So semalam ada kelas TITAS. Jadi habis kelas pukul satu lebih. Balik dari kelas terus pergi Tesco untuk beli bahan-bahan nak masak. Balik-balik rumah terus letak beg dan masuk dapur. Jadi hari ni Atas permintaan MissNurul A.K.A Nunul.. Yang kata feveretnya.. Cik nak kongsi resepi Nasi Daging dan 3 resepi sampingan. Memandangkan dah lama Cik tak masak and share resepi kan.. (^_~).!!~
Nasi Daging Ala Masters Chef Cik Arin.
2 Cawan beras Basmathi
1 kilo daging (Ambil bahagian yang kurang lemak)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
2 Sudu besar rempah kurma
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kecil kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan
2 sudu besar Minyak sapi
1/2 Cawan Susu cair
2 Cawan Air rebusan daging (Ikut cawan beras)
1/2 kiub stock lembu
Bahan Taburan
Daun bawang
Daun ketumbar / daun sup
Kacang peace
Bawang goreng
Kismis (Optional)
Cara penyediaan
Mula-mula ambil daging potong sederhana besar dan masukkan garam kemudian rebus.
Sementara tunggu daging empuk blend bawang besar dang bawang putih.
Bancuh rempah kurma dengan air. Dan cuci beras tos kan.
Setelah daging tadi empuk, Kita dah boleh masak nasi.
Cara buat nasi
Panaskan periuk dan minyak sapi,
Tumiskan bawang yang di blend bersama rempah kurma, Buah pelaga,
Bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
Tumis sehingga wangi dan rempah masak.
Gunakan api sederhana supaya tidak hangit.
Setelah masak bahan tumisan tadi masukkan air rebusan daging beserta daging dan beras.
Masukkan sekali stock lembu.
Kacau sebatikan dan akhir sekali masukkan susu dan kacau.
Kecilkan api dan biarkan sehingga masak.
Bila dah masak hidangkan dan taburkan bahan-bahan taburan.
| Nasi Daging Ala Masters Chef Cik Arin dah siap..!!~ |
Orite seterusnya, Nasi daging ni selalunya dimakan bersama kerabu tomato atau air asam. Cik suka kerabu tomato. Jadi ini adalah resepi kerabu tomato nya pula.
Kerabu Tomato
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji cili besar
sepeket kerisik
3 Camca besar Cili sos (Kalau tak suka pedas kurangkan)
2 sudu gula
garam secukup rasa
2 sudu cuka
Tomato and Bawang yang Cik guna ni memang saiz besar. Thats why guna sebiji sahaja. So itu ikut saiz lah yer.
Cara penyediaan
Hiris tomato dan bawang besar dan cili besar. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan yang lain dan kacaukan supaya rata.
Dah siap.......!!~
| My Fabulous Kerabu Tomato..!!~ |
Okek for a next, Resepi tambahan. Memandangkan mama Cik dia tak makan daging. Hanya makan nasi jer dengan kerabu tomato. So Cik buatkan satu lagi jenis lauk untuk mama. BBQ Veggie. Jom tengok resepinya..!!~
BBQ Veggie
Lada benggala 3 warna. each half. (Traffic Light hehhe)
Cendawan butang segar
Bawang besar Di potong tebal
Timun pun boleh ( Semalam tak ada timun)
Carrot
Tomato plump yang kecik-kecik tuh
Mentega
Dan sedikit serbuk origano (Optional)
Tips
Untuk resepi ni. U all di minta guna Pan atau kuali leper. Dan setelah cuci sayuran tadi minta di toskan supaya sayur tadi tidak berair ata basah. Kaedah yang nak digunakan adalah grill sebenarnya.
Cara penyediaan
Panaskan pan tadi. Api sederhana yer kang hangus lak korang nya sayur tu bila you all tak pandai control. Kemudian masukkan lada benggala carrot and timun dan bawang. Sebab sayur ni lambat masak. Tanpa minyak yer. Tekan-tekan sikit supaya kena kuali tadi. Then lense kan dengan mentega. Alaaa macam you grill ayam lah.. buat bbq kan.. Then kalih kan bagi masak rata. Tiga sayur ni bila dah betul-betul masak dia akan ada rasa manis. Thats why kena masak betul-betul. Then agak dah masak masukkan candawan grill jugak and lastly tomato. Jangan lupa setiap sayur tu kena lense kan dengan butter. Dan akhir sekali masukkan serbuk origano dan dah boleh di hidangkan.
| BBQ Veggie done..!!~ |
So.. dari pukul 3 masak pukul 6 dah siap. Sempatlah abang ipar Cik tuh bawak bekal gi tempat kerja. Hehehehh... Do you all boleh cuba ye di rumah.. Semalam lepas berbuka tak sabar nak rasa. Alhamdulillah.. Cik tak pernah masak dalam bulan puasa neh. Ini pertama kali cuba masak di bulan puasa. Dah biasa masak so dah boleh agak lah garam gulanya kan.. Jadi pendek kata Semuanya cukup rasa.. hehehe. Dan nasik Alhamdulillah.. Lembut.. dan best..!!~ Hidangan ni cukup untuk makan 3 ke 4 orang. Inilah hasilnya.. Bila dah siap di hidangkan..
| Nasi Daging Ala Masters chef Cik Arin Siap dihidang..!!~ |
"Fewhh...!!~"
No comments:
Post a Comment