Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Wednesday, August 29, 2012

Alhamdulillah..!!~

Alhamdulillah..
Itu jer mampu Cik Arin cakap. Sebab dikurniakan hati yang tenang.
Apabila kita mula marah kan seseorang, jangan sampai ada benci. Jangan pernah berdendam. Carilah positif dalam individu tu. Supaya kita nampak kebaikkan dia. Jadi InsyaAllah kita takkan berdendam. Tapi lumrah manusia kalau buat seribu kebaikkan hanya kerana kecacatan maka kebaikkan tadi terhapus. Sebenarnya memang sakit hati kalau teringat perbuatan seseorang. Tapi kita pun bukanya sempurna sangat. Yang apabila kita tengok seseorang tuh dah jatuh dan masa tulah kita curahkan segala yang terpendam di hati.

Entahlah kalau nak cakap pasal keburukkan orang neh banyak. Tapi apa kata tak yah lah kita cakap keburukkan orang. Cuma kalau boleh, apabila kita tengok seseorang tuh tengah dalam keadaan memerlukan sokongan, Cuba kita jangan bunuh harapan dia. Orang tu sebenarnya tengah nak berhijrah. Tengah nak memperbaiki diri. Sebelum ni dia jauh dari Tuhanya. Dan di sedang mengenal Tuhanya. Tapi datang kita di beri satu kata-kata yang boleh membunuh harapan dia untuk berusaha ke arah kebaikkan. Kita memberi tuduhan bahawa itu adalah 'Balasan' dari Tuhanya di atas kesalahan yang lalu yang telah dilakukan olehnya.

Telah dinyatakan dalam dunia ini setiap kejadian adalah ujian. Jangan ingat apabila kita diberi laluan mudah kita adalah orang yang baik. Dan apabila kita diberi laluan yang sukar itu adalah kerana kita di hukum. Allah telah berjanji dengan Rasulullah S.A.W untuk menangguhkan hukuman terhadap umat baginda. Lupa?
Kita manusia mana ada yang sempurna. Kalau kita bercakap tentang kebaikkan bukanlah kita rasa diri ni HEBAT sangat. Kalau kita cakap soal agama bukanlah kita ustazah. Tapi sebenarnya kita sedang menasihati diri sendiri.

Asalkan kita sedar diri kita tak sempurna dan terus memperbaiki diri selagi itulah hebatnya ujian yang melanda. Dan sebenarnya apabila kita mendapat laluan mudah itu adalah kerana Allah tahu kemampuan kita memang takat tahap tu jer. Sebab tu ujian kita mudah. Sebab kalau DIA bagi lagi memang tak tau lah jadi apa. So apabila kita diberi laluan mudah tu jangan sombong diri merasa bangga sebab Allah permudahkan. Sepatutnya bersyukur pada Allah sebab kita tak di uji sehebat orang yang kita kata mendapat 'Hukuman' itu.



Bila kurangnya ujian Allah pada kita maka sebenarnya Allah nak bagitahu, LEMAHNYA IMAN KITA. Jadi muhasabah diri ya.. Jangan simply say orang lain tu banyak dosa sebab tuh Allah tak temukan jodoh dia, Allah tak murahkan rezeki dia dan sebagainya lah. Sebenarnya ada satu perkara yang kita tak tau, Allah sebenarnya sayang kat Insan tuh, Sebab tu Allah simpan dulu nak bagi as 'Special Case'. So jangan jeles yer.... Hehehe..



Apabila di uji pun sepatunya kena syukur jugak plus sabar. Haaa itulah bezanya. Orang yang dipermudahkan jalanya hanya perlu tahu syukur tapi itu pun dia tak mampu buat malah sombong lagi. Kalau syukur kan dapat pahala.. Dah lah diberi kemudahan tambah pahala syukur lagi. Orang yang payah ujiannya ni dahlah kena sabar kena syukur lagi. Sebab dia tidak di permudahkan urusanya apabila dia bersabar dan bersyukur dia dapat lah pahala untuk keduanya. Adil kan?

Cuba kalau kita fikir balik agak-agak kalau kita duduk kat tempat yang kita 'Hukum' tu mampu tak? Cuba sesekali tuh berprasangka baik boleh tak? Cuba positifkan diri sikit. Tapi Apapun... Alhamdulillah Allah tu beri hati yang tenang pada Cik. Cik mengaku im feel down and i need some support bukan 'Hentaman'. Tapi terima kasih lah.. InsyaAllah sampai masa nanti Allah akan bagitahu hikmahnya dan kita sama-sama lihat.

 Anyway Cik arin tak pernah berniat untuk 'Macam bagus' atau 'Cakap tak serupa bikin'. Cik just mendidik diri sendiri.. okek?



 "..I am responsible for what i say, I am not responsible for what you understand.."

No comments: