Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Tuesday, August 14, 2012

Jantung

Apakah Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung? | Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda


"..Dalam dunia ni Allah Ciptakan semuanya serba dua. Tetapi Jantung hanyalah satu. Itulah nyawa kita.."

No comments: