masing-masing,
Lalu aku masih mendoakan kebahagiaan mereka,
Dan tidak pernah sikit pun berHASAD kepada mereka.
Aku tumpang gembira di atas kebahagiaan mereka,
Walaupun aku sehingga kini masih bersendiri.

Alhamdulillah.. Itu kerana Allah tahu hati mu sayang,
Maka kerana itulah Allah merancang sesuatu untuk mu,
Kerana di dunia ini teramat sedikit LELAKI yang mempunyai hati seperti mu,
Ingatlah Jodoh mu itu adalah Cermin kepada diri mu,
Dia pasti akan serupa dengan mu,
Hati nya pasti seperti mu juga,
Ingatlah, Perempuan yang baik pasti untuk lelaki yang baik.
Kerana syurga itu untuk Insan yang baik-baik..
Jadi tersenyum lah kau,
Banyak perkara yang perlu kau kejar sementara hayat mu ada,
Cita-cita dan impian mu itu masih boleh di ubah,
Masih belum terlambat untuk merealisasikanya,
Jodoh dan Kematian mu telah di tentukan.
Jadi teruskan Impian mu.
Serahkan hal ini kepada Allah untuk menyempurnakanya,
Hidup ini mudah.
Kau pilih untuk tinggalkan Allah atau dia yang hanya hambanya?
Kalau kau memilih Allah tinggalkan hambanya.
Andai kau memilih Allah pasti syurga tempat mu,
Andai kau memili hambanya bukan setakat syurga malah dunia pun kau terlepas.
Bangun, dan jangan menangis.
Allah ada bersama mu,
Kuatkan diri mu,
Sebenarnya kau mampu pergi lebih jauh dari ini,
Kerana itu Allah tidak meninggalkan mu dan terus menguji mu,
Kerana dia tahu kau mampu pergi jauh dari ini.
Kebahagiaan itu pasti akan datang,
Pasti!!~
Allah telah berjanji dia pasti akan menolong hambanya,
Asalkan kau tinggalkan segala yang mengasyikkan di dunia ini,
Dan kembali kepada Allah..

Mudah-mudahan Allah terus memberikan semangat itu kepada Cik, Kerana tanpa dia Cik takkan mampu mengharungi segala dugaan ini, Jangan tinggalkan Cik Ya Allah.. Cik pasti akan terus hanyut..
Terima Kasih di atas semangat mu ini. Alhamdulillah.. Saya mampu kembali tersenyum.. Seharusnya Cik kembali ke prinsip hidup Cik. Apa yang Allah aturkan itu adalah sama seperti kata pepatah ini "Sekiranya mencintai seseorang lepaskan lah.. Jika ia kembali itu bermakna ia adalah milik mu"
Sesungguhnya Allah jua yang mengetahui. 


"..smiLe.."

No comments: