Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Monday, August 27, 2012

Altar Cinta

Keasyikkan dunia tu memang indah,
Ianya bagai satu perangkap,
Begitu susahnya nak melepaskan dunia,
Seolah-olah tidak percaya akan yang enam.

Kita selalu menyebut tentang yang enam itu,
Yang lima itu mungkin tak susah untuk dilakukan,
Semua orang mampu untuk melaksanakan yang lima itu,
Tetapi yang lima itu di sokong oleh yang enam.

Kepercayaan kepada Allah,
Kepercayaan kepada Malaikat,
Kepercayaan Kepada Kitab,
Kepercayaan kepada Rasul,
Kepercayaan kepada hari kiamat,
Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar,

Semuanya itu lantang menyebutnya,
Tetapi hanya sekadar mampu untuk menyebutnya tetapi sukar untuk melaksanakanya,
Itulah tanda betapa lemahnya Iman ini,

Buktinya begitu sukar untuk melepaskan keasyikkan dunia,
Kita melafazkan syahadah, Kita Solat, Kita Puasa, Kita berzakat, Kita pergi haji.
InsyaAllah itu semua kita dapat lakukan selagi ada kudrat.
Tetapi yang enam itulah sebenarnya Ujian besar Allah terhadap kita.
Kita gagal kerana yang enam ini.
Termasuklah diri ini.

Benar begitu susah untuk melaksanakan yang enam ini.
Kerana dunia ini benar-benar mengasyikkan.
Tak mampu, Benar-benar tak mampu.
Walaupun satu.
Percaya pada Allah, semuanya mampu melafazkanya,
Tetapi sejauh mana kita Yakin tentang Allah?
Sejauh mana kita sanggup korbankan dunia kerana Allah?
Sungguh tak mampu.
Apabila nak dapatkan yang satu itu pun kita tak mampu,
Macam mana baki yang lima nya?

Hari ini barulah tersedar yang iman ini belum betul-betul kuat,
Nak korbankan nafsu sendiri pun tak mampu,
Bagaimanakah?
Syurga itu jauh sangat di mata,
Sedangkan itulah matlamatnya hidup ini diciptakan,
Jujur memang tak mampu.


Allahuakhbar,
Di mana mahu cari kekuatan itu?
Kenapa susah sangat nak yakin dengan janji Allah,
Kenapa masih ada keraguan terhadap Allah,
Sedangkan sering mengatakan 'Aku Percaya Allah',
Kenapa susah sangat?

Dunia ini amat mengasyikkan,
Apabila rukun Iman yang pertama itu masih gagal terlaksana,
Yang lain juga takkan terlaksana,
Bercakap itu mudah,
Tapi tak pernah sedar bahawa yang enam itulah ujian sebenar Allah untuk hambanya,
Dan ternyata gagal keseluruhanya.

Di saat ini terfikir,
Dimana lah nanti tempat di Akhirat kelak.
Kerana kegagalan ini,
Tapi sesungguhnya diri ini tak mampu.

Ya Allah,
Sebagai hamba Mu,
Aku buntu dengan persoalan hidup ini,
Ianya amat sukar bagiku,
Aku hanya mengharapkan kekuatan dari Mu,
Kerana diri ini tidak memilikinya,
Entah kenapa aku masih gagal untuk akur dengan kehendak Mu.
Entah kenapa aku masih meragui Mu.
Aku ingin menghampiri Mu,
Namun keasyikan dunia ini bagai memanggil-manggilku,
Semakin hari jiwa ini semakin resah memikirkanya,
Ternyata hanya diriMu yang aku harapkan duhai Pencipta Alam.

Perasaan ini telah lama aku pendam,
Ianya tidak pernah terluahkan,
Namun diri ini tahu Engkau Maha Mengetahui,
Engkau tahu apa yang tersembunyi di lubuk hati paling dalam,
Jiwaku sebenarnya meronta-ronta inginkan Kasih Sayang Mu,
Namun aku masih gagal untuk meraihnya.

Ya Allah,
Aku mohon pada Mu,
Hanya Engkau yang mampu membantuku,
Bantulah aku untuk kembali kepada Mu,
Bantulah aku agar aku tetap pegang teguh pada janji-janji Mu,
Bantulah aku agar aku meyakini Mu,
Bantulah aku agar aku mampu meninggalkan segala kepalsuan dunia ini,
Bantulah aku agar aku mampu untuk tenang menghadapi ujian Mu,
Dan yang aku harapkan,
Bantulah aku agar aku tidak berputus asa untuk menjadi Manusia yang kukuh Imanya.

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang makhluk Mu tidak ketahui,
Aku mohon kau bersihkanlah hati dan diri ini dari segala keburukkan,
Engkau peliharalah aku dari segala perasangka lebih-lebih lagi terhadap Mu,
Hanya padaMu ku pautkan harapan yang tinggi,
Kerana aku Percaya kau PASTI tidak akan mengecewakan aku.
Aku yakin kau menyayangi aku,
Aku YAKIN pertolongan Mu itu sangat dekat.
Amin..Amin.. Ya Allah Ya Rabbul A'lamin..


"..Altar Cinta.."

No comments: