Pages

PENAJA

Sweet September
Bersopan santun dan bertolak ansur, Sangat cermat teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap, Sikap sangat cool
Sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin dan terperinci, Amanah, setia dan jujur,
Kerja yang dilakukan sangat sempurna, Sangat sensitif yg tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir, Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar, Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik dan Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan,hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya dan bila terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih terutamanya dalam perhubungan
Sukakan benda yang luas dan Bersistematik.

Nama : Norazrin Binti Noor
No. Matrik : 235957
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi

Saturday, August 11, 2012

Belajar Melalui Kesilapan..!!~


Sejarah, Setiap insan mempunyai sejarah hidupnya sendiri, Itu adalah kerana hidup ini adalah sebuah cerita. Kadang-kadang kita terlupa yang semuanya itu adalah yang di tulis oleh Sang Pencipta kita. Sejarah itu adalah untuk dipelajari. Bukan untuk dikenang atau membiarkan kita terus hidup dalam kenangan. Sejarah juga bukan untuk dilupakan. Jadi tak perlulah sampai kita nak hilangkan ingatan kita. Kerana andai kita melupakan sejarah kita akan sentiasa mengulangi kesilapan yang lalu berulang-ulang kali. Adakah kita tidak penat untuk mengulangi kesilapan yang serupa?

Seperti kita belajar mengaji Al-Quran, Sekiranya kita sentiasa silap didalam sebutan, mana mungkin Tok Guru mahu mengubahnya pada pengajian yang baru? Sama juga kalau kita belajar di Universiti. Kalau kita
tak lulus sesuatu subject mana mungkin kita melangkah ke semester yang baru. *smiLe.

Tetapi kita manusia ini selalu hanyut dalam diri sendiri. Kita selalu lupa dengan hukum alam dan Takdir Allah. Sehingga kadang-kadang tanpa kita sedar, Takdir kita itu menghukum orang lain. Mungkin juga orang itu sebenarnya takdirnya berkebetulan dengan takdir kita. Tetapi kerana kita terlalu hidup di dalam kenangan menyesali kisah silam kita Insan yang di takdirkan untuk masa hadapan kita terhukum dan tersiksa dengan keadaan itu.

Setiap kejadian yang terjadi dalam hidup kita adalah pembelajaran untuk diri kita. Agar kita tidak pernah mengulangi kesalahan yang serupa. Setiap insan yang hadir dalam diri kita itu adalah ujian untuk kita. Walau siapa pun sekali dia. Yang penting bukan lah masa lalu kita tapi adalah masa kini kita yang bakal menentukan masa hadapan kita.


Masa kian berjalan dan tak pernah menunggu kita, Usia kita semakin meningkat dan bukan makin muda. Sebenarnya banyak pintu-pintu kebahagiaan yang menanti kita untuk hadir kepadanya. Kenapa dibiarkan pintu itu terbuka tanpa ada sudi yang memasukinya. Kenapa pintu yang tertutup rapat juga yang kita nantikan? Pintu itu tidak akan terbuka lagi. Sampai bila-bila pun. Adakah kita menantikan pintu yang lain tertutup juga dan pada itu baru kita tersedar yang kita terlalu membuang masa pada pintu yang tertutup? Dan sekali lagi kita akan menyesal?

Ada insan lain yang sedang menanti di pintu yang terbuka itu, Insan itu sentiasa berharap kita tersedar dari lamunan yang tak berpenghujung. Pernahkah kita fikir apa yang di ambil oleh Tuhan itu adalah kerana untuk menjadi pelajaran dalam hidup kita? Agar kita boleh menjadi yang terbaik untuk sesuatu yang telah Allah tentukan untuk kita? Andai kita menilai dengan mata hati yang terbuka pasti kita akan melihat hikmahnya.

Kehidupan ini adalah milik Allah. Hidup dan mati kita adalah kerana Allah. Jodoh dan pertemuan juga Allah yang menentukan. Dan hidup ini sebenarnya mudah. Hanya lakukan sahaja apa yang terlintas di fikiran selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum. Kadang-kadang kita sering menyukarkan kehidupan kita dengan menyesali sesuatu yang tak patut di sesali. Memang pelajaran itu kadang-kadang sukar untuk di mengerti. Namun apabila kita memahaminya ianya akan mudah. Ubat itu kadang-kadang ianya pahit, Tetapi nikmat selepas itu kita sendiri yang merasakanya.

Memang menerima hakikat kehilangan itu tidak mudah, baik hidup atau mati. Kadang-kadang menjadi tanda tanya. Tidak ada yang akan kekal. Segalanya hanyalah pinjaman. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mahu atau tidak. Itulah hakikatnya. Bukanlah kita tidak tahu tentang hal itu. Namun hidup perlu diteruskan, Kita akan merasa susah kalau kita terus menangisi sesuatu yang bukan lagi menjadi milik kita. Redha lah jawapanya. Ikhlas itu adalah ubat bagi hati yang luka. Teruskan perjalanan hidup kita. Yakin dan percaya kepada Allah. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita.


Setiap yang hadir itu adalah ujian. Ujian untuk melihat sejauh mana kesanggupan, keredhaan dan keikhlasan kita dalam pemberian Allah. Tapi itu yang sering kita lupa. Walaupun kadang-kadang yang di berikan oleh Allah itu adalah sesuatu yang bukan di impikan oleh kita. Sesuatu yang tak pernah terlintas dalam kepala kita, Sesuatu yang kalau boleh untuk kita elak. Tetapi Allah masih juga memberikan hal itu kepada kita. Dan sebenarnya tanpa kita sedar di atas kesanggupan kita lama kelamaan ianya menjadi keredhaan hati kita. Sesuatu yang kita rasa janggal itulah yang akhirnya kita sukakannya. Tapi ujian Allah tidak sampai disitu. Di saat kita sudah boleh menerimanya dan sudah terbiasa denganya tiba-tiba Allah menarik nya kembali. Siapa kita untuk mempersoalkan hal itu? Itu ada lah ujian kedua kita. Untuk redha dengan kehilangan pula. Andai kita tidak Redha, Takdir akan terus menghukum kita. Kerana masih banyak ujian yang menanti kita di hadapan. Tetapi Ujian yang satu ini kita masih belum selesaikanya. *smiLe

Dan setiap pengorbanan yang kita lakukan kerana Allah itu pastinya ada ganjaran dan bukanlah sia-sia. Sama ada ganjaran di dunia ataupun di akhirat. Di dunia pastilah ada gantinya yang lebih baik dari yang sebelumnya. Manakala di akhirat pastilah Syurga Allah yang tak terbayangkan di mata.


Pengalaman ini terjadi kepada Cik sendiri. Semakin Cik melangkah semakin yang terbaik Cik temui. Dan Cik teruskan untuk mempelajarinya. Walaupun kadang-kadang yang hadir tu memang ada kekuranganya.  Memang sakit ketika jatuh itu kadang-kadang boleh membawa kepada kehilangan arah. Namun Allah tak pernah tinggalkan Cik dan sentiasa menyelamatkan Cik. Ujian yang Allah beri kepada Cik boleh dikatakan silap-silap haribulan boleh menghanyutkan diri. Tetapi Allah itu tahu siapa yang ingin diselamatkan dan siapa yang Dia mahu biarkan terus dalam kesesatan. Alhamdulillah Cik bersyukur terhadap apa yang Allah anugerahkan kepada Cik. Cik seorang yang sering belajar dari pengalaman dan ianya mematangkan diri dalam membuat keputusan. Sehingga sekarang andai kata ianya ujian lagi itulah yang harus di terima. Tapi sekurang-kurangnya Cik dah Redha dengan anugerahnya. Walaupun tidak sempurna seperti yang diharapkan. Malah tak pernah terlintas di kepala langsung. Tetapi kalau itulah yang terbaik Cik Redha. Dan pasti ianya akan menjadi sempurna satu hari kelak. Tetapi kalau dikatakan ianya hanyalah ujian, sekali lagi untuk menguji Cik sejauh mana Cik bersyukur ke atas pemberianNYA, Sekarang pun Cik dah boleh terima dan Redha. Walaupun sukar. Tapi dah itu yang dikatakan Takdir hidup Cik yang terpaksa Cik tempuh kemana harus Cik lari?

Begitu juga orang lain Cik harapkan, Redha. Kalau ditakdirkan kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi, walau satu hari itu adalah milik Allah. Itu adalah kerana Allah sebenarnya hadirkan seseorang itu adalah kerana ingin menguji kita. Sejauh mana kita Redha dalam pemberian Allah. Sebab itu ujian itu sifatnya hanyalah sementara. Bila sampai waktunya kita harus kembalikan kepada penciptaNYA. Apa yang harus kita bersyukur adalah kita telah melaksanakan Amanah Allah dengan baik. Pasti ada ganjaran untuknya. Kalau mungkin kita menyesal kerana kita tak melaksanakan dengan baik kita masih ada peluang untuk melakukannya pada peluang yang seterusnya. Itu yang dinamakan pelajaran. Dari kita meneyesali dengan sesuatu yang telah lepas yang takkan kembali, dan kita membuang masa sedangkan kita ada peluang untuk memperbaiki kesalahan kita yang lalu pada hal yang lain. Itu adalah kerana kita tidak Redha. Kesan negatifnya Allah pasti akan murka dengan kita, Kita mungkin akan menyusahkan orang lain dan paling dasyat kita merugikan diri sendiri.

Hidup ini adalah pelajaran dan kalau pelajaran pastilah ada ujian. Selagi kita mampu bernafas selagi itu kita masih ada peluang untuk membetulkan kesilapan. Melainkan kita berputus asa. Jangan pernah menyesal dengan apa yang terjadi selagi ianya belum terlewat. Biar kita kecewa sekali dalam satu hal asalkan kita tak kecewa dalam hal yang sama untuk kali ke dua. Itu adalah kerana kita tidak belajar dari masa lalu kita. Allah takkan menjadikan sesuatu tanpa ada sesuatu. Hidup ini adalah pilihan. Baik atau buruk. Syurga atau Neraka, Pahala atau Dosa. Dan selalunya yang indah itu belum tentu baik dan yang yang buruk itu belum tentu rosak.


Allah takkan menganiaya hambanya yang selalu ingat pada Nya. Yang merosakkan diri itu kita sendiri bukan Allah. Kita takkan mampu hidup bersendiri tanpa bantuan sesiapa. Kita takkan mampu menempuh ujian Allah ini andai bersendiri. Allah itu maha bijaksana. Keputusan yang dilakukan dalam perbincangan itu lebih baik dari dilakukan sendiri. Pertolongan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk jadi kalau kita tunggu ianya jatuh dari langit pasti ianya takkan terjadi. Dan setiap simpang yang kita pilih itu pasti ada penghujung nya. Kita tidak akan tersesat, semuanya akan berakhir pada satu penamat iaitu kembali pada Allah. Yang membezakanya adalah halangan dan ujiannya. Jadi yakinlah dan faham lah apa matlamat kita di dunia ini. Kita adalah kembara yang sedang mencari jalan pulang. Kita tidak akan tersesat kalau selagi kita melakukannya dengan tujuan kebaikkan. Bekalan yang kita ada untuk menempuhnya adalah Sabar, Redha, Usaha dan Doa. Andai ianya tidak ada semua ini, Ianya akan menjadi sukar.
 
Hidup ini mudah.. Lakukan..!!~


"..Sejarah itu bukan untuk dilupakan TETAPI untuk di jadikan pelajaran.."

No comments: