Di saat orang lain bergembira dengan pasangan masing-masing, pada umur yang sepatutnya sudah boleh berumah tangga, malah ada dikalangan rakan sebaya sudah bergelar ibu atau ayah tetapi kita masih lagi bergelar 'single' atau bujang. Bukan sahaja bujang tidak bersuami atau beristeri tetapi teman pun masih tercari-cari. Memang benar jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Tetapi itulah ujian untuk si 'Single'. Iaitu merasa kesepian yang masih menjadi tanda tanya sampai bila. Kadang-kadang mereka meluahkan rasa di hati, kerana kesepian yang melanda diri. Tetapi ada sesetengah orang melebelkan mereka ini sebagai 'desperate'. Dan lebih sakit hati orang yang label itu sendiri sudah memiliki pasangan hidup.
Memang kadang-kadang kita tengok ada sesetengah di kalangan rakan-rakan kita macam cool jer hidup single neh. Tapi kita tahu ke hati mereka? mereka memang kelihatan bahagia bila mereka dikelilingi teman mereka. Mereka memang terasa riang. Tapi cuba bila sampai masa, mereka memerlukan seseorang untuk menemani mereka tiba-tiba rakan-rakan yang lain cakap begini 'Alaaa hari neh husband nak ajak pergi sana' lepas tu ajak kawan lain pulak, 'Alaaa tunang aku nak belanja makan..' ajak kawan lain pulak 'opsss sorry pakwe i nak datang..' Hehehe... agak-agak tension tak? Lepas tu ada kawan yang available boleh buat ayat macam neh pulak 'Sebab aku kesian dekat kau lah aku teman, Kesian suami aku kat rumah dah lah hari ini dia cuti'. Agak-agak apa perasaan si 'single' tadi? Telan air liur pahit jer tau tak.. hehehe... Cik pernah lalui cik tahu lah. Tapi tak ada pulak lah setiap kali Cik sembang dengan kawan-kawan Cik cakap "Kenapalah.... aku tak kawin lagi..". Sebab apa? Sebab kadang-kadang kalau kita meluahkan itu lebih sakit hati apabila orang tempat kita luahkan tu tak faham situasi kita.
Dan sebenarnya mereka ni merawat hati sendiri dengan sibukkan diri semaksima mungkin. Habis tak ada kerja diorang akan tidur sepanjang hari supaya tak fikirkan apa yang tak mahu di fikirkan. Memang fitrah manusia tu di ciptakan berpasangan. Jadi apabila sampai satu tahap mereka memang memerlukan seorang 'Teman'. Tapi takdir mereka hanya Tuhan yang maha mengetahui. Itulah ujian untuk mereka. Kalau yang jenis bercouple tuh at least hari-hari di isi denga sms dari yang tersayang. Tak kawin pun tak apa janji ada 'Teman' untuk dicurahkan perasaan. Ketika mereka perlukan teman ada yang sedia menemani. Sejujurnya macam cik neh? Kadang gi shopping sendiri, gi makan sendiri kadang teringin nak tengok wayang pun sendiri. Hehehehe... Betapa sunyi nya hidup ini.. *smiLe.
Orang kata.. ajak lah mama. Yerp memang Cik dulu pergi mana-mana ajak mama. Tapi since lately neh mama pun bukanya larat sangat. Kadang nak ajak makan luar, itu dia tak mahu ini tak mahu. Jadi nak ajak kawan terdekat siapa yang ada? Tapi hidup mesti diteruskan. Kalau nak di ikutkan cara orang lain kita takkan kemana. Sejujurnya pergi kerja jam 8 pagi balik jam 5 petang kalau tidak ada overtime, kalau ada overtime balik rumah pukul 11 terus balik ke rumah. Hari Sabtu dan Ahad carilah aktiviti lain kalau ada kuliah pergi kuliah. Tapi walau satu hari selama mana boleh tahan begitu? Bila sampai waktu terluang kadang-kadang air mata mengalir kerana terasa penat dan kesunyian. Ingin nak mencari teman bicara itu tidak ada.. Yang ada tunggulah waktu subuh. zohor, asar, maghrib dan Isyak. Itulah satu-satunya tempat untuk meluah rasa. Hanya DIA lah yang faham.
Orang kata ujian orang kahwin itu lebih lagi. Nak fikir hal lain pulak. Tapi sekurang-kurangnya mereka menempuhnya bersama teman mereka. Ketika mereka mengeluh ada yang melayan. Ketika keletihan ada tukang urutnya hehehe... gurau jer c(: ada juga tempat nak bermanja walaupun kata ada dugaan yang lain. Sekurangnya yang bercinta tak kawin lagi pun, bila ada masalah mengadu pada buah hati. Pada yang tiada? Allah juga lah tempatnya. Terpaksa mendorong diri sendiri untuk kuat. Setiap saat, setiap minit memohon Allah kuatkan hati menempuh ujian Dia.
Memang kadang kita boleh sebut, Jodoh kita kalau tidak di dunia ini pasti ada bila kita masuk syurga nanti. Allah dah ciptakan dah pasangan kita. Itu semua orang pun tahu. Tapi apa yang orang tak tahu apa perasaan orang yang tempuh tu. Jadi janganlah di salahkan mereka kalau mereka mengeluh. Mereka sebenarnya nak meluahkan rasa. Rasa yang terbeban dalam hati mereka. Lebih-lebih orang yang komen tu tak pernah lalui hidup 'sendiri'. Kalau kawen lewat pun tapi dalam masa muda ada buah hati. Kalau korang selalu gaduh masa bercinta tu korang nyer pasal lah kan.. Gaduh-gaduh pun nanti baik orang lain korang lupakan.. heheh.
Jadi kalau diorang ini meluah kan isi hati, eloklah tak payah kata apa. Kalau kita tak mampu nak bahagiakan mereka janganlah ditambah sakit di hati mereka dengan ayat-ayat yang menyinggung mereka. Sebenarnya kita tak tahu situasi apa yang ditanggung oleh mereka. Kadang tak terluahkan. Nampak jer kadang mereka tu kuat, Gelak-gelak. Mulut di hiasi senyum manis. Tapi hati mereka kita tak tau. Kalau lelaki tu mungkin tak ada masalah. Tapi kalau perempuan tu hati dia runsing. Cuma antara boleh kawal atau tidak jer.
Kalau macam Cik. Cik akui cik risau dengan situasi ni. Sebab Cik adik beradik tak ramai. Dua orang jer. Benda yang paling Cik tak expect tiba-tiba menimpa. I'm not so lucky in that situation. Sebab tempat yang Cik bergantung sebagai seorang perempuan itu di tarik. Pelindung Cik di tarik. Kalau dulu itulah tempat Cik mengadu meminta merengek memerap. Cik tak risau. Sebab Cik tahu i have someone untuk membantu saat Cik susah. Orang itu takkan mengecawakan Cik walau apa sekali situasi pun. But now Cik terpaksa tanggung semuanya sendiri. Susah senang semua di atas beban Cik sendiri. Penat. Memang sangat penat dalam situasi ni. Jadi kalau ada orang mengatakan nasib selepas berumahtangga itu lagi teruk its unfair. Sebab sesusah-susah mana pun hidup bekerluarga tu pastinya suami tu takkan biarkan isteri dia. Sebab itu tanggungjawab dia.
Cik pun tahu jodoh ajal di tangan Allah. Dan sebenarnya kalau kata Cik desperate cik rasa tak patut.. hahaha walaupun situasi Cik ketika ini memanglah sepatutnya mencari teman. Tapi im still cool. And masih memilih hokek... c(: So mai desperate kat mana? hehehe... Sebab saya masih lagi mampu memilih dan tidak main sapu jer. Kalau desperate dah lama dah jadi bini orang... ekekek... Sebab berlambak tuh yang dok ada tinggal kais jer.. wahhhh cakap besar nampak Cik Arin.. hahahah... Tak adalah i'm telling the truth. Memang ramai yang nak dekat. Cuma tak bagi jalan. Sebab orang kata nak kahwin ni biarlah sekali. Kalau boleh kawin ni biarlah membahagiakan.. Kalau boleh kawin ni biarlah kekal sampai ke syurga. Buka separuh jalan jer. Kalau boleh Cik nak lah kawin dengan jejaka pilihan hati Cik yang ada Ciri-ciri lelaki idaman Cik. Walaupun tak sepenuhnya menepati Ciri-ciri tapi kalau 10 tu 7 kena okeklah kan (^_~).
Memang Cik dah tanam dalam diri Cik. Kali neh kalau kawan mesti tak mesti kena jadi.. Hahaha... Sebab tu Cik berhati-hati. Cukuplah yang lepas-lepas tu tak jadikan. Sebab yang Cik mahukan ni adalah suami bukan sekadar kawan pelepas sepi.. *smiLe.
Nak carik jantan sekarang neh memang ramai. Kalau takat nak buat kawin kan.. Tapi nak cari Lelaki tu yang payah. Yang mana yang bertanggungjawab boleh memberi ketenangan dalam hidup. Kadang Cik kurang mengeluh sangat kerana Cik tahu Allah tu sayang Cik. Dia dah siapkan seseorang jadi sebab tu Cik tak mengeluh sangat. Sesekali tu adalah tu pun secara tak sengaja. Hehehe.. Manusiakan.. mana sempurna. Yang pasti rupa itu bukanlah keutamaan dalam mencari. Sebenarnya Cik nak seseorang yang sifatnya hampir sama dengan Ayah Cik. Penyabar, Penyayang, Lembut, Bertanggungjawab, Dan sanggup korbankan kebagagiaan sendiri demi orang yang dia sayang. Ada ke? *smiLe
Sebab Cik tengok macam mana Ayah cik layan mama. Dan Cik rasa mama Cik adalah seorang yang bertuah kerana dapat Ayah Cik jadi suami. Dan Cik rasa bertuah dapat Ayah seperti dia. Jadi orang macam tu yang Cik nantikan. Sebab tu Cik sanggup jer tunggu berapa lama pun.. Sebab Cik yakin Allah pasti akan hantarkan orang itu. *smiLe
"..Jangan salahkan mereka andai mereka merasa sepi.."





No comments:
Post a Comment