Biar bertahun lamanya cuba bertahan pasti takkan sampai ke mana.
Namun anggaplah ianya ada sebuah hikmah disebalik kejadian. Walaupun kadang-kadang ada rasa terkilan. *smiLe.
Kadang-kadang pernah jugak terlintas dalam kepala kalau percintaan dulu direstui pasti dah temu kebahagiaan sekarang. Sebab dah nak menghampiri dah tinggal selangkah jer lagi.. hehehe..
Tapi itulah kan.. jodoh.. Sehebat mana pun, sekuat mana pun selama mana pun cuba bertahan kalau dah Allah kata dia bukan jodoh kita.. Redha lah..
Kadang malas nak ingat, tapi bila time-time macam ni memang teringat.. heheh..
Semua tu pengalaman.. Korang ada? heheh..
Masa tuh langsung tak boleh nak keluar satu perkataan pun melainkan hanya telan bulat-bulat kehendak family. Bab lain Cik beranilah nak melawan.. Tapi bab ni cik tak berani huhuhu...
Walaupun ada gaklah curi-curi kawan dalam senyap.. hehee...
Kadang-kadang ada gak buat terang-terang berkawan hehehe... dengan harapan family leh terima..
At last Ayah dah boleh terima, mama cik pulak mati-mati jugak kata tak mo. Padahal sebelum tuh mama cik okek jer.. Agak-agak kenapa ek..............?? hehehe
Tapi agaknya dah terlalu lama 'fight' dah jemu agaknya memang 'Takdir' kata tak der.. so tak der lah..
Bertahun gak lah Cik merajuk dengan Family Cik pasal hal ni. Tak mo cakap pasal kawen. Hehehe...
Sebab penat bercinta alih-alih diorang tak suka. Tapi setiap kejadian dia ada hikmahnya. Mungkin ada yang terbaik lagi dari DIA untuk Cik.
Teruk jugak arr Cik kena 'brainwash' supaya tinggalkan yang dulu tuh. Tapi tak boleh sampai lastly perasaan tu hilang sendiri. Mungkin sebab banyak sangat dugaan.
Hehe dulu kalau asal Cik bawak balik kawan jer mesti diorang suka. Cik yang tak suka.. Hahah Cik kata tu semua kawan biasa-biasa jer. Nak buat macam mana dah memang kawan Cik ramai lelaki masa tuh. Kadang member datang umah buat kerja. Pernah ayah Cik usik Cik dia kata "Kau ni yang mana satu Dik?" Cik kata tak der satu pung.. hahahah!!~
Pernah ada tuh dia layan seorang kawan Cik neh macam nak buat calon menantu. Aikk...?? Huuuu.. Cik anggap member jer. Tak mo arr tak berkenan. ekekek... Heheh.. Dulu ramai sungguh lah.. Sekarang ni dah tak der dah.. malas arr nak kawan dengan ramai laki neh. Diorang neh peel macam-macam. Kadang-kadang ayah Cik naik risau dia tengok kalau Cik bawak balik kawan kejap-kejap orang ni.. esok-esok orang lain.. ekekke..
Siap dapat label 'Playgirl' lagi dari sesetengah kawan-kawan. Tapi diorang tak tau Cik kawan macam mana. So far all my friend respect me. Diorang tak pernah lah cuba nak ambil kesempatan kat Cik. Sebab kita tau bawak diri so orang pun hormatlah kat kita. Ini kalau kita terkinja-kinja depan jantan ermm diorang neh memang suka lah bertepuk tampar bagai neh.. But thats not me. Cik tau had.
Sekarang ni Cik tak mo dah kawan dengan diorang hahah.. tak der lah Cik still kawan macam tu je lah. Cuma dah tak closed macam dulu. Kadang bila duduk saja-saja teringat cerita-cerita dulu macam kelakar ada.. menyentuh hati ada. Tapi what i can say is. Thats all my valuable xp. Allah nak bagi Cik rasa.
Banyak cerita dalam usaha nak jumpa "Mr.Right".
Kadang rasa macam Syukur kerana Allah bagi cik pelajaran. Cinta terhalang, Cinta dikhianati, Terluka, Bahagia, Hehehe..
Sekarang ni apa status Cik pun dah tak tau lah. Allah bagi lagi ujian kat Cik. Kadang rasa penat arr.. Jujur Cik jadi penat sebenarnya. Kalau boleh Cik dah taknak bercinta-cinta neh. Sebab rasa kecewa tu sakit. Tapi tak tau lah kadang benda yang kita tak nak tu lah Allah nak jugak bagi. Tak tau apa sebenarnya yang DIA aturkan. Kadang Cik jeles arr tengok orang senang-senang jer lepas habis belajar kawen terus. hehehe..
Merasa hidup rumah tangga. Cik ni tak habis-habis di beri harapan tapi asyik kecundang jer.. Tak taulah kat mana silapnya.
Pernah sampai satu tahap rasa bosan dengan sikap orang lelaki neh. Tapi tak adalah sampai tahap Anti lelaki. Ada gak yang okek.. tapi banyak yang tak okek huhuhu...!!~ Mungkin sebab tak masuk dalam jiwa cik kot.. tu yang cik kata tak okek. Sebabnya diorang ni kalau boleh semua perempuan diorang nak layan. Semua perempuan diorang suka bagi syok sendiri. Bagi harapan than bila sampai perempuan tu dah tergila-gila kat diorang, diorang tak bertanggungjawab. Ada yang sanggup menunggu bulan jatuh ke riba pun yer. Lepas tu diorang salahkan perempuan tu. Padahal diorang yang layan melebih-lebih. Tak taulah ayat apa yang diorang guna sampai perempuan tuh menaruh harapan yang tinggi kat diorang. Sampai buat perempuan tuh feel bercinta dengan diorang. Sebab tu Cik kadang malas dengan lelaki neh. Sebab peel tak semenggah diorang tu arr..
Kata kawan tapi simply says rindu sayang. Tapi diorang tak cakap pun rindu as apa kawan or cinta? kata sayang. Perempuan kalau cakap 'Sayang' dia memang feel sayang cinta lah. Tapi orang laki neh bila cakap sayang dah lama baru dia cakap sayang sebagai kawan. ha ha ha.. tak yah nak cong cik Arin lah.. Semua tuh dalam poket cik lah. Ini lah perangai orang laki yang paling Cik tak suka. Sebab tuh Cik kalau diorang cakap Rindu ker panggil sayang ker.. Cik buat masuk telinga kiri kuar tinger kanan jer.
Unless dia cakap Sayang sebagai Kekasih. Okek. Kalau dia takat pusing-pusing tu elok jer ayat tu masuk tong sampah. Kalau nak main tarik tali dengan Cik kirim salam jer lah.. Kalau berani mai arr masuk minang. Kadang-kadang kesian pulak dengan kaum Cik sendiri. Merayu sangat. Tapi lantak korang lah.. Bukan cik tak bagi nasihat.. Ek eh teremosi pulak c(:
Cik cakap sebab ada pengalaman dulu dengan sorang mamat neh. Cik chat berapa kali jer dengan dia. Lepas tu masa tuh tengah single haha single lah sangat.. Cerita lama neh.. Masa tu break sekejap dengan ex bf cik. Chat than bagi arr nombor tepon kat dia. Sebab time tu konon-konon merawat hati terluka lah.. Pegedah.. hehehe than sembang-sembang lah.. lama gak arr sembang tepon tuh. Dah tu esoknya dia mesej cik dah panggil sayang? hohohoho Layankan aja lah.. lepas tuh nak merindu-rinduan lah plerk.. baru sembang tepon sejam dah sayang ek? Hebat Cik arin neh ek... Just fikir lah. Kalau dalam masa sekejap tuh dia boleh panggil u sayang.. berapa ramai sayang dia? ekekekek... Jadi kalau tengok banyak sangat perempuan yang merayu kat fb dia ke hahaha.. Fahamlah orang nya macam mana ye.. mean kenal 2 jam terus jatuh cinta.. huhuhu...
Jadi macam mana lah nak percaya ek... tulah kadang-kadang terlampau banyak sangat pengalaman neh pun payah gak jadinya. Banyak sangat dah rahsia orang laki dalam poket neh. What i can say is.. Kalau dia tak datang hantar rombongan.. Cuba ajak dia kawin.. Apa alasan dia? Dia tak pernah serius dengan awak.. *smiLe
Sebenarnya jodoh ni senang. Tak payah kawan lama-lama. Kenal sekejap, than kalau serius suruh dia datang jumpa famili. Tengok dia nak datang tak? Kalau alasan melebih usaha apa kata kita bawak haluan masing-masing dulu. Sebab belum tentu dia tu serius. Hati siapa yang kecewa? Kalau dia betul-betul serius terus dia datang. Padahal bukan kita suruh buat apa pun. Just datang jumpa famili. Susah? Kalau betul cinta lautan api sanggup redah kan..? Yang hairan buat hal lain boleh pulak..
Kalau rasa tak mampu, atau ada hal lain lagi penting uruskan dulu hal lain tuh. Kalau ada jodoh ada lah.
Dalam hal ni Cik memang serius. Sebab Cik pernah tempuh sagala pengalaman. Sayang bukan tak sayang.. Tuhan jer yang tahu sayang tuh macam mana. Tapi realiti hidup kena hadapi. Jodoh bukan diukur selama mana kita bercinta dan setia. Jadi elok suruh dia settlekan 'alasan' dia tu dulu. Kalau sampai satu masa kita masih ada rasa cinta dalam hati tu dan dia pun masih ada rasa yang sama dan dia betul-betul maksudkan nak ambil kita sebagai 'Teman' dia. Datang jer lah buat cara baik. Sebab perasaan ni bukan mainan. Lagi lama jalin hubungan yang tak tau apa kesudahannya tuh lagi teruk nanti.
Apa nak risau janji Allah tu kan pasti. Pada Cik lelaki ada kuasa nak memilih. Dia tahu siapa yang dia nak dijadikan 'Teman' dia. Perempuan takkan nak buat hidung tak mancung pipi tersorong sorong? Tak malu ker? Serius.. kadang Cik tengok siap merayu "aku akan setia menanti mu.." "Aku sentiasa berharap impian itu menjadi kenyataan" "Aku terus merindui mu sayang" Kalau perempuan tengok rimas laki tengok lagi rimas tau tak?
Cuma diorang neh tak cakap jer.. Ambik hati konon.. kadang kalau anak dara tu tak perlah jugak.. Mak dara pun merayu jugak apa cerita? Heheh dah lah malas nak berleter panjang.. Dah merepek-repek dah neh..
"..Selagi Tak lafaz 'Aku terima nikahnya' selagi itu kita milik Allah.."

No comments:
Post a Comment